Thursday, July 14, 2016

Raya.. raya ..raya 2 syawal

Cerita raya x abis lagi kan
hehehe
selagi rajin nak menulis so tulislah
nanti takut en M mai
takdelah cerita raya ni kan

mlm raya pertama tu ibuayu tido rmh sendiri
memang plan raya ke 2 tu nak masak nasi lemak kat rmh then bawa rmh mil
ialah kami ni sibuk raya sana sini
x dan nak ajak kakak ipar mai rmh
so kami bawa makanan sekali

dlm pkl 9 lebih kami dah mula beraya
ibuayu nak kejar lepas zohor beraya kat melaka  lak
so dptlah gi 3 rmh mak saudara





dlm pkl 1 tu plan nak balik krubong
sebab nak raya saing2
konvoi raya
sepupu sepapat
tapi rupa2nya rancangan dah berubah
diorg dah pergi awal lagi
so x le dpt join
konvoi raya ni seronok tau
lebih 20 buah kereta gerak
sampai satu rmh..makan n borak..hahaha

bila plan dah bertukar
kami balik rmh sendiri dulu
pack baju siap2
sebab lepas ni beraya kat krubong tterus..
ibuayu x pack baju dlm beg tau
pack terus dlm bakul
senang  masuk bakul senang nak amik
hahhaha
dlm pkl 4 kami gerak balik krubong
otw tu long dah call
bila nak sampai
nek kiah dah bising tukang masak me sup x sampai2 lagi haha
alkisahnya malam tu turn rmh nek kiah diorg konvoi raya
so plannya masak nasi lemak
ibuayu masak bee hun sup
so nek kiah risau le tukang masak x smpi2 lagi
padahal bukan terror pun tukang masak ni
nasib long call
rupanya ada bahan nek kiah x beli lagi
so kami singgah tesco jap

sampai rmh nek kiah terus bersilat
sekejap pun setel
dlm pkl 8 lebih tetamu dah mai
seronok rasa
dpt jamu sanak saudara
kali ni semua adik beradik mak dpt datang kecuali pak njang keluarga dia raya diperak
adik beradik mak 11 org
so bayangkan ramainya kaum kerabat kami
alhamdulilah
makanan cukup risau gak x pandai budget
dlm pkl 11 setel semua
tp sempat lagi ajak ayahnas gi dating kat melaka...pusing2 malam2





Tuesday, July 12, 2016

1 syawal 2016..pecut sana pecut sini

Tahun ni ada kelainan sikit kami menyambut lebaran
selalunya
tak kira turn rmh nenek mana
kami akan pecah dua hari memantai tu
ayahnas balik rmh nek yot
ibuayu balik rmh nek kiah
and ptg tu dah siap masak bagai
kami tuju rumah yg sepatutnya
tp thn ni
ibuayu x balik nolong rmh nek kiah
ada hal yg x dpt dielakkan
so 2 hr sebelum raya ibuayu masih di mt
ulang alik rmh nek yot
and utk pertama kali
malam raya kami tidur rmh sendiri
rmh kami dekat dgn rmh nek yot
so dah setel bagai
pkl 12 balik rmh sendiri
esk pagi2
pkl 6.30 balik gerak ke kuala semula
so tahun ni rasa senang and releks
x sibuk pun nak pack baju

ibuayu pun pagi2 tu lepas jemaah subuh  terus mohon ampun dgn ayahnas
biasalah kan drama air mata
mohon ayahnas ampun ibuayu yg banyak buat silap
mungkin ibuayu bukan isteri yg sangat sempurna
tapi cuba menjadi sesempurna mungkin dimata ayahnas dan anak2

so pagi raya tu tunggu tertamu mai rmh nek yot
dlm pkl 10 lebih kami gi raya rumah2 yg berhampiran
rumah2 mak sedara ayahnas dekat2je



lepas tu terus pecut balik krubong
jumpa nek kiah and atuk mail
lepas zohor
kami jalan raya kat krubong and bachang
abg zaha and azli join sekali
meriah sikit jln raya ramai2
abis gak beraya rmh mak2 sedara




dari situ kami terus balik mt
nak sambung raya semula kat kuala
tp nak salin baju dulu
dah seharian pakai baju raya
mana tahan haha
mlm tu sambung 2 rmh pak sedara ayahnas
alhamdulillah lega rasa
penat tetap ada
tp bila dapat jumpa sedara sethn sekali seronoknya lain rasa
mlm tu balik semula ke rmh kami di mt
alhamdulilah selesai hr pertama..
semua yg dirancang berjalan dengan ok






abaikan latar belakang yg x brp nak lawa ya hehe

Monday, July 11, 2016

Kenapa dan Mengapa

Kadang 2 dalam kehidupan ini kita jangan terlalu meminta
kena terima
kena redha
jangan tanya kenapa

jangan tanya mengapa


kalau orang nak suka kita baik mcmana kita org akan suka
kalau orang membenci kita buat baik mcmana pun org akan benci

Jadi hati kena kuat
jangan fikir orang lain
fikir diri sendiri
fikir hal remeh temeh hati jadi sakit
baik kita fikir hal kita hidup kita
kalau orang sanggup tipu kita itu hak dia
asal kita jangan tipu orang
apa2 yang kita nak buat
kita tanya  pada hati
tanya pada akal
apa pun kita tanya pada iman
kena ingat ALLAH sentiasa ada bersama kita
amin
doa yang baik2
agar semuanya baik jua...

hari ni first day sekolah
mood raya masih ada
tapi kerja hakiki tidak dilupa
tak sempat nak cerita rendang ketupat kat  anak murid semua...
meh belajar2..banyak yg nak dikejar

Tuesday, July 5, 2016

Salam Aidilfitri 2016

Alhamdulillah
utk 2016 ni sebulan berpuasa
dipertemukan dengan ramadhan
dan sekali lagi perpisahan terjadi
semoga pertemuan kali ini
sangat bermanfaat bg kami sekeluarga
dan perpisahan ini perpisahan yg sementara.
Moga dipanjangkan umur agar bertemu lagi diramadhan yg seterusnya.

Mengambil kesempatan di bulan baik ini
Ibuayu memohon ampun dan maaf
andaikata ada kata2 yg ibuayu coretkan ini menyentuh hati kawan2 dialam maya

sesungguhnya manusia itu tidak lepas dr melakukan kesalahan
semoga ukhuwah kita akan terus berpanjangan..

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN



kalau sudi amiklah e kad ni ya..hehe

Monday, July 4, 2016

Nur Alia Natasya tetap dihati ibu

Petang ahad kami gi ziarah kubur arwah alia
nanti nak raya kami beraya di kuala
so kami bawa hirisan bunga
kain putih
alhamdulilah kubur alia bersih
ada akar2 pokok halus sikit2 je
masa ckp dgn faiz
dia x sabar nak gi kubur
bebel je mulut dia
dah besar
masa kecik ajak gi kubur x nak..

untuk anak ibu tersayang
walau adik tidak lagi bersama kami
adik tetap dihati
mana mungkin ibu tidak merinduimu
mana mungkin ibu tidak mengingatimu
damailah adik disana
anak syurga ibu dan ayah
moga adik dapat menarik kami masuk ke syurga bersamamu nanti
AL-FATIHAH







Friday, July 1, 2016

Jumaat terakhir RAMADHAN...

Hari ni jumaat terakhir ramadhan
panjang umur jumpa di tahun hadapan

pagi tadi sekolah ibuayu ada bacaan yasin dan khatam al quran.
tahun ni ada kelainan sikit
Majlis khatam ni utk guru2 n staf skdtk

Bila saja Ustz Rashdan memulakan bacaan yasin
entah kenapa terus mencurah2
air mata ni
bagaikan sayu terasa dihati
rasa kelainan pada diri ini
terasa banyaknya dosa
kecilnya diri ini disisimu Ya ALLAH
selesai bacaan yasin
kami teruskan dengan khatam AL -Quran
kali ini diketuai pula oleh ust Nawawi
dan hati ini terpalit sayu
bila mendengar kata2 doa yang diucapkan oleh ust mawi
syahdu..sebak..
Sungguh ini tahun pertama kami khatam bersama
memang sangat2 terkesan di dalam hati
huhuhu
semoga ramadhan kali ini lebih makna dr sebelumnya..




Posing sana sini

Sebelum cuti bermula
macam2 aktiviti
so semalam amik kesempatan
jumpa jap pengawas pss
kami bersalam-salaman
bg duit raya
posing sana sini
syoklah budak2 tu
kita ajak berselfie




Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015