Sunday, May 11, 2014

Ujian tali pinggang Tae wan do

Cerita lama
Ingat dah tulis rupanya tak ya...
Faiz ambil ujian dr tali pinggang hitam
Nak ke kuning
Hari dia nak ambil exam tu dia demam

Mengadu kepala pening
Paksa gak dia pergi
Monyok je muka dia

Mula2 dia x nak
Pujuk2 baru dia nak
Itupun lepas dia termuntah
Agaknya lega kot kepala tu bila dah muntah

Ibuayu pun ni pengalaman pertama
Macamana ujian tu diambil ya
Rupanya penilai duk depan
Kat tepi tu ada coach
Apa coach tu buat student kena buat
Nampak faiz buat
Tapi tumbukannya agak lemah




Hari ni balik tae kwan do
Faiz tunjuk sijil dan
tali pinggang kuning
Alhamdulilah lega rasa
Sebab kawan dia pun lulus
Ia sebagai semangat utk faiz nanti







Saturday, May 10, 2014

Aktiviti Sekolah Ganti

Harini kebanyakan sekolah
Kena ganti
Sempena cuti hari raya nanti

So sekolah kami pagi tu buat aktiviti
Latihan merentas desa
Selesai latihan pnp berjalan seperti biasa

Ibuayu kena jaga check point
First time ni
Selalukan jadi camera women

Kali ni berpasangan dengan bff linda
Kami kena lak dekat d3ngan gerai makan
So sebelum budak tiba sempat lah
Kami ngeteh
GB pun join sama
GB kami ni sporting
Dia yg bawa motor jadi ketua penunjuk jalan
Pelan kali ni dia gak yang lukis
Lain dr trek sebelum ni





Sunday, May 4, 2014

Shopping di PBAKL

Keseronokan membeli belah
Di PWTC masih terasa
Dia punya feel beli buku tu
Tak terucap dik kata2
Memang rasa ketagih n tahun depan 
Nak pergi lagi

So masa nak gi tu memang target utama
Nak beli buku PTS
Memang teruja sangat
Lagi2 dia dah mention
Ada hadiah misteri

So
Masa kat booth tu sebutlah kata3 yg dah hafal tu

Dapatlah goodies yg merupakan buku
Suka sangat ni

Ni untuk faiz



 Ni PTS bagi hadiah misteri

Ni untuk ayahnas


Ni Penulis Ain Maisarah bagi
Untuk PSS


Ni utk Fauzan

Saturday, May 3, 2014

Rombongan Cikgu Ayu ke PBAKL

Alhamdulilah 
Berjaya gak ibuayu
Anjurkan lawatan ke PBAKL
Last year tak sempat nak anjurkan
Tahun ni dah free
Last year belajar x dpt
so janji kenalah tunaikan

Dr satu bas jadi 2 bas
Keutamaan tentulah
Anak2 kesayangan ibuayu
Pengawas PSS le

Hehe
Pening tau nak uruskan
Bukan senang
Prosedur pun banyak yang perlu kita buat

Jangan anggap benda kecil
Rombongan ni perkara besar
Lagi2 bawa anak2 sekolah rendah
Ibu bapa bawa anak2 pun takut anak hilang kan

Alhamdulilah
Semua berjalan lancar
Sampai pwtc pelajar diberi masa 2 jam setengah
Mencari buku yang diminati

Diaorg yg perempuan sibuk tanya mana booth ain maisarah
Kebetulan masa sampai kami terus di tingkat4
Bagi cikgu pilih buku dulu ya nak

Lepas tu gi kat papan besar
Tanya adik tu kat mana booth AM ni
Bila dah tahu
Laju budak2 ni kedepan
Kami ni tertinggal kat belakang
Bila kami sampai diorang takde 
Ni mesti salah masuk lorong
Tu le x menyabau hehe
Lepas tu diorg call.tanya cikgu kat mana
Pergilah cikgu linda jemput diorg
Sampai je kat booth nampak seronok
Budak2 ni
Ialah macam kita jumpa artis pujaan
Depan mata haruslah teruja
Bayangkan ibuayu dapat jumpa anuar zain
Pengsan jap
Sementara diorg beli buku kami
Bergambar dengan ain 
Hahaa

Siap dapat 2 buah buku novel
Sebab husband ain kata sanggup cikgu susah
 payah bawa anak2 murid ke booth mereka
Buku tu wakaf kat library
Dan sebenarnya sebelum tu
Ibuayu rasa terharu sangat
Ada sorang budak tu 
Tanya bawa brp rm
Dia kata rm 30
Masa kami pilih buku dia tak pilih
Tanya x nak beli buku kat sini ke
Tak..
nak beli buku ain maisarah
Tu yg ibuayu sanggup temankan diorg kebawah and naik semula







So lepas tu kami meround dewan lain
Al maklum banyak bilik2
Sekali tu tengah pilih buku member kata ada ustz kazim
Memang kebetulan dah pegang buku UK ni
So terus bayar
Bila sampai kat pentas sesi UK dah abis
Aduhai kecewa betul nak jumpa ust kalau dah jodoh ni
Hahaha

Bila sampai masa ditetapkan 
Kumpulkan budak
Nak duk santai2 minum
Memang x sempatlah
Gerak
Kami tunggu bas
Then terus ke masjid negara
Makan and solat kat situ
Lepas tu baru gerak ke Pusat Sains
Dr situ kami gerak 
Dan sampai kat sekolah jam 7.30
Selesai parwnts diorg ambik
Baru ibuayu balik
Penat tapi seronok





Thursday, May 1, 2014

Ulasan Spiderman 2

Bila anak2 sibuk mengajak 
Nak tengok spiderman 2
Ibu and ayah follow jelah
Alasan
Sebenarnya ibu dia pun nak tgk jgk

So malam tadi kami gi malam
Faiz org yg excited nak tengok
Tapi x sampai 10 minit dia dah lelap 
Haha
Cerita kali ni lagi best
Sound impact best
Ada lawak
Sedih
(Tang gwen nak putuskan hubungan)

Tapi tak bestnya
Tang nak ending
Bila si gwen mati
Mcm tak umpphhh
Tak tangkap sedih pun
Ibuayulah org lain x tahu





Nampak kan keterujaanlah kononnya
Tapi sampai rumah
Budak ni sedap je lelap



Wednesday, April 30, 2014

Wordless Wednesday







Syok...selfie guna monopod hehe

Friday, April 25, 2014

AJK hadiah


Dalam kehidupan
Kalau pegang jawatan sama je tak mencabarkan

Kali ni masa mesy agung PIBG sekolah
Ibuayu dpt ajk hadiah
Tahun lepas pun dpt pegang gak jwtn ni
Masa hari kecemerlangan

Seronok gak
Tapi kerja sebelum majlis dan pada masa majlislah

Yang ni ibuayu kena sediakan hamper cabutan bertuah
Senang je
Gi kedai tempah hamper
Yg brp rm kita nak

Hahaa

Utk hadiah vvip
Ibuayu gi beli buah2an je
Lepas tu bawa kat kedai jual 
Barang2 pengantin
Suruh dia hias dalam bakul
Senang je kan
Kalau pandai kita buat sendiri
Kalau tak pandai
Pandai2lah cari nak selesaikan masalah

Kalau kita nak pegang jawatan yg kita biasa
Je pun tak mencabar gak kan

Tapi dalam banyak2 jawatan ni
Ibuayu memang tak mampu nak jadi MC
Dan x kreatif kalau kena ajk backdrop
Yg lain  tu rasanya bolehlah
Alhamdulilah majlis selesai dengan lancar







Masa mesyuarat tu
Dirasmikan pembinaan surau
Oleh Tan Sri
Alhamdulilah  Pembinaan surau
Berjalan mengikut jadual


Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015