Thursday, January 2, 2014

Beg sekolah cikgu ayu

Tahun lepas
2013
Ibuayu ke sekolah tanpa beg tangan
Buku2 sekolah pun letak kat beg bekas cadar

Hahahaa..dapat bayangkan tak
Duit nak makan kat kantin
Selit kat casing hp je


Setahun gak 
Tak tahulah tahun lepas memang 
Rasa sempoi sgt

Tapi tahun ni rasa lain
Nak glem gi sekolah

Jam tangan dah baru

So kena beli beg tangan
Dan beg sekolah baru

Sebelum ni dah gi jusco
Tapi tak berkenan lak
Ayahnas siap cakap ibuayu cerewet lak
Huhu mana ada

So ajak gi MP je
Alhamdulilah 
Ada yang berkenan
Sedondon pulak tu

Hahahaha
Kena tak dengan tema glem

Brand biasa je
Dua ni x sampai rm 200

Dan yg penting
Duit ni hasil dapat claim perjalanan
Masa kursus kat BP

So nampaklah barangnya






Back to school

Dari kecik sampai ke besar
Mak bapak sekolah tak sudah2
Walau dua anak bersekolah
Tapi beli barang untuk 4 org
Anak beli barang tulis
Mak pak pun sama
Anak beli beg
Maknya pun sama hehe
Anak excited gi sekolah hari pertama
Mak paknya
Hahahaaaaa
Semangatlah juga

Kebetulan pula
Hari pertama
Si suami isteri pakai sedondon
Si abang x sempat nak snap
Si faiz kena ambil gmbr
Mcm tak rela je



Tuesday, December 31, 2013

Berjimba dengan BFF

Terharu bila BFF sudi nak bawa berjimba
bukan ke mana2 pun
ke satu tempat 
janji dapat bersama-sama
ketawa je rasa hilang tension
menangis pun ada

kegembiraan di penghujung tahun

harapnya persahabatan kita kekal 
dengan keikhlasan selamanya

luv u All





UTC Melaka di malam hari

Kami gi Isnin malam
Ingat malam tentulah tenang
Sekali nya
Ramainya orang

Nak tukar IC baru
Atuk mail
Ayahnas 
Ibuayu
Masa ambil nombor nasib baik terfikir nak tanya
Kaunter khas warga emas x de ke
Org tu tanya brp umur
So terus dia suruh atuk mail duduk depan tu
Kalaulah ibuayu x buka mulut nak tanya
Tentulah atuk mail kena tunggu lama

So lepas tu dia ambil cop jari atuk mail
Jari sebelah kiri tak boleh nak baca
Budak tu dah kata lambat boleh siap ni

Lepas tu dia suruh duduk 
Then tunggu sehingga nama dipanggil

Duk sekejap je terus nama atuk mail dipanggil
Terus ambil cop jari lagi
Then ambil gambar
Atuk mail pakai songkok  putih
Kena tukar songkok hitam
Org tu suruh ibuayu ambil kat bilik sebelah
Kemudian baju atuk pun wrn keputiha2an
Org tu suruh ambil blazer

So kena ingat sapa nak buat ic jgn 
Pakai warna putih
Selesai
Ic tuk mail kena tunggu sebulan
Ini sebab cop jari x dapat baca

So selesai bab atuk mail bab kami pulak

Kami tak buat pun
Satu org ramai
Satu lagi nanti cian atuk mail tunggu kami
Lama lak

Prosedur buat ic
Sampai je
Ambil no giliran
Kemudian tunggu no dipanggil
Bayar rm 10
Untuk tukar kad baru
Kemudian
Org tu akan cakap tunggu sejam ke esk
Ke baru ic siap
Senang je kan
Tak payah isi2 borang






Sunday, December 29, 2013

Teruja dengan wang syiling

Memang dah janji dengan faiz
In Sha Allah ada rezeki bila dia 6 tahun kita gi Legoland

anak2 kan bila janji tu dia ingat
tapi ibuayu siap pesan faiz penuhkan tabung tu dulu
sebab nak kumpul banyak duit syiling

anak2kan apa ibu dia cakap itulah yang paling betul

semenjak dari itu setiap kali dia pandang duit syiling 
kat rumah ke kat dalam kereta
dia akan minta izin dulu
nak masuk tabung

jumpa sepuluh sen pun macam sepuluh ringgit sukanya

hari tu atuk mail bagi dia seplastik duit syiling
dirembat kesukaan plastik tu hahaha

ada satu hari tu ayahnas bagi duit syiling yang kat dalam laci
sukalah dia
ibuayu suruh ayahnas test bagi faiz rm5 sekeping
tahu apa dia cakap 
alahhhhhhh

tergelak kami
nampak sangat dia tak teruja duit kertas
hahaha

dan petang tadi ada member datang rumah
beli barang
masa nak bayar duit syiling member tu terjatuh
faiz yang tengah tonton tv
terus berlari datang
kata duit syiling
member tu pun bagilah dia

suka sangatlah dia tu
tapi lepas member tu balik 
ibuayu bagi ceramah perdana lak kat dia
tak boleh mintak duit kat orang lain

faiz2
macam2 perangai dia
kalau kita dah kata sekali tu 
dia akan ingat apa kata kita

in sha allah nak
ibu akan cuba tunaikan
masalahnya
ibuayu ,ayahnas dan fauzan tak excited pun nak masuk
kalau tak tahun ni  tentu 
dah pergikan..





Saturday, December 28, 2013

Belum buka persekolahan dah mula sibuk

Sebenarnya minggu ni terasa sibuk
Tak tahulah sibuk apa kebendanya

Buka blog pun ada yg x sempat nak komen
Baca laju2 je

Ni belum buka sekolah
Kalau dah buka sekolah nanti tak tahulah lagi

Harap dapat bagi2kan masa

Masa cuti sekolah ni sempat juga berniaga
Alhamdulilah bemarlah
9 dr 10 punca rezeki itu adalah berniaga
Harapnya 2014 akan dimurahkan rezeki

Kat bawah ni barang yg dah diorder
Letak kat hall je
Dah macam stor lak rupanya


Wednesday, December 25, 2013

Mesyuarat Kali Pertama 2014

Esok 26hb mesyuarat guru kali 1

Walaupun mengajar dah berbelas tahun
Tapi meeting pertama ni
Masih terasa berdebar2

Ialah masa ni lah 
Kita akan tahu
Subjek kita akan ajar
Masa ni gak tahu
Apa jawatan yang akan dipegang sepanjang
2014

So masa tengah kemas alat tulis untuk esok
Baru perasan moto kat 
Bekas pensel yg baru dibeli

Macam kena je
Macam bagi semangat je


Always beready don't giveup


Semangat2


Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015