Sunday, December 15, 2013

Hotel DJ Citi Point Kuala Terengganu

Hotel ni kami booking thru Agoda je
Ibuayu kalau hotel budjet ni
Sebenarnya risau sikit
Bersih tak bilik dia
Bau kepam tak karpet bilik
Macam2 fikir
Tapi sebab fikir kami duduk semalam je
And fikir mesti
Lagi banyak masa dihabiskan diluar bilik
So ambillah bilik ni setelah banyak kali survey blog2 yg dah gi

Hotel di berderetan dgn kedai kain
Berhadapan dengan nagoya
Dan di belakangnya je
Pasar Payang
Tu yg terkejut
Masa sampai ayahnas x cakap pun
Dah malam baru dia kata pasar kat belakang
Memang dekat sesangat

Ibuayu ambil bilik 3 katil single
Harga dlm rm 89 rasanya
Tak ingat lak

Hotel ni x de lift
Kami duk tingkat 2 tapi cungap gak panjat tangga
Sapa bawa org tua mintaklah tingkat 2

So secara leseluruhan memang puas hati
Bilik bersih
Katil empuk
Toilet bersih
Sangat2 puas hati...

Hotel ni pun dekat dengan kedai makan
Sapa yang memang datang bertujuan nak shopping je
Eloklah duk hotel ni
Masa malam tu ayahnas tanyakan bilik utk 
Member dia
Org tu kata ada satu bilik je lagi
Dahsyatkan

Full house





Friday, December 13, 2013

Jalan Alternatif ke Kuala Terengganu

Plan nak ke terengganu
Dah lama
Sebelum kuantan dilanda banjir lagi

Kami ke terengganu
Sebab ayahnas ada game MSKPP
Game ni untuk staff kementerian pendidikan

Ialah cuti ni ayahnas sibuk je
So ambillah ruang ni utk ikut dia

Kalau dia bawa budak susah nak ikut
Sebab kena jaga budak
Yg ni utk staf so kami follow sekali
Kami gi naik kereta sendiri
Yg lain naik bas yg disediakan

So bila banjir berlaku jalan banyak ditutup..sehingga nak dekat gi pun
Ibuayu still x booking mana2 hotel
Risau dibuatnya x jadi burn duit

So berdasarkan tanya2 kawsn
So kami ikut jalan yg boleh dilalui

Dr Melaka pagi tadi kami gerak pkl 5
 lalu lebuh raya selatan gi KL lepas tu
Ke kuatan lalu lebuh raya karak
Sampai kuantan kami keluar jalan
Ke Jabor....
Lepas tu sampai ke bukit besi
Masa jalan jabor tu kena hati2
Sebabnya jalan tu berlubang2
Kalau jalan malam memang bahaya rasanya

Sampai bukit besi ikut highway pantai timur
Ke kuala terengganu

Mana jalan yang x boleh lalu diaorg dah 
Tutup laluan dan tutup nama kat penanda arah jalan

Alhamdulilah dalam pkl 11.30 kami tiba di terengganu






Suka faiz bila tempat duduk turun 
Bentang toto
Macam tido kat rumah dua beradik ni



Alat Tekanan Darah

Bila nek kiah mengadu asyik pening
rasanya itu simpton
lepas operate

so bila  fikir
jalan terbaik 
mungkin nek kiah fikir tekanan darah dia naik
so kami adik beradik share beli alat ni

beli by whatsapp je
tokey farmasi depan rumah
bgthu je 
kemudian dia send gmbr 
alat mana yang nak 
bayar pun anak dia yang hantar
senang hidupkan
yang penting dapat diskaun lagi

so sekarang bukan nek kiah je boleh guna atuk mail
dan kami pun tumpang sekali
Harga dia rm 150.je




Thursday, December 12, 2013

Menziarah BFF di hospital

Dalam kami ketawa bersama
Dalam kami merancang pelbagai  acara
makan2 jalan2
Tiba2 member baik masuk hosp
Ialah siapalah kita nak melawan
Ketentuan tuhan kan 

Jadi hari Rabu baru berkesempatan
Menziarah beliau
Ketika dan saat kami melawat
Masih belum confirm penyakitnya
Kami mendoakan
Dia kuat semangat
Semakin sihat
Dan bolehlah kami gether2 bersama





Wednesday, December 11, 2013

Gian makan sate sedap

Sate ni namanya sate kajang
Tapi bukan sate samuri tau

Dulu tapak dia kat tempat lain
Kiranya dalam tahun ni dia baru bukak kedai
Tapak baru

Masa raya tu memang selalu beli
Tapi  dalam seminggu ni memang tekak nak makan je

Hari ahad dah beli
Kemudian isnin nak beli kedai tutup
Gi hari selasa tutup
Frustnya mak

Tadi baru dapat makan
Lepas gian

Kedai ni area masjid tanah
Dekat TNB

Ibuayu suka sate daging dia
Sate ayam kureng suka


Setia Hingga Hujung Nyawa


Pagi Selasa kan bawa nek kiah
Ke IjN
Dah janji mak gerak awal pukul 8
Bila turun mak cakap
Abah nak ikut
Dalam hati terdetik
Mcmana ni
Nanti ayahnas nak parking kereta
Ibuayu tolak nek kiah
Atukmail mcmana
Rupanya awal2 atuk mail dah kata
Nanti dia tunggu kat lobby je

Mak pun kata biarlah abah dr semalam 
Dah cakap nak ikut IJN
Atukmail kaki x kuat sebnarnya
Kalau jalan pun pakai tongkat


Bila dikenang sweetl ak
Bila mak sakit
Abah sanggup teman nak gi IJN
Ialah ini namanya
Kasih sayang
Orang tua dia tak loving2 macam orang muda
Tapi dr cara dah tunjukkan cinta

Harap bahagian kita 
Pun mcm ni juga

Setia hingga hujung nyawa



Tuesday, December 10, 2013

Bertemu kehormat di IJN..

Hari Isnin malam gi Nilai
Ini kerana hari Selasa 
Nak bawa mak ambil drh di IJN

Jadinya pagi2 kami dah gerak ke IJN
Abah pun nak ikut sekali
Alhamdulilah jalan tak le jem sangat 
Tapi jem tetap jem
Masih tak dpt bayangkan
Kalau ibuayu yg kena drive sendiri
Nasib baik dlm kesibukan
Ayahnas nak menghantar

So sebab bawa abah suruh abah
Duduk kat bawah tempat menunggu je
So ibuayu tolak nek kiah je naik kerusi roda
Ayahnas gi cari parking kereta

Masa gi ambil darah kejap je
Orang tak ramai
So ckp dgn nek kiah kita gi tempat atuk mail

Ialah biasanya 40 minit baru dia panggil balik

So bila sampai kat tempat tuk mail tu
Ibuayu tengok ramainya tunggu kat pintu masuk
Macam menanti somebody
Ialah kalau ada doktor sekali 
Kat bawah tu mestilah ada vvip dtg

Bagai dijangka bagai dirasa
Siren kereta polis dah berbunyi
Berdebar2 hati
Standby gak kamera
Walau tak tahu sapa yg tiba

Akhirnya muncul yang ditunggu tiba

Terus ambil gmbr
Bunyi kamera pulak
Kuat semcm
Dah abg guard memandang
Hahaha
Buat bodoh jelah
Cemas gak
Salah ke ambil gmbr
Teruja makcik tau
Yang lalu depan mata ialah
"
"
"
"
"
"
"
"
Yang Dipertuan Agong 
Bersama 
PERMAISURI Agong
Mana tak rasa gembira
Ialah bila kita org kampung
Ni dpt ketemu dgn 
Kehormat
Lalu depan mata je
Suka tgk permaisuri tersenyum je
Tak tahulah diaorg datang kenapa
Maybe  melawat or buat rawatan

Gambar yg diambil tak jadi
Sebab tangan mengeletar
Huhu frustnya

Masa nak gi ambil keputusan drh
Siap pesan ayahnas
Kalau agong lalu ambil gambar ya hehe

So masa nak tngu kat INR
Whatsapp ayahnas tanya agong dah lalu
Tahu apa ayahnas jawab
Belum dia tunggu ayu sampai

Huhu geram makcik


Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015