Monday, December 9, 2013

Malunya ooo



Masa tu ptg jumaat gi pejabat pos
Orang bukan main ramai lagi
Tapi sebab memang nak.pos pisau
So nak tak nak tunggu je lah juga

Bila dah ambil slip pos laju
Tulis semua tunggu sambil duduk
Bila dia panggil bangunlah dengan gaya yg paling ayu

Ayulah konon
Gi lah kat kaunter
Lama gak berdiri kat situ
Selesai je terus gi sekolah

Sampai.kat sekolah
Dah.duk.15.minit
Kakak pekerja tegur
Tudung belakang ayu ada tanda harga ke


Hahahahhaa

Ketawa bukan main kuat
Sampai meleleh air mata
Cerita kat org pejbt bayangkan
Ayu kat pejabat pos tadi

Waduh2 malu oooo
Kita congok kat kaunter
Org belakang mesti ketawakan kita

Huhuhuhu


Tudung  ni beli dah lama
Entah kenapa
Tak brp suka so ingat nak jual

Tapi ptg tu teringin nak pakai tudung ni
X ingat pun tudung ni x pernah pakai
Tu yang tag masih tak buka lagi






Sunday, December 8, 2013

Sarapan makan cekodok.di kedai

Bila dah selalu sarapan kat luar
Tak tahu dah nak makan kat mana

So merayau2 dulu
Teringat satu kedai yg buka malam
And siang dia buka untuk sarapan
Terlupa.nak tanya tengah hari buka ke tak

Rasanya buka
Sebab nampak ada tulis gulia kawah 
Asam pedas

Boleh try next time

Kedai ni dekat je dengan family store 
Arah jalan ke durian daun masjid tanah



Saturday, December 7, 2013

Gempar ke Gambang

Bukan ke tempat isteri di sisi suami
jadi walaupun berat hati nak ikut
kenalah ikut


Al kisahnya ni 2 minggu sudah
bila team ayahnas kat UPM dah kalah
ayahnas singgah nilai jumpa kitaorg
so esok paginya team pembangunanlak
masuk final
maka sibuklah en suami mengoda isterinya ikut gi gambang

apa kes nak ikut
dahlah pergi 3 jam
balik 3 jam
mesti penat je rasanya
kalau 3 jam tu dapat jumpa lee min hoo
mesti tak penatkan
hahahaa

maka dengan nak tak nak
setelah digoda
akhirnya isteri mithali ni pun ikutlah
yang geramnya bila ajak anak2 semua tak nak ikut
kalau fauzan tu ialah
ni si kenit pun tak nak ikut
lagilah mesti boring dalam kereta ni

kalau anak2 ada diaorng bising bergaduh pun rasa meriah je kan

maka lepas zohor kami gerak
lalu jalan kuala pilah
first time jalan sini
lepas tu bandar muazam 
baru sampai sekolah ssukan gambang dlm pkl 5

abis game
penyampaian hadiah sesi bergambar semua
kami gerak ke kuantan dalam pkl 6 lebih
nasib baik Melaka johan tau 
berbaloi Ketua JUrulatih negeri mai tengok
isteri dia je tak rasa berbaloi
Penat duk lama2 dlm kereta
Driver ok je 

bagai dijanji
dah ikut kenalah belanja ana petaikannnnn

apalagi bila ibuayu yang pilih menu
ambil ikan siakap
lala
ketam
sotong

kebetulan memang teringin makan ketam ikan masin
dan ni first time kami makan
memang sedap dia masak
isi ketam pulak tu tebal
harapnya ikan bakar ana petai kat bangi pun ada buat
ketam ikan masin ni

lepas makan
zuppp balik nilai semula
balik kami lalu lebuhraya
ni pun first time lalu
walau gelap
tapi takde lah jalan macam muazam
dengan buat jalan dengan berhabuknya

sampai nilai dalam pukul 11 lebih
cakap kat ayahnas
dia sesuai jadi pemandu bas or lori
ialah suka sangat bawa kenderaan jauh2
kalau orang lain tak larat rasanya


Friday, December 6, 2013

Selamat Hari Lahir ke 14

Tentulah entri ini untuk anak bujang ibuayu tersayang

3-12-2013
genap ulang tahun
Muhammad Fauzan Haikal
 ke 14
sebagai ibu tentulah merasakan masa tu berlalu begitu pantas
masih terkenang lagi saat mengandungkan dan melahirkan fauzan
time melahirkan tulah yang paling diingati

ialah dari dalam kamar bersalin ditolak ke bilik pembedahan
terasa macam baru melalui saat-saat itu
dan setelah melahirkan itulah saaat paling manis 
selain masa majlis akad nikah 

berdramatiklah pulak


ibu nak fauzan tahu
betapa kasih sayang pada anak2 adalah sama
ibu nak fauzan tahu
harapan ibu pada fauzan sangat tinggi
ibu nak fauzan tahu
walaupun kebendaan bukan sesuatu yang dapat ibu penuhi
tapi kasih sayang doa dan prihatin ibu
pada Fauzan dan Faiz adalah keutamaan dalam hidup ibu
Ibu juga nak Fauzan tahu
Marah ibu
Bebel ibu
itu tandanya
sayang ibu tiada penamatnya
Bangga ada anak seperti Fauzan
 harapnya
Janlah yang akan menjadi ikutan kepada adik
semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki
mendengar kata ayah dan ibu
cubalah menahan emosi 
impian itu perlu 
tapi tak semua apa yang kita impikan jadi kenyataan
Proud of you
and ibu sayangkan Fauzan sepenuh hati ibu
sekejap dah jadi anak bujang




Thursday, December 5, 2013

Makan -Makan di Satu Daerah Satu Industri di MITC

Bila member post pasal dia gi sarapan kat SDSI
mencanak dan bergelora jiwa nak pergi sama

tapi tahu situasi sibuk dengan oran kahwin
dah entah macam mana bila 
sembang dengan group SAY kat whatsapp
my BFF pun nak gi sama
maka dengan izin en suami pagi2 lagi dah 
keluar rumah untuk berjimba di sana

Jimba apanya
bila kami sampai kat booth makanan 
gerai ni luar bangunan MITC
terkedu sekejap
keliling tu penuh dengan gerai makanan
bayangkan satu negeri ada sekurang2nya 3 gerai
kali dengan satu malaysia ada berapa negeri
ada berapa gerai
satu gerai bukan jual satu jenis makanan
walla memang gila makan rasanya
 
kami beli satu2
makan slow and steady
sebab nak menikmatinya
tapi berlonggok gak makanan atas meja
 
memang gilo makan sekejap
harga makanan pun dalam lingkungan rm 5
kira kalau bawa rm 40 harga buffet hotel pun
puas hati dapat makan macam2lah
 

ni mee abu
sodap tau




  inilah BFFnya
dari kiri yati,ibuayu and rusiah
masa ni kami dah melantak
suami dak rusiahlah gi beli macam2 bagi kami makan
dahlah orang belanja
duk makan
semua nak rasa
nikmat hidup sekejap




 
ni kami dah masuk dalam
sebelum masuk tu suami dak rus siap hulur rm 10 lagi
buat beli makanan sebelum balik
hahaha
suka2

 
 
 
menyesal tak pergi hari sabtu
 
kalau tahu hari jumaat pagi tu dah pergi
memang berbaloi2lah

Udang Sanggul

Semalam dah post gambar ni

untuk orang yang dah biasa makan memang tahu lah

untuk yang Jakun macam ibuayu ni 
memang heranlah
Ahad hari tu kami ke SDSI di MITC

terjumpa benda ni
dalam hati pernah terbaca
apa lagi beli le sekotak

satu kotak RM 13
dalam dia ada 12 biji
kalau beli yang dah siap goreng
RM 2

tahu tak bila balik tu
rasa nyesal sangat 
kenapalah beli sekotak je
sedapnya 
udang sanggul ni memang kena kat tekak ibuayu
garing diluar lembut di dalam



rugi betullah
kalau tahu kat Seremban ada buat ni haruslah nak terjah
or sapa tahu mana2 boleh dapat beli stok ni
makanan ni asal dari negeri perlis
 

Wednesday, December 4, 2013

Wordless Wednesday


Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015