Monday, June 13, 2011

GA IBUAYU

GA kali ni sempena Ulang Tahun Perkahwinan
ibuayu yang ke 14 pada 6-6-2011 ni...






syaratnya sangat senang

1. mesti jadi  follower blog ni
2. tinggalkan jawapan di comment

tak perlu buat entri apa2

soalannya

APAKAH HADIAH YANG DIBERIKAN OLEH IBUAYU KEPADA AYAHNAS SEMPENA 

ULANGTAHUN PERKAHWINAN INI

(ayahnas dah terima hadiah sebelum masanya)

tarikh tutup

12 JUN 2011

Klu: harganya tak lebih rm300

HADIAH kepada pemenang
ibuayu bagi TOP UP ye...

RM 10

terima kasih pada yang sudi

Saturday, June 11, 2011

Bulan Madu : Nasi Ambeng

NASI AMBENG

makanan kegemaran kami berdua
kalau fauzan ada dia pun suka makan

nama kedainya
"
"
Warung Ibu
terletak di Tanjung Karang
dah pernah keluar kat JJCM
rasanya sangat meletop

 cara layan diri 
nasi - mee -tempe -serunding dia letakkan

kita pilihlah nak ayam goreng atau ayam kicap
nak dua2 pun boleh

ibuayu tambah bergedil
besar betul bergedil dia...
"

  
kami sampai 10.15 pagi
dah buka tapi belum siap
adik tu kata 10.30 baru siap


JAdinya cari tempat lepak lain untuk ayahnas melelapkan mata..
pkl 10.45 terus gi kedai tu balik
lepas tu langsung tak makan sampai pkl 7 malam..

Friday, June 10, 2011

Bulan Madu

Baru sampai dari Kl

Kami berbulan madu di Lumut dan Pangkor 
sebelum balik singgah di Ipoh


Bukan berniat untuk berjoli sakan meninggalkan anak tersayang

tapi mencari kesempatan di ulang tahun perkawinan kami 

untuk merapatkan perhubungan antara suami isteri



alhamdulilah nek kiah sudi menjaga anak2....

P/s : sepatutnya pergi 3 hari..tapi hati ni teringat2 akan anak2 tersayang..

cerita selanjutnya selepas ini

memang nak tulis details tempat yang kami pergi

supaya menjadi rujukan kepada orang lain

Tuesday, June 7, 2011

Dinner 6-6 -2011

Malam 6-6 -2011

nak kata sambut aniversry pun boleh jugaklah
walaupun bukan dibawah cahaya lilin
yang penting orang yang baru sampai dari penang
memang nak makan besar

kami bukan berempat tapi berlima

kembar 4 jam fauzan
dari wedding kat johor tu terus ibuayu ajak balik melaka
nak ajar dia and fauzan


ni budak yang kuat makan otak2 malam tu..
siap menjerit nak lagi...
nasib  baik ada lagi...mula2 adik tu bilang dah habis



hasil tangkapan ke mulut faiz


yang ni ibuayu punya nasi putih + paprik

 ni ayahnas punya nasi goreng kampung yang sangat sedap


makanan tambahan sotnong goreng tepung

ni pepahat..first time makan
sedap jugak



along dengan me hailam

amalia dengan nasi goreng ayam
amalia ni jenis susah makan nasi
jenis memilih makanan
sehari tak makan apa2 pun takpe

tapi sebab mak sedara dia ni jenis garang
terkulat2 dia nak habiskan nasi
kalau sebulan duk dengan ibuayu mesti gemuk sikit



kami makan di Pengkalan Balak 
Restoren Sri Bayu rasanya
Makanan dan harganya sangat2 berbaloi

JB-Wedding Sepupu

hari Sabtu ibuayu yang drive ke JB
ayahnas dah ke Penang
nek kiah dah ke JB hari Rabu
So dari MT singgah ke Krubong untuk ambil atuk Mail
Alhamdulilah berjaya menempuh dugaan mengantuk yang amat sangat
Selalu ayahnas bawa ibuayu membuta
La ni kita lah yang kena celik mata

Sampai terus ke Majidi
Makan daging masak asam yang memang sangat2 meletop
 
lepas tu tunggu Long yang tengah mengalami kesesakan dr Kajang nak ke JB ni


dak miza ni suka sangat nak peluk faiz
baru tahu takut faiz ni
"
last2 dah lama sangat tunggu ibuayu yang gi check in dulu

Malam gi Dinner

tapi ibuayu duk rumah pengantin jelah
sebabnya faiz yang memang tengah sedap tido

tapi bila dengar ada Datuk M Nasir datang 
melonjak2 jugak jiwa ni nak gi tengok

ni lah pengantinnya
 
nasib baik nek kiah paham
tukar turn jap jaga faiz
dapatlah bergambar dengan Datuk dan isterinya


Pagi tu dalam pukul 11 gi semula ke majlis perkahwinan
macam2 ada
walaupun hujan renyai tapi ramai tetamu yang hadir


faiz memang suka sebab ramai abang-abang  yang melayan



ini pelamin kat pentas luar rumah



 yang ni pelamin dalam rumah


ni sanding waktu siang


Jam 5.00 bertolak balik ke Melaka
Alhamdulilah walaupun sesak sikit kat area bemban tapi kenderaan tetap bergerak.

Dalam 8.00 malam selamat tiba di Krubong
Walaupun penat tapi puas

Semoga Dilla dan Diddie bahagia ke akhir hayat

Sampai hati ayahnas menduakan ibuayu

Mana tak terkejut
ingat nak upload gambar celebrate aniversry
ambil gmbr tu guna hp ayahnas


dalam mencari gambar yang diambil tadi

terjumpa gambar pompuan yang confirm memang ayahnas yang ambil
masa kat penang
balik dari penang semuanya dia cerita
dari satu ke satu cerita sampai malam tak abis-abis

tapi kenapa yang ni dia tak cerita lak ye..

lupa ke apa

geram ni..
nasib baik ayahnas dah tidur

kalau tak siap dia

ibuayu gi jb sibuk bergambar dengan  cik abang  ni
"
"




rupanya kat penang ayahnas sibuk ambik gambar minah ni




Ulangtahun perkahwinan ke 14

 14



Alhamdulilah 
6-6-2011
14 tahun kami melayari rumah tangga
Semoga cinta kami tetap mekar selamanya

Untuk ayahnas

Ayu sedaya upaya ingin menjadi 

isteri yang mithali

Ibu yang berdedikasi kepada anak2 kita

Semoga ikatan yang kita bina ini kekal hingga selama-lamanya.

Cinta dan sayangku hanya satu dan yang satu itu telah ku berikan kepadamu

Semoga engkau membajainya dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015