Tuesday, March 29, 2011

Tengah emosi EXAm

Sabtu ni ada satu paper
Minggu depan berturut2 Sabtu dan ahad ada paper..

balik sekolah lepas lelap sekejap 
barulah bukak buku..
ibuayu je yang lelap faiz tak lelap

bila kita nak bukak buku siap cakap jangan kacau ye ibu nak baca buku

wah dia pun macam paham je kata baca buku

tak lama paham nya..boring tengok kartun abis badan2 kita dilanyaknya..
pipi kita dicubit2nya..
asyik nak cium ibu dia je..
aduhaii ..macamana ibu nak baca buku ni...
ibu pun gusti samalah....

dari tak boleh baca buku baik on blog jap..keh3
alasan yang biasa didengar......

ni budak kuat mengacau...

Berapa kali sapu lantai rumah..

Rasanya kerja yang mesti kita buat dalam sehari 
mestilah menyapu rumahkan..


gambar dari pak google ye


rasanya rumah ibuayu ni takde lah faiz buat sampah sangat
tapi asyik berhabuk je...


bangun tido nak gi sekolah memang x sempat pegang penyapu
balik sekolah sapu lantai dulu..
petang2 sapu lagi
malam lepas makan sapu lagi
nak tido tengok ada sampah sapu lagi...



aduhai ada je habuknya..
tapi benang yang mesti ada masa menyapu tu ialah
"
"
"
"
rambut ibuayu yang keguguran



ni pun gambar dari pak google...

huhuhu
ini pun dah potong pendek
masa rambut panjang hari tu lagi teruk...
so kawan2 berapa kali ye sapu rumah sehari...


Monday, March 28, 2011

Hari Keluarga Hj Dalip

Hari Sabtu 26 MAC 2011 ..sejarah keluarga HJ Dalip tercipta..
HJ DALIP ni atuk kepada ibuayu
atuk dalip dan nek tepah telah kembali ke rahmatullah (al fatihah)
nek kiah punya adik beradik 11 orang + seorang sudah meninggal dunia
alhamdulilah semuanya yang  ada dapat menghadirinya
"
"
ingat lagi hampir 10 tahun lalu masa tu fauzan umur dalam 2 tahun
kami membuat hari keluarga di Sri Pena PD..

sekarang ni fauzan dah berusia 12 tahun..bayangkan lama tak buat
tak buat hari keluarga bukan bermakna kami tak jumpa.. masa  RAYA memanglah jumpa..
"
"
mula2 frust jugak sebab ibuayu kena kursus sabtu tu..ahad kuliah
tapi nasib baik ada kawan2 yang baik hati..
jadi selepas gi sekolah je terus cabut ke Pengkalan Balak
kami buat di Restu Resort
tempat yang sangat-sangat selesa.....

Ayahnas lak tak dapat join sebab ada game kat Kedah

pagi tu buat sukaneka..tapi sebab ada yang lambat dalam pukul 10.00 jugak acara bermula..
Mic pulak tak de..terpaksa menggunakan suara original untuk menggantikannya..
ialah cikgukan suara mesti kuat..keh3

Tak dapat nak bayangkan keseronokkannya ..
sampai hilang suara bagi arahan
hilang suara sebab banyak ketawa..
"
"
dan biasalah dalam pertandingan ada menang ada kalah
ada yang menipu (kah2..kumpulan sapa ni)
ada yang cengelat(pengelat)
tapi takdelah gaduh2..sebab semuanya suka...
"
"
 
pocong

fauzan yang jadi pocong tu

lepas sukaneka darat pagi tu
sambung dengan penerangan DAna Hj Dalip


lepas tu sukaneka pantai lak...
 futsal pun ada
malam ada BBQ
ada pertandingan ratu kebaya 
ni acara paling best..
semua mak saudara kena pakai baju kebaya..
wah macam model semuanya...

lepas tu karaoke...
masa ni ibuayu sempat dengar  3 orang nyanyi je sebab faiz dah nak tidur...

pagi esoknya
Bacaan Yassin dan Tahlil
dan sambung lagi beberapa acara ..
dan acara yang paling best ialah bapa saudara make up mak saudara
bayangkan atuk mail make up kan nek kiah...
sampai meleleh2 air mata ketawa..
rasanya ni first time atuk mail pegang gincu..
lepas ni nak suruh ayahnas berlatih make up ibuayu supaya senang bila ada acara ni..keh3

ada sambungan sukaneka pantai 
antaranya


last sekali mestilah bergambar beramai-ramai..
havoc betul...
sangat2 seronok
walaupun penat dan letih tapi keseronokkannya sangat terasa...
ialah masa ni  tahu anak sapa..cucu sapa....
kalau sepupu tu memang rapat..kalau dua pupu ni yang jarak sikit dan perlu dirapat2kan..

tak sabar nak bertemu lagi di tahun hadapan
kena plan cuti sekolah lak
biar yang duk jauh dapat bersama2....
"


gambar ni semuanya cilok dari FB sepupu sepapat..
ibuayu tak dapat nak angkut DSLR...
mana nak uruskan sukaneka
mana nak kejar faiz lagi....

Saturday, March 26, 2011

Terasa letih terlampau

Sepanjang minggu ini 3 hari berturut2 ibuayu 
melepak bersukaria dan berjoli 
di Stadium Hang Jebat
kerana membawa pelajar untuk Olahraga Kawasan ...

kenapa kata begitu..
ialah kadang2 nama je sesama cikgu diaorang ingat gi bawa budak olahraga ni
sesuka kita je ke kat sana..
hakikatnya
bukan senang nak jaga budak sukan ni ..aktif semacam tak duduk diam


lepas tu ingat sekolah bagi duit minyak dulu ke

tak de..guna duit sendiri
dari sekolah ke stadium dalam 30 km..kira sendirilah berapa duit minyak pergi balik 3 hari tu...


makanan tengahari cikgu sama seperti apa yang budak makan..
bukannya dapat gi makan kat Tesco ke Jusco ke walaupun dekat
ialah kena jaga budak takkan nak tinggalkan diaorang terkontang kanting


kereta cikgu pun macam kereta kebajikan..dengan pasir,dengan bauan..langsung rasa tak kisah
yang penting nak kan kemenangan...

rumah cikgu...
tak payah katalah
kalau dah sampai rumah hampir 8 malam nak kemas apa
badan dah letih...
makan pun beli...
anak kecil pun org tolong jgkan sampai malam...
esok pagi2 nak bertolak semula
kalau terlambat nanti budak yang tak boleh masuk acara


benda di atas ni bukan terjadi pada ibuayu 
ia pada orang lain
tapi rasanya sapa yang memang melaluinya mesti terasa
tapi tak nafi juga ada antaranya tak berapa suka bawa budak sana sini..
ialah nanti kotor kereta..rosak absober..




ialah bagi yang membawanya biarlah apa orang lain kata
yang penting kita IKHLAS dengan kerja kita......

Monday, March 21, 2011

Duni ni kecil je..

Nak tahu sapa kami jumpa
"
kecil betul dunia ni
jalan 2 kat plaza Alam Sentral

terjumpa

dengan jiran sebelah yang dah berpindah ke KL
sukalah faiz tu dapat jumpa kawan-kawan.





 
gi sini tak beli apa2 pun
cuma beli selipar along kat Al ikhsan..

5 jam di padang..SUK

Inilah team ayahnas
ayahnas bawa team bawah 17 Melaka
lawan dengan selangor kalah 2-4

team bawah 14Melaka yang menang 

main di padang SUK
sesatlah jugak
budak ayahnas main dengan baik
budak selangor pun memang main dengan baik
tapi kalau pengadilnya buat kerja lagi baik tentu permainan nampak cantik

sepatutnya pengadil kebangsaan
ini letak pengadil yang tek berkaki lebar...
asyik kena Tut ..je dengan penyokong Melaka..keh3
bab Tut tu ibuayu tak masuk campur....
ayahnas tak ambil lak pengadil garisan
gemuk and tak dapat nak kejar budak
tu yang bila ada kesalahan tak dapat nak tangkap...

nilah budak2 ayahnas..
lepas ni tiap2 minggu busylah dengan team dia
minggu depan ke Kedah pulak
ibuayu duk rumah jelah baca buku nak exam.huhuhu
"

"


terselitlah jugak bawah 14 ni


 bayangkan kami tiba disini dari pukul 2.30 hingga 7.30 ptg

lamakan
nasib baik masa sampai faiz tidur
nak start game ke 2 baru dia bangun
jadi taklah penat nak mengejar dia
tapi sekejap tengok bola sekejap tengok upin ipin
siap bawak laptop supaya nak bagi dia diam...

Sunday, March 20, 2011

Cerita Sabtu ...

Seharian yang dirasakan sangat penat
dan sedikit bara dalam hati
"
cerita yang bara dululah ye..
kami ke Shah Alam pagi sabtu tu
sebab jam 3 ayahnas ada game kat padang SUK Shah Alam
kami diJANGKA tidur disebuah CHALET area hulu langat
sebabnya hari ahad tu ada wedding
"
dari awal lagi ibuayu tak berapa setuju nak tido tempat tu
ibuayu pernah mandi kat sg congkak kat sana
memang tempat tu macam berhutan pun

tapi disebabkan bukan kami yg uruskan tempat tu semua terpaksalah ibuayu follow je
dan macam dijangka MIL tiba kat tempat tu dulu
dan dia pun tak sanggup nak tido situ
kalau ramai orang lainlah mungkin berani sikit..
ini berdua je.....
dan AKHIRNYA kami yang menjajau2 mencari tempat nak tido
 "
akhirnya jumpalah HOTeL GOODHOPE

baru dibuka harganya pun ok jugak
kalau single bed baru rm 88
kalau Queen bed rm 108
family rm 158...



model utama
"
"
nasib baik ada tv
semuanya adalah
 jantung hatiku

 


kira oklah kan dengan ibuayu
takkan nak tidur kat CONCORDE Hotel lak
rugi banyak
dahlah check in pukul 9 malam...

dan masa lepak kat Plaza Alam Sentral kami jumpa seseorang
next entrilah ye...



Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015