Tuesday, August 25, 2009

Thursday, August 20, 2009

Aliaku sayang

21 Ogos ni sekiranya alia masih hidup tentunya dia berumur 4 tahun.Macamana keadaan dia ye...

Kalau alia dapat membaca inilah luahan hati ibu yang sentiasa merinduimu sayang..

Alia
Rindu ibu ,ayah ,abang long pada alia tak pernah terhenti,
Jasadmu tiada disisi tapi bayanganmu sentiasa dihati
Kini kau bahagia tempat bersemadi,
Semoga rohmu dicucuri.

Masih hangat lagi kenangan ketika melahirkanmu..jika dapat diulang ingin sahaja ibu memutarkan masa dan meminta agar diri ini dibedah..Kenapalah ibu tidak merasai sakit ketika melahirkanmu..Betapa sakitnya dirimu melawan keadaan ketika itu.Luluh segalanya melihat bayi yang dikandung menjadi sebegitu.. Kekuatan ayah menjadi semangat untuk ibu..Airmata ketika itu menjadi teman yang paling setia.berpantang seorang diri tanpa anak disisi. 41 hari pelbagai dugaan yang dialami.tak tahu dimana datang kekuatan,ketabahan diri melalui segala dugaan yang diberi.

Walaupun pulangmu ke rumah tidak seperti bayi biasa tapi ibu redha dengan dugaanNya.Dari titik itu kehidupan ini agak berubah..Ibu dan ayah semakin merapati diri dengan Allah.Kemana lagi harapan hendak kami serahkan kecuali kepadaNya.Kesetiap tempat kepelusuk negeri jika ada berita tentang perubatan alternatif ke situ akan kami tujui..Wang dan keletihan tidak dikira.Apa yang penting ketika itu ingin menaruh harapan terhadapmu.

Sayangku Alia
Adik tidak pernah menyusahkan ibu.Terlalu senang untuk kami membelamu.Ayah yang mengambil shift waktu malam menjagamu sangat2 membantu ibu.Apa yang tidak sanggup ibu lihat apabila kau menanggung kesakitan yang amat sangat.

Masihku ingat disaat-saat akhir pemergianmu..sungguh ibu tidak sangka nafas mu yang berbunyi itu bermakna kau mahu meninggalkan kami selama-lamanya...Andainya ibu tahu...Maafkan ibu sayang..

Maafkan ibu alia
Jika ketika hayatmu ibu tidak sesempurna mana ketika menjaga dirimu,
Ibu tidak banyak dapat menghabiskan masa disisimu,
Ibu tidak dapat melunaskan tanggungjawab ibu,
Ibu ada mengecilkan hatimu
Ibu ada melakukan pelbagai kesalahan samada ibu sedari atau tidak..
Apa yang ingin diberitahu ibu dan ayah sangat-sangat sayang padamu

Ibu juga amat merindui untuk mencium pipimu..untuk mengucup tapak tangan yang sentiasa kau genggam.

Semoga adik bahagia berada di sana.............Al-Fatihah

Sunday, August 16, 2009

Muar

Sebelum puasa menjelang kami sekeluarga lepas gian jalan-jalan and makan-makan...Sambil tu ayahnas nak beli sesuatu untuk dimasak di bulan puasa and di hari raya...So marilah kita ke Muar...

Bila sampai di Muar frust sangat bila tengok kedai Hj Senan ni tutup..Tapi bila kami perhati balik kedai ni dah terbakar..nasib baik ada nombor telefon dan mereka menyuruh kami pergi ke kedai mara(cawangan Hj Senan)


Bila dah kat kedai tu ayahnas shopping macam tak cukup tangan nak beli..Ibuayu ikut je (bukan ibuayu yang nak masak)Borong perencah soto,me bandung, me rebus and laksa johor.


Jam dah menunjukkan pukul 3.30pm.Perut ni dah berkeroncong.Ayahnas kata dah datang muar ni tak sah tak makan me bandung..takkan beli perencah je..So setelah berkali-kali berpusing2 macam gasing-gasing barulah kami menjumpai Tanjung Emas.(Jalan kena tutup sebab perlumbaan basikal ) Hati sudah panas sebab perut lapar.

Menu pilihan...Me bandung ,asam pedas..ABC..aduh mengancam...Asam pedas sedap ..tapi me bandung ada kurang sikit..(Sebenarnya di Melaka ni ada satu kedai me bandung yang sedap iaitu kedai Pak Omar terletak di Durian Tunggal Melaka..berdepan dengan Balai Polis..First class punya).

Sebelum balik jangan lupa Pau Muar

Saturday, August 15, 2009

Keturunan siapa?

Kalau bercerita bab perangai fauzan yg negatif ayahnas selalu kata tu keturunan ibulah tu (maksudnya perangai ibu mcm tu..ni tak melibatkan nenek moyang)tapi satu hari tu ibuayu dapat mengambil gambar candid untuk menunjukkan yang fauzan tu banyak juga ikut keturunan ayahnas..keh3.

"
"
"
"
"
"
"
"



Ayahnas habit dia kalau tido mesti tutup muka..tak kiralah dengan bantal atau kain..and nampaknya si fauzan dah mula ikut habit tu...

Yang ni lak selitan aksi faiz yang semakin sibuk bekerja.

Wednesday, August 12, 2009

Reading Lists Hilang

TOLONG MACAMANA NAK BUAT.READING LISTS HILANG LAK...MACAMANA NI..FRUSTNYA.IBUAYU SELALU GUNAKANNYA BILA NAK TENGOK MANA2 BLOG YANG DAH UPDATES..TENSIONNNYA..TOLONG YE BGTAU.

Tuesday, August 11, 2009

Aku kecewa

Selama ibuayu berblog ni ibuayu tak pernah masuk apa-apa pertandingan dari blog-blog lain..tapi minggu lepas ibuayu teringin nak mencuba nasib masuk pertandingan ini.


Label Big Eyes Shop......ada siapa-siapa yang rajin nak mengira ...kalau tepat atau hampir-hampir tepat.....hadiah pencil case menanti anda.
(Tarikh tutup sehingga 9 Ogos 2009)

Setelah membuat tambah ,tolak,darab bahagi ibuayu menjangkakannya sebanyak 455...Jadi apabila keputusan keluar jawapannya ialah......dan nama pemenangnya ialah Ayu..jadi dengan terperasan sekejap terlupa nama kita ni ibuayu...keh3 ibuayu kalah..kecewanya...tak dapatlah nak menayang pencil box tu kat kawan-kawan sekolah..keh3 Untuk kak saahirsi.blogspot.com hadiah tempat kedua terhampir tak de ke

Saturday, August 8, 2009

Minggu Rajin

Minggu ni ibuayu masih lagi mengganti puasa...ialah takut tak sempat..nak ganti sampai 23 hari(tahun lepas bersalin time puasa).Alhamdulillah tinggal 3 hari lagi...so nak jd cerita ayahnas pun tahun ni rajin nak puasa masa nisfu syaaban..so ibuayu pun minta le dia masak nasi lemak halba..and ayam goreng berempah(ambil resepi dari blog org lain tak ingat lak mana ye)...and hari ni ibuayu nak balas dendam masak petai....(hari sekolah tak makan petai nanti anak murid tak boleh belajar keh3)

Ayam goreng berempah




Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015