Friday, June 12, 2009

Pertama Kali

Pada 6.6.2009 adalah hari ulangtahun perkahwinan ibuayu dan ayahnas yang ke 11 tahun.Alhamdulilah pelbagai dugaan rumahtangga yang kami lalui bersama.Semoga kasih sayang antara kami takkan surut hingga akhir hayat..

Selalunya apabila tiba tarikh-tarikh yang UTAMA ni ibuayu memang ingat tapi ayahnas sebaliknya (bagi tapi lambat)..tapi untuk tahun yang ke 11 ni buat Pertama Kali..ayahnas bagi awal..
Nak tahu apa dia


Monday, June 8, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Ke mana ibuayu hilang ye....
Sorrylah pergi tanpa pesan..
Mengambil kesempatan cuti sekolah ni maka setelah dipersetujui maka ayahnas membawa kami melancong ke pantai timur (ada makna kenapa kami ke sini)
Untuk merancang bercuti ibuayu ketuanya..Jenuh cari hotel kat internet ialah cari mengikut budget...akhirnya berjaya...

Ke Kota Bahru (2 Jun 2009)


Jam 10 malam setelah perut diisi di kedai (sebelah risda MT) maka kami sekeluarga bertolak ke Kelantan...Ibuayu seperti biasa duduk dibelakang tidurkan faiz sambil ibuayu pun tertidur...Fauzan yang kononnya nak jadi co pilot lagi teruk tido tak sedar2.(Ayahnas memang suka drive malam....so tak bersalahlah kami ni tido)

Setelah berehat dan solat suboh di permaisuri trengganu kami pun meneruskan perjalanan ke Kota bahru..8.30 pg sampai KB...So banyak masa lagi ibuayu ajak ayahnas terus gi Rantau Panjang.Dari Kota Bahru lebih kurang 30 minit....
Pertama kali ibuayu rasa taknak beli apa2 keh3..tengok je ayahnas and fauzan yang mengila beli jersi.ayahnas (FAM) Fauzan (MU..masih setia walaupun MU kalah)faiz...masih tak mengerti..sabarjelah.




Hotel Ansar Kota Bahru


Hotel Sutera Inn Kota Bahru


Hotel Seri Malaysia Terengganu



Hotel ..bukan Akademik ALAF Bukit Goh Pahang..bilik boleh disewa..paling selesa


Air Buah Gelas Besar Seberang Takir


Bumbung Runtuh di Gong Badak...


2 Jun hingga 7 Jun sungguh menyeronokkan dan memenatkan..Alhamdulilah kami selamat tiba di Melaka..nasib baik faiz tak banyak meragam. Akhirnya RUMAHKU SYURGAKU.....ada sambungan kemudian ye...

Tuesday, June 2, 2009

IKLAN SAHAJA

Sunday, May 31, 2009

3 bulan

Kalau sebut 3 bulan macam lama bunyi..
Tapi sangka berjaya juga ibuayu mengharunginya..
Banyak kenangan manis dan pahit selama belajar diIPGM ...
Tapi paling seronok bab makan.......hanya yang alami saje yang tahu..
Terima kasih buat semua teman-teman dan terutama pensyarah yang amat memahami kami ini.
Semoga kita semua berjaya melanjutkan pelajaran.




gadis pingitan

Segalanya tinggal kenangan hanya gambar jadi ingatan...bersama memori UNIT 1 yang tak betah diam...

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

Untuk semua warga SKDTK,rakan-rakan KDP Pra OUM 14M Ambilan Feb 2009 dan semua yang mengenali..Cikgu Ayu dan Cikgu Nas

Yang pemarah guru,
Yang penyayang guru,
Yang penyabar guru,
Yang prihatin guru,
Yang pemurah guru,
sesuailah semua ini kerana kita guru.
Selamat Hari Guru
Terima Kasih Cikgu.

Perpisahan




bersama Pn Halimah ,Madam Jai Shree dan Md Yusof saat perpisahan semakin menghampiri kami...sedihnya...

Tukar hadiah



Pn Grace buat game tukar hadiah...walaupun RM 5.00 tapi seronok.
Pn Grace banyak mengajar kami erti sabar terutama dengan anak2
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015