Wednesday, October 30, 2013

tak tahu

Tak tahu nak kata apa
Tak tahu nak bagi tajuk apa
Tak semua yang kita rancang
Tak semua yg kita hendak
Tak semua tak semua
Akan kita dapat

Susah nak kata
Susah nak tulis
Takut ada yg terasa
Tapi kadang 2 kena ingat
Ada hati nak dijaga

Jangan fikir diri kita
Jangan fikir masalah sendiri je

Ada masa 
ada ketika
Kita perlu lihat jua sekeliling kita

Letaklah gmbr tuan tanah ni
yang berkerut je
tak tahu apa yg difikirkannya


Sunday, October 27, 2013

Pen merah dah habis

Minggu peperiksaan....
Bukan ibu bapa je yg tak senang duduk

Golongan ibu tentunya lebih sikit prihatin kan
Setuju tak..hehe

Masa tu lah sibuk  dan membebel suruh anak ulangkaji kan
Bukan ibu bapa je
Guru-guru pun risau bila pelajar nak periksa
Ialah takut juga mereka tak dapat jawab dengan baik

Sekarang ni anak2 murid dah relak

Cikgu2 pulak lah yg sibuk nak tanda kertas jawapan

Untuk soalan objektif memang ibuayu dah siap tanda

Sekarang ni soalan subjektif
Tapi utk subjek PJK
Untuk paper bm penulisan
Tu lambat sikit
Nak ambil feel dulu
Nak tanda kena aman
Ialah penat murid jawab 
Tak bolehlah nak tanda ikut mood kita

Ni pen merah dah abis sebatang
Nasib baik stok masih banyak

Harap sebelum penghujung minggu ni 
Kertas semuanya dah siap tanda


Saturday, October 26, 2013

Ditertawakan bila kata nak naik Menara Taming Sari

Minggu ni memang terasa na k release tension..
(Entah apa yg tension pun x tahulah hehe)
Siap bercadang nak stay kat hotel area melaka ni
Dah survey2 kat tenet

Lepas tu cakap dgn ayahnas nak naik 
Taming sari
Terus ayahnas gelakkan

Bukan tak pernah naik
Dah berkali naik
Tapi teringin punya pasal

Ayahnas siap ckp org lain takut naik
Dia sibuk nak naik
Menara tu terkandas hr tu

ya ke ibuayu x tahubpun kes tu
terus google
alah 45 minit je

yg kat bukit bendera tu lagi teruk
2 jam terkandaskan

so tak kira juga kena plan sesuatu

nak duk hotel x dpt
nak naik taming sari pun tak dapat

huhuhu
tunggu sambungannya



Ketuk2  mcm faiz ni pun hilang gak stresskan

Sunday, October 20, 2013

Deko dapur

Ini bukan deko rumah ibuayu

ini deko rumah long kat nilai
tuan empunya rumah tak tahu pun
pandai-pandai ibuayu ambil gambar

gerwm tengok
semua benda tu wrn merah hitam
nampak memang cantiklah

Pembakar roti

Cerek air
cute kan




Tempat letak koko crunch
ni kegemaran faiz



Penbuat coffe


Budak ni je tak pakai baju merah

ibuayu ni bab mendeko fail
tapi suka tgk org deko2 ni


Friday, October 18, 2013

Raya dan Bowling tak dapat dipisahkan

Bagai lagu dan iramalah pulak
Sebelum ni masa raya puasa tu main bowling lawan dgn keluarga hj dalip

Kali ni lepas kenduri rumah abang
Kat subang terus gi nilai rmh kakak
So petang tu diaorg ajak main bowling
Kami ok je
Mak pun ikut
Abah je tak pergi
Mula2 main tak selesa sikit dgn lane
Dah masuk game ke2 baru score tinggi sikit

Lepas ni nak ajak ayahnas main
Lak kat MIBC

Nak berlatih
Ada game keluarga bulan 12 ni
Hehe
Keluarga hjh rokiyah bersedia
menanti sesiapa





Thursday, October 17, 2013

Majlis Tahlil Subang Bestari

Hari tu dah cerita kami ke the curve kan

Kenduri rumah abang mula jam 11.30

Makanan yang dihidangkan semuanya
Sedap2

Yang paling sedap pai kentang ni
Ibuayu makan berapa ketul pun x pasti
Makan tak muak pun
Terus minta resepi




Tuesday, October 15, 2013

Bila raya je ke klinik

Macam saling berkaitan lak
bila raya ada isu klinik
ingat tak masa raya Puasa ibuayu ada
cerita pasal gi klinik

yang ni pulak terjadi pada Fauzan
pagi tu kejut dia solat subuh 
and pesan terus mandi nak bersiap solat raya
keluar bilik air dia mengadu muntah2 and cirit
so suruh dia berehat dulu
masa nak gi solat raya dia kata macam pening kepala
so fauzan tak gi solat raya
dia sambung tidur lagi
oleh kerana nak balik melaka pagi tu juga
lepas ayahnas balik solat kami terus makan
ajak fauzan makan sekali
dia kata tak selera
paksa jugak takut perut kosong
lepas makan sikit dia nak muntah

so gi bilik air
keluar bilik air
dia jalan huyang hayang
terus terjelpok jatuh ke lantai
kami semua yang tengah makan terperanjat sungguh
ibuayu  memang terkejut sampai tak boleh nak ambil apa
ayahnas suruh ambil air pun dah tak tahu gelas kat mana
baringkan dia
bagi minum air
sapu minyak angin
dia macam pitam tadi
Ya Allah kesian rasa kat dia
memang tak pernah terjadi
kami pun  tak tahu punca
apa dia makan semua kami makan
sama lakmacam kes ibuayu hari tu kan

so bersiap nak balik ke MT
dan misi mencari klinik
tapi al maklumlah cuti UMUm manalah klinik yg buka

kami ni tawakal je dulu 
balik dulu MT cr klinik yg buka
kalau takde bawa dia gi Hosp Alor Gajah

masa tu post kat FB
post kat whatsapp group
mana tau ada member yang ke pekan
tapi dalam hati asyik terbayang klinik bala je
mengharap klinik ni buka

dan bila sampai MT alhamdulilah klinik ni sahaja yang buka
dan orang bukan main ramai lagi
nak tak nak tunggu lah juga

doktor kata mungkin tersalah makan
yang pitam tu sebab air takde dalam badan

alhamdulilah sekarang fauzan dah ok
ialah risau betul 
tak pernah terjadi pun



Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha
Walaupun raya haji tidak semeriah raya puasa
bagi neg Melaka ni

Namun penghayatannya itu penting
Moga bagi sesiapa yg menunaikan haji akan dapat haji mabrur
Bagi siapa yg menunaikan ibadah kurban
Dapat melakukannya dengan ikhlas
Dan semoga ibadah itu diterima
Oleh Allah swt


Gambar google je

First time raya kat Nilai
Nanti kemudian sebab raya di sini ya

First Time ke The Curve

Hari Sabtu pagi kami dah gerak nak ke Subang Bestari
Rumh abang ibuayu
Ada majlis tahlil

Masa tulah kejadian tak diingini berlaku
Seluar jeans ayahnas koyak

Hahahaaa
Tapi bukan koyak banyak
Sikit je dalam seinci kat bhgn peha

Tapi sebab tu je jeans yg dibawa
Kenalah gi cr jeans baru

So fikir punya fikir
Sebab nak dekat and cepat
Ajak ayahnas ke the curve
Memang tak pernah pergi pun
Selalunya kami ke ikea je

Rupa2nya senang je parking kat situ
Ingat susah parking ke..
Bab ramai org tu memang ramai lah
Hari minggu
Tapi macam meraba2 jugalah nak cr kedai jeans
Tingkat berapa
Kat mana
Nasib baik jumpa kedai Levis
Cepat kerja kami
Yg tak cepat dia suruh tunggu nak potong jeans setengah jam
Alamak
Tapi dapatlah juga meround kat situ

Next time nak pergi lagilah
Tak sempat pun nak ke metro jaya


Sempat ambil gmbr ni je
Gmbr tuan tanah yg ayu berbaju kurung
Takde pun
Huhuhu

Saturday, October 12, 2013

Tak tahu lawak ke tak.....

Tengah hari tadi gi bank
Gaji awal dah keluar
So risau duit terguna
Maka bayarlah apa yang semestinya
Kat  cash deposit

Masa beratur tu
Masuk seorang perempuan bertudung
Dia terus berbahasa cina d3ngan seorg lelaki
Yg memang ada kat mesin
Ramai yang ibuayu lihat terpegun
Tengok perempuan bertudung tu
Lancar berbahasa cina
Ibuayu tahu apa dalam hati mereka
Ibuayu tak heran pun
Sebabnya ibuayu kenal perempuan tu
Dia perempuan cina muslim
So tak heran dia pandai cakap cina
Hehe

Lepas gi bank nak bayar bil
Hari Sabtu ni
Kena cari ejen BSN
Ada satu kedai ni dulu boleh bayar bank
Tapi sekrg dia kata stop sementara

So ibuayu nak try gi mana tahu dah boleh bayar
So malas nak masuk dlam
Tolak pintu terus nampak org rambut panjang
(Dlm kedai tu ramai org tau)
Terus cakap kuat dah boleh bayar bil ke

Yg rambut panjang tu angkat muka 
Terus cakap x boleh bayar kat sini lah

Hahahaaa
Alamak malunya
Yg rambut panjang tu lelaki 
Bukan perempuan

Aduhai macam2 story sabtu ni
Tapi bila semua perkara dah settel lega rasanya
Ialah seminggu lepas sibuk bebenar

So lepas ni dah rehat jap
Nak gi kl esok
Rasa jugalah macam nak balik raya


Friday, October 11, 2013

Ada ke CIKGU nak jadikan FAhrin Ahmad suami?

Wah tinggi saham cikgu la  ni
ada jejaka handsome dan glamer nak cari jodoh 
untuk yang bekerja sebagai guru

sumber dari SINI

tak tahulah apa sebab musababnya
salah satunya keluarganys terdiri dari guru


hehe 
kalaulah Fahrin tahu sibuk cikgu kalahkan menteri
mesti dia fikir berkali-kali
jangan terkejut ya Fahrin
sekejap muka isteri putih sekejap golap
(mana tak nya dengan bawa team sukan dengan sibuk sukan sekolah)

jangan terkejut
isteri asyik ngadap komputer je
(mana taknya nak isi on9 yang macam2 perkara)

janganlah juga fahrin terkejut
isteri sibuk ajak tido sekolah
(ialah kalau time ada pemantauan sekolahlah rumah pertama)

dan harapnya fahrin tak terkejut

nada suara isteri cikgu ni
rasanya semua volume yang tinggi2
kadang2 isteri tu tak marah
tapi sebab dah biasa mengajar
supaya satu kelas dengar
suara kuat pun diingatnya marah

kalau fahrin nak jadikan cikgu sebagai isteri
ada ke cikgu nak jadikan fahrin suami lak

fahrinkan sibuk
masa bersama kurang
peminat ramaikan

Kalau tanya ibuayu hehehe
tak sanggup 
saya cemburu orangnya
ayahnas yang sibuk bola je kita rasa tensen
asyik sibuk je
cuti sekolah pun bola
inikan lagi sibuk tak tentu masa

sebenarnya tak kisah apa pun pekerjaan seseorang itu
yang penting pemahaman si suami dan si isterikan
ini lah dikatakan JODOH
kita tunggu ya
sapalah jodoh Fahrin tu
yang kat bawah ni semuanya dah jadi isteri orang ya



Ikan Bakar Pasir Panjang Port Dickson

Minggu ni minggu yang agak sibuk

Sibuk dengan sukan tahunan

Setiap guru nak berikan komitmen
Yang terbaik untuk rumah sukan

So ada yang tido pun x berapa lena
Gaduh2 manja antara rumah pun
Perkara biasa
Masa ni apa yg nampak sesuai 
Dengan warna rumah semua nak beli

So hari tu rasa penat sikit
Ayahas x de training bola
So lepas beli barang sukan
Ajak ayahnas gi jalan2
X kisah mana2 tapi x nak bandar melaka
lepas tu tekak teringin ikan bakar
banyak pulak cekadaknya ye hehe
so terus idea ajak gi pasir panjang

ayahnas ok je
kami gamble je
nampak medan ikan bakar masuk je
ada satu kedai je yang buk
nasiblah entah sedap entah tak
order sikit je
ikan siakap sotong goreng
ketam( ni faiz punya)
nasi lemak pun ada sodap gak




masa sampai teruja tengok jambatan ni
ajak ayahnas gi bergambar
tapi bila lalu atas dia 
menggigil jugak lutut ni
ibuayu jalan suku je
faiz siap ajak ayahnas jalan ke hujung jambata
tu yg snap gambar ni
tapi memang cantiklah permandangannya


Wednesday, October 9, 2013

Wordless Wednesday

Subhanallah...



Tuesday, October 8, 2013

Pelancaran Bulan Bahasa

Hari isnin sekolah ibuayu
Buat pelancaran bulan bahasa

So kalau rasmi macam tu 
Tanpa gimik tak best lak

So panitia bahasa
Meminta semua guru bahasa
Membawa kain batik bg perempuan
Dan kain pelekat bagi lelaki

So anak murid yang akan berarak
Memakai pakaian melayu
Bersamping dan bertanjak

So dengan bunga telur
Perutusan
Dan best ada pulut kuning
Anak2 ini berarak ke tapak perhimpunan

Dengan iringan kompang guna rakaman je

Menuju ke arah guru besar di pentas
Masa tu semua guru bahasa 
Yang perempuan berkerudung
Yang lelaki berselimpang
Memang tradisi betul rasanya

Anak2 didik pun seronok je

Alhamdulilah ini hasil kerjasama

Tahun depan KP kena fikir gimik ya



Monday, October 7, 2013

Kedai Nasi Arab AL TAA'IZ Melaka

Sebelum ni memang tahu kat Melaka ni
Kedai Nasi Arab Dima je

Yang tu nak pernah makan

So ada member bgthu ada kedai nasi arab area bukit katil

Maka carilah kami ke tempat di tuju
Kedai ni berhadapan dengan
SK Demang Husin

Kedai ni tutup setiap hari Isnin

Ibuayu order nasi ayam mandy
Tapi sebab ayam belum siap mandi
So order ayam kabsah

Tapi jujurnya
Ibuayu lagi suka ayam mandy
Ayahnas kata lamb dia sedap

Alhamdulilah rezeki yang Allah bagi

Kalau sapa2 tahu nasi arab kat Melaka ni sharelah

Kami bukan makan selalu pun
Bila teringin je....





Sunday, October 6, 2013

Sambungan Lawatan ke Pulau Pinang

Pagi2 lagi dah berkumpul di lobi

Biasalah bila balik dr satu bag 
Ramai yg jadi dua beg

Risau gak kena cukai
Ialah duk semalam je
Tapi rombongan sekolah 
Budak2 bukan beli apa sangat
Kami pun takde beli vision ke apa

So lepas naik feri bas terus ke Pekan Rabu
Makan tengah hari di situ
Lepas tu shopping kat sana
Macam2 kuih tradisional ada
Yg best beli dodol panas

Rm 10 sekilo je
Sodap lak tu

Lepas tu kami ke pulau pinang
Singgah masjid negeri
Kemudian baru gi Bukit Bendera
Selesai situ gi kedai jeruk Nasir
Kemudian barulah gi
Padang Kota Lama

Pkl 8 gak kami masih di Pulau Pinang
Lepas solat kat RN R Bukit Merah terus balik Melaka
Dlm 4 lebih gak tiba kat sekolah

Alhamdulilah selamat pergi dan balik
Yang penting budak semua selamat

Pagi tu sekolah macam biasa ya





Saturday, October 5, 2013

Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Langkawi

Aktiviti lepas UPSR

Dah bertahun sekolah ibuayu buat program gi Cameron
Tahun ni langkah jauh sikit
Tapi sambutan pelajar kurang mengalakkan
Separuh pelajar
Separuh lagi tu staf n family
So pengurusan dan kawalan pelajar senang sikit

Gerak pukul 7 petang
Tiba di kuala perlis jam 5 pagi
Terus ke masjid dekat jeti
Tapi agaknya masjid baru
So dia tak galakkan mandi
Sumber air yg sangat kurang
So ala kadar jelah

Lepas solat subuh terus berkumpul and gi jeti
Kami naik feri dlm pkl 7 lebih

Sampai langkawi bas dah tunggu
So seharian tu kami melawat pulau
gi kilang gamat
kota mahsuri
Beras terbakar
dan macam2 lagi tempat
Masa berjalan tak ingat dah
masuk hotel baru lah rasa letih







Friday, October 4, 2013

Belajar berniaga

Sekarang ni dah berjinak2
Belajar berniaga....

Sebenarnya tolong adik ipar je..
Alhamdulilah ada sambutan

Promosi kat fb dan kat sekolag je

Lepas ni nak cuba berniaga online lak
Tapi ibuayu ni tak de maybank 2u lah

Tengoklah mcmana

Memang mudah rupanya menjemput rezeki
Antara mahu dengan tidak je



Kalau ada member blog berminat bgthu ya..


Kelebihan Tudung Pearl Haya

Di saat sekolah sibuk
Persediaan sukan ni
Hari2 kena turun padang
Muka ibuayu ni memang dah terbakar
Bertambahlah golapnya

Masa nak turun tadi cuaca redup
Malas nak ambil topi sayur tu
Sekalinya makin lama cuaca makin panas
Maka tudung yang bertingkat
Ni digunakan utk tutup muka
Member cakap macam pengantin lak

Post kat fb ramai yang tergelak
Haha
Kalau masa tu ada tudung saji
Pun den sanggup
Asal dapat tutup muka


Tuesday, October 1, 2013

Sistem Analisa Kompetensi Kementerian : senang ke susah

Sesiapa yang nak menjawabnya 
bolehlah ke LINK INI


kena jawab mengikut tarikh yang ditetapkan
so ada masa ni baru sempat buat

soalan ini menguji kemahiran berkomputer
dan memahami bahasa komputer
senang ke susah
lain DG lain soalannya

tapi bila bab komputer ni baca yang bahasa Inggeris
 lebih paham dari
baca Bahasa Melayu
selamat menjawab semua


saja letak gambar faiz
seronok jadi kanak2 
takde masalah pun
disaat ini sering berdoa diberi kesihatan yang baik
dan dipermudahkan segala urusan
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015