Wednesday, July 21, 2021

Salam AidilAdha 1422H

 Dalam kehidupan kita ada target atau impian

Bila kita nak gi umrah

umur bila lak nak gi haji

memang dr dulu ibuayu nak gi umrah umur 45 tahun.

alhamdulilah setahun awal sebelum umur tu dpt gi umrah

Malahan dapat rezeki pergi lagi utk 2 thn selepas itu.

Ada hikmah yang berlaku atas sesuatu 

kalau mak tak meninggal di sana 

mungkin kami anak beranak x kan ke sana dalam masa terdekat kan


Target nak gi Haji lak masa umur 50 tahun

ada 2 tahun lagi

harapnya masa covid ni dah ghaib

dan  kerajaan arab saudi dah buka utk negara luar

kita hanya merancang

Salam AidilAdha buat sahabat2 semua





 

Friday, July 2, 2021

Panduan Untuk Pergi Vaksin


Panduan siapa nak ambil vaksin.


Bawa ic dan hp
Pen sila bawa sendiri ya.
Pastikan makan sebelum ambil vaksin.
Pastikan minum air yg banyak selepas vaksin
Sesiapa berpenyakit bawalah ubat utk ditunjukkan pada doktor. Kalau snap gambar pun rasa doktor terima.
Jangan makan panadol sebelum di vaksin.

Sekian pengalaman sendiri.
Kalau rasa jantung berdebar - debar itu namanya normal.
Siapa yg tak takut kan....
Lots of luv
























Friday, February 12, 2021

Selesai Umrah 1

 Kembara Umrah Nasyu 2020

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Selesai diorg umrah pertama salin pakaian. Ayahnas call ajak ngeteh. Ngeteh jam 1 pagi. Anak2 lapar katanya. Ialah tenaga banyak habis Lagi2 faiz haikal. So kami minum kat bawah hotel tu je.. Kedai minum sana ada je   buka 24 jam.

Anak2 order syawarma, murtabak dan air nas pekena air tebu..

Pagi buta minum tebu...

#KUN2020


Roti Keras

 Kenangan UMRAH Nasyu 2020

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

HJ kecil kami.

Sebelum gi umrah pesan kat faiz masa Kat Mekah jaga mulut jangan cakap bukan2.ayat dia kan selalu di luar kotak. Alhamdulilah senang jaga faiz. Jarang dengar dia mengeluh. Bab makan pun kena menu hotel tu dengan selera dia. Bab roti keras ni yg tak menahan. Roti ni memang ada di setiap mas a akan. So lepas makan nasi faiz mesti makan roti keras.

Semoga faiz diberi kesihatan yg baik kecerdasan akal fikiran dan menjadi anak yg Soleh.

Lots of luv

#KUN2020

Tuesday, February 9, 2021

MASJID QUBA


 Kembara Umrah Nasyu 2020

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Hari ke 3 di Madinah kami dibawa ke Masjid Quba

Mengambil wuduk dirumah dan kemudiannya menunaikan solat di Masjid Quba pahalanya 1 umrah.

Lepas situ sepatutnya kami ke Ladang Kurma. Tp org terlalu ramai dan jemaah kami pun x mahu turun maka kami dibawa ke Kilang Al Quran. Ni luar pakej so kita share sorang sikit utk driver bas bawa kami ke sana. Nak masuk kilang tu beratur panjang. Kemudian sebelum pulang kami dihadiahkan Al Quran sorang satu. Suka sangat.

Selepas itu sepatutnya kami ke Bukit Uhud. Tp sebab kekangan masa mutawif bawa keesokan harinya..

#KUN2020

BUKIT UHUD

 Kembara Umrah Nasyu 2020

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Bukit Uhud

Santai pergi sini.

Masa tekun makam syuhada tumpang dengar group lain tgh bagi tazkirah. Sayu rasa.. Allahu. Pengorbanan mereka dan macamana manusia leka melihat harta setelah sangka menang dlm peperangan.

Ini merupakan ziarah terakhir kami keluar Dr tempat tinggal. Dua hari lepas tu kami acara sendiri.

Sekejap je masa nak pulang msia..

Masa tulis catatan ni pun rasa rindu sangat.. Badan diaini jiwa di sana.

#KUN2020


Monday, February 8, 2021

Rnr Mekah ke Madinah


 Kembara Umrah Nasyu 2020

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Perjalanan ke Madinah.

 Mekah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6 jam.

Sangat teruja kerana pertama kali. Lepas nak tengok mcmana rnr yg sering diperkatakan. 2 kali kami berhenti di rnr. Walau bukan macam rnr Malaysia tp bg ibuayu ok je.

Dalam bas tido kejap je sebab jalan di siang hari rugi x dpt tgk pemandangan padang pasir.

Teringin gak makan nasi arab masa kat rnr tp sebba perut kenyang layan anak2 makan burger dan kebab..

#KUN2020

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015