Sunday, February 7, 2021

Tawaf Wada

 Kembara Umrah Nasyu 2020

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Hari Sabtu 25 Jan kami akan tawaf Wada.

Jumaat malam tu faiz demam. Terkejut jap. Dia langsung x tunjuk simptom2 demam. Kena serta merta mcm tu. Alhamdulilah beransur sihat. Jadinya masa tawaf wada tu kami nai scooter atas sebab kesihatan faiz yg tidak mengizinkan. Utk seat 2 tu 100 riyal. Kalau seat yg 1 tu 50 riyal.. Alhamdulilah dipermudahkan urusan. Selepas tawaf wada kami pulang ke hotel untuk makan dan solat zohor. So gambar ni kami ambil sebelum tawaf. Lepas tawaf ibuayu simpan hp terus. Risau tersnap gambar.

Sayu hati x payah cakap. Semua org rasa perkara yg sama. Semoga ada rezeki ke sana lagi. Kalau ada rezeki tiap2 tahun nak pergi. Kita cuba penuhkan tabung utk haji pulak.. In sha Allah.. 

Masa nak gerak ke Madinah tu faiz masih belum sihat sepenuhnya. Tp semangat dia memang kuat. Selagi tengok selera makan dia ok.. Mulut dia berbicara. Alhamdulilah..

#KUN2020


Saturday, February 6, 2021

Jabal Rahmah

 Kembara Umrah Nasyu

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Hari ke 3 dibawa ke Jabal Rahmah  iaitu tempat pertemuan Adam dan Hawa. Ramai mengaitkan tempat itu dengan jodoh dan cinta. Mutawif pesan itu bukan tempat mustajab utk berdoa. Dan ada setengah masy Neg luar agak fanatik di situ kami berempat panjat hingga ke atas. Tapi sebab dah 2 kali pergi ayahnas dan fauzan pergi ke tugu tu. Ibuayu dan faiz duk tepi tgk pemandangan.

Disitu gak ada bank yak org jual aiskrim. First time bagi anak2 rasa. Beli sorang satu.. Mcm tamak kan. Hah masing2 x abis sebba portion dia besar. 5 riyal je hrg dia...

#KUN2020


Masjid Hidaiibiyah

 Kembara Umrah Nasyu 2020

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Masjid Hudaiibiyah. Miqat kali 3.

Sejarah Google ya. Tp berkait dengan Perjanjian Hudaiibiyah.

Masa sampai org ramai sangat. Nak bergambar pun x dpt sgt. Nak uruskan anak2 lagi berihram. Itu pun dah pakai kain ihram siap2 dari hotel.

Kat sini juga antara tempat yg murah untuk melontar. Barangan cenderahati seperti Key chain, beg, minyak wangi murah beza di tempat lain.

Lots of luv

#KUN2020


Friday, February 5, 2021

Pakej tiram

 Kembara Umrah Nasyu

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Ada yang tanya kami sekeluarga amik pakej sebilik ke.

Jawapannya tak.. Ayahnas sebilik dgn anak2 dan 2 orang lain. Ibuayu sebilik dgn rakan  4 beranak. Alhamdulilah dapat rakan sebilik yg sangat baik. Begitu juga dengan ayahnas.

Kalau dengan Tiram nak amik pakej sebilik boleh je. Kena bayaran tambahan. Pakej kami dalam rm 5250. 


Orang tanya kami gi solat sama2 ke... 

Jawapannya tak juga. Ayahnas pergi bersama anak2. Ibuayu pergi sorang2. Tp ada gak sekali jalan. Tp jarang2 samada di Mekah atau di Madinah. Ibuayu suka gi sorang2. Lepas tu round cr port yg best. Rasa tenang rasa aman. Masa kat Mekah suka masuk pintu 79.. Biasanya waktu subuh terus menuju ke tempat tawaf. Walau x bertawaf sunat sebab sorang2. Ibuayu akan cr port utk bersolat sunat. Puas rasa dapat tengok Kaabah depan mata. Lepas tu kita cr tempat solat bahagian perempuan sebelum  masuk subuh. Kalau x kena halau duk kawasan tu

.Hajah... . Hajah..

Lepas abis solat pusing lagi tingkat 1 tu. Biasa masuk pintu lain keluar pintu lain. Sampai hotel anak beranak dah standby tunggu ibu dia bersarapan... Syok kan bila kita sorang perempuan dlm keluarga  dan yg lain lelaki rasa macam permaisuri....

Lots of luv

#KUN2020

Wednesday, February 3, 2021

Bukit Uhud

 Bukit Uhud

Sampai kawasan sini ada bukit yg di panggil bukit pemanah. Boleh Google untuk sejarahnya. Kawasan ni ramai yg panjat. Faiz bersemangat betul nak panjat sampai di puncak bukit tu.. Dia ajak kita orang. Ayahnas layan anak bujang dia. Puas hati faiz dapat panjat ke atas. So sementara diorg panjat bukit ibuayu dgn fauzan gi melontar. Rasanya ini antara kawasan yg murah gak untuk melontar duit.

Kembara Umrah Nasyu

#KUN2020



Tuesday, February 2, 2021

Umrah 2020

Ibuayu salin semula  di Fb simpan di blog

 Kembara Umrah Nasyu 2020

20 Jan 2020 ~ 31 Jan 2020

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Perjalanan dan rezeki Allah bagi pada setiap orang berbeda.

Pertama kali diberi rezeki pergi Umrah bersama emak, suami dan ahli keluarga Hj DALIP. Kami pergi 3 beranak tp kami pulang suami isteri sahaja. Tekad selepas itu ada rezeki ibuayu akan menunaikan umrah lagi bersama anak2. Ibuayu nak anak2 dapat ziarah kubur nenek mereka. Cuma cepat atau lambat. Tp target ibuayu sebelum 3 Tahun. Risau nanti andai kubur emak sampai masa akan dialihkan. Selain ziarah kubur emak sapa yg sudah pergi menunaikan umrah mereka tahu bagaimana rindunya perasaan hendak bertamu ke tanah haram dan beribadah di sana.

Kami menyusun jadual kesana. Kena tengok jadual cuti semester fauzan dulu baru pilih pakej.

Kami ambil Pakej Tiram Travel rm5050 dan kemudiannya ditambah dgn visa rm350.

Penginapan kami Hotel Conrad Jabal Omar di mekah  dan Hotel Ansar di Madinah. Alhamdulilah. Semuanya dipermudahkan..

#KUN2020


Sunday, May 31, 2020

Pertama kali dalam hidup

Hikmah PKP. 
Sebelum ni x pernah lagi ibuayu mula berpuasa masa raya ke 2.Sebab masa2 cuti tulah kami beraya ke sana dan ke sini. Konvoi berpuluh2 kereta ke rumah sedara mara. Iman x kuat utk berpuasa. Kalau nak buat puasa 6 pun tunggu dah 2 mg atau dah naik sekolah. 
Tp tahun ni bukan ibuayu je ayahnas pun join puasa sekali. Bila selesai 6 hr puasa semangat nak berhari raya dia lain macam. 
Memasak mcm hari memantai di bulan Ramadhan. 

Alhamdulilah. 
Pagi td excited bungkus2 bg kawan2 hidangan raya. Masa raya pertama tu dah janji tp x sempat nak beri. 
Maka ibuayu bersiap2 bagai orang nak pergi beraya. Pek siap2. 
Dari satu rumah ke satu rumah kami hantar bungkusan. Sampai rmh terakhir rmh BFF ibuayu keluar sebab nak singgah ambil daun pisang. Dalam bertelefon dalam melihat daun pisang muda.. Tiba2 ibuayu tertiarap sebab terlanggar bekas sayur dia.. Masa tu abis kotor stokin dan kain dgn tanah. masa tu tak tahulah nak nangis ke nak ketawa... 
Rasa sakit pun x dtg lagi. Lepas zohor td barulah rasa sengal 2 badan..Sampai sekarang kalau terkenang senyum sorang2
Ni semua penangan burasak.. 







Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015