Thursday, December 12, 2013

Menziarah BFF di hospital

Dalam kami ketawa bersama
Dalam kami merancang pelbagai  acara
makan2 jalan2
Tiba2 member baik masuk hosp
Ialah siapalah kita nak melawan
Ketentuan tuhan kan 

Jadi hari Rabu baru berkesempatan
Menziarah beliau
Ketika dan saat kami melawat
Masih belum confirm penyakitnya
Kami mendoakan
Dia kuat semangat
Semakin sihat
Dan bolehlah kami gether2 bersama





Wednesday, December 11, 2013

Gian makan sate sedap

Sate ni namanya sate kajang
Tapi bukan sate samuri tau

Dulu tapak dia kat tempat lain
Kiranya dalam tahun ni dia baru bukak kedai
Tapak baru

Masa raya tu memang selalu beli
Tapi  dalam seminggu ni memang tekak nak makan je

Hari ahad dah beli
Kemudian isnin nak beli kedai tutup
Gi hari selasa tutup
Frustnya mak

Tadi baru dapat makan
Lepas gian

Kedai ni area masjid tanah
Dekat TNB

Ibuayu suka sate daging dia
Sate ayam kureng suka


Setia Hingga Hujung Nyawa


Pagi Selasa kan bawa nek kiah
Ke IjN
Dah janji mak gerak awal pukul 8
Bila turun mak cakap
Abah nak ikut
Dalam hati terdetik
Mcmana ni
Nanti ayahnas nak parking kereta
Ibuayu tolak nek kiah
Atukmail mcmana
Rupanya awal2 atuk mail dah kata
Nanti dia tunggu kat lobby je

Mak pun kata biarlah abah dr semalam 
Dah cakap nak ikut IJN
Atukmail kaki x kuat sebnarnya
Kalau jalan pun pakai tongkat


Bila dikenang sweetl ak
Bila mak sakit
Abah sanggup teman nak gi IJN
Ialah ini namanya
Kasih sayang
Orang tua dia tak loving2 macam orang muda
Tapi dr cara dah tunjukkan cinta

Harap bahagian kita 
Pun mcm ni juga

Setia hingga hujung nyawa



Tuesday, December 10, 2013

Bertemu kehormat di IJN..

Hari Isnin malam gi Nilai
Ini kerana hari Selasa 
Nak bawa mak ambil drh di IJN

Jadinya pagi2 kami dah gerak ke IJN
Abah pun nak ikut sekali
Alhamdulilah jalan tak le jem sangat 
Tapi jem tetap jem
Masih tak dpt bayangkan
Kalau ibuayu yg kena drive sendiri
Nasib baik dlm kesibukan
Ayahnas nak menghantar

So sebab bawa abah suruh abah
Duduk kat bawah tempat menunggu je
So ibuayu tolak nek kiah je naik kerusi roda
Ayahnas gi cari parking kereta

Masa gi ambil darah kejap je
Orang tak ramai
So ckp dgn nek kiah kita gi tempat atuk mail

Ialah biasanya 40 minit baru dia panggil balik

So bila sampai kat tempat tuk mail tu
Ibuayu tengok ramainya tunggu kat pintu masuk
Macam menanti somebody
Ialah kalau ada doktor sekali 
Kat bawah tu mestilah ada vvip dtg

Bagai dijangka bagai dirasa
Siren kereta polis dah berbunyi
Berdebar2 hati
Standby gak kamera
Walau tak tahu sapa yg tiba

Akhirnya muncul yang ditunggu tiba

Terus ambil gmbr
Bunyi kamera pulak
Kuat semcm
Dah abg guard memandang
Hahaha
Buat bodoh jelah
Cemas gak
Salah ke ambil gmbr
Teruja makcik tau
Yang lalu depan mata ialah
"
"
"
"
"
"
"
"
Yang Dipertuan Agong 
Bersama 
PERMAISURI Agong
Mana tak rasa gembira
Ialah bila kita org kampung
Ni dpt ketemu dgn 
Kehormat
Lalu depan mata je
Suka tgk permaisuri tersenyum je
Tak tahulah diaorg datang kenapa
Maybe  melawat or buat rawatan

Gambar yg diambil tak jadi
Sebab tangan mengeletar
Huhu frustnya

Masa nak gi ambil keputusan drh
Siap pesan ayahnas
Kalau agong lalu ambil gambar ya hehe

So masa nak tngu kat INR
Whatsapp ayahnas tanya agong dah lalu
Tahu apa ayahnas jawab
Belum dia tunggu ayu sampai

Huhu geram makcik


Monday, December 9, 2013

Malunya ooo



Masa tu ptg jumaat gi pejabat pos
Orang bukan main ramai lagi
Tapi sebab memang nak.pos pisau
So nak tak nak tunggu je lah juga

Bila dah ambil slip pos laju
Tulis semua tunggu sambil duduk
Bila dia panggil bangunlah dengan gaya yg paling ayu

Ayulah konon
Gi lah kat kaunter
Lama gak berdiri kat situ
Selesai je terus gi sekolah

Sampai.kat sekolah
Dah.duk.15.minit
Kakak pekerja tegur
Tudung belakang ayu ada tanda harga ke


Hahahahhaa

Ketawa bukan main kuat
Sampai meleleh air mata
Cerita kat org pejbt bayangkan
Ayu kat pejabat pos tadi

Waduh2 malu oooo
Kita congok kat kaunter
Org belakang mesti ketawakan kita

Huhuhuhu


Tudung  ni beli dah lama
Entah kenapa
Tak brp suka so ingat nak jual

Tapi ptg tu teringin nak pakai tudung ni
X ingat pun tudung ni x pernah pakai
Tu yang tag masih tak buka lagi






Sunday, December 8, 2013

Sarapan makan cekodok.di kedai

Bila dah selalu sarapan kat luar
Tak tahu dah nak makan kat mana

So merayau2 dulu
Teringat satu kedai yg buka malam
And siang dia buka untuk sarapan
Terlupa.nak tanya tengah hari buka ke tak

Rasanya buka
Sebab nampak ada tulis gulia kawah 
Asam pedas

Boleh try next time

Kedai ni dekat je dengan family store 
Arah jalan ke durian daun masjid tanah



Saturday, December 7, 2013

Gempar ke Gambang

Bukan ke tempat isteri di sisi suami
jadi walaupun berat hati nak ikut
kenalah ikut


Al kisahnya ni 2 minggu sudah
bila team ayahnas kat UPM dah kalah
ayahnas singgah nilai jumpa kitaorg
so esok paginya team pembangunanlak
masuk final
maka sibuklah en suami mengoda isterinya ikut gi gambang

apa kes nak ikut
dahlah pergi 3 jam
balik 3 jam
mesti penat je rasanya
kalau 3 jam tu dapat jumpa lee min hoo
mesti tak penatkan
hahahaa

maka dengan nak tak nak
setelah digoda
akhirnya isteri mithali ni pun ikutlah
yang geramnya bila ajak anak2 semua tak nak ikut
kalau fauzan tu ialah
ni si kenit pun tak nak ikut
lagilah mesti boring dalam kereta ni

kalau anak2 ada diaorng bising bergaduh pun rasa meriah je kan

maka lepas zohor kami gerak
lalu jalan kuala pilah
first time jalan sini
lepas tu bandar muazam 
baru sampai sekolah ssukan gambang dlm pkl 5

abis game
penyampaian hadiah sesi bergambar semua
kami gerak ke kuantan dalam pkl 6 lebih
nasib baik Melaka johan tau 
berbaloi Ketua JUrulatih negeri mai tengok
isteri dia je tak rasa berbaloi
Penat duk lama2 dlm kereta
Driver ok je 

bagai dijanji
dah ikut kenalah belanja ana petaikannnnn

apalagi bila ibuayu yang pilih menu
ambil ikan siakap
lala
ketam
sotong

kebetulan memang teringin makan ketam ikan masin
dan ni first time kami makan
memang sedap dia masak
isi ketam pulak tu tebal
harapnya ikan bakar ana petai kat bangi pun ada buat
ketam ikan masin ni

lepas makan
zuppp balik nilai semula
balik kami lalu lebuhraya
ni pun first time lalu
walau gelap
tapi takde lah jalan macam muazam
dengan buat jalan dengan berhabuknya

sampai nilai dalam pukul 11 lebih
cakap kat ayahnas
dia sesuai jadi pemandu bas or lori
ialah suka sangat bawa kenderaan jauh2
kalau orang lain tak larat rasanya


Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015