Monday, January 9, 2012

bILA sUAMI iSTERI gURU

Semangat buka sekolah ni

ialah murid-murid seronok dengan barang baru buku baru


kami yang cikgu pun seronok jugak dengan buku mengajar baru


disebabkan ada 2 orang guru dirumah ini apa yang isteri ada suami mesti ada sama

ini 2 batang pen merah
satu untuk cikgu nas satu untuk cikgu ayu


ini buku untuk catat minit masa meeting
buku ni buat sendiri
satu untuk cikgu nas satu untuk cikgu ayu



ni buku rancangan mengajar
satu untuk cikgu nas satu untuk cikgu ayu

WAJIB tulis hari-hari
jarang bawa balik rumah sebab dah tulis siap2 kat sekolah
takut jugak tertukar ya....keh3


 yang ni visi and misi sekolahyang harus ditampal..
ibuayu and ayahnas sekolah berlainan
satu cikgu nas punya satu cikgu ayu punya




rasanya yang mana satu cikgu nas punya
yang mana satu cikgu ayu punya


'
"
"
"
"

inilah cikgu nas punya
dalam hati ada taman
keh3
yang ni cikgu nas buat sendiri 



tapi bag sekolah untuk cikgu ayu belum ada lagi

belum jumpa yang berkenanlah
tunggu cuti raya cina ni baru carilah

Saturday, January 7, 2012

Andai kata Alia masih ada

Dari menghadiri Orientasi Tahun 1 
sebelum buka sekolah lagi 
ada duka dihati
ada sesuatu yang mencengkam jiwa
memerhatikan teletah anak2 kecil yang melangkah ke alam persekolahan


dalam diam tak diam
sudah 7 tahun rupanya
hati ini telah berdetik
andai kata arwah masih ada
andai kata arwah kembali sihat
tentunya tika dan saat itu
aku jua sibuk melayan kerenahnya

dia akan ke sekolah bersama ibuayu





betapa lamanya menanti kehadiranmu 

dikau lahir disaat Fauzan  hendak masuk Tahun 1
dan kini andai kata dikau ada di Tahun 1
Fauzan pula ke Tingkatan 1
jika sebelum ini along Fauzan yang ibu uruskan
tentunya selepas itu dikau menjadi peneman ibu



kita hanya mampu mengimpikan sesuatu
kita hanya mampu berangankan apa sahaja
tapi segalanya hanya Allah sahaja yang menentukannya


rasa bagai semalam semua ini berlaku
melihat anak orang lain
melihat keletah mereka
terasa ada tangis di jiwa

doa ibu agar Alia bahagia disana
insyaallah satu masa kita akan bersua
nantikan ibu ini ya sayang
setiap saat tiap ketika dirimu tak pernah ibu lupa
walau kini keluarga kita hanya berempat tapi ibu sentiasa merasakan
anak  ibu ini sentiasa bersama kami





Ya Allah berikanlah hambamu ini kekuatan dalam menjalani 
kehidupan di dunia ini

Friday, January 6, 2012

faiz oh Faiz

ada masa ok
ada masa seksa nak ambil gambar dia




sekarang dah suka pakai cap




gambar di bawah ni diambil jam 10 .44 MALAM
bukan balik atau nak pergi mana-mana

lepas mandi tadi terus ambil baju and seluar jeans
pening kepala ibuayu
budak kenit ni kalau bergaya dgn seluar jeans memang NO 1


lagi satu kalau tanya sapa PAKWE ibu
jawapannya

"
"
"

anua jain 

(anuar zain)

wah suka-suka..
ayah nak pandang semacam je..
keh3

Thursday, January 5, 2012

fauzan dah tingkatan 1

Selamat datang ke alam sekolah menengah


ialah dari darjah 1 sampai darjah 6 

belajar ikut ibu jadi setiap perkembangan semua ibu tahu

dari belajar sampai ke perangai semuanya masuk telinga ibu

lepas ni kena pasang spy pulak kat sekolah menengah ni..keh3




semoga Muhammad Fauzan Haikal 
akan berjaya dalam setiap apa yang diceburinya
 Ibu dan ayah sentiasa mendoakan kejayaan Fauzan

Wednesday, January 4, 2012

mENANG cONTEST

Alhamdulilah
rezeki awal tahun
contest ni last year
vote group nana untuk contest safi
ibuayu pun vote banyak kali tak ingat


suka sangat sebelum ni kalau jengok blog nana
asyik tengok promo semperit 
akhirnya dapat juga merasa secara percuma 



thnaks nana


naik semangat semula nak join contest lain lepas ni

Monday, January 2, 2012

car Boot shah Alam

Dari Ipoh hari tu kami terus ke klang rumah member
geng masa kat maktab
member baik masa kat maktab kira baik macam adik beradik

husband dia classmate ayahnas kat maktab
tu yang still close


pagi-pagi dah bersiap sebab nak gi car boot kat stadium shah alam
member ibuayu ni follow sama sebab lepas ni terus diaorang nak tido rumah ibuayu lak

jalan jam...ayahnas nak parking pun susah
so kami ibu2 dan anak2 nilah yang turun dulu
dapatlah rembat 2 helai baju kelawar
ayah dan anak sibuk dengan jersi bole je
pening ibuayu
memilih kalah kami yang perempuan ni

cuaca panas..layan je lah






orang kuat FAM ke...
nasib baik takde kasut Msia ...

Faiz gunting rambut di Taiping

masa bercuti hari tu ayahnas rimas tengok anak-anak dia berambut panjang
so lepas round taman tasik  terus cari kedai gunting

cian faiz nampak lain lak lepas gunting
kedai ramai orang
tu yang agaknya cincai je dia buat
org sibuk buat rambut untuk sambut krismas rasanya

bila time fauzan cakap kat cina gunting tu jgn gunting pendek2 sangat
nanti aron aziz jadi karon aziz lak...keh3



ini sebelum



ini selepas

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015