Wednesday, December 7, 2011

Bercuti di Kuantan

Pada 4 hb entah kali ke berapa kami ke Kuantan lagi
Ada agenda utama (cerita next entry)
tapi agenda sampingan ialah bercuti


kali ni kami duduk di Hotel Greenleaf
agenda masih sama
sibuk dengan makan-makan di tempat yang sama
cuma cuaca yang tak mengizinkan
hajat ibuayu nak melepak kat Teluk Cempedak tak dapat
sebab asyik hujan sahaja.





dah balik hari tu baru tahu rupanya kuantan banjir kilat

Sunday, December 4, 2011

Selamat hari Lahir Ke 12 Muhammad Fauzan Haikal

3 hb merupakan hari lahir Fauzan

Tahun ini genap usia dia 12 tahun
Doa dari seorang ibu

agar Fauzan dipanjangkan umur
diberi kesihatan yang baik
menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendengar kata ibu dan ayah
dan selamat melangkah ke alam remaja
Kali ni kami sambut di rumah long

and kebetulan memang dia jemput adik beradik
untuk baca yasin and doa selamat kerana pindah ke rumah baru

 so petang tu kami buatlah upacara potong kek

orang ada kembar 5 jam
maka potonglah kek bersama-sama

mulakan acara dengan doa selamat


kemudian barulah tiup and potong kek

 

dah jadi anak bujang 


kek yang dibayar oleh mak long


 pose sekeluarga 


pose dengan nenek and tok mak

Saturday, December 3, 2011

Cermin depan kereta retak

Kisah lama
tapi untuk ingatan dan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk sesiapa yang mengalami masalah yang sama


Cermin depan kereta tu retak sebab terkena serpihan batu di highway

bukan sebab lori batu pun
perkara nak jadi so redha jelah

nasib baik cermin ni ada perlindungan insuran 
tapi dia cover rm 500 je

ibuayu tak tahulah cara nak claim setiap ins tu sama tak
yang ni insuran kereta kami

pergi office insuran
diaorang ambil gambar and  bagi borang

kita lengkapkan and cari kedai yang link dengan insuran
cermin ni harganya rm 700 so kami tambah rm 200 jelah
ini pun bukan yang ori .
kalau ori seribu lebih

ia juga bergantung pada jenama kereta ya....

deal dulu dengan bengkel kereta sebab cermin tu kena tempah
kalau ikut dalam 3-4 jam siaplah cermin kereta baru..

sebab tu kenapa road tax kami rupa macam ni



ialah sebelum nak ganti cermin kena cabut road tax tu dulu
kalau nak ganti yang baru pun boleh gi JPJ je
tapi sebab tarikh insuran baru ni 5 hb Dis so kami bertahan guna yang lama


ayahnas belum sempat tinted lagi cermin baru


so buat sementara ibuayu tepek dulu pelekat yang penting

doa naik kenderaan



and yang mengenyangkan perut

Friday, December 2, 2011

Aktiviti Petang Jumaat

Semalam kat KL
pagi dah kat MT

esok gi NILAI lak
nasib baik dekat..

hari ni balik MT sebab ayahnas ada game bola
anak2 semua duk kat KL nek kiah tolong jagakan

sebelum keluar banyak kali ayahnas pesan baca buku..baca buku.
masa anak dia nak exam UPSR pun takde lah dia nak ambil berat macam ni..

sebenarnya bukan apa..
ayahnas nak masa anak2 ni takde ibuayu dapat baca buku dengan tenang
nanti dia kata bila nak dekat exam barulah nak tension..
ialah bang..ibu baca dah ..cuma tak paham je..keh3

so bila dah petang2 boring lak tinggal sorang
baca buku dah tido pun dah
so apa lagi



ambillah benda ni




apa ya...
selalu ayahnas yang buat ibuayu takdenya..



tengok hasilnya




baru semangat tengok dalam bersih

Keliru antara Plaza GM dan Wholesale city San Pen

Masa ayahnas balik kursus sebelum ni dia dah cerita
dia gi satu tempat yang jual baju murah2
dan dia kata ada lebih 500 buah kedai
tapi ibuayu tak dapat bayangkan kat mana tempat yang ayahnas cerita ni

sebelum ni pun ibuayu pernah dengar cerita pasal barang borong ni dari Long
dia gi barang office



jenuh jugak lak review pasal tempat2 ni..

dalam hati terfikir gak tempat ayahnas and long ni tempat yang sama ke tak...

ayahnas tahu tempat tapi tak tahu nama...

so call long  tanya macamana nak gi tempat yang long cakap..

long katalah kat chow kit

yang ayahnas lak kata apa2 dia kena lalu bukit bintang baru tahu jalan nak kesitu...

Jadi dah kebetulan kami ada kat Kl kami redah cari tempat yang ayahnas cerita

Prinsip kami kalau masuk KL tak sesat memang tak sah

so walaupun kami suami isteri ni salah jalan..sesat mesat tapi tetap happy

and ibuayu sebenarnya respect kat yang ayahnas yang still cool walaupun kami sesat teruk


nak pergi sesat nak balik lagi sesat

rupanya tempat yang ayahnas pernah pergi tak sama dengan yang long pernah pergi
Long cerita pasal Plaza GM chow kit and abg cerita pasal 
Wholesale city San Pen

Dekat Wholesale city San Pen tu ada kedai2 lama and ada juga bangunan besar yang baru operasi sebulan

kedai2 lama tu kebanyakannya borong
tapi bangunan wholesale tu ada borong ada yang boleh beli satu2..
baca je pelekat kat kedai tu..

ibuayu masa gi situ dah berkenan satu blaus cantik

tapi kalau nak beli kena beli 6 helai so pendam jelah...
tapi rasa kalau berniaga kecil2an pun ok gakkan..
tengoklah macamana

insyallah lepas ni nak cuba gi Plaza Gm tapi taknak gi chowkitlah nak gi kat klang pulak
seksa masuk Kl sesat je
yang makwe GPS lak malas kerja asyik lost stelite je...

lain  kali kita gi lagi ya bang...

Wednesday, November 30, 2011

Hadiah dari suami setiap kali outstation

Apa yang anda harapkan setiap kali suami anda kena outstation


ole-ole ke,hadiah ke,mainan untuk anak-anak ke

ibuayu tak pernah fikir nak dapat apa

sebabnya setiap kali ayahnas balik dari mana-mana

mesti ada benda wajib yang dibawa

inilah benda wajib tu

dah siap jemur pun

mengharapkan mentari menyinari

janganlah hujan turun dulu...

hadiah wajib  ni kalau ayahnas bawa team tertentu je

kalau masa dia bawak team akademik 
memang round satu malaysia dia tak bawak balik baju
dia mesti bawa balik SESUATU untuk ibuayu and anak2
apa klass bawak balik baju.....

harapnya jersi-jersi ni tak bertapa lama kat rumah
dipulangkan ke asal usulnya secepat mungkin
buat masa ni ada 3 bungkus set jersi kat rumah ibuayu tau...

kalau boleh jual dah lama ibuayu tolong jualkan..keh3

harap-harap lepas ni boleh upah kami anak beranak gi bercuti ya ayahnas

dah penat jadi penunggu rumah..


 sidai satu set jersi

 ni baju lak



gambar baju ayah yang satu beg besar yang dah basuh lagi

takpe yang penting ikhlas.....

Duit berterabur depan rumah

Kalau betullah duit yang berterabur tentu hati melonjak suka

Tapi bila berhari-hari kita dah tinggalkan rumah

ada benda lain yang berterabur manalah hati tak sakit

memanglah adat duk rumah taman flyers bersepah2


tapi kalau flyers tu benda yang sama campak satu cukup lah

ini campak banyak2 nak buat apa


buat sampah je rumah ibuayu

cuba campak duit baru hati suka


faiz kalau dapat duit seringgit memang suka

nak beli aiskrim je katanya


ni lah kertas yang nak bagi duit tu
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015