Monday, December 26, 2016

KEJUTAN DI HARI LAHIR

Alhamdulillah
23.12.2016
genap umur ibuayu 43 tahun
org lain dah genap
kita penghujung baru genap...lagi 18 hari
nak masuk 44 tahun
tp kalau thn depan org tanya umur brp
masih sebut 43 tahun ya

masa hr jumaat plan asal nak ke ikea
ayahnas siap ckp...lepas tu nak gi mana bgthu je
layan birthday girl
lepas fikir2...
memang x tahu nak menanggok mana kat kl tu

so mulut ni ckplah gi cameron
x sangka ayahnas setuju
kami bukan x pernah gi cameron balik hari
tp selalunya dah plan awal
pkl 4 pg dah gerak
yg ni terkejut je
pkl 8 br gerak
alhamdulilah jalan semua ok
x jem
sampai lepak kat tanah rata dulu
ibuayu memang x nak gi arah brinchang
sebab tahu memang jem
yg penting ibuayu nak gi KG SEDIA
nak makan strawbery coklat and scone
dpt tu pun cukup
alhamdulilah semua dapat.
.tq ayahnas buat rasa kita semakin sayang..




kejutan seterusnya
kejutan sebelum birthday
member baik masa kat maktab minta alamat
nak pos something
barang tu sampai sehr sebelum birthday
dan makin teruja tu
purse yg ibuayu dpt tu memang purse yg sangat2 diidam2kan...
masa buka bungkusan tu siap menjerit sendiri....gembira betul...tq usu..next year dpt hadiah lagi x


kejutan seterusnya
walau dah terlewat hr sebenar
tiba2 noey..pembantu ibuayu kat libry
wasap tanya ada rmh x...
x lama lepas tu dia dtg bawa kek sr
aduhai touching lak rasa
alkisahnya hr jumat tu dia dah dtg gak bawa kek...tp ibuayu xde



alhamdulilah rezeki tahun ni
meriah dgn kejutan
meriah dengan ingatan dan ucapan
doa dr kawan2 samada di wasap atau di alam maya
sangat2 dihargai...
luv u all

Monday, December 19, 2016

BERCUTI KE JB

lepas check out mersing
kami menuju ke JB
ni kira first time ibuayu lalu laluan ni

sebelum sampai hotel
mcm biasa cr tempat mkn
utk membungkus
odw tu lak
faiz kena demam
maybe lama berendam
gi cr ubat and vicks utk dia
kebetulan gi 7E
kat kempas
berhadapan kedai makan safie sali
rezeki nampak dia duk luar kedai tu..
nmpk dr belakang pun jadilah
lepas tu br cari kedai nasi beriyani
ibuayu kalau nasi beriyani suka daging
ayam kurang sikit
ayahnas je yg turun beli
kebetulan kedai tu ada jual nasi ambeng
ayahnas bungkus sekali
alhamdulilah rezeki




rasanya kalau makan tghr ni lebih selesa makan kat bilik ...
santai2 je....
kalau malam memang mkn kat luar...
so lepas tu terus cr hotel
ni first time duk sini

senang je guna waze
lepas check in..
bg faiz makan nasi makan ubat
biarkan dia tido
mulut asyik bercakap je nak mandi kolam
dah demam apanya nak mandi kolam dik

so ptg tu kami santai2 duk dlm bilik

Friday, December 16, 2016

HOTEL MERSING BEACH RESORT

Mersing Beach Resort ni
betul2 kat area pantai air papan
kira dr bandar mersing dlm 11 km

kami duk bilik deluxe
satu katil double satu lagi single
harga rm200
tempah kat www.booking.com
include breakfast
mcm ibuayu
masa check in tu tanyalah
brrakfast kat mana
sebab diaorg bg kunci je
xde bagi coupn brekfst ke apa
sekali diorg jawab
nanti diorg hntr bilkk
nasi lemak
ooo mcm tu ya


nak cerita yg x best dulu
satu je pun x bestnya
bilik tu mcm connecting dgn bilik sebelah
so ada pintu antara bilik
yg diperbuat dr plywood
jadinya apa yang org sebelah ckp
kira boleh dengar
kecuali diorg berbisik hahaha
tu jelah pun
yg bestnya
kamo dpt bilik yg bangunan dia mengadap swiming pool
so x susahlah nak tgk faiz mandi
duk je kat beranda
kami lak dapat bilik bawah
so lagilah senang

pantai pun dekat situ je...
so boleh je nak mandi pantai ke
nak mandi  kolam

ibuayu memang x mandi pun
faiz jelah yg bergumbira












Wednesday, December 14, 2016

Makan di KAMBING 40 HARI

Kebetulan hr tu gi kluang nak amik mak mertua
kami singgah sini
ni nak ke Mersing singgah lagi
so utk bulan ni kira 2 x

so kalau tanya sedap ke x
dah tentulah sedap
tp ibuayu x makan kambing
so beli ayam
utk kali ni amik 1 set ayam 2 kambing
dan kami sampai awal
so roti canai ada lagi
faiz makan roti canai
ayahnas tambah kuah kambing

perut lapar
nasi fauzan x abis pun ibuayu yg sapu
kedai ni bukak jam 7.30 pg
nak senang kalau nak gi google dulu
tutup bila
rasanya weekend memang bukak je
masa tu org pun ramai
so kalau dr melaka boleh keluar tol yong pertama yg pertama
kalau terlepas
keluar tol air hitam
kedai tu pun memang nak dekat ayer hitam
so berpusing sikit xpe
sebabberbaloi
ibuayu x makan kambing
tapi kuah kambing dia memang ibuayu pulun




 dah brp kali makan
memang x jemu
bilalah diorg nak bukak cawangan kat melaka ni...

Tuesday, December 13, 2016

Bercuti ke Mersing

Rasa dah agak lama tidak ke sini
maka inilah destinasi cuti kami
itupun sebenarnya
plan nak gi utara
ayahnas nak tgk sekali MSKPP
ialah org tak boleh main
kaki sakit
dpt tgk pun jadilah kan
tapi tarikh tu lak
fauzan gi lawatan kelas dia
so kami nak tukar plan
gi ipoh...maybe nak duk taiping
tapi fikir punya fikir..
gi tempat lain sikit lah
jauh dari bangunan2 batu
so kami pilih mersing

gerak dr MT jam 7 pagi
tgk kat waze
dlm 3 jam smpi mersing
tp kami berhenti sarapan
kat kedai KARI KAMBING 40HARI

lepas tu berhenti lagi kat Kluang
nak posing kat mural 3D
So dlm pkl 11 lebih kami smpi pekan MERSING

ronda2 pekan mersing
lepas tu beli nasi bungkus
terus check in bilik
selalunya mai mersing kami duk area bandar dia
and selalu pilih HOTEL SERI MALAYSIA
kali ni kan nak lari dr bangunan batu so kami duk
MERSING BEACH RESORT
kat air papan...nanti cerita ya...

tayang beg dulu
hahahaa

Tuesday, December 6, 2016

Kuih Keria gula melaka yg viral

Ibuayu pun x pasti bila masa kuih keria limbungan tu viral
utk kami yg duk melaka ni memang dah tahu lama
memang dah tahu pun kalau nak beli kena beratur
dan kalau dah beratur tu pun silap2 masa turn kita dah abis yg dlm dulang
kena tunggu lagi
silap2 tunggu lagi setengah jam

tu dulu2 masa x viral
bila makin org perkatakan ni
ibuayu x pernah pergi
yg beratur dulu pun masih terasa
lamanya

so td kebetulan lalu kat coconut shake batu berendam
terpandang banner kuih keria
pesan kat ayahnas balik singgah
rezeki ibuayu..
x tahulah sebab bukan hujung mg ke
x yah beratur pun
masa beli pun panas2 lagi
kat belakang tu diorg tengah gentel and goreng
so sapa nak mai melaka bolehlah try
gi batu berendam sambil pekena coconut shake sana...


Monday, December 5, 2016

Sakit Tonsil

Sebelum ni memang dah pernah kena tonsil
and xlah kerap sgt.

tapi kali ni
sakit sangat
and lama

selalunya kalau dah gi klinik
alhamdulilah baik
tp yg ni x baik2
dengan sakit kepala
badan rasa berangin
dengan rasa seram sejuk
jangan nak makan
minum air masak pun rasa pedih tekak ni

seminggu lebih rasa sakit ya amat
dahlah mg tu sekolah ibuayu penuh dengan pelbagai majlis
memang lawan sakit je...
last sekolah hr sabtu tu
kami meeting akhir
balik dr meeting tu ibuayu singgah klinik lain
klinik tan
klinik ni nak tunggu turn memang lambat
tapi dia bg penerangan memang dahsyat
sangat teliti
dan doktor ni cadangkan supaya operate
huhuhu
yg tu tunggu dulu
seriau rasa

lepas balik klinik tu
ibuayu kerja makan ubat tido
bangun solat lepas ti tido
memang nak bawa badan x larat
air masak lak ibuayu minum berbotol2
anak dan rumah ayahnas yg uruskan
ada masa keluar gak air mata ni
sakit sesangat tahan sakit je
hr selasa tu br rasa kuat sikit..
tp lemah badan tu masih terasa
mcm x sedap badan
mulut pun rasa payau je....

ada yg bg nasihat ..makan ais krim vanila semua
tp doktor kata tu bukan rawatan yg terbaik
doktor kata makan ais krim gemuk hahaha

tulah
rasa insaf bila sakit ni
rasa seriau
kalau boleh x nak sakit lagi
nasib cuti sekolah dptlah rehat cukup2...




Sunday, December 4, 2016

Dah bujang anak ibuayu

3.12.1999
3.12.2016
sekejap je dah 17 tahun
pantas masa berlalu
kenangan masa nak lahirkan fauzan pun kuat dalam ingatan

ialah anak pertama
kisah lama duk kat labour room
tp x bersalin2
kisah ayahnas bertunggu tangga kat hosp ibuayu tak bersalin
at the end masa ibuayu nak bersalin masa tu ayahnas balik krubong kejap
kisah kelopak mata fauzan berdarah sikit.. mungkin masa tu doktor nak cepat operate ibuayu
kisah lepas ibuayu selamat bersalin nak tolak masuk ke wad
masa tu lah selisih dengan long nak dihantar ke labour room
dan masih kuat ingatan kucupan ayahnas di dahi ...mungkin tanda terharu atau terima kasih lahirkan anak dia
semuanya masih kuat dalam ingatan

alhamdulilah
Allah beri ibuayu anak lelaki yg mendengar kata
yg tahu tanggungjawab dia pada keluarga dan pada agama
nikmat yg mana lagi harus ibuayu dustakan
walau mungkin x sebijak sepandai anak org lain
tapi bila kita tahu aktiviti dia seharian
tahu perangai dia
syukur atas anugerah yg diberi...
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
berjaya di dunia berjaya di akhirat
menjadi contoh pada Faiz
menjadi insan yang soleh
pesan ibu kita perlukan kekayaan
bukan untuk diri kita semata2
tp sekurang2nya bila kita kaya
kita dapat gunakannya untuk ke jalan Allah.
untuk kaya kita perlu berjaya
kaya harta kaya ilmu  kaya iman kaya budi bahasa....
ibu sentiasa mendoakan yg terbaik utk anak ibu



Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015