Monday, October 24, 2016

Patahnya Sebelah Sayap

sebelum ni ibuayu x layan cerita ni
x layan langsung
tp entah camna
hr sabtu tu terbaca sinopsis cerita ni
terus gi google
tengok kat web kepalabergetar

syok gila
ibuayu x mula dengan episod 1
tapi bermula dengan episod 5
tengok smpi episod 14
br tahu tinggal 1 je episod akhir
kemudian baru patah tgk episod 1
hahaha
memang best cerita ni
lakonan mantap2
 kelakar
sedih
manis2 cinta.....

tak sabar nak layan last episod mlm ni


Saturday, October 15, 2016

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN

Review yg ibuayu beri ni x berbayar
and sedap ke tak
ni adalah tekak kami
tekak org lain x dpt dijamin

hr jumaat cuti TYT MELAKA
so memang dah booking hotel kat Kuantan
nak hilangkan stress anak2 sebelum nak exam
hahaha
ayat menawan
mak dia yg nak melanggok

so kalau kami gi kuantan
kami memang ada port2 makan wajib pergi
beli bungkus or makan kat sana
tp kali ni banyak bungkus je

waktu tghr kami gi gerai PAKSU DAN MAKSU
Lepas tu U turn kami gi singgah kat warung MOKNA
kedai ni area tanjung lumpur
tanya waze diorg boleh bawakan
kedai ni jual
pelbagai makanan dan makanan2 celup2 tepung
sata pun ada
makan panas2
harga jangan malu sebelum pilih boleh tanya dulu




tempat makan yg best and kira wajib gi
ana petai ikan bakar
pun kat area tanjung lumpur
kat area sini wkt mlm
memang happening
banyak gerai2 makan ..
nak ikan bakar boleh nak tomyam ada
ana petai ni kat tnjg lumpur ada 2 cwgan
satu jln besar
satu lagi masuk ke dlm tepi pantai




lala masak halia diorang memang sedap
ketam masak telur asin
ikan bakar petai wajib order
gmbr x snap hehehe

seterusnya
kedai nasi kukus dapur mama
x pernah makan kat kedai
beli bungkus otw nak balik melaka
so kami makan di dalam kereta
yg untung en drivelah ngangga je mulut
org sebelah suapkan
memang sedap sangatlah..biasa amik ayam goreng berempah..
sebelum ni gi beli 2 bungkus je
kali no ayahnas kata beli 3 bungkus..mana cukup nanti

last tempat makan and first time ibuayu gi
KULA CAKE
memang glem ya amat le
ibuayu beli manggo chese and carrot cake
memang sedap2 sangat

rasanya banyak lagi tempat yg sedap kat kuantan
tp dah gi sana 2 hr 1 mlm je x dan nak gi tempat lain..so kalau ada member2 tahu tempat makan yg sedap2 kat kuantan mehlah share info....

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015