Wednesday, June 29, 2016

Percaya ke kalau perempuan kata dia x de baju raya

HAha Ha
Perempuan tu ibuayu lah
Memang pecah rekod tahunni
Kain ada tp x tempah
Tak tahu knp mengapa x tempah2 dr dulu
And xde mood pun nak tempah
So masa Mood republik hari tu ibuayu dah sauk 2 jubah
2 shawl
Tapi sampai hr nixde baju raya
Sebabnya  kenapa dan mengapa
Ini kerana ayahnas and anak2 pun
Beli baju melayu raya lambat
Kami xde planning pun tema wrn apa
Mmang plan
Gi kedai tgk berkenan beli je
Haha haha
So ini yg terjadi
Masih mencari hingga kini
Nak gi shopping hr sekolah
Ada susah sikit
 fauzan tuisyen
Tengoklah camno nanti

Tuesday, June 28, 2016

Iftar Keluarga Hj Dalip di Hotel Sentral

Hari Sabtu
dapatlah kami keluarga hj dalip berkumpul
Ni tahun ke 2 dpt iftar bersama2
di hotel yg sama
perancangan dalam masa 2 mg
Berjaya jua
Walau semua x dpt nak sertai
Meriah tetap meriah
Kalaulah semua berkumpul
Mahu bergegar hotel tu

Mak2 sedara


Mak n pak sedara

 Kami semua


Saturday, June 25, 2016

Salahkah Ke Pergi Bazaar Ramadhan

Hak individu
Tak sapa suruh 
Tak sapa larang
Tapi kadang2 rasa bila baca
Macam eh eh...Kenapa ya
Salahkah org yg gi pasar ramadhan @param

Setiap tahun bulan puasa
Ibuayu mesti tunggu
Nak rasa murtabak sedap ni
Msalahnya murtabak ni 
Dia niaga bulan puasa je
Kt param je
Bulan tak puasa dia x meniaga murtabak
Post lalu dah cerita
Tu yg sanggup beratur sejam lebih huhuhu

Masa bulan puasa ni gak kita banyak pilihan
N beli ayam golek 
Kmbing golek
Bulan lain susah nak jumpa kambing golekkan

sebelum ni ibuayu suka beli makan2 ringan je kat param
Sekali hr tu 
Beli ikan patin masak tempoyak
sampai 2 ketul hehee
Kemudia gi beli popia sambal
Air jagung

Memang sebelum pergi tu dah fikir apa nak beli
So jimat masa jimat duit hehee

Semalam ayahnas balik kg jap
Bawa nek yot beli barang dapur
Ibuayu x ikut
Then ayahnas call
dia dah beli ikan senangin asam peda
Pdahal masa tu ibuayu dah keluarkan ayam nak masak kari
So simpanlah semula
Dah memang terangkat makan asam pedas ni
Sedap sangat
Nexttime nak repeat lagi..
Kuah ada lbih
Bawa ke sahur
And pertama kali ibuayu tambah nasi waktu sahur

So nak gi ke x kat Param ni terpulang
Duit kita selera kita
terpulang pada kita
Belilah berpada2
Jangan sampai membazir pula



Masa ni gi kedai siam
Faiz kata nak makan ikan
So bungkuslah ikan siakap 3 rasa


Gambar ni faiz tertidur kat pa
Sementara tunggu fauzan balik sekolah
Ngantuk sangatla tu...

Friday, June 24, 2016

Masa yang sesuai shopping raya

memanglah ada kata shopping raya
Sesuai sebelum puasa
Nanti dah puasa
Nak shopping kepenatan

Tapi kadang2 memang dah beli sebelum raya
Kemudian ada je yg x lengkap lagi
Huhuhuhu
Dan shopping kompleks ni time puasa baru nak buat sale
Cubalah sale sebelum puasa

Utk tahun ni
Ibuayu dah beli baju raya sebelum puasa
Sebab hr tu gi JB
So gi JPO and jusco terbau
Masa gi mood republik pun dah beli gak
So rasa memang berhemah betul belanja tahun ni

Tapi utk tahun ni baju melayu
Ayahnas and anak2 x tempah and x beli lagi
Selagi ayahnas x beli
So ibuayu x boleh beli lagi
Setema kak
So khamis semalam kami gi gak shopping
gerak lepas asar
Smpi jusco pkl 6
Nak booking makan kat chicken rice shop
Full house huhu
So bgthu ayahnas
Makan ringan dulu
Solat baru makan
So masa ayahnas cr baju melayu
Ibuayu gi beli air and roti dulu dgn faiz
Q boleh tahan gak panjang
Huhuhu
Alhamdulillah
Setel
masa nak solat q angkat wuduk pun dahsyat
Ingat kita gi weekday tenang sikit
Tapi sama gak
Sebelum balik kami gi makan mee bodoh je
Org ramai gak
Tapi kaum asing yg ramai

Puas hati dapat makan
2 Pinggan
Hhhee

So setel semua
Kecuali ibuayu and faiz blum dt baju
So yg tu shopping mt je
Crlah mana2 kedai kemboja yg ada

Ahamdulilah
dapat shopping
Tarawih pun tak tinggal
Imam nasri ada..


Thursday, June 23, 2016

Iftar di Hotel Seri Costa

Alhamdulilah rezeki Allah bagi
kisah minggu lepas
 ada hal kat melaka
so kenalah buka puasa kat luar..
lepas fauzan balik sekolah je terus gi melaka

pagi tu dah call seri costa
booking siap2

setel semua perkara dlm pkl 6.40
tu sebab booking hotel yg berdekatan situ je

Menu makanan pelbagai
rasa pun ok
kebetulan ada ikan pari masak asam pedas
peberet faiz
5 ketul dia makan

Makanan lain pun ok
Murtabak
Kambing
bagi ayu bayaran oklah
Dpt harga special
Org pun x lah sesak sangat walau meja hampir penuh






Wednesday, June 22, 2016

Sambal Goreng Jawa

Selalu gak ibuayu buat sambal jawa ni

Memang suka pun
ratah je mcm tu
hari tu mood ayahnas lak
nak try masak sambal jawa tu
So ibuayu siap2kan bahan2 tu
Ayahnas yang masak

Selalu kalau ibuayu yg masak
Tang letak soo hun tu mesti bergentel2
Tapi bila ayahnas masak je elok je
Bukan nak pujilah
Kembang ayahnas lak baca nanti
Memang sedap pun ayahnas masak
Malah l3bih sedap dr ibuayu



Bersama 5 MUTIARA

Hari ni sesi belajar blog bersama 5 M tersayang..
anak-anak ni dah nampak komputer
Memang leka...





Monday, June 20, 2016

Lambaian Ramadhan Episod 9

Sebelum ni ada baca kat fb
org komen2 positif
pasal cerita Lambaian Ramadhan
tapi ibuayu x tgk pun

sabtu  hr tu terdetiknak tengok
terus menerus layan sampai episod 6

sangat2 bermotip cerita ni
kisah kekeluargaan
dan inilah sebenarnya hakikat kehidupan
memang geram betul dengan lelaki yg curang
dahlah curang..asyik nak marah je isteri dan anak2
sangat2 beremosi cerita ni
pelakon2 dia pun bagus2
asyik meleleh jeairmata ni
hahhaaa
hari ni layan lgi
episod 9
tak sabar nak  tunggu abis
sampai episod 13rasanya
nilah cerita melayu yg rasanya
benar2 cerita bukan cerita2 khayalan





Sunday, June 19, 2016

Set vintage

ni bukan pinggan mangkuk baru
berkurun lama tersimpan dalam almari kaca
tak pernah nak guna
mcm jadi hiasan je
sebenarnya bukan sayang nak guna pun

malas nak kemas2
hahhaaaa
pemalas sangat lah tu
so td kemas barang buang2 habuk
terus nekad
gunalah utk raya kali ni
letak kat rak
senang nak  guna
bekas kuih pun ada
fikir dululah
nak guna gak ke x
bekas ni berat sikit
x tahulah kedap ke x huhuhu

Friday, June 17, 2016

Hp Huawei

Ibuayu ni jenis setia
kalau dah suka yang tu yang tu je nak pakai
lagipun dah biasa dengan jenama tu
takut nak cuba yg lain

so bila samsung s4 buat perangai
maka googlelah apa yg patut
budget tak nak besar2
sebab nanti beli mahai2
hp buat perangai
rugi
emas beli mahal x pelah gak kan
x rugi
so dalam kepala dah tahu
nak beli jenis apa budget apa

sekalinya sampai kedai hp tu
terus dia goda ibuayu
dia kata dgn budget ibuayu tu baik
beli jenama lain
yg ram lagi tinggi
gambar lagi cantik

bila dengar bab gambar tu 
hati dah tercuit
al maklum
kaki selpie selfot
kedai hp ni memang ibuayu da biasa beli
semua hp n tab kitaorg beli sini
tapi bila dia sebut jenama terus mcm belajar
jenama apa ni


akhirnya kami setuju
beli hp jenama ni
bab gambar memang x dinafikan cun melecun
lepas tu panorama dia
memang terbaiklah

tapi masa 2 hr dpt hp ni
hati x begitu excited
nak jawab wasap pun mcm gagap je
taip  terkial2
tp bila nampk gambar cantik hati terus berbunga
tq ayahnas
sudi top up sikit
luv u

so bagi yg plan nak beli hp br
nak cuba jenama huawei 
memang oklah
tka tahulah kalai ada yg dah guna sebelum ni
ada masalah
harap2
hp ni berbaloilah






Thursday, June 16, 2016

Perlukah ke Bangi Sentral

baju raya x beli lagi
yg pakai moden dah hampir setel
yang tradisional ni
tak beli2 lagi

warna tema pun tak tahu nak warna apa
senang cerita
pergi kedai nanti
pilihlah warna apa yang berkenan
ikut selera ayahnas
memang selalu pun
bab warna kena persetujuan ayahnas
last year baju melayu
and baju ibuayu tempah siap2
tu yang takde masalah
tahun ni memang dah plan
beli yang dah siap
dan ibuayu lak
sehelai baju pun x tempah
memang plan nak beli siap
dan kalau dah nak raya
baju utk ibuayu tak dapat lagi
maksudnya
ada harapan lah nak ke bangi sentral
harap2 ayahnas baca blog ni
dan bersetuju sangat2
boleh kan bang

dah survey2 baju2 yang cantik
harga pun cantik2
simpan sini siap2
ada rezeki ada masa
kalau diorg buat sale raya
bolehlah kita gi terjah sana

Kalau x sempat kirim PS lah nmpknya
Huhuhu






Tuesday, June 14, 2016

Panduan Cara Solat DHUHA

PANDUAN DAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 

  • 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : 

  • Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

3) Niat Solat Sunat Dhuha:

niat solat dhuha rumi

Niat dalam Rumi : 

 Ussolli sunatan dhuha raqataini lilahita’ala.

Maksudnya

 "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

4. Surah-Surah

Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
  • a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

    i.  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
    ii.  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
    iii.  Al-lail dan Al-Insyirah.

  • b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

    i.  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
    ii.  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim).

5) Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali



bacaan sujud dhuha


6) Bertasbih 10 kali selepas memberi salam

bacaan tasbih dhuha

7) Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:
 “Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu,
(Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik) Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah,
dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.” 



SUMBER : JAKIM, Masjid WP, Albakriah wordpress & Shafiqolbu 
ibuayu cnp dr blog lain ya...x ingat lak blog mana..harap dihalalkan perkongsian ini.

Ramadhan 13.6 Resepi Nasi ayam Nasyu

Menu hari ni nasi ayam
Yang diterajui oleh ayahnas
Ibuayu mcm biasa
Tukan siapkan bahan2 utk dimasak
So utk sup kita perlukan
Hiris bwg merah bwg putih and halia
Tumis semua lepas tu letak bahan penumis
Garam secukup rasa

Untuk nasi lak
Sukatan dia 3 cwn beras 4 cwn air
Bahan2 tumisan
Bwg merah bwg putih tumisan
Garam
Ayahnas tumis guna planta
Dah tumis masukkan air dan masukkan beras

Untuk ayam goreng
Ibuayu rebus dulu
Bahan perapan ayam
Sos tiram
Cili sos
Madu
Kicap sikit and lada sulah
Serbuk kiub ayam
Perap dulu dlm setengah jam sebelum goreng
Lagi lama lagi sedap




Monday, June 13, 2016

Ramadhan 12.6 Mee 3 serangkai

Mee 3 serangkai
Macam amik injection bayi lak
Ada 3 serangkai

Kisahnya semlm kami buat soto
Ada mee ada kuey tiaw and bee hoon
So ibuayu cadangkan
Lebihan tu kita goreng jelah
Ingat nak campur je me and kuey
Tapi ayahnas kata x pe dia goreng satu2
So kami berdua bergandingan
Ayahnas masak ibuayu siapkan bahan
Pantas sungguh en suami ku masak
Macam master chef
Bukan nak puji suami sendiri
Tapi ayahnas bab masak dia memang rajin
And rasa pun sedap
So siap je 3 hidangan
Alhamdulilah
Selesai dengan jayanya
Sebab bahan2 tu bukan banyak
Sikit2 je
Tu yg laku...







Sunday, June 12, 2016

Ramadhan 11.6 Resepi Soto Ayam

Menu berbuka hari ni
Soto ayam
Idea ayahnas
Pkl 12 br cakap kita berbuka sotolah
So terus siap gi pasar
Harap2 ayam belum abis
Nasib ada lagi
Kira kami pelanggan yg akhir
Ayam suruh belah 4
Senang nak masak

Beli bahan2 tumisan
Yg lain semua ada kat rumah
So cara masak dia
Ayam tu rebus dulu
Kemudian isi ayam dicarik2
Air tu utk buat kuah
Bahan utk menumis
Bawang merah dan putih
Halia,lengkuas dan serai
Blend semua ni

Letak minyak dlm periuk
Kemudian tumis bahan yg diblend
Lepas tu letak bahan penumis
Dah agak garing masukkan air dan garam
Tunggu hingga mendidih
Senang kan

Lepas tu bahan2 lain
Sambal kicap
Kacang
Taugeh
Nak makan dgn mee ,bee hoon or kuey tiaw semua boleh.....ikut tekak sendiri
Ibuayu siap buat bergedil kosong lagi



Alahmdulilah
Suka tgk anak2 makan
Dah brp hr puasa
Ni menu pertama berbuka guna mee
Selalu nasi je

Sebenarnya buat soto ni sennag
Tapi nak siapkan bahan2 dia tu yang leceh
Tp balik pasar tu ibuayu and ayahnas terus bersilat kat dapur tu kerja jadi cepat...
Nasib dpt en suami rajin membantu





Friday, June 10, 2016

Sebab Murtabak beratur 1 jam

Kisah petang tadi gi pasar ramadhan pengkalan balak
Ibuayu kalau gi sini memang nak beli murtabak je
Memang sedap murtabak dia
Rasa lain dr lain
So dalam pkl 5 ibuayu sampai situ
Orang dah beratur
Memang pesen sini kena beratur
Tahun bila dia ada pakai no tp mcm sama je...baik beraturkan ..


Beratur punya beratur
Dalam sejam gak lah
Sabar banyak2
Demi nak makan murtabak
Sanggup beratur lama




Ramadhan 9.6 : Resepi Nasi Arab

Ayam ibuayu beli yg belah 4
Tapi masak guma 2 bahagian je
Beras lak beli yg segera
Dah siap dlm kotak
Sekotak rm16
Ada rempah dan bahan2 tumisan
Ibuayu cuma tambah bawang besar and putih

Cara masak pun ada diajar dikotak
Tapi sebab ibuayu guna periuk noxxa
Maka masak cara paling sennag

Letak minyak zaitun
Bawang merah and putih
Lepas tu bahan2 tumisan and rempah dia

Lepas tu masuk air 600ml
Then masukkan ayam
Masukkan beras
Letak garam sikit
Hp 7 minit
Maka siaplah nasi arab

Utk sos dia
Tomato
Cili merah and hijau
Lemon
Garam gula
Blender semua
Siap
Tu je simple kan
X sampai sejam dah siap masak

Thursday, June 9, 2016

Dugaan Ramadhan ke 3

Pagi tu ibuayu gi sekolah
Faiz ikut
Dia kata nak buat nilam
Dlm pkl 12 kitaorg dah balik terus ambik fauzan tuisyen
Dlam pkl 1 lebih faiz ckp sakit tekak
Tp ibuayu rasa ok je
Badan x panas
Ckplah selsema kot
Masa solat zohor tu
Dia kata badan dia gigil sejuk
Sebab masa solat pasang aircond
Suruh dia duk depan je
Lepas tu elok dia tido
Kat depan
Tiba2 dia kata sakit perut
Nak muntah
Lepas tu terus muntah2 je
Keluar air je
Org puasa
Terus pack barang makanan
Nak buka rmh mil
Sebelum tu singgah klinik
Nasib sempat
Klinik tu tutup 5.30

Memang panas  badan faiz 39
Huhuhu
Dah bahagian dia
Lepas dia muntah tu
Asyik sebut je aiz x puasa ke..
Alahai anak ibu ni
Dah 2 hr puasa penuh
Lagi 3 jam nak berbuka
Memang rasa sayang
Tapi kesihatan lagi utama
Doakan faiz cepat sembuh ya




Wednesday, June 8, 2016

Ramadhan 7.6 Resepi Nasi Lemak Halba

Dulu2 sebelum kawin masak nasi lemak x letak halba pun
Bila dah kawin ni mak mertua yg letak halba
Terus ikut resepi tu
Masa kita nak masak
Seharum bau dia keluar

Bahan2 dia
Ibuayu suka guna berasmathi
Beras hidup pun boleh gak hahaha
Santan..ibuayu guna kotak je
Lepas tu garam and halba..tu je
Terus masak
Sennag kan
Kalau sukatan 
Ibuayu guna 2 cawan beras 3 cawan santan...

Makan dengan sambal tumis ikan bilis boleh
Sambal tumis sotong .
Simple tp menyelerakan
Pesan satu je
Makan nasi lemak jgn tertido lak masa terawih



Menu tambahan cekodok pisang
Peberet faiz...
Tu je
Alhamdulilah 
Xde yg membazir

Tuesday, June 7, 2016

Ramadhan 6.6. Resepi Daging Goreng Kunyit

Selalu gi kedai order sotong goreng kunyit
Jarang pekena daging

Tapi nak puasa hari tu ibuayu beli daging fresh
So nak try  daging goreng kunyit

Daging tu ibuayu rebus dulu
Kemudian hiris bawang besar
Bawang putih cili padi cili merah
Kacang pnjg or buncis apa yg ada dlm peti ais
Kemudian lobak merah
Kunyit hidup tumbuk kemudian
 lumur kat daging..ibuayu tambah kunyit serbuk.garam jgn lupa ya
Langkah memasak
Goreng daging tu lepas tu lebur semula sekali bahan2 yg dihiris dan sayur2an...
Senang kan
Buka puasa pekena nasi panas...tu je pun dah cukup menyelerakan

Kalau nak ubah sotong...udang ketam terpulanglah ikut selera masing2...


Monday, June 6, 2016

Ulangtahun Perkahwinan ku yang ke 18 tahun

18 tahun melayari rumahtangga
Rasa macam 18 bulan
Cinta rindu kasih dan sayang
Masih mekar 
Rasanya lebih mekar dr sebelum ini



Atas rasa percaya jujur

Ikatan perkahwinan ini terus utuh


Ayu sayang abang

Setulus hati  ayu
Terima kasih menjadi imam dalam diri ini
Menjadi ayah yg cukup sempurna pada anak2
Menjadi anak yg mentaati kedua ibu bapanya
Menghormati mertua tanpa beda

Semoga hubungan kita hingga ke Jannah
Semoga Allah memberi kita keberkatan dalam melayari kehidupan di dunia dan di akhirat...


Mencintaimu 

Seumur hidupku
Selamanya
Setia menanti


Walau dihati saja

Seluruh hidupku
Selamanya


Hanya satu yang tak mungkin terjadi

Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat bererti bagiku
Selamanya







Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015