Thursday, May 26, 2016

Sekolah-Sekolah saya

Zaman persekolahan ibuayu
banyak nau sekolah tu hahaha

bila hari Guru je mula ingat2 
mana sekolah yang ibuayu pernah belajar
bab sekolah ingat
bab tahun ada lupa
kena kira tolak tambah tahun baru dapat recall hahahhaha
ingat lagi



masa tadika ibuayu tadika kat parit raja
bab lain x ingat
tapi ibuayu ada menari inang rasanya
masa kat tadika tu
teringat pun sebab pernah tgk gambar tu dulu-dulu

lepas tu masa darjah 1 ibuayu sekolah Convent Batu Pahat
masa tu sekolah sebelah petang 
gi sekolah naik van
masa tu ibuayu sorang2 je
xde kawan
nek kiah nak sekolahkan ibuayu kat situ
jauh tau parit raja dgn batu pahat
tapi sebab dulu Long pun sekolah situ
so nek kiah nak anak perempuannya ni pun situ gak
Long dpt 5A best student lagi
so naklah ibuayu pun capai macam tu 
tapi nan adoooo

bila darjah 2 and darjah 3
sekolah sebelah pagi
masa tu dah ada geng
dengan kakak tu drjh 3
kami pergi naik bas
pagi2 buta dah bangun
dalam bas sambung tidurr lagi
dapat abang tiket yg memang kenal tuk mail
ibuayu dapatlah tambang free
macam tulah kehidupannya
sampai darjah 4
agaknya nek kiah tengok belajar macam tak berapa pandai
pindahkan ibuayu ke sekolah kampung
SK Pintas Puding
masa conventkan semua gegirl
bila pindah skpp dah sekolah campur
tapi sebab kita bukan jiwa nak malu2
so ingat lagi
br masuk sekolah tu dah kena duduk dengan budak lelaki
huhuhuhuhu
apakah ini
masatu ibuayu masuk kelas ke 2
bila exam hujung tahun 
dpt no 1
so thn depan masa darjah 5 masuklah kelas no 1
sampai darjah 6
tapi x sampai bulan berapa
atuk mail kena pindah ke Yong Peng
so ibuayu bertukar sekolah lagi

SK Sri Yong Peng
satu sekolah kampung
dr sekolah convent ke skpp
ibuayu pakai baju sekolah jenis pinafore
bila hari pertama masuk sekolah tu
semua kat situ berbaju kurung dan bertudung
tapi masa tu kan jenis selamba
so hr ke 2 baru ibuayu pakai baju kurung semua
masa kat johor sekolah agama ikut tahun
drjh 3 sek pagi kita sekolah darjah 1sek agama
kalau lulus naik kelas
tak lulus duklah darjah tu
malu woo kalau tak naik
so memang ada baju kurunglah
kat SSYP tu lah banyak mengenalkan ibuayu banyak perkara
ramai kawan
berbasikal ke sekolah
dan kawasan sek ibuayu tu kawasan yang sering banjir
syok betul
terbayang di mata padang sekolah tu kalau banjir
sekolah tu murid2 dia pandai main netball
ibuayu memang x suka game tu
so masa sekolah wakil main badminton
bila form 1
ibuayu gi sekolah Sek Men Dato Seth
form 1 sekolah sebelah petang
bila masuk form 2 n3 sekolah pagi
gi sekolah jalan kaki
masa tu ada bff
jalan sama2
tapi bila form 3 
kuarters balai nak roboh so atuk mail kena duk luar
atuk sewa kat taman mana tah
jauh dr sekolah
so setiap hari ibuayu akan tumpang kereta cikgu tu ke sekolah
pergi and balik
cikgu Zabedah cikgu SRT ibuayu
kadang2 naik kereta cikgu Maznah
garang cikgu tu ..cikgu BM ibuayu

lepas form 3
ibuayu masuk sekejap form4 kat SMDS
result ibuayu baik gak masa SRP
tapi sebab dari dulu x minat sains
so bila sains x kredit pergilah aliran swasta

so sekolah situ sekejap then nek kiah yang suruh sekolah asrama
ibuayu follow je
sekolah kat Batu Pahat
SM Tun Aminah
sekolah tu semua perempuan
hahhahhaa
tak de harapan nak cr pakwe kat sini
tapi rupa2nya pakwe lama ada kat sekolah sebelah
seronok gak duk hostel 
masa kat hoetel tu 
sarapan yang ibuayu suka ialah me goreng
me goreng dia lak jenis lembab 
bila makan macam basah2 je mulut
bab lain ibuayu no komen
ibuayu bukan cerewet sangat pun bab makan

bila ibuayu form 5
atuk mail pindah ke Balai Polis Batang Melaka
so ibuayu masih lagi bersekolah di Batu Pahat
sebab nak SPM
so setiap kali cuti baliklah ke Melaka sendiri
menaiki bas

dr BP ke Muar
naik bas berhenti2
lepas tu dr Muar ke Melaka naik bas MCW..kenangan betul bas ni
dr melaka ke Batang Melaka naik bas berhenti2
bayangkan jauh tu
kadang2 nak maghrib sampai rumah

tapi masa tu nek kiah tak risau pun anak dara dia naik bas sorang2kan
sebab tulah ibuayu kak jalan
dr dulu sekolah dah naik bas
hahahaha
lepas result SPM ibuayu amik STPM
sekolah jap kat SM MUnshi Sulaiman
sekolah tu bersebelahan dengan SMTAminah
masa tu ibuayu menumpang duk rumah Azie kat parit jelutong
dalam 2 minggu duk rumah dia
baik betul keluarga dia tumpangkan ibuayu 

lepas tu baru ibuayu sekolah kat Sek Men Munshi Abdullah Batu Berendam
masa lower six duk berulang
lepas tu baru duk asrama
ingat lagi kat sini
kami duk makan me goreng depan pagar aspuri
dalam 50 sen me tu
di bungkus dalam palastik putih
nak makan nyonyot je

so tulah nama2 sekolah ibuayu dari kecik hingga form six
betullah 
mengutip ilmu bukan sahaja di dalam bilik darjah
tapi pengalaman hidup merupakan ilmu yang sangat2 berguna

semoga guru2 yang pernah mengajar ibuayu dapat menghalalkan ilmu mereka
ibuayu ni bukan nakal sngat
tapi nakal anak2 tu biasalah
mana tahu ada guru yang terkecil hati dengan anak muridnya ini

bila kita dah jadi guru baru kita paham
bagaimana susah payahnya guru nak mengajar kita
kadang2 nakkan murid tu dapat sepenuhnya ilmu yg diajar adalah sesuatu yang subjektif
tapi sekurang-kurangnya
kita berharap
ilmu yang kita curahkan dapat jadikan mereka insan yang berguna satu hari nanti










Sunday, May 22, 2016

Tema Hari Guru ' Back To School'

Bila tema bertukar back to school
Otak terus ligat
Nak pakai baju apa
Ialah
Mana ada baju sekolah nak pakaikan
Bila fikir2 balik
Ingat nak jadi pengawas sekolah
Sebab jimat
Pakai kemeja ayahnas je
Tp mcm x syoklah
So decide beli baju sekolah
Pakai kain pengakap biru
Tudung kebetulan kak ina bg pinjam
Kasut sekolah beli baru tp ikut size fauzan
Nmpk tak penjimatan di situ
So budget ibuayu utk back to school tu
Cuma  rm25
Selamat hahaha


beg kuning tu fauzan punya
memang dia bawagi sekolah
tapi hari tu ibu dia nak pinjam guna
dia pakailah beg lain
maaf ya jan ibu nak melaram
ibu masa sekolah dulu memang bawa beg mcm ni

So kisahnya perjalanan majlis kami
************************
Pagi tu kami berkumpul di bawah
luar dari pagar sekolah
Bas sekolah akan datang dan bawa kami
Naik ke atas

Faham2 jelah
Cikgu cikgi ni
Bab posing x payah panggil
Mana yg hulur hp ke
Kamera ke
Cepat je menumpang sekali
Ialah  dah lama x pakai baju sekolah
Dpt memakainya sekali sekala terus teruja
yang bestnya semua orang sporting
semua pakai baju sekolah
GB kami pun 
siap pakai button badge nak tutup logo baju kemeja putih
dan bukan Guru je pakai baju sekolah
semua staf sekolah pakai
staf swasta pun pakai
memang happeninglah






so bila bas sampai
beratur naik bas
bas bawa kami ke atas
Sampai je kat sekolah
Ada seorg murid berlakon jadi guru sekolah
Kami ni kena beratur berdua-dua
Dan kemudian dengan iringan lagu
Terima Kasih CIKGU
kami di bawa ke tempat duduk





Syok kan
Rasa macam yes this is my day
Biarlah org kata cikgu2 syok sendiri
Selama ni pun kita mengajar
Kita berlakon dlm kelas
Memang mcm syok sendiri
Janji objektif tercapai

Lepas dah berarak
Terus dengan acara2 formal
Bacaan doa
Ucapan2
Ikrar Guru
Dan
Nyanyian Hari Guru
Selesai majlis di tapak perhimpunan


Ada sukan pulak
Game futsal and tarik tali
Simple tapi happening
Lepas tu baru acara di kantin
Persembahan mutid-murid
Cikgu kali ni jadi penonton
Tapi sapa2 cikgu2 nak menyanyi dipersilakanlah...











Sunday, May 15, 2016

Cadangan Hadiah Hari Guru

Bila hari guru je pening jap
Apa nak belikan utk guru2 yg mengajar anak2 kita

Bukan nilai harga yg utama
Tapi harapan kita yang memberi
Agar hadiah itu dpt berguna kpd guru2 ni

Walaupun ibuayu cikgu
Kalau tanya apa ibuayu suka
Sebenarnya x kisah apa pun
Sebab apa yg diberi suka aje
Hehhehee

So utk tahun ni ibuayu sediakan

*Lilin ikea
*Bekas lilin
*Beg ikea
*Fridge magnet...ni order kat member di JB
Barang hot nasib sempat sampai.
*beg kecik..sesuai utk letak alat tulis atau barang make up....
Apa ibuayu pilih adalah apa yg ibuayu suka
Sebab rasanya kalau kita suka harapnya cikgu2 ni pun suka....


Bukan semua dapat benda2 ni
Ibuayu agih2kan
Utk fauzan utk faiz
And termasuk sek agama faiz.







Sunday, May 1, 2016

Kalau saya bukan seorang guru

16 Mei ni kan nak hari guru
bila diberi tema 
kalau saya bukan seorang guru
apa agaknya yang ibuayu nak ya

entahlah
rasanya memang ibuayu nak jadi guru
dr dulu tu memang cita2 ibuayu
tapi rasanya 
masa tulis kad 001
ibuayu ada kata nak jadi lawyer
cakap pun tak berapa nak betul
sekadar loyar buruk bolehlah

tapi bila dah besar ni
ibuayu memang minat berniaga
minat sangat
tapi tak tahu nak berniaga apa
nak niaga tudung
berlambak2 orang berniaa
nak niaga minyak wangi
artis2 pun dah keluarkan jenama minyak wangi mereka
so 
tunggu idea datang 
apa nak niaga

rasa2nya nak jadi PS IKEA lah
mesti ramai suka kan barangan ikea
nak gi mesti tak suka jem sana jem sini
so tu tugas PS lah hehehe

tapi la ni ibuayu suka jadi mcm wedding planner
perancang majlis
x kisah majlis apa
masa birthday faiz sebelum ni pun ibuayu yg rancangkan
ayahnas follow je
plan buat kat tepi pantai
plan buat kat kelas faiz
tahun ni x tau lagi nak buat kat mana
biar kecik asal anak gembira 
melalut2 lak

hari tu masa staf kami pencen
en nasir 
ibuayu dapat idea
staf kami ni coach hoki
so masa dia berarak datang tu
ibuayu nak dia lalu bawah kayu hoki
ala2 macam askar kalau kawin lalu bawah pedang
tp ibuayu tak nak murid2 yang pegang
nak cikgu2  and staf yg pegang
supaya en nasir ni tahu
kami warga sekolah sangat2 hargai 
jasa beliau











sebelum dia datang siap berlatih dulu tau
mana tahu
kayu hoki rendah sangat 
terketuk kepala en nasir
hehhehee
alhamdulilah bab tu berjalan dengan jayanya
syok dpt member2 yg sekepala


so berbalik pada kalau saya bukan seorang guru
kawan2 ada idea x
ibuayu nak pakai apa
please....

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015