Tuesday, March 29, 2016

Resepi Tauhu Sumbat Ikan

Jom cuba


ibuayu suka tahu putih
goreng dulu
jangan lama sangat



potong 2



tebuk tengah dengan sudu
isi tauhu tu jangan dibuang ya




hancurkan 
tambah dengan daun ketumbar



ni isi ikan
ibuayu guna ikan kembung je
rebus lepas tu asingkan tulang dan isi

lepas tu
gaulkan dengan isi tauhu dan daun ketumbar
kemudian masukkan lada sulah 
dan sedikit garam




kemudian sumbatkan isi ikan tu kedalam tauhu yg telah dilubangkan


celup tauhu tu dengan telur
kemudian goreng




tadaaaaaaaaa

jangan lupa buat sos pencicah dia
makan panas2
memang sodap














Thursday, March 24, 2016

Busan Korea 2015

Berzaman nak buat entri
x buat2

so meh throwback
kisah ibuayu and the gang
backpacker dikorea
************
Bermulanya kisah kami berenam bermusafir di bumi Korea
Permulaan di airport KLIA2 memang mencemaskan
Salah seorang kami terlambat tapi sempatlah
Gate yg kami nak gi agak jauh dan masa agak suntuk
Nasib ada buggy yg nak tumpangkan kami
Pecut jugaklah cik abang tu
Masa cek kastam tu pun akak kastam tu pun tanya flight pkl brp...
Bila tahu kami lambat dia cek sambil lalu  je pun

Bila dah masuk dalam flight
Lega rasa
Memang rasa nak tido je
Perjalanan amik masa 6 jam
So dapatlah cover malam tadi yg x brp lena


Kami sampai lapangan terbang Busan
dalam pkl  3 lebih.
Turun je bawah
Terus cari WIFI free
Hahhahaa

Lepas tu kami naik tour bas
Nak gi kat guest house

Masa ni dah mula episod mencabar
Ke hulu hilir dalam 2 jam gak kami cr guest house tu


Bila x jumpa
Yg 2 org gi cr
Yg 4 org duk diam2 jaga beg
Bila macam ni baru jumpa tempat tinggal
Kalau x ke hulu hilir x nampak apa pun

Bila sampai kat tempat tinggal ni memang teruja

Letak beg 
Lepas tu terus keluar
Gi market
Sebelum sampai kat market tu heboh jap
Posing sana
Posing sini
memang terasa macam mimipi
tak caya dah sampai Busan



Plan nak setahun gak finally kami sampai di sini
4 hari di Busan
dah beratur intenary nya
hari Pertama kami sampai di Airport Busan
hari ke 2: Gamcheon cultural Village
                 Nampodong busan







hari ke 3 Taejongdae Park

memang cantik betullah tempat ni
menghargai ciptaan Allah
sejuk jangan cakaplah






hari 4 : gerak ke Jeju Island
tapi flight petang
so pagi tu kemas barang
kami merayau lagi
ambik gambar kat area Busan tower lak




Saturday, March 19, 2016

Trip ke Pulau Jeju 4hr 3 mlm

Terperap lama
Nak tulis sibuk je
Lama2 takut terlupalah pulak

Dari Busan kami naik flight ke Pulau Jeju
flight kami dalam pkl 5 lebih
So perjalanan cuma 1 jam je
Bila sampai airport Jeju
Walau br pkl 6 lebih
Tapi memang dah gelap



Kami naik tour bas gi swang wi po
Tu macam stesen bas besar lah
Kami nak gi ke resort kat........
So kami amik 2 teksi
Nak berinteraksi dgn driver teksi jenuh gak
Ramziah tunjuk lokasi kat hp pun mcm dia x faham
Then dia call no resort tu
Alhamdulillah setel
Tunggu 1 teksi lagi then br kami gerak
Baru sampai
So rasa jauh lah gak tempat nak di tuju
Lagi2 rasa was2 ya ke x teksi ni tahu
Then x nmpk lak teksi yg lagi satu
Masa ni lawak keluar
Pasal polis lah
Pasal bang...bang
Sebenarnya
Kita nak bayangkan 
Mcmana nak bg signal dgn org yg  xpaham bahasa kita
Dan kita x faham bahasa dia hahhahaha
ramziah ..yeni ingat x peristiwa dlm teksi ni



gambar dpn resort

Alhamdulillah
sampai kat resort ni
Cantik resort ni
Yg best ada dapur
Tu penting utk chef yenni

Disebabkan kami ada4 hr kat sini
1 hari dah abis perjalanan ni
So ada 2 hari
So kami bersepakat
Hr kedua tu kami gi meronda sendiri
Hari ke 3..kami sewa MPV siap dengan driver


So keesokkannya
Pagi2 dah siap
Excited nak melara
Hahahhaa
kami nak teroka jeju dengan bas tau
Gi cr mana bus stop
Terasa betul2 mcm pelancong
terbayang mat salleh merayau di msia
Terus ke bus stand swang wi po
Kat bus stand tu
Kami gi kat tourist guard
Dia bg banyak info
Kami bgthulah mana nak gi
So dia ckp naik bas no apa
Then nak ke mana pun dia bgthu gak

So dr bus stand  kami amik bas kat luar tu
Ada bus stop kami gi hello kitty
Tiket harganya x ingatlah huhuhu
Syok gak tengok hello kity situ
Tang buku besar2 tu
Teringin nak buat kat pss







Dr situ kami naik teksi ke 3D
Patutnya nak naik bas
Tp boleh lah teksi ni berhenti
Beria2 nak angkut kitaorg
Ce bayangkan kami ber 6 naik 1 teksi
Yg duk belakang 5 org ni jenuhlah adjust badan
Bagi boleh masuk
Kalau kata boleh duduk selesa tu x lah
Duk bontot seconet je...
Hahaha
Lawak betul time ni
Nasiblah dekat
Kalau jauh patah pinggang

Lepas beria2 mat teksi korea ni nak belikan tiket utk kami masuk
Tak tahulah dia tipu ke tak
Hahaa
Kat 3D ni macam 3D msia

So posing sana sinilah






Lepas abis tu kami nak gerak dptkan bas
Masa nilah hujan turun
Memang dah bawa baju hujan siap2
Yg takde gi beli kat dlm tu
Masa ni terasa betul2
Kami perantau di negeri orang
Hujan2 pun mulut masing2 menceceh gak
Cakap2 ketawa

Ketawa je banyak 
Mabuk mcm org minum soju
Hahahhahaa
jarak 3D tu nak ke jalan besar tu boleh tahan gak tau
so bila dah gelak2 tak terasa sangat hahhaha



Sebelum tu singgah lagi kat tourist guard
Baguslah banyak tempat kat sini ada tempat tu
So x risaulah
Sebab org tu boleh ckp bi

Then amik bas gi semula ke bus station swang gi po
Bus station ni dekat dengan stadium 
So lepas makan baru kami balik

Sampai resort memang dah gelap
Penat tp enjoy
So sambung kemudian utk kisah di hari seterusnya



Wednesday, March 16, 2016

4 beranak maut dan dikebumikan didalam 1 liang lahad .Al Fatihah

11 Mac 2016
Kemalangan jalan raya
yang melibatkan sebuah kereta exora dan kereta honda
mengakibatkan 4 sekeluarga meninggal dunia
jam 9.00 malam
*********

terasa macam bermimpi
hari tu tidur awal
badan tak berapa sihat
kalau x tido dah tentu tangan ni dengan hp
jam 6 pagi sabtu tu 
ibuayu dah terjaga
benda pertama cari ialah hp
dan bila tgk
ada 2miss call dr cousin ibuayu
dan berderet2 conversation kat wasap group keluarga nek kiah
baca sekali lalu
baca lagi sekali
menggigil tangan ni
macam percaya tak percaya
memang sangat terkejut
Ya Allah
kak mila
sepupu ibuayu sebelah nek kiah
memang rasa terkejut sangat
dan  kehilangan jiwa ini termasuk suaminya 
abg zaki dan 2 anak lelakinya izi dan wan

abg Zaki org kelantan
kak mila asal bacang melaka
mereka duduk di merlimau
anak 4 orang anak
2 lelaki
2 perempuan

so diorg dalam perjalanan pulang ke kg kelantan
kemalangan tu berlaku di Dara Tea muadzam
kalau dr jalan segamat jumpa tempat tu dulu 
sebelum petronas bandarMuadzam


bila tgk fb
rupa2nya ramai dah share gambar kemalangan ni 
kalau tengok kereta pun tak dapat kami bayangkan
 menurut berita 3 org meninggal di tempat kejadian
seorang iaitu wan 14 thn meninggal dlm perjalanan ke hosp

Pagi tu kami berdoa agar urusan untuk membawa pulang jenazah dipermudahkan

Alhamdulillah
doa dari orang ramai
pkl 2 jenazah dibawa oleh 4 van jenazah bergerak dr Hosp Muadzam

selesai saja kami solat asar berjemaah di masjid bachang
dalam 4.50 jenazah selamat tiba
terus sahaja solat jenazah
kemudiannya jenazah terus dibawa ke tanah perkuburan
di sana baru kami berpeluang menatap wajah jenazah buat kali terakhir
kalau dah hati kami ni pun terasa pilu 
pedih teramat
macamanalah perasan mak ngah
yang kehilangan anak , menantu dan cucu
Ya Allah
berilah kekuatan kepada beliau

pkl 6 lebih urusan pengebumian itu selesai
mereka bersama di dalam satu liang lahad
kak mila dan abg zaki
sehidup semati
hingga ke saat ibuayu menaip ni
air mata masih mengalir
masih terasa bagai mimpi

2 org anak perempuan mereka dirawat di hosp kuantan
dan akan dipindahkan ke Melaka 
yg kakak 17 tahun sudah mengetahui hal ini
yg adik masih belum tahu lagi hingga saat ibuayu menulis ni

Berikanlah anak2 ini kekuatan
dalam kehidupan yang mendatang
dan sesungguhnya mereka ini bertuah 
mempunyai mak and bapa saudara 
yg akan mengambil berat tentang mereka 
in sha Allah

Arwah ini suami isteri sangat baik orangnya
tapi takdir Ilahi
Allah lebih menyayanginya
Moga mereka ini ditempatkan bersama orang2 beriman
Arwah wan 14 tahun belajar disekolah tahfiz
dan memang kelihatan tenang wajah arwah
bertuahnya kak Milah ada anak tahfiz

Al Fatihah




Thursday, March 10, 2016

Tragedi di Lebuhraya

Hari Sabtu 5 Mac
Plan asalnya kami gerak awal ke tangkak
Ada kerja kawin
Bawa nek kiah and atuk mail 
Nak jadi cerita
Kereta exora ada bunyi sikit
Risau gak nak jalan jauh
So ayahnas gi bengkel
Asal nak gerak pagi 
Jadi lewat
Pkl 12 kami gerak ambil nek kiah semua
Kami kena cepat balik semula ke melaka
At least pkl 3 ayahnas kena gi Sekolah sukan
Sebab ada game ptg tu
Ada majlis pembukaan CM datangak tu
So lepas dr bemban tu
Tiba2 dengar bunyi dan kereta dah semcm
Masa tu ayahnas kat lane kanan
Terus signal gi kiri
Nasib lah kereta belakang agak jauh
Kereta lane kiri lak pun slow
Berhenti tepi cr posisi
Tayar kereta belakang pecah
Sabar jelah
Ayahnas amik barang2
Ibuayu tolong keluarkan
Tanda kecemasan


Agak2 jaraklah
Kereta memang berdesap desup jangan cakap
Ibuayu tengok ayahnas tenang je buka tayar
Releks je
Nasib peralatan semua cukup
Walaupun fauzan x brp sado
Nasib dia banyak membantu
Kami yg perempuan ni hulur2 barang jelah
Nek kiah biasalah cemas gak
Kereta banyak
Laju2 lak tu...
Bila tgk ayahnas keluarkan skru tayar tu
Memang terasalah
Nasib suamiku gi gym
Kalau x mana daya kot hahahhaa

Alhamdulillah
Berjaya ganti tayar spare
Sampai tangkak
Terus ganti tayar
Call long suruh mai kedai tayar tu
Ambil dulu
Nek kiah ..ain and atuk mail
Faiz pun ikut sekali
Kami ber3 tunggu
Dlm pkl 4 gak selesai
Sampai rmh kawin
Ada nasi beriyani gam
Waduh apa lagi
2pinggan bertambah
Nasi dia pun memang sedap
Ditambah lagi lapar perut ni

Alhamdulillah lah
Kami sekeluarga selamat
Syukur kepadamu Ya Allah
Ni pengalaman pertama ibuayu
Asal risaukan enjin
Tapi rupa2nya tayar yg pecah
Kita hanya manusia...




Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015