Friday, May 29, 2015

Suka Suki conteng muka

ibuayu ni kalau gi sekolah
pakai BB cream
pakai gincu
tu je
tak de nak make up apa2

hr tu lepas tgk cerita suami ku ustaz
singgah watson
nak cr gincu
nak cr wrn terang
feel ibuayu ni
selagi gincu ada x abis
x patah
memang x beli
tp hr tu dah tersalah beli
tu yg kena cr warna lain

lepas tu tengok ada eyeliner
ada cream foundation 
sendayu tinggi
(bc review dr blog nik tu yg tertarik nak beli)

so khamis pagi tu ada masa
terus conteng2 muka
geng sekolah pun heran
apa kena muka bermake up

tapi rasa dah makin pandai ni
boleh tambah wrn2 lain ni
hehhehe


ni ditambah denvan tudung ala2 stylo
hahhaa
gambar tu diambil dengan camera 360
so glossy2 tu tipu2 je ya

Wednesday, May 27, 2015

Belajar Blog Bersama 5 Harmoni

Bolg dlm subjek TMK
baru belajar pengenalan
anak2 murid kesayangan
yang baik2
banyak tanya
dr tahunya





Sunday, May 24, 2015

Bila Faiz berbicara

Hari ni kami gi photoshoot
ala2...
tukang snap gmbr fauzan
model
ibuayu and ayahnas
kira seharian dlm kereta
sebab dr klebang ke muar
nanti cerita bab ni dilain entri

so bila dlm kereta
org yg mulut becok
sapa lagi
kalau x faiz
masa tu along dah kepenatan
tengah tido
siap dia ngata along dia
along kaki tido
so kitaorg tanya
faiz kaki apa
kaki kartun
hahaha
kita org sambung
kaki gedik
lepas tu tanya
mum apa
mum kaki selfie
hahaha anak2 sabar2
ayah x de kan aiz
ayah kaki gym
hahaha

suka2 dia je

malam lak masa lepak dlm bilik
rasa aircond sejuk sangat
nak suruh faiz amik remote
tapi tercakap faiz amik air cond

terus dia cakap
mum dokong aiz lak
mula2 heran lak
lepas tu terburai ketawa
hahaha
ibu salah cakap
hahaha


Saturday, May 23, 2015

Keropok Ubi terlaris

dah 1 minggu kami tunggu
kebetulan masa gi tu
lori pembekal sampai
ada rezeki kami

masa kat gerai tu
ckp keropok ubi
acik tu bg yg kecik2
jenuh nak terangkan
yang besar sikit 
warna warni
kalau ckp besar je 
nanti suruh ambil 
keropok opak lak


rm5 sebungkus

memang sodaplah
sekali goreng je
abis semua
nasib beli 2 bungkus 
hehee

Monday, May 18, 2015

Tema Hari Guru..Flora and fauna

tema tahun ni flora and fauna
so fikir2 dengan member 
maka terhasillah
ibuayu sebegini
nak kata fairly tales ke
puteri  bunian ke 
x tahulah
tapi yg penting ada flora 
ada fauna

so gambar menceritakan segalanya ya





ni gb ibuayu
pakai baju rama2
sangat sporting



ni gpk 1
siap letak blazer dgn rama2
and bunga ng menepati tema



rakan2 sekerja
yg sangat mesra alam
sebab tu masih bertahan walau berbelas tahun dok sekolah ni



Sunday, May 17, 2015

Hari Guru 2015

Sekolah sambut 18 mei
hari guru jatuh 16 mei
hari sabtu
so kita sambutlah sendiri
beli makanan
beli sepotong kek
jadilah kan
hahahaaa

nek kiah hari khamis dah wish
salah tarikh
takpelah
yg penting setiap tahun
nek kiah akan wish
untuk anak and menantu yg tersayang
wasap and hp jangan ckp
penuh dengan ucapan hari guru
lagi terharu bila
anak2 murid yg lama
masih mengingati kita
rasa sweet sangatkan

tiada apa yg lebih indah dihati cikgu
bila anak muridnya berjaya
berbahagia dengan keluarga
dan jua ada yang dah mempunyai cahaya mata

nampak sangatkan
cikgu dah berusia hehe

so masa hr sabtu tu
sendiri beli  kek
sendiri suruh tulis
sebab beli satu slice je pun
x dapek nak tulis panjang2



selamat hari guru jua
untuk semua kenalan
yg membaca blog ibuayu




Thursday, May 14, 2015

Kalau saya bukan GURU

16 mei ni kan hari guru
so mesti ada sekolah buat mcm2 tema
untuk sambut hr perayaan setahun sekali
kali ni kebanyakkannya sambut 18 mei

ada yg kata bila hari guru
cikgu macam syok sendiri
cikgu rancang 
cikgu laksanakan
cikgu sendiri kepenatan
hehhee
macam kita buat sambutan hari lahir kita
ada ke kita yg rancang sendirikan
selalunya mestilah
ada org yg rancang 
ada kejutan
ada org bg hadiah

tapi apa nak buat
kebiasaan sekolah memang mcm tu lah
kalau kita nak minta pibg handle pun
kebanyakkan diaorg ni bekerja
x kan nak amik cuti semata2 uruskan hari kita
kalau sekolah menengah mesti sennag sikit
anak2 murid dah besar
pandailah diorg rancnag
kalau sekolah rendah 
apa diorg paham

ibuayu x tahu lagi
apa perancangan utk hr guru
kelab staf yg uruskan
tapi kalau tema nya
kalau bukan saya seorang guru
ikhlas ibuayu cakap
tak tahu nak fikir apa
entahlah 
dr kecik2
memang minat nak jadi cikgu
kalau main pondok2
ibuayu nak berlakon jadi cikgu
sampai sekarang pun
kalau tgk org yg kerja lain
selalu ckp dengan ayahnas
bang acaner kalau ayu kerja
tu ya
kerja ni ya
tak dpt dibayangkan
masuk pkl 8 sampai pkl 5
atau lerja swasta tak tentu masa
atau kerja ikut shift

so sehingga kini
sangat suka
sangat minat dengan kerjaya ni
walaupun tahu kalau nak kaya guru
bukanlah kerjaya sepatutnya
harap2 kaya pahala lah

selamat hari guru untuk semua
utk ibu bapa yang mengajar anak2 di rumah
anda juga seorang guru



Monday, May 11, 2015

Tips bila anak nak menghadapi peperiksaan

Walau guru dah pesan 
anak2 murid ulangkaji pelajaran
baca buku dirumah
rasanya kalau tanpa sokongan 
ibu bapa mesti anak2 ni pun buat tak kisah
so kalau diorg tunjuk jadual exam
terus ambil dan tampal ditempat 
yg mudah nampak
jadi senang anak dan kita sendiri nak tahu apa subjek yg diorg akan exam

bab apa soalan yg akan keluar

tengok buku teks diorg
kat situ kita boleh tanya anak2
belajar sampai topik mana
selain tu belilah buku latihan
mengikut topik
sama macam buku teks
sebab bila nak buat soalan pun
biasanya cikgu akan buat soalan
sampai mana topik diajar


bila anak nak exam tu
lagi2 tahap 1
ibu2 kena rajin 
tengok  bekas pensel anak2
tajam tak
ada pemadam
ada pembaris
dan pensel warna cukup tak

percaya tak bukan semua ibu bapa
ambil berat bila anak nak exam
ada yg tanya pun x pernah
bila nak jawab exam
ada gak yg sibuk nak pinjam
pemadam kawan
pembaris kawan
ada tu bawa pensel kontot
ada gak
masa nak exam baru nak asah pensel

tu yg ibuayu cakap
apa2 yang penting 
ibu bapa dirumah

so bila anak2 dah ulangkaji
apa pun keputusannya
kita redha
jangan marah2

good luck utk semua yg hadapi exam
seminggu dua ni


Friday, May 8, 2015

Hadiah yang cikgu-cikgu suka

Kalau sebut hari guru
mesti fikir pasal hadiah kan
ibuayu pun jenuh gak fikir
apa hadiah nak beli untuk hari guru ni

so far untuk guru kelas 
memang hadiah jenis yg sama
ibuayu sediakan
kain pasang 

untuk cikgu2 matapelajaran je
yang selalu ibuayu pening kepala sikit

tapi untuk yg nak fikir2 cari hadiah hari guru
ada beberapa jenis yg biasanya cikgu2 suka
ikut kemampuan lah
bukannya cikgu2 ni fikirkan hadiah sangat
just utknpenghargaan setahun sekalikan

pen merah
stepler
gunting craft
kerongsang
tudung
kain pasang
tuala
minyak wangi
heeheeee

ni dah plan nak gi Daiso
nak cr hadiah kat sana
tapi x tahulah 
bila dpt gi
masa penuh sabtu ahad ni
gambar yang x de kena mengena dengan entri
semenjak dua menjak ni
suka sangat berselfie
hehe




Tuesday, May 5, 2015

Semacam Kalau ke Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Hari Selasa yg lalu
ibuayu buat lawatan ke PWTC
2 bas yg pergi
bukan anak mutid je teruja 
ibuayu pun teruja
bila dah berkali2 buat lawatan ke sini
so dah makin arif
selok beloknya
malah dah boleh agak
kat mana penerbitan ni duduk
biasa lebih kurang sama je
dr tahun2 sebelum

sampai lebih kurang 10.30
terus info kat murid tempat pertemuan kami
ibuayu bawa murid tahap 2
dah bahagi kumpulan
so senang dia berjalan ikut group

anak2 murid biasalah
masa diberi hampir 3 jam
setengah jam dah tunggu di check point tu

ibuayu lak masa dftr kehadiran
jumpalah org kuat pbakl
sempat posing lagi

then bawa lagi
anak2 murid yg nak jumpa
ain maisarah

setel tu
terus cari buku utk libry
masa memilih tu
tgk buku 
tgk harga
waduh sangat2 teruja
kalau suplier mai sekolah
tak dpat hrg macam tu weiiii
memang kata
 nampak amik
nampak amik

ada novel kat penerbitan mustread tu 
rm5 je
mana tak sawan memilih
hehhehe
sebab tu dh memang standby bag 
beli je sumbat belakang
x kuasa nak jinjit2 beg plastik
tapi sebab x muat beg
jinjitlah jugak
hahah





Friday, May 1, 2015

Art 3d Lukut Port Dickson

Bagi sapa suka bergambar
memang best sangat tempat ni
tapi kalau sekadar nak tgk2 lukisan je rugi banyak rasanya

tiket masuk 
dewasa rm20
kanak2 rm15
ni utk pemegang mykad ya

nak masuk kena buka kasut
sewa loker
rm2

lepas tu bolehlah kita berposing

bagusnya kat sini semua lukisan 
ada ditunjukkan cara nak bergambar

masa kat ict
ada yg xde
and ibuayu rasa
kat sini lagi banyak lukisan 3d dia

faiz pun dah besar
so memang syoklah berposing sakan
ayahnas mcm biasalah
follow je 
dia tukang snap gmbr




Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015