Friday, May 30, 2014

Ke klinik Gigi

Kata orang sakit paling dahsyat sekali
Ialah sakit gigi
Betul kan

Bila dah 2 malam susah nak tido
Sebab sakit gigi
Jalan penyelesaian gi klinik gigi
Gi kat klinik yg dah biasa mai
Dia ada rekod kita
So bila ngadu dekat dktr
Dia cr xde lubang
Then bila dia ketuk rasa gigi depan ada yang sakit
Tapi sakit ala2
Yg ibu rasa denyut ialah pipi sebelah kiri
So takut gigi yg pernah tampal berlubang lagi

So bila cr xde ibuayu buat cuci gigi jelah

Malam tu x rasa sakit sangat
Dktr ada bg ubat tahan sakit

Hr keesokannya otw nak ke kuantan
Gigi dah mula rasa sakit
Dan betullah gigi yg sakit tu gigi depan
Ibuayu ketuk2
Terus rasa ngilu
Masalahnya berkumur pun sakit
Huhuhu
Meleleh2 air mata
Pantang org tanya soalan lebih2
Hangin hati ni

Ptg tu x tahan sangat suruh ayahnas
Beli ubat postan
X pernah makan
Ni first time
Makan postan
Lepas makan tu lega sikit
Malam tu boleh tidolah
Tapi esok pagi bila nak gosok gigi
Sakitnya ya amat
Waduh tak dapat nak kata

Balik sampai Melaka je
Terus gi klinik2 sorang2
Apa berlaku seterusnya..tunggu...

Gambar xde wacana
Masa ni rasa2 ngilu minum ais dah dapat rasa

Saturday, May 24, 2014

Terjah ke Cameron Highland

Tahun ni tahun yang paling kurang kami berjalan
Selalu tak dapat jalan sebab ayahnas 
terlibat program pembangunan bola hr sabtu and ahad

So tahun ni ayahnas dah berhenti
Tapi sabtu ahad tetap kami sibuk dgn anak2

Faiz sabtu tuisyen ahad tae kwando
Bila tuisyen sabtu dah x pyh hadir
 tinggal tae kwan do je lah hr ahad

Sibuk sampai rasanya tahun ni paling kurang dapat balik kg
Balik pun dah tak pernah tido
Kat rmh nek kiah ke rmh nek yot yg dekat pun sama je
X sempat

Mg lepas hr sabtu sekolah ibuayu seklh ganti
Masa hr jumaat tu sebut kat ayahnas 
Naik cameron pun best gak kan hr ahad ni
Ayahnas ok je
Fauzan pun seronok le
Dapat release tension sebelum exam
Tension ke nak oi
Faiz x payah cakaplah 
Mulut mak jemah tu memang seronok je

So ahad tu dlm pkl 4 pg lebih kami bertolak
Anak2 dah kami bentang toto kat belakang
Mata ni mengantuk semcm
Ajak ayahnas berhenti kat rawang
Kalau ikut mata ayahnas memang tahan
Ibuayu je rasa mengantuk sangat
So kami tido jap lepas solat subuh kami gerak semula

Lepas tu dlm pkl 9 lebih kot kami sampai di Lata Iskandar
Best sangat dapat berposing
Orang tak ramai lagi


Lepas tu terus gi kat ladang teh boh
Ala2 ombak rindu
Masa ni baru tahu
Kalau ada warga emas kita dibenarkan bawa kereta naik terus ke atas
Kalau yg muda2 ni
Park kereta di bawah ya

Sambil jalan
Sambil berposing
Tiba sana org ramai gak

Dapat Pekena teh tarik
Nikmat
Kemudian tergesa2 kami turun
Hujan sangat lebat oohhhh

Otw nak turun jalan sesak
Ialah mana nak keluar 
Mana nak masuk
Kena berani le
Ibuayu duk sebelah pun rasa seram gak

Lepas tu terus gi kea farm
Ibuayu je turun sorang2
Ialah cuaca masih renyai
Nak parking pun susah

Tapi cuba bayangkan bila shopping sayur 
Aduhai beratnya
Lepas dr situ terus gi kg sedia
Kat sini br pekena strawberi coklat
And ice.cream
Kali ni x beli scone
Perut.dah kenyang makan macam2

Then dr sini baru kami terus turun balik ke melaka
Alhamdulilah jalan nak turun x jem
Respek kat ayahnas
X penat pun dia 
Co pilot ni pulak yg minta izin nak tido
Anak2 x yah ckp le
Semua dah buat taik mata


Cameron ni tarikan dia kuat sangat
Pergilah berapa kali
Memang x pernah jemu
Tapi kali ni ibuayu tak beli strawbery pun
Nanti bawa balik rmh xde sapa
Yg nak makan
Sampai kecut2 pulak
Sampai rmh dlm pkl 9 lebih 
Dah siap mkan kat luar dulu
So lepas tu boleh sambung tido
Esoknya nak sekolah
Kalau kata penat memang penat
Tapi seronok tu lagi lebih dr penat










Thursday, May 22, 2014

Bowling Suka-suka SKDTK

Hari Selasa kami tak de Koku
Sebab murid2 exam setengah tahun
So kelab staf cadangkan kitaorg main bowling

Namanya pun bowling suka2
So xde paksaan
Tak wajib
Yang wajibnya nanti masa nak buat LADAP
Yang tu semua kena main
Pandai ke tak pandai kena join

Tu akan dibuat dlm bulan 6 sebelum puasa

So pkl 3 lebih game start
Dlm 15 org yang main
So ambil 4 lane je
Main pun 2 game

Ada antara kami br first time main
Tapi boleh gak baling bola bowling tu
Masuk longkang tu perkara biasalahkan

Guru Besar kami pun join
Dia GB paling sporting
Paling sempoi
And senang berurusan
Tapi ada masa tegas tu tetap ada
Bukan main lagi GB main
Boleh tahan
GpK pun join sekali
Yg xde 
Gpk HEM je itupun sebab adq taklimat
Pentadbir kami semua lelaki
Tapi kalau bab2 mcm ni mesti join sama

Menang kalah tak kisahlah 
Yang penting semua happy


Kami semua
Tak ramai tapi meriah



Ni geng 1 lane


Ni cikgu yg sibuk menguruskan



Wednesday, May 21, 2014

Sambutan Hari Guru 2014

Setahun sekali sambut hari guru








Macam sambut hari lahir jugakkan
Nak sesuatu yg sangat meriah dan boleh dikenang
Tak kisahlah kalau ada yg kata kami syok sendiri

Hari kami..kami nyanyi,kami makan,kami sukaneka,
Kami uruskan sendiri
Hahhaha
Tu yg syok sendiri
Tapi yg best tahun ni PIBG sponsor 
Gak dr segi kewangan
NYDP

Datang 2 hari bg sokongan

Hr kedua
Senamrobik
Sukaneka
Karaoke




Hahaa


Monday, May 19, 2014

Tersalah hantar SMS

Al kisahnya
Fauzan dlm sebulan ni dah masuk 3 tempat tuisyen
Yg tuisyen BI tu dr dia darjah 5 hingga sekarang cikgu yg sama
Utk sub sains and mate
Dia baru mula
Yg sains cikgu melayu
Matematik cikgu bi
Masa cuti wesak tu
Fauzan kata dia ada tuisyen mate pagi tu

So awal pagi dah cakap dengan ayahnas
Sms cikgu chong
Fauzan x dpt hadir

Kami ni ada agihan tugas
Ibuayu cr tempat tuisyen
Ayahnas tukang telefon cikgu2 tu
And driver hantar and ambil anak tuisyen

So masa cakap tu ibuayu dlm bilik
Ayahnas kat hall

Dlm pkl 10.35 nama cikgu chong naik kat hp ibuayu
Terus bg kat ayahnas
Ayahnas pun jwb dah sms 
Cikgu tadi maklum x dpt hadir
Confident je jawab

Masa tu hati ibuayu dah terdetik
Ayahnas ni salah sms le

Letak.je.phone
Terus tanya abang sms chong ke tong

Ha nampak tak 
Kesilapan berlaku
Miss comunication hahahaa
Br anak sorang 
Lain yg suruh lain dihantar
Entah apalah anggapan cikgu tong tu kelas dia memang hr khamis.
Awal2 dah bgthu x dtg
Hahhaaa
Chong tong kalau sebut dr jauh mcm sama je kn bunyinya

Sekarang ni fauzan memang x senang duduk
Sejak keputusan ujian hari tu
Ibuayu dah jadi garang tak tentu arah cr org ajar
Terasa susahlah subjek form 3
Tak sanggup nak.mengajar sendiri

Anak yg dr form 1 x biasa ada exam
Bila form 3 br nak kena exam
Memang nampak ada masalahnya
Dulu belajar mac senang lenang
Cikgu bg PBS buat
La ni bila ada exam
Terkejut bukan fauzan je
Maknya pun terkejut sama

Nampaknya situasi masa dia upsr tu
Berulang semula
Bila ibuayu dah jadi cikgu ayu dirumah









Thursday, May 15, 2014

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru untuk semua guru

Ikhlas
Saya suka kerjaya ini
Moga saya dapat mencurahkan 
Apa yang saya tahu
Dan apa yang pelajar mahu

Hari ni
Kat fb banyak post pasal hari guru
Ibuayu sangat tertarik dengan 
Kata2 ni
Kredit utk penulisnya


Utk rakan2 blog yg jua seorang Guru
Selamat Hari Guru
Semoga kita dapat mencetus kreativiti menjana inovasi

Amin

Sunday, May 11, 2014

Ujian tali pinggang Tae wan do

Cerita lama
Ingat dah tulis rupanya tak ya...
Faiz ambil ujian dr tali pinggang hitam
Nak ke kuning
Hari dia nak ambil exam tu dia demam

Mengadu kepala pening
Paksa gak dia pergi
Monyok je muka dia

Mula2 dia x nak
Pujuk2 baru dia nak
Itupun lepas dia termuntah
Agaknya lega kot kepala tu bila dah muntah

Ibuayu pun ni pengalaman pertama
Macamana ujian tu diambil ya
Rupanya penilai duk depan
Kat tepi tu ada coach
Apa coach tu buat student kena buat
Nampak faiz buat
Tapi tumbukannya agak lemah




Hari ni balik tae kwan do
Faiz tunjuk sijil dan
tali pinggang kuning
Alhamdulilah lega rasa
Sebab kawan dia pun lulus
Ia sebagai semangat utk faiz nanti







Saturday, May 10, 2014

Aktiviti Sekolah Ganti

Harini kebanyakan sekolah
Kena ganti
Sempena cuti hari raya nanti

So sekolah kami pagi tu buat aktiviti
Latihan merentas desa
Selesai latihan pnp berjalan seperti biasa

Ibuayu kena jaga check point
First time ni
Selalukan jadi camera women

Kali ni berpasangan dengan bff linda
Kami kena lak dekat d3ngan gerai makan
So sebelum budak tiba sempat lah
Kami ngeteh
GB pun join sama
GB kami ni sporting
Dia yg bawa motor jadi ketua penunjuk jalan
Pelan kali ni dia gak yang lukis
Lain dr trek sebelum ni





Sunday, May 4, 2014

Shopping di PBAKL

Keseronokan membeli belah
Di PWTC masih terasa
Dia punya feel beli buku tu
Tak terucap dik kata2
Memang rasa ketagih n tahun depan 
Nak pergi lagi

So masa nak gi tu memang target utama
Nak beli buku PTS
Memang teruja sangat
Lagi2 dia dah mention
Ada hadiah misteri

So
Masa kat booth tu sebutlah kata3 yg dah hafal tu

Dapatlah goodies yg merupakan buku
Suka sangat ni

Ni untuk faiz



 Ni PTS bagi hadiah misteri

Ni untuk ayahnas


Ni Penulis Ain Maisarah bagi
Untuk PSS


Ni utk Fauzan

Saturday, May 3, 2014

Rombongan Cikgu Ayu ke PBAKL

Alhamdulilah 
Berjaya gak ibuayu
Anjurkan lawatan ke PBAKL
Last year tak sempat nak anjurkan
Tahun ni dah free
Last year belajar x dpt
so janji kenalah tunaikan

Dr satu bas jadi 2 bas
Keutamaan tentulah
Anak2 kesayangan ibuayu
Pengawas PSS le

Hehe
Pening tau nak uruskan
Bukan senang
Prosedur pun banyak yang perlu kita buat

Jangan anggap benda kecil
Rombongan ni perkara besar
Lagi2 bawa anak2 sekolah rendah
Ibu bapa bawa anak2 pun takut anak hilang kan

Alhamdulilah
Semua berjalan lancar
Sampai pwtc pelajar diberi masa 2 jam setengah
Mencari buku yang diminati

Diaorg yg perempuan sibuk tanya mana booth ain maisarah
Kebetulan masa sampai kami terus di tingkat4
Bagi cikgu pilih buku dulu ya nak

Lepas tu gi kat papan besar
Tanya adik tu kat mana booth AM ni
Bila dah tahu
Laju budak2 ni kedepan
Kami ni tertinggal kat belakang
Bila kami sampai diorang takde 
Ni mesti salah masuk lorong
Tu le x menyabau hehe
Lepas tu diorg call.tanya cikgu kat mana
Pergilah cikgu linda jemput diorg
Sampai je kat booth nampak seronok
Budak2 ni
Ialah macam kita jumpa artis pujaan
Depan mata haruslah teruja
Bayangkan ibuayu dapat jumpa anuar zain
Pengsan jap
Sementara diorg beli buku kami
Bergambar dengan ain 
Hahaa

Siap dapat 2 buah buku novel
Sebab husband ain kata sanggup cikgu susah
 payah bawa anak2 murid ke booth mereka
Buku tu wakaf kat library
Dan sebenarnya sebelum tu
Ibuayu rasa terharu sangat
Ada sorang budak tu 
Tanya bawa brp rm
Dia kata rm 30
Masa kami pilih buku dia tak pilih
Tanya x nak beli buku kat sini ke
Tak..
nak beli buku ain maisarah
Tu yg ibuayu sanggup temankan diorg kebawah and naik semula







So lepas tu kami meround dewan lain
Al maklum banyak bilik2
Sekali tu tengah pilih buku member kata ada ustz kazim
Memang kebetulan dah pegang buku UK ni
So terus bayar
Bila sampai kat pentas sesi UK dah abis
Aduhai kecewa betul nak jumpa ust kalau dah jodoh ni
Hahaha

Bila sampai masa ditetapkan 
Kumpulkan budak
Nak duk santai2 minum
Memang x sempatlah
Gerak
Kami tunggu bas
Then terus ke masjid negara
Makan and solat kat situ
Lepas tu baru gerak ke Pusat Sains
Dr situ kami gerak 
Dan sampai kat sekolah jam 7.30
Selesai parwnts diorg ambik
Baru ibuayu balik
Penat tapi seronok





Thursday, May 1, 2014

Ulasan Spiderman 2

Bila anak2 sibuk mengajak 
Nak tengok spiderman 2
Ibu and ayah follow jelah
Alasan
Sebenarnya ibu dia pun nak tgk jgk

So malam tadi kami gi malam
Faiz org yg excited nak tengok
Tapi x sampai 10 minit dia dah lelap 
Haha
Cerita kali ni lagi best
Sound impact best
Ada lawak
Sedih
(Tang gwen nak putuskan hubungan)

Tapi tak bestnya
Tang nak ending
Bila si gwen mati
Mcm tak umpphhh
Tak tangkap sedih pun
Ibuayulah org lain x tahu





Nampak kan keterujaanlah kononnya
Tapi sampai rumah
Budak ni sedap je lelap



Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015