Wednesday, July 31, 2013

Beli Mesin Liminit Personal

Mesin Liminit ni macam satu keperluan juga
 untuk cikgu cikgi
kat sekolah bukan takde
tapi ada masa kerja kita buat kat rumah
dan kalau boleh nak cepat siap
so kenalah beli untuk diri sendiri

rasanya pun ramai yang order untuk kegunaan sendiri
tapi demi kepentingan anak muridkan
ramai guru tak kisah duit sendiri yang keluar
asal demi anak didik
ialah rasanya kalau tidak untuk kegunaan sekolah
takkan kita nak liminit bbm tampal kat rumah pulak
berapa banyak sangat untuk diri sendiri

hehehe
buat jangan berkira
nanti pahala ikhlas hilang pulak

Mesin liminit ni 
ibuayu beli kat Tice Su
ingat tak beli speaker gojes
pun beli kat sini

tapi biasalah mereka ni bukan peniaga utama
ia hanya sampingan
kerja guru yang bertimbun
sebagai guru yang masih belajar
so bagi siapa yang order
kena sabar banyak2
ialah barang dr singapura
banyak urusan lepas order
barang dah sampai nak pack
tentu semua ni ambil masa

tapi cepat ke lambat janji barang dah sampai
terma kasih su
barang dah dapat pun belum sempat guna
masih dalam kotak lagi sehingga kini
hehe
tunggu lepas raya lah 
la ni mood raya kan

untuk ibuayu beli memang berbaloi
ayahnas pun memang suruh beli
nak hias bilik muzik tak habis lagi

so sesiapa nak order
mesin Liminit
speaker gojes
banyak BBM ada
yang nak join group ni
yang memang berbaloi2
silalah klik di SINI



ni harga baru ya masa ibuayu beli rm 250 je
apa yang penting join dulu FB
memang seronok
semangat berkobar-kobar nak hias kelas
hehehe

Tuesday, July 30, 2013

Shopping Perabot Raya

Tajuk di atas tak de kena mengena dengan ibuayu



ni kisah nek kiah nak beli kerusi raya

nek kiah kata kerusi lama dah nampak kotor
tapi bukan kerusi mahal pun

kerusi plastik je



hehe
kedai ni rasanya yg besar kat kg






Sunday, July 28, 2013

Rahsia resepi char kuew tiaw

Selama ni tahu makan je
tak pernah buat pun char kuew tiaw
sebabnya tak tahu hehe

lagipun ibuayu x suka sangat basah2 ni
ibuayu paling suka yg kering

so hr tu member ada bgthu
ada sos xhar kuew tiaw yg jual kat fs

so sebelum nak masak buka tu
gi cari sos dulu









tengok dr kilang halal hab lagi
bahan2 dan cara nak masak
ada dia bagi kat botol tu

so masa nak masak tu
ibuayu buat yh kerinh
ayahnas buat basah

so antara bahan2nya

masukkan bwg putih dan cili
lepas tu dah garing
letak udang dan air
lepas tu masukkan kuet tiaw
masukkan sos
etak air lagi baru pecah telur
kemudian letak taugeh

senang je kan
nak letak garam n gula sikit boleh
tapi garam kena agak sebab dah pakai sos


Saturday, July 27, 2013

Bubur Asyura sedap di Masjid Tanah

Ni baru first time dapat makan bubur ni

Tahun2 sebelum  nimemang rajin ambil

Bubur sedap ni kat masjid Tok Janggut
Kalau sapa.kaw masjid tanah ni nak gi ambil
Dia start bagi jam 4

Memang sedap
Siap dia bagi dua bungkus

Tambah kacang ikan bilis
Letak sambal kicap
Aduhai sedapnya



Thursday, July 25, 2013

Imam Muda Faiz

Sapalah tak nak anak jadi Imam kan
Andai kata tercapai alhamdulilah sejuk ibu mengandung

Kopiah yang baru beli hr Isnin hari tu

Buat gi terawih
Langsung pakai masa raya nanti



Wednesday, July 24, 2013

Penjawat Awam terima Bantuan Khas Kewangan RM 500

Semua penjawat awam menerima RM 500
manakala untuk pesara RM 250
 bantuan ini akan diterima pada 31 Julai
Alhamdulilah dari takde sikit pun jadilah
lepaslah nak bagi duit raya kat anak sedara

tapi namanya bantuan bukan bonus kan 
hehehe


saje tunjuk gambar masa gi Bukit Tinggi
rupanya cerita Bukit Tinggi kat blog ni tak abis lagi
hehe

Resepi Me Bandung Ayahnas

Dah lama betul ayahnas x bersilat kat dapur

Kalau dulu memang rajin
Hehe
Ptg tu plan nak  masak me bandung

so mintaklah chef yg pakar utk masaknya
nasib baik ayahnas ok je

resepi dr ayahnas

bwg merah n putih blend
udabg kering rendam and blend

masuk minyak dlm kuali
tumis bawang cili
dah garing masukkan udang kering
masukkan udang
masuk air
masukkan sawi
tunggu didih masuk telur
boleh buat bulat2
boleh pecahkan sikit
bagi dia pekat
garam gula jangan lupa

Senangkan
kami guna udang je
nak masukkan daging pun boleh
nak tambah lagi masuk sikit tomato
dan tahu putih dihiris

masa makan letak bwg goreng
cili hijau merah
Alhamdulilah
memang sodap ayahnas masak
tapi macam termanis sikit

ialah bulan puasa mana nak rasa masa masak ni





Tuesday, July 23, 2013

Demam di bulan puasa

masa nak gi sekolah pagi tu
badan dah rasa tak sedap
rasa lenguh2 dan sengal badan

tak suka betul rasa badan mcm ni

naik kat library mintak tolobg kawan
sapu minyak and picitkan

berderu2 angin keluar dr kakak tu

badan memang rasa seram sejuk
sejuk kipas pun rasa tak tahan

nasib bik bahan mengajar dah siap fotostat
macam tahu pulak hr ni tak larat bercakap

abis kelas pkl 11 lebih
minta kebenaran gb balik awal

memang badan rasa bisa2..

pkl 3.30 tadi ayahnas bawa gi klinik
dpt mc esok

tapi tengok dululah kalau.malam ni makan ubat
badan dah kebah rasanya gi sek esok
aktiviti pss minggu ni

siann pulak org lain yg uruskan

harapnya cepat demam n bisa badan berlalu

masih puasa ya..


ni gmbr pagi tadi..
seronok tgk aktiviti no berjaya
thaks panitia bi
thaks kal zizah

Monday, July 22, 2013

shopping raya ke

Orang lain sibuk shopping barang raya
hari minggu

tapi ibuayu lak sibuk shopping barang sekolah

nak siapkan hadiah sebab
mulai minggu depan pelbagai
aktiviti pss nak dijalankan


Saturday, July 20, 2013

Nampak lawak tapi benar:Kena Lapor Polis kalau tong sampah hilang

Borang ni dah dapat beberapa hari lepas

Ibuayu kena ambil tong sampah percuma

Sebelum ni pakai tong sampah kuning

Tong sampah kali ni

Dr SWM Environment
 rasanya kawasan perumahan
yang dibekalkan tong sampah percuma ni


Kena ambil hr ni atau esok

So sebelum isi borang
Bacalah syarat2 dia


antara syarat-syaratnya:

* rupanya tak boleh suka hati nak tulis no rumah kat tong tu

* harga tong tu rm 120 kalau kerosakan disebabkan oleh pemilik

dan yang penting

*kalau tong sampah tu kena curi kena laporkan pada polis
rasanya dengan laporan tu kita boleh claim semula tong sampah baru

nampak macam benda kecilkan 
tapi besar kepentingannya..





Thursday, July 18, 2013

Juadah berbuka licin

Dua tiga hari ni post tentang makanan je kan

Sorrylah tak niat nak ganggu puasa yg membaca

Inikan umpama diari kenangan ibuayu

Puasa kali ni agak terasa kemalasannya

Macam2 malas rasa...huhu

Rasa minggu ni kami selang sehari memasak

Kalau masak me goreng or be huun

Yang beli nasi jenis2

Alhamdulilah selama ramadhan ni
Tak pernah membazir

Semuanya licin
Kalau tak abis berbuka
Malam balik terawih fauzan pasti
Berulang makan...

Harap2nya mood rajin akan datang




Jangan tak percaya
pekan masjid tanah ni kalau pkl6
bulan ramadhan ni mesti jem
siap ada dua polis trafik
yang jaga lalu lintas



Nasi Beriyani vs Nasi Ambeng

Masa kat sekolah bincang 
Menu berbuka dengan member
Terus kami discus nak buka nasi beriyani

So order dulu siap2..
Petang nanti boleh gi ambil je

So petang tu 
Lepas hantar fauzan tuisyen
Terus gi sg udang

Bila tiba kedai tu nampak kat depan
Ada orang jual nasi ambeng dan air katira


Terus order nasi ambeng dua
Dan air katira
Nasi ambeng tu satu rm4

Nasi beriyani pulak
Kambing rm 7
Ayam or daging rm6

Memang sedaplah
Kat sini pun ada buffet ramadhan gak



Lokasi nasi beriyani batu pahat ni
dekat sg udang
kedai dia masuk ke dalam dekat taman pahlawan





Wednesday, July 17, 2013

Nasi daging Asam Penang

Ibuayu  sebenarbyavtak tahu ada nasi daging
Nasi dagang ke nasi kerahu
Memang tahu

Rupa2nya nasi daging dari utara

Pertama kali dapat makan 
Masa gi beraya rmh member
Dia ni orang kedah

Memang bertambah2 makan
Lepas tu tak dapat makan lagi
Ialah kat melaka ni mana ada jual

Sekalinya dlm bulan puasa ni
Ayahnas kata kedai 
Member dia ada jual nasi daging

Kedai ni sebelum ni
Cuma jual char kuew tiaw dan me udang
Ni menu baru mereka
Melompat dengar
Terus suruh ayahnas call suruh booking
kami nak gi makan lepas terawih
Sebabnya menu utk hr tu dah ada
Makan me je pun

So lepas terawih
Berangkat gi situ
Panas2 lagi nasi dihidangkan
Banyak pulak tu
Dalam tu ada daging

Kuah asam dia memang sedap
Kalau nakbtambah kuah asam pun boleh minta

Dan sepinggan ni rasanya rm 4.50

Bagi selera kami memang sedaplah
Org lain kami tak tahu

Kalau nak cuba kedai ni di masjid tanah
Sederet dengan kedai al ikhsan 
Dan pizza hut


Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan 4 & 5: Iftar bersama keluarga di kampung

Hari Sabtu pagi pergi sekolah
Ada teknik menjawab paper bk

Lepas zohor baru balik rmh nek kiah
berbuka kali ni semuanya balik

memamng penuh and meriah
dengan makanan

org tua duk atas


anak2 duk bawah

menu utama nasi ayam dan me bandung

ayahnas yang selama ni jaga makan
hilang pantang
kalau dah penuh meja mananya x byk mkn
dan alhamdulilah
makanan tak membazir pun
lepas terawikh layan makan lagi.

faiz memang  tak sabar nak main pom pom dengan cousin






hari Ahad pagi pulak terus balik ke Masjid Tanah
ibuayu ada meeting dengan PUSTAKAM Masjid Tanah
ialah penglibatan sukarela
bermesyuarat dengan Datuk Talib
abis dalam jam 12
rezeki hari tu 
pihak PUSTAKAM bagi AJK kurma sorang sekotak
alhamdulilah











Saturday, July 13, 2013

Ramadhan 3: Sejam beratur untuk Murtabak



Hari Jumaat
Walaupun masa sekolah pendek
Tapi terasa keletihannya..
Kelas terakhir sehingga waktu balik
Anak murid siap mintak rehat 5 minit
Cian tengok masing2 keletihan

Hari ni gak faiz x sekolah
Hantar rmh mak enon
Ayahnas takut dia lari2 lagi kat sek
Ialah mata yg bengkak tu tak baik lagi
Memang suka le dia gi rmh mak

Ptg tu dalam pkl 4 lebih
Ajak ayahnas gi murtabak pengkalan balak
ibuayu dah pernah cerita tahun sebelum ni
kat SINI
dan SINI

Ayahnas siap cakap 
Kalau beratur takpe ke

Haha memang tawakallah
Kalau panjang pun tetap nak beratur
Bila sampai memang panjang pun
Yang tengah Q ada dalam 16 orang

Ayahnas siap tolobg snap gmbr
Dia duk kat kereta
Ibuayu le yg beratur
yg membeli pulak
bukan beli sikit
sorang paling kurang 3 keping

bayangkan sejam gak beratur
tapi demi murtabak yg sedap
ku rela







yang ni dah sampai turn
itupun tunggu lagi


kalau niat nak beli sekeping 
baik beli tempat lain
lagi penat beratur dari makan
hehehe

Friday, July 12, 2013

Ramadhan hari ke 2 : Faiz terjatuh di tadika

Pagi puasa ke dua hujan turun dengan lebat
rasanya rata2 negeri di Malaysia hujankan
hujan rahmat
tapi pagi tu hati ibuayu macam tak tenang sikit
tak tahu kenapa

sedang duduk di bilik guru
tiba2 dapat panggilan telefon
tak pasti no siapa
bila angkat
terus orang tu terangkan yang dia guru faiz
memang kenal pun cikgu faiz ni
dia kata faiz terjatuh masa nak pergi kat cikgu ni
ialah nak berebut baca iqra dulu
nampak cikgu datang terus bekejar ke luar
sedangkan jubin tu licin

berderau hati ibuayu masa tu
tapi cikgu tu cakap dalam mata
takde apa2
cuma kat kelopak mata tu yang melecet

ialah memang tak salahkan cikgu pun
anak2 memang macam tu

tapi bila cikgu faiz kata dia tak apa2 lega rasanya

dalam hati nak gi tengok faiz kat sekolah
tapi takut kalau kita datang 
dari dia tak nangis karang 
terus lak dia nangis

so sepanjang masa persekolahan tu memang tak senang hati
ialah selagi kita tak nampak wajah anak kita
mungkin cikgu cakap tak teruk 
tapi risau sesangat gak ni
lepas sekolah terus ambil faiz
alhamdulilah mata dia bengkak sikit
tapi bahagian dalam tak apa2
ingat nak bawa klinik 
tapi ayahnas kata insyallah tu bahagian luar je

faiz..jenuh pesan jgn berlari

nampaknya raya ni bertandalah mata anak bujang ni



Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 1

Melaka cuti umum
so ingat dapat berehat di rumah
tapi sebab ada hal di Melaka
pagi2 lagi kami bertolak

faiz memang ibuayu 
tak kejutkan dia sahur

dia baru 4 tahun lebih
tapi bangun pagi tu ibuayu suapkan dia nasi

masa gi melaka dia makan popcorn
lepas tu dr jam 1 hingga 6
ibuayu suruh dia puasa
ingat nak suruh buka sama
tapi mulut dia tak berhenti kata laparlah
so bagi makan koko kruch
sampai setengah kotak dia makan
wah memang lapar betulle faiz ni

so juadah berbuka kaki simple je
me goreng n cekodok

tak beli apa2 pun kat luar
alhamdulilah abis semuanya..


Tayang cekodok je ya..



Wednesday, July 10, 2013

Terasa sayu dan rindu pada arwah Alia

Dalam seminggu ni
faiz selalu cakap
aiz nak jumpa kak alia
aiz nak tengok kak alia besar

(gmbr yg ada kan masa arwah alia baby)


so ibuayu kata dgn faiz
supaya berdoalah masa solat minta kak alia datang dlm mimpi aiz



sebab sebenarnya
untuk Ramadhan kali ini ibuayu sangat2 
mengharap anak ibu dapat datang dalam mimpi ini

ibuayu rindu dia sesangat

nak tengok macamana dia sekarang
walau mungkin hanya dalam mimpi

dan pada terawih yg pertama
ibuayu sampai masjid bahagian pompuan dah enuh
masa tu tengah azan isyak
so tunggu kat luar jap
bila diaorang kat dlm bgn untuk solat
terus masuk dlm

memang susah 
sikit nak mencelah
tiba2 pergi bahagian kanan
terus ada nenek tu bagi laluan
dia tarik cucu dia rapat dgn dia
supaya ibuayu dpt mencelah sebelah cucu dia

bila terpandang wajah anak kecil ti
hati tetus terasa sayu

andaikata arwah alia masih ada
tentu aia sebaya anak ini

mungkin inilah bayangan yang Allah bagi
di malam terawih pertama

arwah alia yg ibu sayang

ibu rindu adik
ibu sayang adik
setiap saat dan detil ibu tak pernah lupakan adik
Al Fatihah

Monday, July 8, 2013

Selamat Menunaikan ibadah puasa dan Solat terawih


Kalau dulu-dulu
sunat terawih ni
ibuayu tak dapat nak mengikuti
sepenuhnya
al maklumlah masa tu anak kecil2

tapi sekarang ni bila 
anak dah besar sikit
alhamdulilah dapat juga menunaikan solat terawih di masjid

macam satu keseronokkan pula bila dapat bersolat dimasjid yang berlainan
saja nak dengar dan merasai suasana yang berbeza

dan untuk tahun ni faiz dah pandai solat
walau belum sempurna
cuma risau satu je perkara
dia kalau solat berjemaah dengan kami
suka baca fatihah kuat2
macam kat sekolah
puas dah ajar
tapi nama pun budak
so harapnya nanti 
masa kat masjid janganlah masa imam baca fatihah dia pun baca kuat2 sama





Untuk semua rakan yang membaca blog ibuayu
Salam Ramadhan dari ibuayu sekeluarga
moga puasa kita dirahmati dan ibadah kita diterima

P/S: Cuba nak jadi cikgu yang baik puasa ni 
tak nak marah anak murid sesangat..

Sunday, July 7, 2013

Pekena Roti Banjir

sebelum ni memang kalau order
makan roti canai je

tapi sekali teringin makan roti banjir

sekarang ni terus order roti banjir

roti banjir ni roti canai
dia curah kuah dan sambal atas tu


memang sedap je...


Friday, July 5, 2013

Ar Rahman Seafood Melaka

Balik dr jusco jumaat petang
ayahnas nak cari restoran ni
sebabnya esok ayahnas ada jamuan kat situ

Rupanya dekat je dgn jusco baru

Dr trafic light terus nampak kedai tu

Besar n selesa
baru beroperasi sebulan
sevices dia pun cepat
makanan sedap n berbaloi

Ayahnas order
nasi goreng Ar Rahman
harganya rm8
ada nasi goreng kuning
sotong, daging n udang yg digoreng kering
memang sedap
lepasbtu ada hirisan buah belimbing dan sup




Wednesday, July 3, 2013

Wordless Wednesday




Monday, July 1, 2013

Beza kerja rumah dan kerja sekolah

kalau sebut dlm bi
senang le homework
tapi kalau dalam bah melayu
tentulah yg betulnya kerja sekolah kan

tapi dr dulu dah cakap kerja rumah
so benda tu dah terbiasa

tapi hari tu faiz betulkan sebutan ibuayu

bila kata faiz ada kerja rumah tak

dia kata kalau buku tu dr cikgu sek tu kerja sekola mum

kalau buku tu dr rmh (maksudnya yg kita belikan ) itu kerja rumah

wah budak kecit ni dah pandai berbahasa


Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015