Sunday, June 30, 2013

Kedai makan best Melaka:Perhentian Kuih Kampung

pernah dengar tentang kedai ni

tapi selama ni memang tak pernah masuk

terkejut kejap masuk kedai ni

kuih muih dia berlambak2
minta maaf lah banyak yang ibuayu tak kenal nama kuih ni

kat sini bukan ada kuih je
ada juga me goreng and asamnpedas
kalau nak makan pukut dan rendang pun dia ada jual
nasi lemak berlauk pun ada
nasib lemak me hun and me goreng dah 
siap bungkus seringgit pun ada
kuih tu tak pasti berapa harga dia

yg best ada popia basah


kami sampai dlm pkl 3 lebih

kalau petang lagi ramai org kot
sebab balik kerja

sapa nak cuba
kedai.ni dekat dengan balai polis bandar hilir 
dan penjara
tapi jalan ni sehala je..
paling senang kalau tahu nasi beriyani ujung pasir
kedai tu belah kanan




Tuesday, June 25, 2013

Kesihatan vs Kewangan

Yang mana satu jadi keutamaan
wang ke kesihatan

Kalau kata ada wang semua boleh jadi
tapi 
kalau kesihatan terganggu pun
x dpt nak buat apa dgn wang yang banyakkan


Tapi bila kita diuji sedikit dgn kesihatan
yang tidak baik
tentunya kita lebih menghargai nikmat yg pernah diberi

Bila kena demam je ni
nak makan pun tak selera
tekak payau je

Kena pulak malam demam tu
sampai mengigil kesejukan
tapi badan panas
rasa seriau kalau kena mcm tu lagi

Mohon diberi kesihatan yg baik
dan rezeki yg diberkati..amin

Rasanya demam ni sebab jerebu
dpt cuti hr isnin terus gatal nak ke kl
ni lah dapat kesannya




Monday, June 24, 2013

Me Bandung Pak Omar Durian Tunggal


ni cerita hari sabtu
sebelah petang latihan bola ayahnas dibatalkan kerana jerebu


so ayahnas call ajak teman hantar anak murid dia kat Bertam Ulu
budak ni ayah dia hantar lepas tu balik
so bila dah batal tanggungjawab coach le menghantarnya

lepas tu terus gi makna me bandung

ayahnas memang suka me bandung ni

kedai dia betul-betul kat pekan durian tunggal

sederet dengan balai polis je

ada banner besar deret kedai tu ada gak jual capati sedap








Sunday, June 23, 2013

Nak tahu Indeks Pencemaran Udara

memang semenjak jerebu ni
ibuayu sangat setia melihat IPU dari masa ke semasa
ialah kita ajar PJ kan
risau jugak kalau IPU terlalu tinggi

dan hujung minggu ni sibuk tengok IPU 
sebab ayahnas ada latihan bola dia
so dengan cuaca yang macam ni
semua aktiviti luar ditangguhkan

so sapa nak tahu bacaan IPU 
bolehlah tengok kat website ni


ataupun dengar berita 
kat radio or tv

Saturday, June 22, 2013

Sepinggan Lontong dan segelas teh tarik

Menu sarapan pagi ni
sebelum nak gi kelas tambahan
dan ayahnas nak gi kursus sejarah
hari sabtu pun kursus gak tau


sepinggan tu bukan salah ya
malu kalau cikgu bm tulis salah

kedai ni takde mangkuk kot
biasa kalau makanan berkuah mesti letak kat mangkuk kan

tapi kedai ni jenis guna pinggan tapi pibggan kecik dia
kum-kum gak lah

alhamdulilah nampak sikit 
tapi banyak sebenarnya


Thursday, June 20, 2013

Bergedik bersama S4

Mula- MULA
tahu satu je
belum abis explore
ialah ayahnas punya

So bila dapat tahu
best pulak mencubanya







Hehe
yang ni paling best




Tuesday, June 18, 2013

Menu paling senang

beli wrap ni
lepas tu panaskan kat kuali je

letak salad
tomato dihiris
dan
mayonis
lepas tu 
suka hati nak letak sosej boleh
nugget boleh or ayam pun boleh

letak sos
mudah kenyang dan berkhasiat


Saturday, June 15, 2013

Pra Konvo OUM:Photo shoot di Bukit Supai

Entri terakhir tentang konvo ibuayu
nanti banyak-banyak part tentang konvo 
jemu lak orang yang membaca
macam kita sorang konvo
tapi kalau dah namanya blog 
ini tanda ingatan kita pada 
anak2 kita nanti

Ambil jubah hari khamis
Ambil gambar kat studio
hari Sabtu tengah hari
sedih tau masa ni
ayahnas tak balik lagi
so tak sanggup tanggung risiko
takut tak sempat ambil gmbr jubah kat KL
so cakap dengan cina gambar tu nak ambil sorang je
huhuhu

so petang tu lepas asar 
kami berempat dari kiri rusiah,kak su,ibuayu and aishah


berjanji untuk berphotoshoot di Bukit Supai
kameraman tentulah fauzan

mula2 risau gak hr macam nak hujan
tapi cuaca bagai mengerti kehendak kami
dah nak abis bergambar baru hujan turun
itu pun renyai2

so layan jelah gambar2 ni
bila dah tengok terasa cantiknya permandangan yang kami pilih
terpaku betul dengan keindahan alam ciptaan Allah.















Thursday, June 13, 2013

Majlis Konvokesyen OUM Ibuayu..

Inilah masanya 
inlah tarikhnya
detik tiba dan saat yang dinanti

walau hakikatnya
masa yang paling berdebar2
sewaktu result peperiksaan AKHIr

10 JUN 2013
ibuayu kena sidang ke 5
sesi pagi
kami kena berkumpul di aRAS 4
berdasarkan pada no pada kad pintar tu 
kami kena beratur ikut no
kertas no ada ditampal dibahagian depan

masa beratur ni mulalah berpeluh2
ialah beratur kat kawasan luar 
panaslah sikit
kat situ diaorg bagi lagi makluman tatacara
dan apa yg perlu dibuat semasa majlis
diingatkan tak payahlah bawa handbag bagai
kalau nak bawa handphone sangkut kat leher
kalau berani letak je bawah kerusi yg ditetapkan
tapi masa ibuayu tu tak semestinya kita duk tempat yang sama
tapi member sebelah memang letak hp bawah kerusi
tak hilang pun

untuk tetamu
boleh masuk ikut aras 4 atau aras 5
tapi aras 4 tu duduk kerusi sebelah kami
aras 5 boleh nampak keseluruhan aras bawah
ayahnas n nek kiah duk aras 5 
so senang nak gi toilet or nak keluar awal
Penganugerahan oleh Tan Sri Azman Hashim
ibuayu giliran ke 708
alhamdulilah setelah tiga kali selingan koir 
tibalah masanya
ayahnas duk sebelah atas so senang nak snap gmbr ibuayu
tapi sayangnya banyak2 gaambar satu je jadi
kita yang naik pintas
tangan dia lak yang menggigil hahaha

majlis dalam pkl 11.30  selesai
masa keluar pintu utama penuh dengan tetamu yang menunggu kerabat mereka
tapi sebab ibuayu dah janji dgn ayahnas tunggu kat gerai souvenir 
maka ibuayu harus terus ke sana
(penting tau kalau tak bawa hp pastikan dulu nak tunggu kat mana
kalau tak pening nak cari)
jumpa je terus dapat jambangan bunga dari ayahnas and athilah

wah syok dapat  jambangan sampai dua
terus salam ayahnas..memang sayu masa ni
kami terus ke dalam
 ibuayu memang nak jumpa nek kiah 
salam je mak terus peluk cium
meleleh kami dua beranak
(tak kisah pun org sekeliling yg pandang)
ialah 4 tahun belajar emaklah org yang paling kuat bagi semangat
emak jugalah yang akan ibuayu telefon sebelum periksa
penting tau doa ibu
lepas tu salam tuk mail
and terus-terusan dengan sesi bergambar
tak posing kat tempat lain
posing kat tempat makan je
kat sini pun aircond and lapang



insan teristimewa
ayahnas



nek kiah

anak2 penguat semangat



dalam mengejar masa 

lepas hantar jubah baru teringat nak call my BFF

my BFF




itu pun fauzan kata dia ada nampak cik siah
maksudnya dia dah tiba awal
so terus call and kata nak jumpa kat dewan makan ni

tak lama lepas tu rusiah tiba
rasa terharu lagi
kiranya dialah idola ibuayu
ibuayulah idola dia
kalau dia ada hal sekolah tak dapat mai kuliah ibuayu pun sama
kalau ibuayu ada hal tak dapat datang kuliah dia pun sama
kalau ibuayu datang dia datang 
kalau dia tak datang ibuayu pun tak datang
pening suami masing2 tenguk isterinya belajar
alhamdulilah rusiah
suka duka kita belajar
kita mampu hingga ke akhirnya
ini kejayaan kita
kejayaan keluarga jua
amin ...


Wednesday, June 12, 2013

Hanya Kerana tersalah taip satu angka

Malam sebelum konvo tu 
ibuayu patutnya jumpa geng MPIP
diaorg pun stay kat hotel yg sama
plan jumpa kat lobby
tapi masing2 dah sibuk dengan agenda sendiri
nak jadi kebetulan jumpa juga dgn classmate ayahnas Jamil kat lobby
borak jap


ni Jamil and family






lepas tu gi kat parking
kat sini terjumpa pulak dengan Amin ex MPIP gak
and dia kahwin dgn bff ibuayu ude


ni lah Amin suami ude

tapi masa ni ude tengah tidokan anakknya dibilik 
so tak sempat jumpa
sebenarnya sebelum keluar makan tu
 ibuayu dah wassap kat ude
sebab malam tu macam sibuk je
so bila balik bilik ude balas wasap 
kata nak jumpa ibuayu esok pagi sebelum konvo
so ibuayu send no bilik 

so esoknya ude call nak jumpa
tunggu punya tunggu takde pun
so kena keluar dah takut lambat
otw tu ude call kata kat depan bilik ibuayu
padahal masa keluar tu takde sapa
rupaya dia kata ibuayu taip no bilik 2014
sedangkan sebenarnya 2104


so plan jumpa kat lobby sebelum ibuayu gi konvo
masa nak turun tu lift asyik penuh
ialah semua bergegas nak keluar
so bila dapat lift  and bila turun dia stop jap
 buka je pintu lift nampak ude
rasa nak melompat keluar and peluk ude
tapi fikir nanti tak dapat lift terus kata tunggu kat bawah
tapi apakan daya jodoh kami tiada
Tak sempat nak berjumpa 
sebab berkejaran dengan masa

ralat tu memang ralat
dah berbelas tahun tak jumpa
and salah seorg yg ibuayu nak jumpa masa konvo ni ialah ude
huhuhu 
hanya kerana tersalah taip inilah akibatnya
tapi kalau ALLAH dah tetapkan ini ketentuan kena redha
lepas ni nak ajak ayahnas gi Ipoh
nak cuba cari peluang jumpa ude...
walau kami tak berjumpa tapi dia sentiasa membantu ibuayu 
semasa belajar ni




sorry ude ateh cilok gambar ude kat fb
miss u so much

Tuesday, June 11, 2013

KONVOKESYEN: Menginap di Hotel Seri Pacific..ada kejakunan disini

Ramai kekawan dah pesan
kalau konvo nanti stay kat sini

Turun eskalator terus gi sebelah pwtc

So bila oum anounce  tarikh ibuayu konvo
teru call hotel booking 2 bilik

Kami sekeluarga and nek kiah

So sampai hotel pkl 3 lebih tu
kat kaunter memang sesak lah

Tapi diaorg buka banyak kaunter
so x lah lama sangat

First time menginap di sini
ibuayu duk bilik 2104 and nek kiah 2103



Memang rasa selesa and biliknya sangat cantik

Bila buka tingkap nmpk klcc dr bilik..

Wow cantiknya...

And nak tahu tak..
ada benda kelakar n kejakunan 

Hehe

Cari cerek air tak nampak pun
ayahnas kata kalau hotel biasa pun
mesti ada cerek air kan

So kebetulan masa keluar bilik
nampak housekepping 
tanya cerek 
ada tak
dia kata takde


Mlm tu bila kami tutup semua lampu
tiba2 ibuayu ternampak cahaya sebelah langsir tu

Suruh fauzan tgk apa tu

Sekalinya ada pintu kat situ

Ada iron board




Suruh fauzan buka pintu sebelahnya pula
ada minibar ada cerek juga

Gelak besar kami semua

Hahaha

toilet pun ada dua 
satu bath tub and  satu lagi shower
bilik kami satu katil besar dalam harga 210++ tak termasuk breakfast

memang syok lah kat sini
rasa nak return duk sini


Monday, June 10, 2013

Teaser Konvokesyen

Alhamdulilah
segala debaran sudah selesai
terima kasih untuk semua
terima atas ucapan dan  ingatan semua

Sunday, June 9, 2013

belum buka sekolah jadual minggu depan dah penuh

Tajuk bukan main panjang

hari ni ibuayu nak ke PWTC
so cerita konvo tunggu sampai semuanya selesai

sekejap je dua minggu

masih aa juga kerja yg nak dibuat tertangguh

minggu depan jadual yg ada dah padat

ini tak termasuk yg x dijangka

sabarlah

isnin cuti berkonvo
selasa sek smpi ptg koku
rabu lawatann penanda aras ke smap labu
khamis jcard member hahaha
plan nak ganti posa
sabtu ada.ladap di smk alya al karim

ahad..masa ni lah dpt rehat jap kot

apa2 pun hanya mampu berdoa diberikan kesihatan 
yang baik untuk melakukan semua kerja ini

amin


Saturday, June 8, 2013

Pengambilan Jubah diOUM KL

Hari Khamis ibuayu join rombongan 
gi ambil jubah di OUM KL

dah abis belajar baru berpeluang gi
U induk

kami gi naik bas
ada diantara kami yg tolong uruskan

kalau nak gi sendiri tentulah susah

lagi2 bila cik abang z de disisi

bas gerak jam 8 lebih
dlm pkl 11  dah sampai OUm 
urusan ambil jubah sekejap je..

sebelum balik satu bas gi singgah jln TAR

x delah shoping sangat
tapi membeli jugaklah





geng sekolah SKDTK




Friday, June 7, 2013

Bukit Tinggi Indonesia: 2 Jun

Pagi tu jam 8 pagi
kami dah siap nak check out

plan hari ni kami akan melontar
je jam gadang

kami kena keluar awal
kerana selepas jam 9
semua jalan akan ditutup utk
perlumabaan basikal
mcm le tour langkawi




so kami  diberi masa 2 jam untuk melontar
dan berkumpul semula selepas tu 
di depan kompleks shopping bukit tinggi

syok and tenang shoping sini

taklah padat sgt..
yg paling best
bila kita gi kedai yg baru dibuka
kita minta dia 
harga bismillah
maksudnya dptlah kurang byk sikit


lepas tu kami gi makan tengahari

then singgah sebentar dipasar auk kuning

bagi ibuayu syok lagi shopping di jam gadang
mungkin kami diberi masa yg sikit kot

tu yg tak abis pusing

otw balik kami singgah
kedai sulam rosmah
kedai ni ada juga buka kelas sulaman
kat sini juga ada jual kuih sagun bakor yang sedap

 
selepas tu kami terus ke Dumai

sapa yang baca entri bukit tinggi ibuayu ni
mesti tak jumpa permulaan kisah perjalanan kami kan
nanti ibuayu ceritakan

Thursday, June 6, 2013

Itu Janji

Sinar cinta ku hanya satu
Untuk dirimu oh sayangku
Demi kesetiaan cintamu kepada ku

Tiada dua dalam cinta
Tiada dusta yang tercipta
Hanya dirimu yang ku rindu oh… sayangku

Ku telah berjanji
Ku takkan mengkhianati
Cinta yang bersemi
Hingga akhir hayat ini
Itu janji

Wajah mengukir rahsia hati
Senyumanmu manis berseri
Indah cahaya sang rambulan
Cinta suci mu kau dendangkan

Keagungan cintamu
Ku lemas dalam rindu
Keteguhan cintamu
Ku pasti kau milik ku…
Sayang ku…

Ooooo…
 
Kenapa suka dengan lirik lagu ni
sebabnya Ayahnas ada nyanyi lagu ni n dirakam
so video  nilah yang menjadi penawar rindu

Ulangtahun Perkahwinan ke 15

Alhamdulilah
6-6-2013
genap 15 tahun kami melayari bahtera

Dalam kehidupan ini 
tiada apa yg lebih diminta kecuali
kebahagiaan di samping keluarga

 Biasalah dalam berumah tangga
ada pasang ada surut
biasanya ibuayulah yang pasangnya
ayahnas yang sentiasa surut

ada gelak ada ketawanya
ayahnaslah tukang karutnya
ibuayu pendengar setianya

rasanya macam baru 5 tahun bersama
setiap saat setiap detik
hati ni sentiasa merindui
itu tandanya dalam hati ada taman

terima kasih abang sudi
menjadi peneman hidupku
terima kasih abang mencurahkan kasih sayang pada diri ini
 dan anak-anak kita
Terima kasih juga sudi menjadi imam
 dalam solat kita sekeluarga

semoga ikatan kita hingga hujung nyawa
semoga kasih kita mekar selama-lamanya
hati ini ada satu yang satu itu telah ku berikan padamu


Wednesday, June 5, 2013

Bukit Tinggi : 1 Jun 2013 Part 1

Pagi tu lepas sarapan
kami dibawa ke sekitar Bukit Tinggi
kiranya melihat keindahan ciptaan Allah s.aw
 sambil melakukan aktiviti melontar sekali(bershopping)
Rombongan kami ni seramai 34 orang
maka pihak travel menyediakan 2 bas   mini
ialah senang nak celok2..

tempat pertama kami singgah
ialah di butik Annisa
butik ni menyediakan kain gred berkualiti
harga boleh tahan jugalah
tapi dengan sulaman yang ada so rasanya berbaloi juga
ibuayu beli sehelai kain je
jadilah kalau tak beli nanti rugi lak kalau tak jumpa kualiti sebegitu

selepas itu kami terus pergi ke Tasik Malinjou
Kami tidak turun ke bawah
disini ada 44 kelok
bayangkan jalan macam nak ke cameron


pemandangan memang cantik 
terpaku mata yang memandang


bersama GB aka Ketua rombongan


 cantikkan
ada sawah padi 
bawah tu tasik and nampak gunung
macam lukisan je..
 
kat sini ada juga penjual
lagi satu kalau nak beli hasil kraf cross stich 
disinilah tempatnya boleh dapat dengan harga yang murah
(menyesal sebab tak beli barang tu disini.
ingat boleh dapat murah ditempat lain)


Selepas tu kami berpatah naik semula
dan singgah dikedai cendul labu dan kerepek

kagum sebab cendol labu yang kita beli tu
 dibungkus macam kita beli air cool blog
moden jugakkan

dari situ kami singgah makan tengah hari
tak igt nama kedai tu
hidangan masakkan sunda

yg best siap ada kankung gunung berapi
dia letak periuk panas atas meja
sapu majerin
letak kangkung 
letak kuah
zassss berasap meja kami
setiap meja diaorg buat macam tu
 
selsai makan melontar diluar kedai
 ada org menjual
biasalah mana ada gula siti ada semut

lepaa tu acara melontar masih tidak selesai di situ

kami singgah lagi dua tiga kedai (mcm butik)

kami juga singgah dikg pandai sikek
kat kawasan ni byk kedai sepanjang jalan
kat sini ibuayu berkenalan dgn tokey kedai
yg sangat cantik n peramah

harga kain yg dibeli pun berbaloi diberinya

sempat gak ambil gambar dgn ownernya

kat sini kami ternampak 
pemandangan rmh minang yg cantik




 




lepas tu singgah sebuah kedai yang jual lempeng
specialnya cara memasaknya
bara di bawah tengah lempeng n api di atas



sampailahke malamnya
kami makan di Restoran Sederhana

kedai ni byk cawangannyadan 
masa ibuayu ke jakarta bandung pun

kami singgah di kedai makan ni

kat sini ada murtabak mesir
belilah satu utk bekalan dibilik
sedap gak rasanya


balik tu kami sepatutnya ke jam gadang

tapi sebab jalan dah tutup
kerana ada konsert sempena perlumbaan basikal esok

maka kami balik ke hotel

sapa nak keluar bolehlah gi sendiri

tapi kami duk kat bilik je mengemas barang  dan berurut
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015