Monday, April 29, 2013

Peminat setia ceritaJodoh

Ihuayu memang layan cerita ni

suka jalan cerita dia

lain dr yg lain

tapi rupa2nya
selama ni faiz terlebih minat cerita ni

dia boleh ingat nama watak ni
azlan olu katiya..haha
dahsyat minat ni


ni masih tak tido
layan episod akhir

siap cakap dgn dia
lepas ni cerita jodoh dah abis tau


Sunday, April 28, 2013

Kita hanya merancang...

Entri ini bukan untuk mengeluh
redha dengan apa yang berlaku
tapi sebagai kenangan untuk anak2
tidak ada perasaan nak riak atau sebagainya
entri ini ceritaku cerita anak-anakku dikemudian hari..

Hari Khamis nek Yot (MIL) tak berapa sihat
sepatutnya kami nak hantar Mil ke Kluang(rumah SIL) balik sekolah hr tu
tapi bila ayahnas dah bawa nek yot ke klinik dan tekanan darah turun
nek yot tak nak balik kluang
so malam tu kami datang ziarah nek yot lagi
alhamdulilah nek yot dapat tidur 

So hari Jumaat tu ibuayu memang dah plan nak Ke Kuala Pilah
(Kemudian cerita kenapa kami ke sana)
dari Kuala Pilah kami plan nak tengok Iron Man
So lepas sekolah kami terus gerak
ayahnas solat kat masjid Simpang Empat
dalam perjalanan SIL call bagthu nek yot tak sihat
and mintak tolong hantar ke Kluang
kami pulak dah pertengahan jalan ke Kuala Pilah
so ayahnas kata hantar MIL lepas asar

so dari Kuala Pilah kami baik Masjid Tanah 
kemudian baru ambil MIL di Kuala Sg baru
Then dalam pkl 5 lebih terus kami bergerak ke Kluang

dalam pkl 8 lebih kami sampai Kluang
lepas tu dalam 9 lebih terus balik Masjid Tanah
esok paginya Fauzan ada sekolah ganti
dan pagi Sabtu tu nak ambil rekod kemajuan Faiz
itu sebabnya kami kena balik  malam tu jugak

ibuayu memang tabik spring kat ayahnas
rehat kejap terus pandu balik
so plan hari Jumaat nak tengok Iron man tak jadi
ibuayu pun takdelah kisah sangat
keluarga yang penting

so hari Sabtu tu plan nak gi  tgk Iron man lepas ayahnas traning bola
kemudian terus tidur rumah nek kiah
so pkl 6 lebih boleh gerak gi MP lah

so telefon nek kiah bgthu sampai lambat 
nak tengok wayang
rupa2nya nek kiah dah plan nak ajak makan luar
mak tak berapa selera nak makan lain
dia nak makan hirup2
so ayahnas ajak tukar program
bawa nek kiah and atuk mail makan dulu
then baru tengok wayang


so lepas makan hantar nek kiah balik
then gi Melaka Mall beli tiket
masa tu br pukul 9.20

tiket yang ada cuma midnight
so call ayahnas yang tunggu kat kereta
sebab masa ni faiz tidur
ayahnas ok je
plan balik rmh nek kiah dulu
then keluar balik

rupa2nya masa faiz tidur tu badan dia dah panas
dia macam mengigil2
hati ibu ni mana nak tenang 
terus ajak ayanhans gi Klinik
faiz demam
nasib baik klinik 24 jam buka lagi

so The End of the story 
hanya ayahnas and fauzan gi layan IRON MAN
ibuayu and faiz tak jadi pergi
walaupun dah beli 4 tiket

betulkan kita boleh merancang
 tapi kalau Allah dah tetapkan sebegitu
siapalah kita untuk menghalangnya
ibuayu tak kisah pun tentang Iron Man tu
sebab yang nak tengok sangat Fauzan and Faiz

esok paginya faiz tanya kata nak tengok iron man
hahaha dia boleh pulak ingat nak tengok wayang tu


gambar ni diambil untuk letak kat rekod kemajuan faiz

nasib baik dah baik demam


Saturday, April 27, 2013

Terlupa anak sendiri rupanya kidal

Hari Rabu hari tu fauzan balik sekolah

dia mengadu tangan kanannnya terseliuh

muka dah berkerut semacam

ibuayu tgk macam bengkak sikit

sian pulak


masa dalam kereta tu dalam hati dah berkata


sian anak aku macam mana nak tulis ni

(petang tu dia ada tuisyen)

tiba-tiba terkeluar dari mulut fauzan

nasib baik jan kidal kalau tak mcmana jan nak tulis


haha ketawa dalam hati

memang terlupa sangat si bujang ni kidal


malam tu bawa gi urut

alhamdulilah tak serius swngat

peringatan lain kali

apa2 letak ais dulu  mcmana tu pun terlupa

















Friday, April 26, 2013

Jawapan tentang lori

Terima kasih pada yang sudi menjawab


semuanya betul

rasanya memang itulah lori yang dinanti2kan

rasanya jugak takde sapa yang marah kalau lori tu datang


lori apa ya...

"
"
"
"
"
"
"
"
"
" inilah dia
"
"
"
"





LOri Milo


minggu ni lori milo dtg sek ibuayu

wah cikgi ayu yg seronok

ialah diaorg dtg bukan tiap2 bulan
setahun sekali je

huhu
kalau lori ni datang guru bertugas kenalah kawal pelajar

ialah nak beratur
nak buang cawan

hehe

satu soalan yg biasa dengar tentang air milo ni

kenapa air milo dia tak sama macam yang kita biat
di rmh walaupun gunq milo yg byk...
ada resepi ke.....hehe

Wednesday, April 24, 2013

Teka teki


Saja suka- suka


soalannya..lori apa yang kalau datang sekolah semua orang suka

cer jawab

hehe






Monday, April 22, 2013

Walaupun penat tapi bergembira

Penat terasa
ialah hr isnin
pagi2 latih budak olahrg jap
lepas tu ngajar mcm biasa
pkl 12 dah gerak ke Melaka
ada taklimat PPG..
program rintis 
melaka je terlibat

naik kereta berempat

satu sek kena hntr 7 org

taklimat mula lambat
so abis pun  lambat

balik rumah terasa penat

tapi walaupun penat hati terasa berbunga2

adalah sebabnya
rahsia



Sunday, April 21, 2013

Macamana boleh terlupa...

Hari Jumaat malam atau hari Sabtu
hari ibuayu gosok baju
baju sekolah anak2 dan baju sekolah kami
Untuk ayahhnas paling senang sehelai kemeja and seluar
hari lain pakai tshirt
tu ayahnas gosok pagi2 sebelum gi sek
 
untuk ibuayu ada 2 hari je pakai tshirt
yg lain kena pakai baju kurung
 
so malam tadi dah selesai gosok baju
 
tapi ibuayu tak gosok baju sendiri sebab
minggu depan ibuayu akan ke stadium
so pakai tshirt jelah
 
balik Nilai tadi baru teringat baju ayahnas tak gosok lagi
 
huhuhu lotihnya
ingatkan dah selesai semuanya
bolehlah petang ni santai2 sabar jelah..
 
masa taiip entri ni
dah selesai semuanya
lega
 
 
 

Saturday, April 20, 2013

Bila si isteri di goda

kuat betul godaan kali ni

dah selalu mengelak

entah kenapa 

macam tak berjaya

"
"
"
"
ayahnas lah yg mengodanya

ibuayu ni dah bertahun tak beli benda ni

tapi ayahnas ari tu tanya

memang lah takde

so masa beli barang  rumah ternampak benda ni

teringat suami teringin

so sebagai isteri YMP

belilah utk suaminya

dan sekarang ni bukan suami je yg nak

siisterinya pun dah tergoda dan ketagih sama

nama benda ni pun dah terasa di mulut
belum bancuh lagi

hahaha
rumah ibuayu selalu yang ada milo teh n kopi

so ni ahli br kami


panas2 ni bancuh dengan ais ..

sedapnya

Sarapan Pagi

Bila mood rajin datang

sebenarnya malas nak keluar

so ibuayu  goreng spagethi
and cekodok pisang

ni kesukaan faiz

alhamdulilah kenyang

tapi dah ckp dgn ayahnas
tengahari ni nak makan luar




Thursday, April 18, 2013

Western Food

Semalam teringin makan western food
ayahnas follow je

kami pergi ke tempat yang tak pernah cuba
prinsip kami
kalau sedap mai lagi

kedai ni kat area Alor Gajah
dekat dengan Seri Pengkalan

Masa sampai boleh tahan juga ramai orang
tpi servis dia cekap

ibuayu order chicke chop (RM12)
dua beranak tu order lamp chop(RM 18)

sos dia bukan black paper
tapi rasa dia memang sedap

harga makanan tu rasanya berbaloi
tapi air dia tu rasanya mahal skit
air buah RM 4
milo ais RM 4
milo suam RM 3.50



Wednesday, April 17, 2013

Portable Speaker

Pertama kali terpandang benda ni dijual di FB
hati sudah tersangkut
dengan harganya yang dirasakan sangat2 berbaloi
ibuayu pun gi order

alhamdulilah service 
yang sangat cekap

bila dah dapat teruja sangat
ialah pink lagikan

tapi bila bawa balik rmah
benda ni dah jadi macam hak milik si bujang
dia masukkan memory hp
and dengar lagu yang diupload
wah ibu tak rasmikan lagi dia dah guna



and hari ni ibuayu gunakan masa mengajar muzik
bunyi dia memang kuat
lepas tu cara nak guna mudah je
kita charge siap2
tak payah guna wayar apa
tak payah sambung kat laptop pun boleh guna

ibuayu ajar lagu Suka Hati Tahun 1
lagu ni banyak pergerakan
ajar step kat kelas

kemudian ajak murid2 ni turun gi padang
(padang sebelah je dengan kelas)
bukan main suka anak murid
cikgu pun rasa seronok je mengajar

benda ini namanya Portable Speaker
ibuayu oder  kat FB ni  TICE SU
cikgu juga
harga cuma RM 76

selain dari benda ni ada juga benda lain yang dijual
dan untuk cikgu2 nak beli BBM kat sinilah tempat yang paling Best

Wordless wednesday

cer teka apa ni


Monday, April 15, 2013

Cuti Melaka Bersejarah pergi makan me bodoh dan murtabak muar

Planning awal nak ronda2 arah negori

sebabnya ada org tu nak keluarkn elaun bola dia

so rasanya tampinlah yg paling dekat
tapi pagi tu ibuayu lah yg mencadangkan 

jom makan me bodoh 
lepas tu boleh keluar duit kat muar

hahaha

pandai tak bg cadangan

ayahnas ni bab berjalan tak kisah sangat

dia follow je

itupun kami gerak dr rmh dah 9.30

so kami redha jelah kalau me bodoh dah abis

alhamdulilah ada rezeki
mcm biasa makan 6pinggan
lepas tu terus gerak ke bandar muar
survey dulu kedai murtabak buka tak

fauzan siap ckp dia x nak mkn dah

nasiblah mak n ayah perut besar
lepas gi bank gi mkn murtabak sing 
kiranya fwmes kat muar ni
dekat dgn sek sains muar
tapi kalau bg pilihan
kami makan kat murtabak malim pun ok gak

lepas tu ingat nak tapau me bandung
sekalinya kedai tu dah tutup
masa lalu pergi tadi masih bukak
so jalan balik melaka jelah
ayahnas nak tapau pau 
faiz siap cakap
asyik makan je

bab shopping kami ni memang kurabg sikit
kecuali nak beli sesuatu 
kalau saje2 idaklah

tapi bab makan 
tau je tempat tu sedap mesti nak cuba
tapinkalau dah xuba tak sedap bagai dikata
next time tak mai lagilah

ialah swlera org lain2 kan



Saturday, April 13, 2013

Apabila ujian datang lagi...


lama ibuayu menyepi

minggu yang yang murung buat kami

nek kiah dimasukkan ke hospitalmemang sesuatu yang mengejutkan

manakan tidak selama ini yang sakit datuk mail

sekalinya bila terima panggilan telefon dr SIL yg mak dah masuk wad
 terasa seram sejuk badan ni
 bertemu dgn GB untuk minta pelepasan pun mengalir air mata ini

mak menghadapi masalah injap sempit
 perkarabyang dirahsiakan dr kami

sebenarnya mak telah diarahkan oleh doktor untuk ke hosp serdang

tapi mak tak mahu buat rawatan

setelah apa yang berlaku ini

mak lembut hati untuk ke  IJN

terasa sayu hati ni bila melihat mak

perkara yang kita tak duga bila jadi depan mata tak tertanggung rasanya

hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang mengetahui...

tiada apa yang dapat diminta
 Kecuali memohon kepada Allah Yang Mengetahui Segalanya

agar urusan mak dipermudahkan dan perbedahan mak dapat berjalan dengan lancar


mak ayu sayang mak

sayang yang tiada penghujungnya..

sayang sangat2...




































Sunday, April 7, 2013

Kuching Part 4: Muzium Kuching

lepas balik dari Muzium Kebudayaan tu 
kami merayau bandar Kuching
bayangkan dari pagi keluar 
pukul 9 malam baru balik bilik

Esok paginya
dalam pkl 9 kami check out
ialah kami nak terjah muzium kuching and nak gi Kubah Ria

macam biasalah tak tahu pun mana muzium tu
ayahnas tanya orang
sekalinya jalan muzium kucing sama dengan jalan ke muzium kebudayaan

kalau tahu semalam lepas gi muzium kebudayaan tu ibuayu
 terus gi muzium kucing
hahaha
takpelah masa banyak nak meronda

masuk ke sini tak payah tiket pun
tapi kalau nak ambil gambar memang ada bayaran dia
muzium ni dalam bangunan majlis perbandaran kuching Utara





Friday, April 5, 2013

Kuching Part 3: Muzium Kebudayaan

Rugi siapa yang datang Kuching tak singgah sini
tapi kalau memang berada and selalu datang Kuching
bolehlah pergi bila2
untuk kami ni tak tahu bila nak datang lagi so tempat ni wajib pergi

kami gerak pagi
sebabnya bekejar nak tengok persembahan pkl 11.30


arah tuju dia ke Santubong
jenuh cari jalan inipun
tanya orang kat stesen petronas
alhamdulilah walaupun takde papan tanda 
tapi kami berjaya sampai tempat dituju

kat situ parking berbayar ya
RM 2.00 sekali parking

pintu masuk Muzium

 beli tiket dulu
Tiket dewasa RM 60
kanak-kanak 6-12 tahun RM 30

( nasib baik ringan mulut tanya kanak2 umur berapa kena bayar
rupanya2 faiz tak payah..kalau tak rugi rm 30) 
dapat passport
nak masuk diaorg copkan
lepas tu masuk setiap rumah kita cop sendiri









kami gi dua rumah dulu
lepas tu kami gi tengok persembahan
memang best sangat2



                                 habis persembahan kami terus gi sambung jelajah semua   
                                                       rumah yang ada                                                                                           penat tapi puas hati


 


Thursday, April 4, 2013

Kuching Part 2: Premium Stay Hostel

Selama 3 hari 2 malam kami tinggal di Premium Stay Hostel
ni hotel Budget je

Booking kat Asiarooms je

baca kat komen mereka yang pernah duduk situ

ibuayu ambil Family Room
RM 85 semalam

Hotel ini terletak kat Jalan Abell
berhadapan dengan Time  Tree Hotel
kalau tanya dekat tak dengan waterfront
jawabnya kalau jalan kaki memang jauh
tapi dekat dengan RJ Ayam Penyet hehehe

masa dari airport kami terus cari jalan Abell
kami jalan ikut rasa hati

GPS lak tak berfungsi 
sabar jelah
hotel tu siap call tanya tapi bila dia terangkan kat mana
ibuayu memang betul2 tak tahu
ialah tempat tak pernah datang

ayahnas pun mana tahu nama 2 tempat kat situ
so bila dah jumpa Jalan Abell call lagi hotel tu
akhirnya kami dapat gak jumpa hotel tu
memang tak perasan sebab selekoh jalan
lepas tu papan tanda dia bukan tulis nama premium Stay Hostel

ialah hotel budget
budget pun kecik je lah

ibuayu kan booking family room
satu katil double and satu single
lepas tu diaorg boleh offer pulak nak pilih bilik mana
dia siap offer yang satu double and dua single
dah tentu ibuayu pilih yang tu
hahaha
memang besar and selesa
tapi towel dia fail
nasib baik spare towel sendiri
bilik air bersih
katil and cadar rasanya masih baru
hotel ni macam baru renovate dari lama ke baru

kalau rasa nak santai lama2 kat bilik 
bolehlah ambil hotel bintang2
tapi kalau macam kami ni
sekadar balik pkl 10 mlm nak tidur je



memang sesuai and berbaloi

Tuesday, April 2, 2013

Petua hilangkan sun burn

dalam cuaca yang sekarang ni memang panas
 panas yang jenis terik pulak tu
 berkampung di Stadium KUIM
 untuk kejohanan olahraga selama 3 hari

 betul2 membuatkan muka yang memang terbakar ini
 bertambah gelapnya
 tinggal sehari je lagi

 abis ni nak jaga muka pulak
 x nak berjemur dah
 haha
 bolehke........
 so antara petua yang ibuayu tahu

 Gunakan putih telur
 *************
 ibuayu tak sapu macam tu je
 ambil tisu
 lepas tisu celop kat putih telur
 then baru tekap kat muka...
 rasa sejuk je
 buat kat seluruh muka kecuali
 mata n lubang hidungbila dah kering tanggalkan tisu tersebut
 kulit pun rasa halus je
 sesiapa yg ada petua sharelah sama


ps:  sorry ya seminggu ni sibuk dgn olahraga tak sempat nak blogwalking...rindu sangat2...ini pun ambil kesempatan jap..mata nak lelap dah ni















































































Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015