Thursday, February 28, 2013

Komen tentang surat dari langit biru

Ibuayu awal2 memang tak layan sangat tengok cerita ni

terkejut ya amat bila anak bujang yang beria2 nak tengok

dia yang sibuk kata cerita ke langit

and semalam masa ibuayu dah kepenatan n ketiduran

ayahnas pun ikut sama follow cerita ni

and malam ni tambah ahli lagi

ibuayu join sama

and memang betullah sedap rupanya cerita ini

banyak moral yang terselit di dalamny

pelakon dia pin boleh tahan 

Fizo yg encem tu bawa watak jahat 
menjadi pulak tu


Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday

Ladap



Me banjir

Dah lama tak pekena Me banjir ni
kedai ni dekat pekan Masjid Tanah je
Dekat dgn BSN
dia ada jual roti canai gak
buka dari pagi hingga malam

ada hirisan daging and fish cake
kuahnya memang sedaplah

sebelum duk masjid tanah ni ibuayu x tahu pun ada nama me banjir

selalu makan me hailam je
tapi me banjir ni memang sodaplah

Tuesday, February 26, 2013

Kerja Guru senang stapler soalan je...

hari Selasa Ujian Bulanan 
soalan yang dah siap perlu di stapler
kalau buat kat sekolah bilalah masanya
memang tak sempat
takkan nak panggil budak tolong 
dioarang nak belajar

kalau buat ni pun perlu kawasan yang luas
satu set soalan ada 8 muka surat
tak boleh salah susun
nanti menyusahkan pelajar

sekolah kami bukan guna mesin photostat ya bolesh susun siap2
kami guna mesin reso

so inilah kerja yang perlu setiap guru buat 
tak mengeluh pun
cuma sedih bila orang kata senang jadi cikgu

buat ni kat rumah pun minta tolong anak bujang tau
nak susun utk 100 lebih pelajar
sambil tonton tv baru buat 
kalau tak ngantuk le jawapnya

Monday, February 25, 2013

Me bodoh 6 pinggan

Memang dah plan pagi Ahad nak ke Melaka
ada Misi yang harus dilunaskan

pertama

memang dah teringin sangat makan me bodoh
masa cuti raya cina pergi 
sampai je adik tu dah tunggu kat luar kedai
sambil mengoyang2kan tangannya tanda me dah abis

memang frust betul
padahal baru pkl 10.15 pagi
perlu diingat ya datang makan me bodoh tengkera ni jangan malu2
orang memang sentiasa ramai
kalau kita berdua je
and nampak ada orang lain tengah makan pun berdua je
kita mintaklah izin nak tumpang duduk
diaorg memang bagi pun
kalau kita ramai tunggu jelah tempat kosong
kalau makwe pakwe nak dating lama2 sini bukan tempatnya ya
kalau nak reunion dgn kawan2 and nak borak2 macam kedai ni kita punya
itupun sila lupakan ya
kalau dah dapat makan 
dah selesai semuanya
bangunlah cepat 
sian dengan orang lain yang menunggu
 me ni memang kosong takde rencah
tapi sambal dia tu yang buat sedap



kami makan berempat tapi order me sampai 6 pinggan

kat sini juga ada jual nasi lemak tau
nasi dia pun sedap
yang ni kalau lambat sikit memang habis




kalau nak datang 
kedai ni area kat Tengkera

misi ke dua
nak gi Tong Hup
nak beli hadiah perkhemahan pelajar minggu depan
menyelam sambil makan
nasib baik dapat suami 
yang senang memenuhi permintaan

suka sangat dengan perangai faiz 
pkl 6.30 dah bangun pagi
ayat pertama
dah pagi ke
kalau tak ke mana2 memang ibuayu jawab
masih malam tidur ya
dia pun ikut je
bukan dia pandang tingkap luar pun tengok cahaya
hehe
budak ni pun dah pandai makan me bodoh walaupun pedas sikit


Sunday, February 24, 2013

Cara hilangkan stress


Sapa cakap jadi cikgu tak stress
stress tau 
dengan kerja yang melambak-lambak
(mana tak lambak siap yang tu datang yang ni)
dengan cabaran KSSR utk ibuayu yang baru
 menghadap benda ni tahun pertama

rasa macam baru keluar maktab je
ialah nak memahami istilahnya
so petang Jumaat tu melepak dengan kak masitah
di pENGKALAN bALAK
kami duduk2 je kat kerusi tepi pantai ti
 
MASA NI BARU PKL 6.30
TAPI NAMPAK MACAM DAH SENYA KAN
cantik betul ciptaan Allah

kena pulak dengan angin sepoi2 bahasa
memang terapi yang paling baiklah




Faiz and Hakim





Saturday, February 23, 2013

Perpustakaan HIJAU

kalau tak sebab keterujaan si faiz ni
ibuayu tak perasan pun perpustakaan awam Masjid tanah ni
dah bertukar warna HIJAU

peka betul faiz ni  dengan benda hijau

masa ambil gambar ni pun 
masih tengah ubah suai lagi

harapnya nanti dia berminat nak datang selalu ke sini




Pavlova oh Pavlova

Orang lain dah bertahun merasa
tapi kami ni hanya mendengar je
belum sempat merasa

tapi dah rezeki kami
dalam ayahnas sibuk kata macam mana rasa pavlova
akhirnya jiran sebelah kami ni
beri sepinggan Pavlova
jiran ibuayu ni memang pakar buat kek
selalu order cheese tart je dgn adiknya
ialah orang kalau jual pavlova kan saiznya besar
kami sekeluarga bukan makan manis2 sangat
tapi dapat merasa ni kiranya dah puas hati




Friday, February 22, 2013

Nasi Beriyani Batu pahat di Masjid Tanah

Dah lama tahu ada kedai Nasi Beriyani kat Masjid Tanah
tapi ibuayu tak pernah cuba
ada juga gi tapi kedai pulak tutup

Rezeki kami hari tu dapat gak merasa makan kat situ
masa kami datang pukul 2 
itupun dah nak habis
ramai yang bungkus
tu yang selalu kami gi kedai dah tutup

alhamdulilah rasa boleh tahan


Thursday, February 21, 2013

3 sepupu




Faiz memang suka main dengan sepupu dia yang ni
yang baju pink tu hana
dia sebaya dengan faiz beza bulan je
yang baju hitam tu
umairah
dia lah yang rajin layan budak2 ni


gambar ni diambil sebelum bertolak balik dari hari keluarga tu

suka tengok pic ni semuanya spontan

tapi gambar ni hasil dr tangkapan hp 
guna camera 360
hehe
nampak klasik
 




Wednesday, February 20, 2013

sEMALAM gERAM aIR aSIA HARI NI SAYANG aIR aSIA

aLHAMDULILAH


lega dah dapat
moga urusan dipermudahkan 
kalau nak tahu geram 
tu entri semalam
huhu
hari ni hati dah berbunga kembali
senyum macam dak kenit ni


Wordless Wednesday


Tuesday, February 19, 2013

Geram betul pada Air Asia

Seronok bila dengar  air asia buat tambang free
nak cuba lagi

memang tempat yang dihajati nak ke Kuching
ni lah satu2 tempat kat Malaysia yang ibuayu tak pernah pergi

Labuan pun dah pernah sampai bertahun yang lalu

so bila nampak tambang agak murah
walaupun bukan 0 sen
and jatuh pada cuti sekolah hati ni mulalah berbunga2...

cuba booking  hari ni dia dah promo 2 hari
and dalam kita nak proses utk payment
ada error pulak katanya
seat yang kita pilih dah abis

grrrrrrrrrr

nampaknya belum ada rezeki lagi
nak pilih sabtu ahad
banyak benda nak fikir
kami guru
aktiviti sabtu ahad bukan milik kami sekeluarga sepenuhnya
ada masanya ada tuntutan bersama anak murid

ayahnas lagilah lepas ni sabtu ahad dia full
traning bola je
nak bebel pun x boleh
dah jadual dia macam tu
dah ada kontrak mana boleh langgar

mood sedih
huhuhu

saje nak tayang gambar ni
bersama GB and jkuasa masa majlis pelancaran NILAM

 

Monday, February 18, 2013

Tak Tahu pun blog ini ada Word Verification


Kalau tak kerana CK Lah
(guru bahasa yang memang bait2 kata di blognya indah dibaca)
sudi komen kat blog
ibuayu tak tahu pun
kat komen ibuayu ada Word Verification

sebabnya ibuayu pun tak suka sangat 
kalau gi komen blog lain ada WV ni
bukan apa mata dah berusia
lain dia tulis lain yang kita taip

bila dapat tahu je terus le google cara nak buang WV ni
lepas tu meraban mencari Dashboard pun tak jumpa
hahaha
ialah Dashboard baru ni kurang mesra alamlah
alhamdulilah rasanya dah selesai
tapi kalau ada benda ni lagi beritahu ibuayu ya...

harapnya lepas ni ada insan yang sudi singgah baca n komen blog ni

insan yang memang selalu komen


terima kasih banyak2

saje mashukkan gambar dak kenit ni
sebabnya gambar kat hp tak boleh download..huhu
tengah fikir nak hantar hp ke kedai
kalau nak kena format nak selamatkan dulu data
 yang memang semuanya penting

Suamiku.....

Semenjak sekolah baru
ni semangat RAJIN ayahnas memang meluap-luap
mentang2 dapat bilik muzik yang baru , besar and macam2 ada

so macam-macam dia nak dihiasnya
mana  yang ayanas tak tahu nak edit 
isterinya yang rajin lah tolong buatkann

bila dah pandai takde pun dia tanya kita nak sama tak
huhuhu

sekarang ni kalau gi kedai or shopping kompleks
ayat yang selalu main di bibir
apa ya abang nak letak kat BILIK abang
grrrrrr

bilik sekolah ke bilik tidur
hahaha
HIAS RUMAH TIDAKLAH
HEBOH HIAS KELAS JE

malam2 pun asyik sibuk print, liminate gunting...
buatlah abang asal bahagia
esok dah penuh kelas tu tak payah hias lagi

mulut ibuayu bising
asyik fikir sekolah je
tapi hati isteri ni sentiasa baik hati
menolong tak kira masa
tengah  masak pun suami panggil datang
tengah lipat kain pun datang
tolong abang ni
tolong abang tu
ya bang isteri mu rela walaupun cemburu



Saturday, February 16, 2013

hARI kELUARGA hJ iSMAIL: sUKAnEkA

Pagi tu breakfast kami nasi lemak
pukul 9 dah berkumpul kat padang
sukaneka ni pun kami suruh mereka yang handle
MZ Traning Consultant
tak pasti harga sebenar
ialah orang sponsor
tapi rasanya macam rm 15 sekepala
 kitaorang just follow je apa yang disediakan
disebabkan adik yang nak handle tu tak mai lagi
kami buat acara sendiri

ajak anak buah main galah panjang
dan ada antaranya tak pernah main pun permainan tu
so sebab ada dua orang guru kat situ kenalah ajar permainan tradisional ni..
nak siasat gak kat anak murid sekolah permainan tradisional apa yang mereka tahu
entah-entah main selipar pun tak pernah

so lebih gelak darI mainnya
ayahnas and ibuayu satu team so team satu lagi tu kena buli jelah hahaha

dlm 9.30 baru adik tu sampai
kami dibahagikan pada empat kump
tak ikut ahli keluarga
dibahagikan secara rambang
kump kak ija YES
 ibuayu Mantop 
ayahnas hentam sajalah
(nampak no x de idea hahaha)
kumpulan abang Tak Tahu
(ni pun sama malas fikir)

rasanya semua orang main jujur kecuali masa main dadu
masa maju ke depan bukan main melangkah besar
bila kena undur memang langkah kecil

tak de pemenang pun
sebab hadiah yang dibeli cukup untuk semua
(hadiah pun orang sponsor)

apa yang penting
gembira and gelak ketawa

kump ibuayu banyak yang kalah yang menang cuma isi air dalam span je
yang lain x no 4 no 3 no 2 hahaha


selesai  je permainan
acara bagi hadia
lepas tu badan dah melekit
apa lagi terjun sungailah 










Sarapan pagi : Spagethi Carbonara


Thursday, February 14, 2013

Hari Keluarga Hj Ismail: Dinner

Makan malam tu dahsiap dengan pakej
Sebenarnya kami ambil pakej makan malam (BBQ)
dan sarapan pagi
semuanya RM 40

semua merea yang buat 
kami hanya bawa badan
makanan yang dihidangkan semuanya berasa
memang puas makan and puas hati

ada makanan tambahan
hahaha
sambal petai..mantop tu

lepas makan borak n then sesi bergambar





TIADA APA YANG MENGEMBIRAKAN KECUALI
 DAPAT MEMBAHAGIAKAN IBU DAN AYAH

Wednesday, February 13, 2013

Anak Kedua Sheikh Muszaphar dan Dr Halina

kredit kat blog Dr Halina
nak tengok yang lain klik SINI





nama anak kedua dia
Sophea Natasha bt Sheikh Muszaphar

Natasha 
sama nama dengan arwah anak ibuayu
NUR ALIA NATASHA

Tuesday, February 12, 2013

Hari Keluarga Hj Ismail: Nur Laman Bestari Hulu Yam

Memang tak sabar nak gi Hari Keluarga

sebabnya

dah lama kami tak berkumpul macam ni
kecuali hari raya
last hari tu masa wedding adik bln 12..lama ya hahaha

so asal rancangannya nak ke tempat lain
tapi tolak campur vote fikir
akhirnya inilah persetujuan semua
ialah waktu nikan mana2 tempat memang FULL
urusan aturcara booking tempat dan deal segalanya 
semuanya dilakukan oleh Long 

lepas tu kena fikir hala tuju kami tu Jem ke Planta ke huhu
dan alhamdulilah pilihan kami tepat
kami melawan arus
pandang jelah jalanraya sebelah yang sangat jemnya hehe

kami bergerak dr Nilai dalam pukul 1..
konvoi 3 kereta
abang bertolak dari rumahnya di Subang 

memang tak pernah ke hulu yam and jalan ke sana
dulu2 sampai batu caves pernahlah

so bila lihat sekeliling seronoklah
lalu kat Selayang

sampai dalam pkl 3 lebih
rupanya ada sekumpulan ni masih belum check out lagi
so keadaan masih sesak
pekerja pun sibuk nak kemas bilik and nak cari kunci

so kena tunggu jugaklah nak check in
tapi masa tu hati dah seronok dengar bunyi air sungai

sebelum dapat kunci tu kami dibawa pusing tengok chalet kami
ibuayu dengan long je pun
yang lain tunggu kat kereta

tunggu punya tunggu punya tunggu finally
dapat gak kunci
memang dah jangka keadaan bilik
tapi anak2 mulut memang takde insuran
dah biasa kalau cuti dengan hotelnya
walaupun hotel murah mesti ada tv and air condkan

yang ni memang takde lah
sebiji macam bilik berkursus Pendidikan Luar dulu2 hehe
tapi bilik and bilik air memang bersih

kami ambil 4 bilik dua darat dua air

long memang nak ambil 4 bilik tu kat air
 tapi sebab dah penuh kami berpisah sikit
tapi bagi ibuayu memang cantiklah kawasan ni
airnya pun sejuk
walaupun takde aircond, takde tv yang penting happy

Operasi Kopek petai secara gotong Royong

Aktiviti ni sebelum hari keluarga hari tu
Mintak tolong Fauzan and Faiz kopek sama
Bukan main seronok lagi dia menolongnya
Abislah dua papan dia kopek



 


 


dan hasilnya 

inilah dia



 sambal petai udang

yang lebih tu nak bawa bekal gi Hari keluarga
sambal ikan bilis lak




Monday, February 11, 2013

Urusan dobi mendobi

Baru tiba di rumah

alhamdulilah
dua hari tanpa internet
line telefon pun satu bar sekejap ada
sekejap tak de

and yang best tak tgk tv pun
dua hari ni
sebabnya dlm bilik memang x de tv

cerita lanjut kemudian ya

urusan penting

nak basuh baju

sebelum baauh kena bilas dulu
almaklumlah

anak2 bawa balik pasir sekali

huhu


Sunday, February 10, 2013

Dari MT ke Nilai

Dapaton line jap

singgah rumah long kat nilai

mak and abah naik kereta adik


so dari sini nanti 
brau gerak ke ulu yam


highway dr melaka ke seremban x jem

yg jem dr nilai ke seremban jem


harapnya perjalanan kami lepas ni pun clear


Saturday, February 9, 2013

Persediaan Hadiah Hari Keluarga Hj Ismail

Insyallah 
esok kami akan ke Hulu Yam
hari Keluarga HJ Ismail

first time nak ke hulu yam
duduk dekat chalet yang ada sungai
satu tempat bercuti yang lain dari yang lain



memang teruja
sebabnya dah lama tak berkelah kat sungai

so dalam dua hari ni ibuayu akan menyepi ya
 

 Jenuh fikir apa nak bagi hadiah untuk sukaneka hari keluarga ni

so jalan senang 
beli tipuware 
kemudian masukkan jajan yang berkhasiat ya...

 

Dahlia Homestay Melaka

Bagi yang mencari-cari Homestay jika ingin bercuti di Melaka

ibuayu boleh cadangkan Dahlia Homestay Melaka
baru dibuka hujung tahun lepas
besar dan selesa
 
 dekat dengan bandar Melaka



 
 







nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI

 atau 
hubungi je no di bawah ini





Melepak,Makan-makan dengan BFF


Kalau dulu bila together2 bolehlah kami
namakan klik kami ni ex reunion ramuan china kechil

tapi disebabkan penghulu ramuan china tu dah tukar sekolah tahun ni
maka dah takde ex..ex dah hahahaha

so inilah geng BFF

 



ini isteri-isterinya
gambar si suami lupa lak nak ambil
heboh borak n gelak je
gambar tak clear guna hp ibuayu je


anak-anak ni duk makan meja sebelah
pandai2lah kau makan ya nak
mak and ayah nak berborak




terima kasih pada yang belanja
rasanya duit peruntukan ada lebih
(sebab tak payah cuci pinggan)

jadinya ada rezeki kita lepak lagi ya
lepak kedai roti canai pun ok
makanan bukan utama
yang utama berjumpa
borak2 n ketawa
bahagia ada BFF macam kalian


yang penting selsema n demam hilang bila balik jumpa diorang
ubat mujarab ni
hahaha


Nasi Arab Damsyik

Ini first time makan nasi arab
memang dah banyak  kali tengok orang post makan nasi Arab

tapi tekak ni tak brp rasa nak makan
lagi2 tahu makanan ni tidak berkuah

tapi hari tu balik dari Nilai
ajak ayahnas singgah makan nasi Arab di Senawang
ayhanas pun ok jelah

and alhamdulilah
berpuas hati dengan rasa nasi dan ayamnya
tapi tulah kalau dapat kuah kurma or dalca pun sodap 

ayahnas suka nasi dia tak berempah sangat

masa mula2 nak order tu bukan reti sangat
tapi nasib baik adik yang layan tu terangkan satu persatu
so kami ambil set nasi untuk 3 orang 
and tambah kambing satu

memang puas makan
kami tambah gak dengan kebab
bukan apa nak rasa je





 
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015