CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

klik..klik

Followers

Thursday, January 31, 2013

Senangnya jadi cikgu : Part 2

3 hari berturut-turut meeting n taklimat

hari Selasa
taklimat mengenai PSS  di BTPN Melaka
sampai rumah dah pkl 6 lebih


hari rabu 
mesy Pss di sekolah


hari khamis 
mesy disiplin di sek


sampai la ni belum habis

so bukan senang jadi cikgu
bukan masuk


pkl 7 balik pkl 1




Wednesday, January 30, 2013

Deko bilik faiz

Budak hantu hijau ni
jadi mak bapak pun sibuk ikut minat anak

so kami beli rak buku kat mydin
hijau putih
memang cantik pun
kena pasang sendiri

ayahnas pun tunjuk skill lah

tujuan rak ni untuk letak barang persekolahan faiz
rajin dia susun
nak pergi sekolah dia ambil sendiri beg dia
bila balik sekolah dia terus susun kat rak ni



Monday, January 28, 2013

Tersalah kedai ku sangka kedai melayu rupa-rupanya.....

Hari Jumaat kami gi rumah abang kat Subang
esok pagi tu kami berdua plan nak gi ikea
so sebelum gi Ikea ayahnas ajak pekena roti canai
ibuayu memang tak boleh makan dah
sebab dah sarapan nasi goreng yang sedap kat rumah abang tadi


so kehendak ayahnas kita ikutkanlah
tapi kami bukan tahu kedai2 kat area sini
pusing2 nampak kedai yang ada ni
kedai mamak pun ada gak
ialah ibuayu kan tak minum kedai mamak

so cakap dengan ayahnas ni kedai melayu ni
nampak cantik je
dari luar macam2 menu ada

tapi bila dah masuk
la mamak jugak rupanya
tapi takpelah yang nak makan ayahnas ibuayu memang x nak

tapi layanan kat sini memang lambat
ayahnas biasalah buat mua macam garang
nak roti canai pun lambat

lepas tu pekerja dia datang minta maaf
kedai ni baru buka 3 hari
la patutlah nampak kucar-kacir
harapnya kedai tu dah oklah sekarang ni
ayahnas pun puji roti dia sedap

tapi ibuayu ni menyiasat tak abis
bang pelayan tu macam vietnam je
bang betul ke kedai mamak ni
takde ayat Al-Quran pun.....
 tapi yang makan ramainya melayu


 

Sunday, January 27, 2013

Hantu Hijau

Minat faiz pada warna HIJAU bukan sikit
malah rasanya terlebih fanatik
jangan orang pakai baju hijau
memang dia akan kata wah hijau

kalau jumpa motor or kereta HIJAU
dia akan jerit suka and suruh kita tengok sama
ada masa suruh ayahnas beli motor hijau tu sekali

kalau jalan2 nampak rumah cat hijau
dia yang paling suka sekali
 

tapi ada masanya disebabkan dia fanatik HIJAU
ada benda yang tak dapat dipenuhi mengundang air mata
and ada juga rasanya menyusahkan orang hehehe

satu kes tu
faiz ikut kat enon and along (anak kak enon yg baru kahwin)
ikut gi beli tikar getah untuk rumah sewa along
 sebenarnya along tu nak pilih warna lain
tapi disebabkan budak fanatik HIJAU ni menangis2 suruh beli warna hijau
maka kak enon pun ikutkan je lah kehendak dia
nasib baik along n suaminya  xkisah
geram betul faiz ni ikut citarasa dia je

 kat pam minyak pemegang diakan
satu warna kuning and satu warna hijau
dah tentulah warna kuning tu murah dari hijau
dan bila kita tak ambil warna hijau dia boleh menangis dalam kereta 
suruh amik warna hijau

banyak cantik minyak mahal tu dik grrrrrr

sATU KES LAGI
kisah air hijau or kuih hijau

kalau dia nampak air hijau
dia suruh kita beli 
opadahal kita tahu dia bukan minum sangat
and rasanya pun bukan sedap

kuih pun sama beli je makannya sikit

ada masa kalau dia suruh beli memang kami tak ikutkan
kami buat bodoh je

sekarang dia dah sekolah
lepas belajar dia akan tidur
so memang kami kena beli toto
bayar je toto tu cikgu dia sediakan
 mula2 dia kata dapat warna merah
baru2 ni dia kata Toto dia warna HIJAU
bukan main suka lagi

ni tentang rumah sukan
harap2nya cikgu dia bagilah dia rumah HIJAU
kalau dapat warna lain 
haruslah dia menangis..lagi2 tengok kawan pakai baju warna HIJAU



Saturday, January 26, 2013

Pergi PD hanya utk makan asam pedas marvelles



Kami gi PD ni masa cuti maulidur rasul

memang tutup dapur tengah hari tu

sebabnnya org Coway nak dtg service

ok tak alasan tu

hehe

so dlm 2 lebih kami gerak

kiranya nasiblah

ada lauk adalah
hehe


rezeki kami baik 

asam pedas ada lagi
lauk ni dia x hidang
kita mintak baru dia hidang
panas2 lagi

makan nasi putih n ulam

perut yg lapar 
alhamdulilah kenyang



kedai ni dekat area teluk kemang je

Friday, January 25, 2013

Jem sana sini

ptg tadi masa nak bayar bil kat mt

boleh tahan jemnya

nak gi maybank parking pun penuh...
yg ada jauhlah pulak


so ada urusan ditangguhkan


dlm 5 lebih gi rmh nek kiah kereta masih banyak

dr sana terus gi subang

kakak ipar dah call bgtu hujan lebat dr pkl 3
hati2 dgn banjir kilat

masa kat seremban nilai kita kami gerak ol

cuma ada 2 kemalangan berlaku..hentam 5 kereta....

jalan nilai seremban memang jem gila

lepaa tu nak ikut highway ausir kwluar ke subang pun jem...
rasanya mana2lah jem

sebabnya org kl selangor
cuti panjang
org melaka ni menambahkan lagi jem ug ada


gambar x de kena mengena dgn ini cerita

Thursday, January 24, 2013

Salam MAULIDUR RASUL

Salam maulidur rasul

selawat ke atas nabi Muhamad s.a.w




Wednesday, January 23, 2013

Senangnya Jadi Cikgu

Orang lain asyik kata jadi cikgu senang
masuk pagi tengah hari dah balik
cuti banyak
komen bab ni kemudian ya

kami cakap apa pun
anggapan orang masih sama

tak semua ya

hari ni rasa macam x pijak bumi

pagi ajar pk n pj 
lepas tu makan jap
jam 9 -9.40
berurusan dgn peg kpm
kaji selidik program rintis P7 ni

lepas tu uruskan sesi bergambar
utk kad pintar utk tahun 1

naik library

minta org kad pintar pindahkan data dikomp baru

asyik angkat pc susun balik
jam 11.10 masuk kelas sampai balik

kalau ikut melangkah dah lebi 10 ribu langkah

kalau jalan kaki dah sampai
lubuk cina agaknya

ialah turun naik kelas
bilik guru
cr murid baru
cr tahun 1

pkl 1.10  baru dapat letak punggung kat bilik guru

dapat gosip dgn lawan2 jap...
taklah loceng fikir balik terus
tanda buku yang macam gunung tu
cari bahan nak siapkan kat rumah

esokkan cuti
kerja sekolah juga yg difirkan

bukan mengeluh ya
tapi bila orang nmpk kerja kami senang
orang lain x rasa apa yg kami rasa

ada masanya benar org dulu punya kata

Guru ibarat lilin

alhamdulilah bahagia dengan kerjaya guru


Tuesday, January 22, 2013

Sehangat Asmara Episod 1

Baru sempat nak layan cerita ni kat  tenet

episod pertama je dah tertarik
harus melekat macam cerita adam dan hawa

cantiknya tengok rita rudaini bertudung
kalau kat luar macam ni kan cantik