CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

klik..klik

Followers

Sunday, December 30, 2012

Tips untuk anak baru ke sekolah

Ibuayu tak pernah ajar Tahun 1

tapi dari pemerhatian ibuayu

tak kiralah samada tahun 1 atau tahun berapa pun

kalau awal tahun ni semuanya baru

kasut baru
baju baru 
beg baru
alat tulis baru
serba serbi

kalau sekolah menengah lain sikit
 beg lama pun diaorang masih boleh pakai

ni sekdar tips je
 
1. Alat tulis

janganlah bagi anak bawa ke semuanya ke sekolah

beragaklah  masuk ke dalam bekas pensel
 rasa-rasa cukup untuk dia pakai 
kalau sebatang susah pulak
nanti patah nak kena asah

kalau 3-4  batang pensel tu rasanya mencukupi
kalau ada sticker tampal kat pensel tu
supaya tak tertukar dengan kawan

kalau pensel warna tu memang anak2 suka beli yang besar
tapi kalau boleh yang besar tu tinggallah kat rumah
belikan yang sedang dalam 12  atau 24 batang
yang tu bawa ke sekolah

biasalah budak2 ada yang tak reti jaga 
ada yang baik hati bagi kawan pinjam
ada yang bagi kawan terus

bila hilang kadang2 susah jugak nak kesan
apa2 pun tulislah nama kat kotak tu

2. Pakaian

sekarang ni dah tak risau 
kalau PJ dah tentu boleh pakai baju PJ sampai balik
so takdelah kes tertukar baju

tapi kalau anak anda nak salin baju untuk ke sekolah agama di sekolah
baik tulis nama kat kolar dalam baju tu
ialah supaya senang cari kalau tertukar

3. kasut sekolah

kalau masuk makmal komputer
perpustakaan , surau
kasut dan stokin memang kena buka

walaupun kita suruh susun di rak ada masa tertukar juga
cerita pengalaman di sekolah

masa rehat pelajar masuk sendiri ke perpustakaan
bila loceng tamat gi lah ambil kasut
ada murid yang nangis cari kasut dia tak de
perpustakaan dah kosong yang tinggal sepasang kasut yang bukan saiz dia

maka kita yang cikgu ni gi lah masuk ke kelas2 cari siapa yang tertukar kasut
ada rezeki memang dapat jumpa
ada yang tak dapat
cian lak kat budak tu

so supaya senang anak kita nak cam kasut dia
tulislah  sikit kat tepi kasut or tapak kasut
janganlah tulis besar gedabak
nanti macam rupa conteng kasut lak

4. Beg sekolah

memang fesyen sekarang beg roda kan

tapi tengoklah dulu keadaan sekolah tu 
kalau kelas kat tingkat atas tu rasanya kurang sesuai beg beroda
bukan apa
dahlah berat dengan buku
beg roda tu pun biasanya berat sedia ada 
maka kalau diaorang tarik beg nak naik or turun kelas
rasanya beg tu cepat rosak

untuk tahun 1 rasanya kebanyakan sekolah sediakan mereka 
kat tingkat bawah atau tingkat 1
yang tu takde masalah sangat

5. penting ambil no telefon guru kelas

Rasanya ini sangat penting
bila KSSR ni penting kita tahu kemajuan anak dari masa ke semasa
selain itu bila ada kes kecemasan
anak  sakit tak dapat hadir ke sekolah ke
ATAU 
kita terlupa nak bagi anak duit ke
cian budak tu
kalau dia bagitau kat guru kelas tak pe
kalau tak laparlah dia
rasanya cikgu kalau bagi pinjam rm 1 takde masalah kot

ibu bapa pun dah tentulah akan bayar balikkan
hehehe


ini kongsi idea je
tak ikut pun tak pe 
hehe

 

 

 

 

 
 

Jom teka Part 2

nampaknya takde sapa yang berjaya

untuk teka hadiah yang ibuayu dapat dari ayahnas

mungkin sebab takde klu

jadi sebab hadiah memang dah ada and ibuayu memang niat nak bagi

so sekali lagi ibuayu buka untuk semua


teka kat comment sini

tekalah berapa kali nak


clue kali ni

* hadiah tu bukan barang kemas
*ayahnas tak pernah hadiahkan kat ibuayu
*mungkin org lain pun tak dpt hadiah rupa macam ni

*harganya dalam rm 300

*sesuatu yg berkaitan dengan persekolahan ibuayu

*************

selamat mencuba

Wednesday, December 26, 2012

Shopping utk 2 bersekolah lagi 2 memang ke sekolah

***jom teka masih dibuka ya***


apa2 je tajuk ya

jenuh nak paham

anak ibuayu ada dua orang

fauzan sekolah menengah

faiz baru nak ke sekolah tadika


yang dua lagi tu kamilah

ayahnas dan ibuayu

lepas exam hari tu

asyik merayau je beli barang sekolah

sebelum ni beli barang ayahnas and ibuayu

tapi hari ni baru beli barang fauzan and faiz


itu pun belum abis lagi

tempat shopping kami bersepah2

kat jusco
mahkota prade
kat kluang prade

haha
(kebetulan menziarah atuk atan)

kat masjid tanah ni lak belum lagi

tapi memang akan pergi kat cathay
and copy cent

tunggu ibuayu abis exam ya

baru shopping fasa kedua




menayang sikitlah kasut kami ke sekolah

ayahnas je belum dapat

cerewet betul org lelaki ni membeli

kalau dah berkenan jenama tu
jenama tu juga yg dicari

tu yg ke sana sini

belum dpt lagi

kalau kat mt ada dah lama terjah sini je




Tuesday, December 25, 2012

Jom Teka

saja suka-suka

sempena birthday ibuayu 
and kerana terlalu menghargai apa yg ayahnas bagi


selalunya hadiah hari lahir ibuayu mesri lambat dapat

tapi tahun ni memang on time

dapat masa hari jadi tu


dan ibuayu tak pernah pun
dapat hadiahtarikh  tu sebplum ini

never and never

so sapa yg sudi jom cuba teka apa hadiahnya

takde syarat apa pun

cuma seorang boleh teka 3 kali di comment yg berbeza



hadiah pemenang
fm and keychain ya

sapa cepat dan betul
dialah pemenangnya

Monday, December 24, 2012

Happy Birthday (39)

23-12-2012
Alhamdulilah
dipanjangkan umur menginjak ke angka 39
tahun depan dah masuk hehe

biar umur bertambah 
tapi jiwa muda


bersyukur dengan apa yang ada

dalam usia sebegini tiada yang lebih berharga
dr diberi kesihaan yg baik

mohon dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan berbahagia
didunia dan akhirat...

terima kasih abang
terima kasih anak2
terima kasih mak abah

pagi2 lagi dah wish ibuayu

terima kaaih rakan2 ada yg sms ada yg berfb

ingatan kalian merupakan doa untuk diri ini

amin

Friday, December 21, 2012

Exam semester akhir

22,23 dan 29 ni
ibuayu exam utk sem dan tahun akhir



tak sabar nak abiskan

buat masa ni anak2 di kg
bukan sengaja tinggalkan

tapi nek kiah bising cuti sek pun 
duk rmh nenek tak lama

so kami yg dekat ni beralah
anak2 tak payah cakaplah 
memang suka duk kampung
sebelum balik dan minta mak doakan
memang setiap sem mcm ni
nak exam mesti mesti doa dr ibu
kali ni fauzan lak pesan kat ibu dia
sebelum ibu dia bertolak balik

baca buku ya bu
jawab baik2 tau

rasanya tulah ayat kita selalu ckp kat dia

faiz tak phm apa pun 
dia tahu ibu dia gi sekolah
masa nak balik tu bye2 pun tak nak sibuk nak main

esk n ahad paper bm
nama je bm tapi byk susah...
doakan ibuayu dapat jawab ya
dah tua ni
kena baca banyak kali
nak mengingat tu susah betul


Thursday, December 20, 2012

Hari lahir Abah (18/12)

Sebelum ni abah tak berapa sihat
dalam seminggu lebih jugak dia asyik terbaring

akhirnya long bawa abah check ke Hosp kem Terendak
ambil darah dan tekanan

esoknya ibuayu bawa abah pulak sebab nak tahu keputusan darah
alhamdulilah semuanya ok
tapi doktor kata abah HYPO

abah kena tukar ubat kencing manis
dan alhamdulillah dalam dua tiga hari ni abah dah beransur sihat

so masa malam birthday tu abah teringin nak makan laici kang

nasib baik ada 
ialah hari gaji
bila dah lewat malam banyak yang abis

untuk abah
(walaupun abah tak baca blog ni)
Selamat Hari Lahir

Moga dpanjangkan Usia
Anak-anakmu sangat2 menyayangimu
Takde apa yang kami minta
cuma berharap Allah memberikan kesihatan sepenuhnya kepada Abah


masa upload gambar ni kat FB ramai kata abah dah susut
ialah baru baik sakit
ramai kawan2 masjid yang datang ziarah
ialah tengok abah dah lama tak ke sana
dan semalam adik beradik mak dari bachang datang menziarah
tahu je abah sakit terus diaorang datang
terharu rasanya
*******************************
walaupun abah bekas polis tapi abah ni tak pernah merotan anak
tak garang sangat
seorang ayah yang sangat prihatin dengan pelajaran anak2nya
beza dengan nek kiah..kuat bebel and garang hahahaha
tapi nek kiah hati banyak baik...sayang mak juga

Wednesday, December 19, 2012

Fesyen Peplum

Rasanya fesyen peplum ni meletop sana sini

teringin lak nak memakainya

tapi takut mcm buah plum lah pulak 

tapi rasanya boleh ubah suai sikit agar takde pertanyaan ....

mengandung berapa bulan ya hehehe


takde pulak gambar nak di upload
layan gmbrni jelah


Tuesday, December 18, 2012

Hujung Minggu merayau ke REMBAU

Dalam keboringan hari Ahad hari tu
walaupun banyak kerja yang hendak dilakukan
(termasuk baca buku huhuhu)

ayahnas ajak jalan 2

tapi tak tahu nak ke mana
minggu lepas dah gi MUar 
(Tak sempat buat entri lagi)
so ajak ayahnas round REMBAU

dah pernah pergi tapi dah lama sangat entah tahun bila

so kami lalu jalan dalam nak ke Rembau

Seronok jalan2 tu
macam2 nama tempat kami jumpa

kami lalu LUBOK CHINA
kemudian ikut ASTANA RAJA
lepas tu tak pasti
jalan apa yang masih ingat
jumpa CHENGKAU
dan BONGEK






nampak stesen keretapi baru 
tapi belum beroperasi
rasanya nanti Komuter sampai sini



otw balik singgah kedai buah
gila sekejap
semua nak beli
makan durian sebiji kat sini
ayahnas yang tak gemar pun layan jugak



Monday, December 17, 2012

Api-api steamboat and grill MeLAKA

Dapat tahu kedai ni dari member

sebelum ni kitaorg gi makan kat senawang je


bila tahu melaka dah ada
senang sikit nak gi makan

ayahnas memang suka kalau adq grill

kalau steamboat je dia x layan sangat

keseluruhannya

makanannya memang byk
boleh pilih nak sup ayam or tomyam

kami ambil sup ayam 

aiskrimnya pun pelbagai pilihan

nasi goreng kg dia memang sedap


kedai dia kiranya kat taman lagenda dekat dengan jusco bandarayq

masa kami makan tu dewasa dlm rm 25 kanak2 rm 10 faiz dia bg foc je...





Sunday, December 16, 2012

Cameron Highlands: Reunion geng Ayahnas

Kami gi hari selasa
27 Nov 2012

gerak dlm pkl 12.30

konvoi 3 kereta

memang ni renion geng ayhnas

tapi kami si iteri2 ni yg berbincang

yg suami ni followje

masa kami naik tu hujan lebat gak
nasib baik follow lori

ibuayu dah cerita kat SINi


Kiranya kenangan terindah duk bersama 3 hari 2 malam

masak sama2
makan sama2
ketawa sama2
sengal sama2

biarlah gambar je yang menceritakan segalanya








insyaallah misi tahun depan
mencandat sotong di pulau kapas

 




Faiz dan Kuku

hari tu terpandang kuku tangan faiz
tengok pendek lagi

lepas tu terus terfikir

duk jaga faiz hampir sebulan
kuku kaki dah pernah potong
tapi kuku tangan tak

takkan tak panjang2

terus tanya kat dia

faiz gigit kuku ya...

yalah gigu aiz kan macam sepit kuku

aduhai anak ibu nak krtawa ada nak marah pun ada

ada ke gigi dia tu penywpit kuku


faiz ni memang ada habit

suka gigit kuku

kalau kitaorg perasan memang dia kena marah

Thursday, December 13, 2012

Deco - mendeco

Asalnya kami memang hias dinding guna ni





lepas tu ada org bg kami

so kami dah tukar....

kecil sikit tapi  cantik jugak
hehe




Wednesday, December 12, 2012

12-12-12

8.30 pg hingga pkl 12
gotong royong sudut warisan


mula jam 2 gerak gi kerubong ambil nek kiah and atok mail

bw gi hosp kem terndak

selesai 4 lebih hntr semula ke krubobg
pkl 5 gerak blk ke mt

terus hntr fauzan tuisyen..smpi rmh pkl 6 mkn sembhyg

ni baru nak lurua pinggang

pkl 8 nanti ambil fauzan balik then gi cari makan


Tuesday, December 11, 2012

Shariff Nasi Kandar Bayan Lepas

Kedai makanan mamak bukan pilihan ibuayu
tapi ingat lagi pesanan pemandu pelancong masa gi indon
kalau nak rasai nikmat bercuti 
jangan cerewet dengan makanan negeri itu
hehe

tapi  ni rela dlm terpaksa..


kat penang ni memang susah cr kedai melayu
atau kami yg kurang mengetahuinya
tapi inilah kedai mamak yg dahdua kali ibuayu gi bungkus makanannya
kedai ni buka petang je
so makanananya memang panas2
ni bukan mamak24 jam tau
no bau2
nak beli siap beratur

mintak kuah campur makan denagan ayam goreng berempah walla memang sedap

kami beli dua ngkus nasi ada sotong, ayam madu,telur rebus murah sangat





Monday, December 10, 2012

Pulau Pinang : Bukit Bendera

Rasa teruja kali ni nak ke Bukit Bendera
ayahnas suruh gi awal takut hujan petang
alhamdulilah kat sana tak hujan pun



seronok sangat beli tiket 
amik yang pakej rasanya kena bayar rm 21 je sekeluarga

lepas tu trainnya pun baru dan sangat selesa
jalan pun laju je

orang memang ramailah


terkejut jugak bila sampai kat atas 
dah banyak perubahannya
yang jelas tempat makan dia
memang cantik and selesa





Sunday, December 9, 2012

Pulau Pinang : Hotel Grand Continental

cerita pasal bercuti tak  abis lagi
***********************
 sambungan ke Penang

Jenuh jugak cari hotel kat penang ni
ibuayu suka duk area bayan lepas

tapi ayahnas nak duk area bandar ni

so follow jelah

kami kan tak booking hotel 
and hotel pun memang cr hotel budget je

tapi masa melilau cari tak jumpa hotel budget yang berkenan di hati

so trylah hotel grand continental ni
dan ambil family room pun rate nya masa boleh diterima poket 

hehe
tercapai impian faiz nak madi swimming pool

tapi tak pun ke pool mandi kat bath tub je
overall 
ok lah hotel ni
walaupun hotel lama
nama grand tapi bau karpet hotel lama maklumlah kan

kami lak duk tingkat 16 berderau jugak naik lif

sarapan pagi dia pun kira oklah




Sarapan pagi Alor Star

Terasa susah nak cari roti canai kat alor star ni

hehehe

atau kami yang tak jumpa

ayahnas berhenti kat pekan rabu
tapi takde pun nmpk roti canai

yang nmpk org makan be hoon sup

agak2nya memang tu menu sarapan org sana kot

so cr punya cari ada lah kedai mamak

ibuayu memang tak makan mamak punya
(cerita kemudian sebab tak makan kedai mamak)

tapi cian kat ayahnas yg dah ketagih roti canai
maka ibuayu setuju jelah

tapi ibuayu makan bee hoon sup je
ada stall kat luar yang jual
hehehe



Saturday, December 8, 2012

Sarapan pagi Sabtu

Tang malas tak tunjuk
bila tang rajin henoh nak menunjuk

blog sendiri takpelah kan 

bkn blog org lain

sekurang2nya 
masa akan datang anak2 terkenang masakan ibunya 


mood rajin

buat kuey tiaw goreng

utk faiz yg demam buat sup

and utk ayahnas telur separuh masak






Thursday, December 6, 2012

Akhirnya durian crepe terbaik

sdbelum ni ibuayu pernah beli DC  ni kat mydin

gerai 2 kat tgh tu

teruja sangat nak makan masa tu

ialah jakun x tahu rasanya mcmana


bila makan memang rasa x sedap langsung

fauzan pun kata x sedap
ayahnas apatah lagi

memang frustlah

seblm ni baca2 kat blog kata dc ni sedap

so kami tersalah beli huhu

and baru2 ni order kat sedara sepupu

beli 2 pek
1 pek ada 6 ketul

gigitan pertama je dah rasa kesedapannya

memang berbaloi2


dlm kereta je dah abis 4 ketui

la ni macam terasa2 nak mkn sc lagi

dah  order utk ahqd ni

sapa2 member mt nak order gi kat FB ima rusdy

kalau malu bgtahu kat ibuayu je
ahad ni dpt makan

hehe


Kedah : Restoran Bamboo

Mas kat Arau lagi dah google kedai makan sedap kat kedah
and salah satunya nasi lemak pokok sena
dan bila jengah tingkap bilik hotel terkejutlah sangat
kedai nasi lemak tu depan bilik je

cakap dengan ayahnas lu
s maghrib makan sini
cepat2 suruh anak2 bersiap..
kami gi naik kereta walaupun dekat 
tapi sayangnya bila sampai kedai
ibuayu tengok kedai tu kedai mamak huhu
terus ajak ayahnas gi tempat lain

nasib baik cik abang ni paham
tapi disindir2nya jugak
lain kali baca betul2 kat blog org tu kedai mamak ke bukan
hehehe

lepas tu pusing2lah kami cari kedai makan lain

cakap dgn ayahnas ada terbaca tentang restoran bamboo

so bila cari2 kedai lain tak jumpa berkenan
ayahnas setuju makan kat sini

rasanya memang berbaloilah
kami makian nasi lemak
nasinya sedap
faiz makan mi hailam
dia kata mi hailamkan hitam knp ni putih 
hehehe
ibuayu steak
ayahnas lamb
fauzan nasi gorng kg

kiranya puas hati rasa dan harga



Restoran bamboo ni kat Pekan Rabu je

Wednesday, December 5, 2012

Rindunya




Me goreng bodoh vs Me goreng pandai

First time buat sarapan pagi di cuti sekolah
ini pun sebab sesuatu berlaku di peti ais
huhuhu
selalu terjah me bodoh tengkera je

ni ibuayu buat me pandai

sebab abis rencah udang dan sotong ibuayu masukkan

kalau biarkan mana nak letak peti ais rosak

Perlis ke Kedah :Bukit Kayu Hitam

tak plan pun 
asalnya nak ke kedah
tapi bila nampak signboard ke Bukit Kayu Hitam 12 km
so terus ajak ayahnas

kami tahu kat sini mesti mahal sikit berbanding dengan padang besar


tapi sebenarnya kami tak dapat nak ingat macamana nak tuju tempat shopping
sama ada perlu lalu kastam ke tak

so sebelum sampai gerbang kastam tu kami pusing2 gak kat bangunan rehat
cakap gak dengan ayahnas
takkan kat sini tempat shopping

lepas tu takkan kena lalu kastam
dulu rasanya sesiapa boleh pergi

so pepatah dah kata segan bertanya sesat jalan

maka bertanyalah kat ayahnas kat satu pakcik ni
pakcik tu kata 
masa lalu kat kastam kata nak gi kat duti free

ohhhh

so kami pun jalan ke arah kastam
berdebar2 jugaklah
iya ke..boleh ke

rupanya kita lalu je dan cakap nak gi duti free

dia cuma nak ic je and tanya dalam kereta brp org

alhamdulilah lega rasanya

lepas lintas kastam kami nampak zone duti free tu
so park kat situ
dan gi bangunan beraircond

hati ni masih was2 lagi
cakap kat ayahnas dulu pergi bukan kat sini
pergi bangunan kayu
ni shopping compleks


so lepas shopping situ kami turun and ayahnas ajak jengok kalau ada bangunan kat sebelah

itupun tanya mak cik cleaner kat situ

dan memang betullah tempat kami pernah shopping dulu tu sebelah je

and bangunan dia dah berubah sama sekali

kemas adan cantik

tapi orang tak ramai pun walaupun hari cuti sekolah
ialah hari isnin kalau hari minggu ramai kot
harga dia mahal sikit dr padang besar
tapi rasanya ok jugak barang2nya
blaus ibuayu beli kat PB takde pun kat sini


Tuesday, December 4, 2012

Kedah: Hotel Sabarina

lepas gi bukit kayu hitam
kami terus turun ke Alor Star
gambel je
tak tahu mana nak cari hotel

suruh ayahnas pusing2 kat bandar mana tahu ada hotel
(kami cari hotel budget ya)
so dalam pusing2 tu lalu kat stadium

terus terpandang hotel sabarina.com

kami amik bilik biasa je
katil queen
harga rm 70
ayat kami tanya ada WIFI
ada katanya
oklah tu 

bila masuk bilik
besar and bersih
hotel melayu rasanya ni

tapi internet amat mendukacitakan

yang lain kira oklah


Monday, December 3, 2012

Birthday Boy

Selamat hari Lahir
buat anak bujang ibu yang tersayang

yang ke 13

dah jadi bujang ya
semoga menjadi anak yang soleh
mendengar kata ibu dan ayah
menjadi abang @along yang baik
mengalah pada adik tandanya sayang

ibu dan ayah  sedaya upaya cuba memenuhi setiap  permintaanmu
 ( yang difikirkan patut)
oleh itu besarlah harapan kami 
agar fauzan dapat memikirkan setiap perbuatan
 yang hendak dilakukan








semakin besar semakin banyak cabaran hidup
memilih kawan
meningkatkan diri 
semuanya awak yang tentukan

ingat ibu dan ayah sentiasa berada disisi

luv u so much

dan ingat

*Jangan lupa Solat
*Jangan lupa Belajar


bujang kesayangan kami

 
dah sama tinggi anak ayah


keluarga bahagia kami