CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

klik..klik

Followers

Sunday, September 30, 2012

fanatik MU

Padanlah masa kitaorg plan nak bercuti 
si fauzan ni nak kami balik rumah sabtu tu
sebabnya dia nak tengok MU

kat hotel memang ada astro tapi takde bola punya

biasanya ayahnas memang selalu keluar malam gi tengok kat mamak
kalau kami bercuti macam ni
(Ayahnas bukan fanatik MU semua bola dia layan)

tapi kali ni ibuayu pujuk ayahnas suruh bawa budak fanatik MU ni 
kesian dia

mula2 dia pujuk jugak ayah dia tapi tak jalan
ayahnas memang tak suka sebab dah tengah malam
kiranya macam kita ajar anak lak dok kedai malam2
orang buat tahu kita pelancong hehehe


tapi kali ni lembut hati ayahnas bawa anak bujang dia
bukan main seronoklah si Fauzan ni

tapi diaorang turun tengok bola dah lewat sikit

mengikut cerita ayahnas
masa diaorang sampai kat kedai mamak tu
belum duduk lagi
lawan MU baru je gol kedua
and kat situ hanya fauzan je pakai jersi MU
so kedatangan fauzan tu buat semua mata terpandang kat dia
and kebetulannya kerusi semua penuh
so ayahnas tanya nak balik tak
apa lagi budak fanatik yg frust tu pun nak baliklah
hehehe

cian along biasalah bolakan bulat
ada masa menang ada masa kalah 
yang dia frust MU kalah di tempat sendiri


Saturday, September 29, 2012

Jom Teka

Kami sedang bercuti

jemputlah teka bg yang sudi

tinggalkan kat komen je

kat mana kami bercuti


hadiah

ibuayu bg top up rm 5 bagi peneka yg betul dan terpantas

tarikh tutup hari Ahad ni 30 hb jam 8 malam

Thursday, September 27, 2012

Adam dan Hawa episod 19

Memang tengah kemaruk dengan cerita ni

bangun pagi ambil tab
and tengok kat video

tapi entah kenapa hari ni tak de pulak 

yg ada sedutan je

ni yg tengah frust

selalu kalau dpt tengok memang feel happy je...

ibuayu kalau tengok
selalunya kat


www.ezany-kun.com


frustnya.....


tengok je lah

adam saya ni hari ni





Wednesday, September 26, 2012

Bila feel nak bercuti hujung minggu

pantang dengar ayanas free dari bola
and daht tahu dah mulai minggu depan ayahnas dah sibuk
tengah berkira2 nk gi mana
ayahnas ni jenis senang kita cakap je
dia follow
tapi kena ada reason yang ok lah kenapa kita nak ke situ

ada dua tiga tempat dalam kepala 
tapi tak de kata putus lagi
silap2 macam selalu...
nak gerak baru fikir nak duk mana


 SINI KE








ini jauh sangat

tapi tempat ni walaupun dah banyak kali pergi tetap nak pergi

sedapnyaaaaaaaaaa


Sunday, September 23, 2012

Untuk 3 Hari

Disebabkan fauzan dan Faiz 
heboh nak tgk wayang
maka mak dan ayah yg baik ni
ikutkan jelah
kami tak booking pun
main terjah je
dahlah malam minggu
jalan ke mahkota prade pun jam jugak
dah siap2 ckp kat faiz..
kalau wayang x de kita jalan2je ya

nasib baik smpi 30 jam lagi nak start
lepas tu seat byk sangat2 kosong
sangat selesa gi sini
nasib baik faiz pun
cuma mulut tak reti diam 
and tak ckp perlahan


cerita ni pun best
kiranya penuh pengajaran
jodoh bulan satu mainan

ada lawak2 yg diselitkan
kiranya tak boring
and lakonan diaorg sua best
yg x best cuma kat club


ada penari yg seksi
tak sukalah mcm tu..


Saturday, September 22, 2012

Muara Hati Adam dan Hawa: Nas dan Ayu


 Tengah feel 2 bercinta
masa ayahnas tak de lagu ni pengubat rindu
tengok adam hawa dah tentu ada lagu ni

dan sekarang kekasih dah pulang ke rumah
maka bunga2 cinta semakin berkembang

nak berduet lak nyanyi lagu ni dengan ayahnas
tapi yang boringnya ayahnas tak layan sangat lagu2
sentimental macam ni huhuhu

 

Lirik Lagu Muara Hati
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..






Resepi Spagethi Goreng Melayu

kenapa kata melayu
sebabnya spagethi ni pedas
bahan yang ibuayu gunakan
bwg
cili
daging cincang
isi ketam telur

tumiskan bwg dan cili hingga garing
lepas tu masukkan daging cincang .crab
lepas tu br masukkan telur
garam dan gula secukup rasa

dah tu masukkan spagwthi yg sudah direbus...

makan panas2

memang tak menghampakan


Friday, September 21, 2012

Aiskrim goreng

Selama ini pernah gak baca resepi kat tenet
tapi belum ada feel nak buat
and kebetulan member sekolah ada jual
so try beli 
and ni first time ibuayu makan
malam tu bila dapat terus goreng
disebabkan kami bertiga sorang goreng 3 je lah
yang lain simpan dulu

makan tak sampai 1 minit
fauzan kata ada lagi ke
hahaha
sedap ke tak
lepas cakap kalau aiz tak abis bagi along ya
hahaha
ada ke budak hantu aiskrim tu tak abis
lain kali  ibu goreng lagi ya



Ke Bank Rakyat Yang Pernah Dibom

Tajuk gerun bila dibaca
tapi sapa yg pernah baca dulu
dalam bulan posa
bank rakyat ni pernah dibom oleh pencuri
tapi tak berjaya nak ambil apa2
dan sekarang bank ni dah siap dibaik pulih...
kami ke sini nak simpan duit raya faiz
risau gak tak masuk2
ada jugak yg tertarik nanti
hehe

simpan kat Nuri
dan sukanya
bila simpan dptlah hadiah
kali ni dapat pencil box
sukalah dia



Thursday, September 20, 2012

Kontroversi babak terakhir Kau Yang Terindah

Masa tengok drama ni shooting kat Mekah
terasa seronoknya
ialah nampak jelas sangat
terasa seronok sangat tengok orang beribadah
masa tengok tu ibuayu kat dalam bilik
fauzan tengok kat tv depan
siap cakap dengan fauzan kita kumpul duit ya
pergi umrah sama2sekeluarga
(moga dipermudahkan)

masa tengok adegan kat bilik tu 
hati ni dah berdetik
ehhh..kenapa dia urut kaki perempuan tu
hakikat sebenar mereka bukan muhrim

dan adegan terakhir tengok neelofa pegang tangan lelaki tu
hati ibu ayu dah berdetik dan rasa marah
kenapa berkelakuan macam tu depan Kaabah
lepas tu fauzan yang kat luar pun datang bilik
siap tanya
boleh ke bu berlakon macam tu

tapi hati ni pun positif juga
mungkin kamera efek ke apa ke

dan malam ni persoalan itu dah terjawab

boleh gi kat blog Beautifulnara


saje letak gambar faiz 
jubah yang dibeli nek kiah di Mekah


Wednesday, September 19, 2012

kena bersabar

IKut hati dah tak boleh tunggu
tapi kena banyak bersabar
ialah kalau dah baca nanti satu kerja x jadi

minggu ni ada tetamu istimewa dtg sek

jadi perlu dahulukn tetamu tu

sapa lagi kalau tak 
encik and pn nazir


Tuesday, September 18, 2012

make up





bila mood nak bermake up


penangan nak berhari raya

dari satu sampai melarat2

la ni heboh tengok kat youtube

nak belajar..hehe

cantik untuk suami tau

Sunday, September 16, 2012

Resepi Steamboat



Resepi ni asalnya cedok2 dari orang lain
tak ingat kat mana
tapi pandai2 ikut sukatan sendiri


 

masukkan air dalam periuk
letak
kiub ayam dan kiub ikan bilis
ketuk bawang putih
ketuk halia
masukkan juga sedikit garam
 
sukatan agak2 je

bahan2 steamboat tu beli apa yang suka
lepas tu gunting siap2


masakkan kat periuk ni
kalau takde periuk ni periuk nasi pun boleh
atas dapur pun boleh
tapi nak feel main masak2 
tu yang cari periuk multi function


sos ni ibuayu tak tahu  macamana nak buat
kebetulan pasar tani kat sini ada jual sos siap
maka kami beli jelah harga pun boleh tahan murah



Raya kali ni memang inilah hidangan yang ibuayu sediakan
sapa kata nak mai je
terus ibuayu masak sup dulu 
yang lain tetamulah masak sendiri
rasa lebih releks dan sentiasa bersedia dengan bahan2nya

Pelawaan suami tak patut ditolak

Lepas subuh tadi ayahnas ajak makan me bodoh

minggu lepas dah pergi
ni nak lagi

perlu ke tolak

heheh
tidaklah ...ia sesuatu yang dinanti..

boleh terus ke MP

Nak mengamuk kat kedai mainan faiz

bagi barang rosak kat kitaorang minggu lepas...



Thursday, September 13, 2012

Meleleh-leleh air mata ku...

jenuh layan episod 10 dan 11
adam dan hawa
memang tangkap sedih
lagi2 bila kita merindui seseorang
so feeling lebih sikitlah

huhuhu
anak2 tengok je ibu dia menangis

memang best cerita ni 
kiranya jalan cerita buku and drama memang sama

lakonan ain memang best
lakonan aron tak payah cakaplah
jatuh cinta kat dia lagi selepas nora elena and ombak rindu

cinta dengan lakonan je
hehehe


nak langgan mustika rasa rugilah 
so tengok kat youtube je lah
makin lama makin tak sabar nak tengok 
walaupun kita dah tahu akhiran cerita ini


lagu siti and hafiz pun sangat sedap

moga cinta antara ayu dan nas juga kekal abadi
 

Low back Pain

Tak tahu apa salahnya 
masa hari Isnin kat sekolah

tiba-tiba rasa pinggang ni sakit
tapi lepas tu buat tak kisah je
balik sekolah dapat tahu faiz demam
terus bawa ke klinik
mas ni tak teringat nak beritahu belakang sakit

hari selasa rasa dah tak tahan
so petang tu pergi berurut
lepas urut rasa lega 
tapi sakit tu tetap ada

hari Rabu dah tak tahan dah
minta keluar sekejap
pergi ke klinik yang biasa tu
doktor kata ibu ayu kena low back pain

so pantang dia
tak boleh minum sejuk2 atau berais
kena mandi air panas
dan yang penting tak boleh air cond
pantang kat atas semua ibuayu boleh follow
TAPI 
tang tak boleh air cond tu tak boleh kot
kena on gak tapi suhu perlahan hehehe




lepas gi klinik balik sekolah semula
lepas makan ubat terus rasa lega
sakit pun tak de rasa
tapi tak sejam lepas tu naik gatal2 kat muka
alamak alergy ubat
call doktor tu and dia akan tukar ubat lain

dan sekarang ni masih bergantung pada ubat
kalau tak makan rasa sakit tu datang lagi
kita ni kalau tak sakit tak beringat 
dah sakit baru nak berjaga2
moga ibuayu cepat sembuh

ni gambar gi Lawatan
walaupun sakit tahan jelah


 

Monday, September 10, 2012

hAppY bIRThdAY TO fAiz


Hari lahir faiz jatuh pada hari Ahad
09-09-2012

oleh kerana ayahnas pun tak pasti balik ke tak hujung minggu 
maka ibuayu plan nak sambut anak beranak je
ialah tahun lepas kiranya dah meriah juga buat untuk dia
so tahun ni kita buat dalaman je

kek ni ibuayu tempah kat Peahsweet
sama orang yang buat kek faiz tahun lepas
 sebab tahu faiz minat HIJAu and minat juga dengan BEN 10 
so ibuayu mintalah tolong dia buatkan kek BEN 10
al kisah sebenarnya faiz sibuk nak kek LANUN

tak berkenanlah kami sebab LANUN
tak tahu apa cerita kartun lanun tu baik ke jahat
puas ajar cakap lanun jahat nak jugak kek lanun

Pagi Ahad tu gi Mahkota Prade
balik dari situ barulah kami sambut anak beranak

susun kek 
susun mcd
bagi dia hadiah
sukalah dak kenit tu




yang ni peahsweet hadiahkan untuk faiz




mulakan dengan bacaan doa dr ayahnas
kemudian baru kami nyanyikan untuk faiz

potong kek
kemudian posing je kerjanya

dah selesai makan2 baru perasan faiz tak tiup lilin pun
tapi takpelah saja suka2 je..



potong kek














Doa ibuayu semoga faiz jadi anak yang soleh dan 

mendengar kata ibu dan ayah ya

sayang faiz



Saturday, September 8, 2012

Sangat-sangat membantu

Orang kata kalau ada anak perempuan senang
senang tolong kerja rumah
tapi buat ibuayu
anak lelaki ke perempuan ke sama je
asal betul ajaran ibu bapanya

macam ayahnas adik beradik dia 3 lelaki dan seorang perempuan
langsung tak kekok pegang penyapu
malahan sangat kemas bila sidai kain dan lipat baju
sebabnya adik beradik dia telah dilatih mengemas rumah dari dulu
so dah kahwin takde masalah tolong isteri tersayang

tapi ni bukan nak cerita pasal ayahnas
ni  nak story pasal bujang ibuayu

 


alhamdulilah
bila minta tolong boleh haraplah orangnya
tapi biasalah kalau leka main game tu ada lambat sikit nak bangun

bila time raya ni dialah yang selalu tolong
angkat gelas,angkat dulang..angkat makanan

bila orang balik dia kemas pinggan kotor letak kat sinki
bab basuh pinggan ibuayu buatlah 
sebab banyakkan senang terus susun

semoga fauzan menjadi anak yang rajin ,
soleh dan mendengar kata ibu dan bapa

risau tengok anak2 zaman sekarang
masa ni ikut cakap mak bapak
dah semakin besar mula nak melawan..
moga dijauhi hendakNya

Friday, September 7, 2012

Fanatik Hijau

Bukan sikit minatnya pada warna hijau
bukan diajar-ajar pun suruh minat warna hijau..

dia sangat suka ruang tamu rumah ibuayu


sebabnya warna hijau

jadinya bila kami beli barang dia
selalu warna hijaulah yang kami pilih
ada sekali tu gi shopping kat giant
semua barang ayahnas pilih hijau
walaupun bukan barangan anak dia



 



Jadinya bila time orang  bagi dia sampul raya
sangat 2 bermasalah
dia kalau nak sampul raya mesti nak HIJAU
duit raya pun nak yang warna HIJAU
apalah kalau orang bagi merah pun dia memang nak hijau

layan jelah...
tapi sekarang ni makin pandai sebut
ada warna hijau cantik 
ada warna hijau buruk

so masa dia pakai tshirt BEN 10 tu dia kata hijau dia cantik
ada ke kata kat umi ati hijau dia hijau buruk





beli baju melayu ni sebab dia yang  nak hijau

 
faiz-faiz macam2 peel

Tuesday, September 4, 2012

Deco-deco raya

Asalnya ruangan ni ada dua kerusi rehat
tapi entah kenapa  memang tak berminat nak rehat kat sini
so kami hantar kerusi ke rumah nek kiah

jadinya ruangan depan ni dah kosong
masa raya hari tu gi beraya rumah kakak kat Nilai
apa lagi shoppinglah sikit
cuma beli karpet and deco untuk bunga

beli dah masa raya
so harga masih murah 


dah lama tak beli bunga
so disebabkan ibuayu bukan tangan seni
maka inilah bunga yang paling senang dihias

 





buat masa ni letak kat penjuru dulu
tengah plan nak buat apap dengan ruangan yang kosong ni

Monday, September 3, 2012

Rindu-Rinduan

Sekejap masa berlalu

Rindu bulan Ramadhan
Walau penat macamana
tetap berminat nak masak untuk juadah keluarga

murtabak yang hanya dijual di bulan puasa 


lepas berbuka solat maghrib berjemaah
lepas tu rehat jap tergesa2 gi sembahyang terawih
bawa si faiz ni terpaksalah sabar melayannya
alhamdulilah dia banyak dengar kata ibuayu
dia duk pun kat tempat solat perempuan
tak mengacau pun
tapi setiap kali  bagi salam
mulalah dia pegang pipi kita nak cium
tapi kena upah juga 
selalu pesan 
faiz good boy ya nanti ibu belikan kereta remote hijau
dan kini faiz dah terima upah dia
tapi macam biasalah budak2 kereta dah rosak
 


Rindu juga dengan Syawal

dapat berkumpul adik beradik
berjumpa sanak saudara
mewah dengan pelbagai makanan yang enak2
sekejap je dah masuk 16 syawal

lepas ni cuba puasa 6
insyallah moga dipermudahkan





 bersama anak buah besar

 
 anak buah kecil



 kawan-kawan




berharap dipanjangkan umur diberi kesihatan yang baik 
agar tahun hadapan dan tahun mendatang
berpeluang berjumpa ramadhan dan syawal



Rindu juga dengan pakwe sorang ni

masa berpisah sedih dalam hati jelah
sebab dah biasa kena tinggal
cuma kali ni lama sikit
harap berjumpa di hujung minggu.....



ingat bang jaga kesihatan
bola bola juga...