Monday, July 30, 2012

Ramadhan 2: Laksa Johor

Menu hari ke 2

laksa Johor
gambar dah siap bahan tak sempat snap
ialah kita nak berbuka 
mana  sempat nak tangkap gmbr  lagi


 

hari ke 2 berbuka di rumah atuk mail
masak dari rumah ibuayu

dah siap masak  pek2 barang dalam pkl 3 lebih bertolak balik
 fauzan nak makan murtabak semalam
so singgah gerai kat pengkalan balak tu

orang beratur bukan main ramai lagi hampir 45 minit dia beratur
sian jugak
tapi dia yang nak makan
dia lah kena beli...hehe

tapi murtabak tu memang terbaiklah 


Sunday, July 29, 2012

Akhirnya di. Rawang Burger Bakar MITC

Cerita kemudian
 Baru sampai rumah


Thursday, July 26, 2012

Iklan Pearl Haya

Tak puas rasanya tonton iklan Pearl Haya

dengar lagu tema yg dinyanyikan oleh ana raffali
memang rasa tak puas


tengok modelnya Elsa yang sangat cantik

masa tengok elsa tu jemur 

tuala kecil ada sulam pearl haya 
hati ni memang teruja dapat tuala tu pun cantik



lepas tu tengok tudung yang dia pakai kat pejabat

aduh cantiknya....
ada tak orang sudi memberinya...



Ramadhan 5: Me goreng

Kami berbuka di rumah atuk mail


tapi semua makanan ibuayu dah masak dari rumah

yang masak cuma me goreng yg lain lauk pauk beli kat sekolah je....


fauzan puji me goreng sedap ..
bertambah2 dia makan


betullah tu sedap bukan beli hati....



Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan 4: Be hoon goreng

Kami sekeluarga buka me pun dah cukup


untuk hari ni buat be hoon goreng and sandwich

alhamdulilah...tak membazir apa pun...



Monday, July 23, 2012

Desert Berbuka

hasil minta resepi dari rakan sekolah

dah pernah buat tapi lupalah

harap2 jadilah

sagu mata ikan

kalau beli warna hijau faiz mesti suka

habiskan stok ni dulu..



Nek Kiah menunaikan umrah

Pada 18 hb hari rabu
nek kiah telah berangkat menunaikan umrah
alhamdulilah niat dan hasrat mak nak menunaikan umrah di bulan puasa tercapai
sebelum ni mak pernah pergi buat umrah di bulan biasa
mak memang teringin nak rasa berpuasa dan berterawih di sana

tuk mail tak ikut
ialah kesihatan tak mengizinkan
abah izinkan mak pergi ke Mekah
mak pun ikut rombongan bersama adik beradiknya dan besan

sayu juga bila menghantar nek kiah pergi
kami hantar di kg bachang
pakej yang mak ambil dari Johor
sepupu yang uruskan
maka flight mak dari changi singapura

bas dari Johor datang ambil rombongan dari melaka

kami bergerak dari rumah mak jam 6.30 pagi
ayahnas yang azankan dan bacakan doa

semoga mak dapat menjalani ibadah di sana
semoga mak selamat pergi dan pulang
kali ni puasa memang sedih ialah selalu hari pertama dah berbuka dengan mak
atuk mail pulak tak nak ikut kami balik
so kamilah kena balik kg dua hari sekali

kami sekeluarga bersama kak ina jiran sebelah


Sunday, July 22, 2012

Ramadhan 1: Murtabak

Berbuka di rumah ibu mertua


kami gi pengkalan balak 
untuk beli murtabak yang sangat sedap

sekeping rm 3.50



Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa
selamat berbuka
selamat berterawih

semoga amalan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya

alhamdulilah diberi nafas untuk mengecapi ramadhan kali ini

s

Saturday, July 14, 2012

Sukan Sekolah

memang dah jadual sebegitu
dalam seminggu dua sebelum puasa ni
kebanyakkan sekolah buat sukan tahunan


sekolah ibuayu tidak terkecuali
alhamdulilah berjalan lancar
ibuayu sebagai jkuasa perbarisan


kena pastikan semua murid bersiap sedia sebelum jemputan tiba
tapi nak jadi cerita seorang murid pengakap tak dapat datang
murid pwngakap ni salah seorang daripada empat orang yang memegang bendera kejohanan
dia pun takde bagitahu kenapa dia tak dapat datang masa hari sukan
memang geram sangat2
takkanlah tiga orang berpakaian lengkap lagi seorang pakai baju sukan..
pada masa tu masa dah suntuk sangat
otak ni terus terfikir kat bilik gpk mesti ada baju pengakap
pantas mencari dan mengarahkan murid lain memakai baju pengakap








 


rasanya hari isnin ni harus ada budak kena tahan telinga
ibuayu nak tanya kenapa tak datang
kalau dah tahu tak dapat datang jangan menyusahkan orang lain
memang angin betul masa tu


kebetulan cuaca panas
nasib baik murid2 ok masa berbaris
ada juga 2- 3 orang yang tumbang
apa pun semua gembira
 majlis berjalan lancar
sambutan ibu bapa amat menggalakkan

selesai satu aktiviti besar..
apa lagi selepas ini.
hehehe

Wednesday, July 11, 2012

Pertama kali menonton wayang

Sebelum ni memang nak cuba bawa faiz ni gi wayang

tapi risau gak dia buat hal..takut ke apa ke..

petang tadi lepas hntr asgmnt kat pensyarah

terus kata kat ayahnas yg rusiah kata cerita tu sedap

so ayahnas pun ok je..sebab kami memang plan ke mahkota


sampai dah pkl 5 .15  wayang start pkl 5

tapi takpelah...masuk je

bagi ayu cerita ninmemang best
mengalir jugak air mata ini

bab faiz pulak

bolehlah bg markah 7/10

dia bukan takut gelap 

takut raksasa je....

hehehe..lain kali boleh ikut lagi...



Tuesday, July 10, 2012

Senamrobik 1M 1S 1 M SKDTK

Rasanya hari ni semua sekolah meriah dengan senamrobik
jangan kata anak murid
cikgu cikgi pun teruja juga

Ibuayu bertugas sebagai jurukamera
maka dapatlah mengelat sikit dari bersenam

tapi benda seronok mana boleh tahan
terkinja2 jugak di padang hehehe

semua orang sporting 
Guru besar jangan cakaplah
berpakaian lengkap






GPK 1 siap jadi pemudahcara lagi
memang happeninglah
ialah kena bersenam pun lebih 30 minit
tapi ibuayu baru 5 minit terasa jugak sengal2 kaki ni
hehehe
jiwa muda tenaga dah tua......



rasanya lepas ni nak joint senamrobik kat luar lah
stamina dah menurun ni...
berat pun semakin bertambah huhuhu

lepas bersenam
posinglagi walaupun muka berpeluh-peluh

Monday, July 9, 2012

Sepetang di Pearl Hijab dan model Pearl haya

Sebenarnya ibuayu tak tahu nama model ni
tapi memang suka sangat tengok air muka dia dalam gambar
ialah tudung lawa model pun lawa

model lain tak kenal sangat
memang idaman hati nak jumpa dengan elsa ni
beli tudung no 2
hehehe
 

 cantikkan






 model2 ni peraga tudung and baju sekali
tudung cantik baju cantik duit pun cantik


bersama dengan ana owner Pearl Hijab
semoga perniagaan ana and suaminya sucess
diaorang peramah and mesra alam
suami dia pun jenis ok...
ialah tuan rumah jadi MC lagi..kklass gitu
 




kalau mengandung anak perempuan harapnya terkenan muka elsa ni

masa nak google cari nama dia rupanya dapat tahu cerita dia dah kahwin
dalam majalah tengok macam biasa 
masa jumpa tengok comel je...

dan yang penting peramah
siap suruh ibuayu try pakai tudung macam dia
mana boleh pakai syria mestilah nampak bam..bam..



 tengok tudung dia pakai pun memang lawa


 bergambar dengan empunya empayar pearl haya 
"
"




mereka bertiga lagi seorang tak dapat hadir

sesiapa nak ke butik ni sangat-sangatlah dialu-alukan..
jalan senang 
nak parking kereta pun senang...
tempat and designnya pun cantik and selesa

Ana Raffali dan Pearl haya

al kisahnya
7 /7/2012 ada opening butik Pearl Hijab
kedai ni jual semuanya koleksi Pearl Haya
dekat dengan jusco bandaraya
taman 1 Lagenda
ibuayu dapat kad undangan sebab adamember yg tak dapat pergi
kiranya tumpang rezeki org

alhamdulilah ada rezeki dapat cabutan bertuah

tudung pearl haya tau....
dan artis yg diundang tentulah
duta pearl haya ana raffali
walaupun bukan peminat fanatik dia ibuayu memang suka ni dia



bila dah jumpa cute je orgnya

ni snap gambar suami dia aka pengurus dia kan

dia  jenis mesra alam tu yang bergedik ambil gmbr

 



Ibuayu bersama Ana Raffali

tak sempat nak cerita
Kajian Tindakan kena perlu diperbaiki
Cerita selanjutnya selepas ibuayu free
hehehehe


Sunday, July 1, 2012

ANA IKAN BAKAR PETAI BANGI


Kiranya tertebus jugak dendam tak dapat makan ikan bakar kat ana petai tanjung lumpur


So kebetulan ayahnas hantar budak bola ke MSN minggu lepas
balik dari situ  kami terus singgah ke ana petai Bangi
kedai dia senang je
keluar tol bangi lepas tu belok kiri kemudian nampak kedai makan dia sebelah bomba....

besar dan luas kedai dia
nampak bersih je
walaupun orang ramai tak rasa serabut



kedai ni baru dibuka tahun lepas








 yang penting kalau nak order
kena sebut
ikan bakar petai
berlonggok petai kat tengah ikan tu




lepas ni kurang sikitlah nak buat kerja gila ke kuantan
semata2 nak makan sata and ana petai
hehehehe
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015