Friday, June 29, 2012

Murtabak Malim

Kedai makan ni kat area Malim

siang hingga ke malam

 dia jual ikan bakar

jadi memang nama kedai ni

ikan bakar Malim

tapi bil pkl 5 lebih baru ada jual murtabak

murtabaknya macam murtabak singapore

penuh dengan rencah
jenisnya pun bermacam 2
ada murtabak malim
ada murtabak special and murtabak family


yang kami makan ni 
murbak special harganya rm 11

makan tiga orang pun tak abis




Wednesday, June 27, 2012

Asam Pedas Power Melaka

memang power 
memang best
entah dah berapa kali makan kat sini

sesiapa yang tak tahu 
kedai dia berhadapan dengan perigi hang Li Po
buka jam 8 malam ya

terasa ikannya yang segar
kami pilih siakap sikit pari sikit



mula ambil sekor besar sotong
lepas tu tengah makan rasa tak cukup tambah lagi
padahal makan berdua je dengan ayahnas
anak2 kat Kg

Saturday, June 23, 2012

Tsunami Pearl Haya

memang pun plan nak kurangkan sikit
kalau boleh nak jarang2

tapi lagi kata tak nak

lagilah gila membelinya

kat sekolah la ni pun dah dilanda tsunammi pearl haya

heheehe
tapi sekarang ni pun
dah banyak tudung ala pearl haya kan


Wednesday, June 20, 2012

Mula berniaga

Kami sekeluarga tapi lebih pada ibu dah ayahnya

sedang sibuk berniaga
terasa penat bila tak capai target
berniaga kecil-kecilan je
berniaga di alam maya

hehehee
syok betul permainan ni


Sunday, June 17, 2012

Steamboat

Setelah berapa lama mengidam
akhirnya berjaya jugak 
kami sekeluarga makan steamboat

masalahnya bukan apa 
yang pertama kat melaka ni susah nak makan steamboat
yang kedua
ibuayu and fauzan je suka ayahnas kurang sikit

steamboat kat senawang ni memang kami tahu
nak pergi pun bukan dekat boleh tahan jugak

tapi hari sabtu tu ayahnas setuju lak makan steamboat
maka kembanglah hidung si fauzan
hajat dia tertunai
ibuayu pun kembang hidung gak
kalau kami ke senawang ada peluang 
ibuayu nak rembat sehelai tudung pearl haya...hehehe


nasib baik sampai senawang 
kedai pearl haya masih buka
dapatlah rembat sehelai tudung yg biasa chiffon takde saiz huhuhu

lepas tu terus ke kedai Adam steamboat
biasalah kali pertama mesti jakun sikit
tapi kita jangan tunjuk tak pandaikan
sebelum pergi dah google siap2 info kat sini..hehehe

so kami makan steamboat and grill
duduk kat meja luar
tak tahulah harga dah naik ke apa
masa google ibuayu tengok rm 24
kami lak kena rm 25 untuk dewasa and rm 15 untuk kanak2
so kami kenalah rm 80 sebab fauzan dia kira kanak2...budak tu kata dia kira ikut ketinggian....

lepas tu pelayan tanya nak sup ayam ke tomyam
dah tentu ada dak kenit ni kenalah order sup ayam

sup dia tersangatlah jernih macam air masak je
tapi bila hirup terasa kesedapannya
serai dia pun begitu terasa





ini tukang bakar kami
ayahnas bakar kami ngap je


masa ni meja tengah elok lagi
ialah belum start makan



faiz lak sampai dua mangkuk makan aiskrim



tengah hentak2 perut kami pun berposinglah
tiba2 budak kenit ni menangis


bukan main kembang hidung dia
nak tahu kenapa dia menangis

"
"
"
"
inilah sebabnya




dia memang pantang kalau ibuayu ambil gambar dengan ayahnas tanpa dia
kalau dengan along dia tak kisah
tak bolehlah nak bagi feel manja2 gitu
cara nak bagi senyap senang je




ambil gambar dengan dia pulak
sukalah tu
tapi bukan nak pandang kamera....
kiranya puas hati jugalah makan kat sini walaupun pilihannya tak berapa banyak
yang penting ayahnas pun suka lega rasanya...

Saturday, June 16, 2012

fRIDGE mAGNET bANDUNG


BERTAMBAH KOLEKSI
takde ole-ole yang menyeronokkan kecuali 

FM ni

masa ibuayu gi Bandung dulu tak gi sini
jadi bial tambah koleksi sangat suka hati












Friday, June 15, 2012

Bandung : Rumah Mode

Ibuayu tak pergi pun
long yang pergi
so ibuayu dah bagi duit untuk kirim baju faiz je
masa ibuayu gi sini dulu
memang gila pilih baju anak2




long kata masa tak banyak
so dia suruh anak dia yang sulung pilihkan
tapi pilihannya memang puas hati sangat2

maka buat masa ni cukuplah kot baju raya faiz

entah baju raya entah tidak
banyak stok baju yang beli kononya untuk raya
dah dipakai faiz pun.....








Wednesday, June 13, 2012

Yong Tau Fu vs Asam Pedas

tekak rasa payau
bila cakap tak selera 
tentu ingat ibuayu dah mengandung kan
tapi buat masa ni belum ada rezeki


semalam ajak ayahnas gi makan Yong Tau fu pantai puteri
lepas maghrib terus pergi

takde orang pun
lapang je rasa

ibuayu makan Yong TauFu 

 
ayahnas and fauzan makan asam pedas..

kami pilih ikan pari
 
asam pedas dia pun memang kaw

 


Tuesday, June 12, 2012

Faiz dan Rimau

Selalu faiz cakap
aiz suka rimau ia kawan baik faiz


masa gi Nilai hari tu dia ada nampak rimau
yang besar punya 
siap mintak belikan
idakle ibuayu nak belikan rimau tu


bila nampak kat Fb member tu jual rimau ni terus book
dia pun bukan main suka lagi
asyik pelok je rimau tu

Kupang segar

memang terbaiklah

acik yg jual tu tak tipu pun

bila dia kata ni kupang segar

ibuayu beli sekilo

rebus dengan serai je

sedap gatah macam tu je

kalau kesihatan dah ok sikit nanti
nak beli lagi nak masa berlada

ni kepala and badan masih ting tong lagi

dah seminggu macam ni 
bilalah nak baik ni...



Sunday, June 10, 2012

pagi ahad

10 jun
************


lepas kemas rumah barulah nak mand
i

faiz mulut dah bising nak jalan2

 tengah ibuayu bersiap2 tiba2 kat hall depan semua dah senyap


faiz tengok kartun 
along dengan laptop

ayahnas lak dah tido

huhuhuhu
cairlah make up ni

bilanya nak jalan2 ni

tak sampai hati lak nak kejut ayahnas 

dia sampai rumah pun nak pkl 2 pg tadi

dr stadium cheras terus balik rumah....

apa2 pun tunggu jelah

perut dah bernyanyi ni


Saturday, June 9, 2012

Kuantan : bab makan



Masa gi berjalan tu tak teringat langsung 2 Jun tu public holiday
memang frust tak dapat makan kedai ana petai
kalau ayahnas yang baik hati baca cerita ni
tentu boleh kami gi makan ana petai kat  bangi lak ya


petang sampai dari trengganu tu kami dah terjah kat peramu
dapatlah beli makanan kegemaran
gambar bawah ni sotong takde
and ada yang dah kena makan
udang dia memang sedaplah

bab sarapan pun
 kami frust sikit
tak dapat kedai makan yang pelbagai jenis juadah
datang pun dah pkl 10 kan
makanlah apa yang ada

tapi jalan kali ni tak puas makan lah
shopping memang puaslah

Friday, June 8, 2012

Kuantan: Hotel Greeanleaf

Kali kedua duduk hotel ni
kat lobby dia deco bertambah cantik
tak sampai setahun datang sini

ambil family room ..
kena rm 142 ialah peak hour
tapi masih berbaloi
kemas dan selesa
 wireless pun dah ada ka tbilik
sebelum ni kat lobby je

 

 muka penat
ialah dari trengganu terus ke sini
perjalanan brp jam dah tu




duk tingkat 5
cantik sini permandangannya

Thursday, June 7, 2012

Tonsil bengkak lagi

bila langgar pantang 
inilah akibatnya

dah cuaca panas je

mana tahan tak minum air beraiskan


makan belum genap sebulan baik tonsil ni

dia dah mula  bengkak balik

lepas ni kena pantang

doktor pesan
tak boleh
minum ais
makanan berminyak
buah2 sejuk

yang bawah ni kena makan ikut aturan


Wednesday, June 6, 2012

Kuala Terengganu: Pasar Kepayang n Waterfront

1 Jun 2012
**************

sambung balik cerita cuti2 msia

Kami sampai di Kuala Trengganu dalam pkl 9.30 pagi

round2  keliling bandar dulu
tiba2 ternampak waterfront ni 
rasanya dulu pergi belum ada
pusing dalam kereta je


dalam gmbr ni area lain sikit



masa jalan tu terperasan kawasan ni dekat dengan pasar kepayang
bukan gambar atas gambar yang bawah ni

 

park kereta dekat sini and jalan kaki ke pasar je


mata tutup sebab kena matahari




ni dah lepas shopping

tak beli apa sangat pun



yang penting ni mesti beli



lepas tu ayahnas gi kedai suka area bus stand
harga kat situ pun murah
jersi yang sama kat pasar kepayang kat situ lagi murah
ibuayu dan faiz tak turun pun
tunggu kat kereta je
lepas tu kami makan tengahari
kat kedai yang kami perking kereta

tak sampai pkl 1.00 kami dah bertolak balik ke Kuantan

terima kasih abg 
walaupun penat tapi sampai ke sana abang bawa kami

yang tak puas cuma tak dapat makan celup2  tepung



Ulang Tahun Perkahwinan ke 15

6 -6 -2012
*********

Alhamdulilah
Meningkat setahun lagi ulang tahun perkahwinan kami
Dengan kebahagiaan dengan kegembiraan dengan kesihatan 
dikurniakan cahaya mata ,diberikan kelapangan  sangat2 bersyukur
dengan apa  yang telah Allah bagi terhadap kami sekeluarga  .



Bergaduh , merajuk, menangis gembira semuanya ada dalam menyulam
rumahtangga dan cinta
Moga segala yang ada ini milik kami selama-lamanya
Semoga anugerah ini hingga akhir hayat kami
AMIN








Tuesday, June 5, 2012

Nama ayahnas keluar kat paper hari ini

lepas lawan dengan terengganu kat MSN KL ptg semalam ayahnas dah beritahu
ada wartawan interview dia
tapi takdelah ambil gmbr dia pun
ayahnas pun takde beritahu suratkhabar mana

dah pagi tu br ayahnas sms 
interview tu keluar kat paper NST dan STAR
tapi masa interview tu cakap BM tau..hehehe


rupanya perlawanan team ayahnas tu game tumpuan
Terengganu Bawah 18 Juara Tahun lepas
kiranya dahsyat jugaklah Team melaka tahun ni
budak Bukit Jalil dalam team Melaka seorang je
terengganu rasanya guna 7 atau 8 org budak Bukit Jalil
Apa2 pun Good luck untuk ayahnas and team Melaka





Monday, June 4, 2012

LEGOLAND MALAYSIA AKAN DIBUKA

Sebelum ni pernah jugak dengar cerita
pasal legoland ni

ingat biasa-biasa je
sekali tu tempat MEWAH juga ya
ialah kami orang sederhana
tengok harga tiket melopong jap rasanya

dibuka pada 
15 September 2012

 

terus suruh fauzan kumpul duit
kita tak payah gi USS Singaporelah
kita gi kat LEGOLAND MALAYSIA je


nak tahu lebih lanjut 
klik sini

Sunday, June 3, 2012

Jadi mem besar sekejap




3 Jun 2012

*************
Entri bercuti tangguh sekejap 
ni nak post lepak di NILAI
rumah kak Long





disebabkan Long sekeluarga pergi bercuti ke Indonesia
maka hanya bibiknya saja yang tinggal di rumah
jadi long mintalah bantuan adik tersayangnya ini untuk jadi mem besar sekejap

bukan nak buat apa tolong tengokkan bibik..kah kah kah
nasib baik nek kiah yang balik dari Kuala Lipis (gi wedding sepupu)
singgah di sini ...
kalau tak takut juga duk rumah besar2 ni....

Bila dah duk rumah orang 
maka barang kat dapur orang pun tak tahu kat mana
kejap2...Bik...cawan mana
Bik sos mana

Seronok ya..panggil je terus datang

Kalau panggil anak sendiri kejap buuu
"
lepak malam2  kat taman rumah long ni macam duk kat ICT lak


Sarapan NAsi Dagang

Perjalanan malam tu terasa tenang je
kereta pun tak berapa banyak
ibuayu memang jadi co pilot betullah
layan ayahnas nak makan keropok ke gula2 ke 
anak2 memang dah tido kat belakang

tapi sebelum sampai bandar muazam shah tu ibuayu tewas sikit
mintak izin ayahnas nak tido jap
ialah sian suami kita
dahlah penat isteri dia yang sibuk berjalan sibuk tidur pulak hehe

tapi sampai kuatan mata ni dah segar 
terus layan bercakap dengan ayahnas


kami berhenti solat suboh di kerteh
kemudian berhenti sarapan di Dungun

kalau datang negeri orang kena makan menu mereka kan

lepas order makanan
diaorang letak bekas tupperware ni
dalam dia ada gula
ibuayu pun tak pasti apa tujuannya



inilah nasi dagangnya
memang sedap
kuahnya pun pekat 















ingat nak order nasi kerabu takde pulak
kalau nasi beriyani memang ada
org ganu memang makan nasi beriyani pagi2 agaknya kan

Saturday, June 2, 2012

Bergerak jam 1.00 pagi


1 Jun 2012
**********

alhamdulilah
dari plan asalnya tak bercuti
kemudian akhirnya ayahnas bersetuju utk bercuti ke Kuantan

hotel pun ayahnas dah booking di Kuantan

lepas tu ayahnas pun dah 2 malam tak balik rumah
tidur di tempat latihan pusat

jadi memang ibuayu agak ayahnas nak bertolak jam 5pagi atau lepas suboh tu ke kuantan

TAPI

bila balik malam tu jam 9 malam tu ayahnas boleh kata

kita gerak malam ni 
kita gi trengganu dulu
bagi abang tidur jap..
pkl 12.00  malam kita gerak
 3jam cukup ke tidur tu
 "
"
memang terkejut sekejap
tapi ibuayu memang tak bantah apa
cuma kesian ayahnas mesti penat and tak cukup tidur



jam 1.00 pagi faiz masih tak tidur
jadi senanglah nak siapkan dia
seronok nak gi jalan




Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015