CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

klik..klik

Followers

Friday, September 30, 2011

Majlis Hari Lahir Faiz ke 3; Kisah Kek

Alhamdulilah

hajat ibuayu tercapai

memang dah lama teringin nak buat majlis hari jadi  untuk si faiz ni

sebelum ni hari lahir dia  jatuh bulan puasa

baru kali ni jatuh hari raya

bab 1 : kisah kek dulu

dah lama teringun nak buat kek yang ada gambar faiz
(byk sangat teringin ye)

kebetulan member tu buat kek so tempah dengan dia jelah

ada kisah sebalik kek ni

ibuayu cakap dengan kawan tu seminggu sebelum majlis
jadi member tu suruh le email gambar faiz tu secepat mungkin

hari tu juga ibuayu email kat dia
nak jadi cerita email ibuayu tu tak diterima

lagi 3 hari majlis member tu tanya jadi ke nak tempah ke..
huhuhu
mulalah cemas....
nasib baik member tu dapat deal dengan kedai print gambar...

maka terhasillah kek yang cantik ini
siap tempah cup cake lagi...
ada gambar jugak


sangat-sangat puas hati
berabis pun tak pe janji sedap dan cantik...
kalau berminat pergilah tempah kat
facebook  PeahSweet Faizah

Thursday, September 29, 2011

Kemaruk Sesuatu

Semenjak bulan puasa hari tu

ibuayu ni dah kemaruk sesuatu

tak tahu kenapa ....

tapi nasib baik ayahnas melayan

kiranya masa raya dapatlah rentap 2

masa gi KL hari tu pun masih kemaruk jugak

tapi tak sempat nak rentap apa-apa

huhuhuhuhu
"
"
semalam dapat tahu ada kedai untuk beli benda kemaruk tu

bukan dekat kena masuk higway lagi...

lepas kursus petang tu terus cakap ayahnas nak gi kedai tu

ayahnas tak kisah follow je

bila call kedai tu lak dia kata tutup pkl 9

alamak taakut tak sempat

ayahnas lak dah gi padang bola...

terus siapkan faiz nak gi padang bola beritahu ayahnas..

siap cakap sempat tak nak gi kedai tu..

ayahnas kata sempat.......

keh3...

lepas maghrib terus pecut....

sampai dah 8 lebih..

kedai nak tutup

yang berkenan pulak dah abis stok

huhuhuhu

dapat rembat satu je lagi....

sales girl tu kata esok stok datang

huhuhuhu

takkan ayahnas nak layan lagi bukan dekat jAuh tu wooh

balik rumah tu bebel jelah jugak 

sebab tak puas hati..

ayahnas sampai kata 

bawak bertenang teruk no ibuayu ni kalau dah kemaruk....



apa benda yang KEMARUK tu..


post lain ye....


biarlah rahsia...













Monday, September 26, 2011

Kek birthday faiz

Post gambar ni dulu
ceritanya kemudian



Wednesday, September 21, 2011

kesibukan melanda...

dah hujung2 sekolah ni
rasanya setiap sekolah makin sibuk


dah kesibukan tu menyebabkan tak sempat menulis entry
tapi ada masa masih rajin menjengok jiran tetangga...

hari ni ada  majlis hari raya peringkat sekolah

 

alhamdulilah selesai dengan jayanya

esok petang kena gi majlis Anugerah Q Bestari
tak tahulah menang ke tak..

hari Jumaat  petang ada projek besar

hari Sabtu dah ada plan besar...

aduhai bilalah nak ngadap asigment

Tuesday, September 13, 2011

Garang ke Cikgu Ayu ni

Rasanya dalam tahun ni dah beberapa org ex student ibuayu yang ibuayu dah jumpa

diorang ni ada yang dah kerja ada sek menengah ada yang nak masuk U


Ada yang ibuayu ingat ,ada yang dah lupa ialah wajah mereka tentunya berbeza..

Tapi kalau jumpa tu mesti perkataan "GARANG" akan keluar

bukan sorang dua tapi ramai

ayat yang keluar


ingat cikgu ye..

ingat cikgu dulu garang


ayat 2

cikgu dulu pernah marah saya,saya sampai nangis, cikgu garang

keh3..yang ni pelajar lelaki..sampai nangis cikgu ayu buat

tapi sebab garang lah dia dah masuk U sekarang

ayat 3

budak datang raya,,bagi salam (ex student)

bila ibuayu jawab salam dikatanya
alamak garang lagi lah cikgu ayu ni

aduhai anak-anak muridku....


Rasanya garang cikgu ayu ni dulu2 je kot
ialah waktu mengajar mesti garang

kalau tak takkan ada ex student yang still contact cikgu ayu ni
menunjukkan cikgu ayu pun ada sifat lembutnya...keh3

sekarang ni suhu kemarahan dan kegarangan dah berkurangan

ialah kita dah matang
awal2 mengajar jiwa muda
kurang gunakan psikologi
sekarang ni bila dah ada anak 
emosi tu boleh dikontrol

TAPI
suara cikgu ayu ni masih kuat
sekali menjerit macam petir jugaklah




tengok gambar ni pun tahu cikgu ayu tak garang
lainlah orang sebelah tu
dia tu cikgu disiplin mestilah garang

tapi pagi tadi dlm kereta hari paper  Bm 
ibuayu tanya fauzan

kenapa kalau ibu ajar BM jan susah nak score markah
tapi kalau ayah ajar tinggi markah Jan boleh score

tahu apa jawapannya

dia kata

ibu ni GARANG ..tu yang Jan tak boleh jawab tu....

kah..kah..kah....

tapi memang pun
beberapa hari dia ulangkaji dengan ayah dia 
ibuayu perhatikan ayah dia ajar lembut je..


kalau dengan ibuayu salah sikit harus dah kena marah..

Monday, September 12, 2011

Semoga Fauzan Berjaya dlm UPSR

Esok 13 Sept 2011 hingga 15 Sept 2011

Anakanda ku Muhammad Fauzan Haikal
akan menduduki peperiksaan UPSR

anak yang nak periksa ibunya pun sama cemas sama

Mendoakan agar Fauzan dapat menjawab dengan tenang
Semoga dipermudahkan untuknya menjawab soalan
Semoga berjaya anakandaku tersayang


Sunday, September 11, 2011

Tenttaif raya ke3 ,4 dan seterusnya

raya ke 3 masih berada dirumah MIL
pagi tu abiskan beraya rumah sedara sekitar
tengahari tu balik rumah sendiri sekejap






sebabnya ayahnas nak gi betulkan kereta
ptg tu terus balik rumah nek kiah
malam tu ada BBQ rumah Busu
kambing panggang lagi
fauzan balun sampai dua pinggan

raya ke 4
pagi tu sarapan di MCD
kakak sepupu belanja semua sedara
havoc sekejap MCD di Dataran Pahlawan


tengahari tu bersilat coz ada anak kawan mak 20 tahun yang lalu nak mai rumah
menu laksa johor and bee hoon goreng
alhamdulilah cukup

ialah yang datang 4 buah kereta risau jugak tak cukup


malam tu keluarga hj dalip buat pertandingan bowling
and keluarga nek kiah menang
penyumbang markah long ,abg sham and ayahnas
ibuayu byk longkang dari jatuhkan pin


Sabtu
ibuayu and ayahnas balik semula ke MT
bukan apa nak kemas rumah
Ptg balik semula ke Krubong sebab malam tu BBQ rumah bibik
sibuk makan je


Ahad 
tengahari pergi ke rumah kak enon ada majlis pertunangan along


selesai sepanjang cuti seminggu...
walaupun kereta rosak
insiden2 yang lain
tapi rasanya raya kali ni panggil seronok
alhamdulilah
moga tahun depan masih berpeluang berjumpa dengan ramadhan dan syawal

Friday, September 9, 2011

09-09-2011: Birthday Faiz

Selamat hari lahir
Muhammad Faiz Haikal Bin Mohd Nasri
yang ke 
3

Semoga diberi kesihatan
Dipanjangkan umur
Menjadi anak yang soleh

Thursday, September 8, 2011

Tentatif Raya kedua

hari kedua memang hr seppupu sepapat berkonvoi..
lebih dari 20 buah kereta

pkl 12.00 bertolak ke rumah mak besar
hidangan mee goreng
keluarga nek kiah antara yang awal tiba..

lepas tu terus ke rumah kak lijah..
lepas dari sini ibuayu terus cabut balik kekuala rumah MIL
diaorang pulak nak serbu rumah nek kiah
sorrylah ye tahun ni tak buat apa
air paip kat rumah pun takde..
tak tahulah nek kiah nak ubuh apa..keh3
selamat ibuayu...


petang tu beraya sebelah ayahnas lak
malam tak larat kemana2...
sambung raya esok pulak

Tentatif Raya Pertama

Pagi siapkan ayahnas and fauzan untuk solat raya
lepas tu ibuayu berperang kat dapur masak ayam bijan..(first time nak cuba)


dah settel baru siapkan faiz dan diri sendiri
lepas semua dah balik sembahyang baru kami makan...

lepas tu macam kelaziman sesi bermaaf-maafan
beratur mengikut pangkat ye..
biasalah pasti ada air  mata yang meleleh...
lepas tu baru sesi bergambar
kat dalam rumah



kat luar rumah
tu yang lambat bergerak raya...


Lepas tu gi beraya di rumah mak2 saudara
petang jam 4 sampai semula rumah nek kiah..
pkl 6 lebih gerak ke rumah MIL....
ialah bila dekat2 ni kena beraya gak dua2 rumah...

malam bertolak balik rumah nek kiah
walaupun kepenatan tapi seronok masih terasa

Sunday, September 4, 2011

Kita hanya merancang...

Cerita sedih menjelang raya

Kereta ini yang sepatutnya diigunakan untuk beraya
siap polish kat kedai lagi
berabis rm 200++ untuk polish dia...
bagi kilat cat tu...
kalah harga tudung raya ibuayu


tapi sehari sebelum raya kerosakan kembali berlaku

(kenapa kembali..sebabnya sebelum kereta ni baru diperbaiki kerosakannya)
hantar kembali ke bengkel 
tapi kereta ni tak boleh dibaiki wpun ada gerenti lagi
kilang spare part tu dah cuti raya..huhuhu

jadi inilah penawarnya


tapi sebelum itu ia juga kena dibaiki
makan rm 400 huhuhu.....
duit macam air..
dengan nak raya
dengan kereta...

Kisah 2

Pagi raya cari samping ayahnas tak ada
sah ayahnas tertinggal kat rumah kami
padahal ibuayu dah sangkut dekat depan pintu..
baju lain yang digosok diambil samping lak boleh tertinggal

nasib baik samping lama ada kat rumah nek kiah...
tak kisahlah tak matching sangat

KISAH 3

selipar ayahnas baru pakai kulit dah terkopek...
beli dalam harga rm 60 ++ huhu

Kisah 4

baju jalan ayahnas renyok seribu
beli jenama BXXXA 
harga RM 140++
gosok2 kedut je...
tension betul...
ayahnas lagilah tension

banyak masalahnya barang ayahnas
tapi ibuayu pun frust
sebab dibelakang suami mestilah seorang isteri..
masa pilih baju and selipar tu mestilah persetujuan bersama
takpelah Allah nak duga kami..

Tapi raya tetap raya
jadual raya hari2 penuh
tunggu episod akan dtg

Saturday, September 3, 2011

Saat indah berhari Raya

Berhari raya dirumah Nek kiah
Alhamdulilah semuanya ada berkumpul bersama

masih dalam mood raya