CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

klik..klik

Followers

Monday, May 30, 2011

Hasil idea ibu dan anak

hasil gabungan idea ibu dan anak(tentulah fauzan)
dah lama teringin tapi terbantut
sebab
* tak tahu
* tak de masa

ada free terus godeh cari tutorial sana sini
akhirnya siaplah header ni
oklah 
walau tak sekreatif mana
ada masa buat lagi

ok tak header ni
"
"

Dugaan

Sebelum ayahnas gi Penang siap ibuayu dah pesan..
Kereta tu tengok2 kan sebab nanti nak ke Johor
Ayahnas pun kata semua ok..
minyak hitam baru tukar..

ialah ibuayu ni bab kereta pandai satu je Memandu...
bab enjin fail
sebelum ni isi minyak pun tak tahu..
sekarang dah terror...

Ayahnas bertolak pagi tadi pkl 7 lebih..
gi berkumpul di BTP
ayahnas gi Penang untuk MSSM bola sepak
sampai 6 hb lak tu huhuhu
kata orang alah bisa tegal biasa
dah tiap2 tahun..dah redha dah


Dari ayahnas bertolak pagi tu 
ibuayu langsung tak kemana2

ingat nak keluar beli makanan pun malas
so masak je lah apa yang ada
petang tu dalam 6.30 ajak fauzan gi pekan
kalau ikut hati malas tapi sebab pampers faiz dah abis
kenalah keluar rumah jugak.....

Dan tiba2
sangatlah terperanjat apabila enjin kereta tak boleh hidup
cuba gak beberapa kali
aduh mula rasa berpeluh2

terus call ayahnas..
aduh tensen lagi
ayahnas tak jawab pun

memang sebelum ni ayahnas dah kata bateri hp dia nak kong
otak ni terus fikir 

dengan siapa nak mintak tolong

kedai mana nak gi

ialah hari ahad lak tu
kalau tak sempat gi pampers faiz dah nak abis
berserabut jap kepala ni...

terus buat keputusan jalan kaki gi kedai depan

dalam perjalanan tu pulak teringat no kawan ayahnas ada kat hp ibuayu
terus dail and dapat cakap dgn ayahnas
dalam bercakap tu teringat kedai betul kereta depan rumah

terus gi situ dulu
panggil pomen tu datang rumah

dan apa yang dijangka memanglah betul

bateri kereta kong
dah agak sebab lampu dalam kereta tak tutup
tapi tak pastilah ye ke tak....

terbang duit ibuayu huhuhu

baru hari pertama ayahnas pergi kami sekeluarga diuji...
kiranya ayahnas belum sampai penang lagi masa tu

tepek gambar kami berdua
baru sehari dah terasa rindu
ada 8 hari lagi


Sunday, May 29, 2011

Photobook pertama

Photobook ni ibuayu buat untuk persaraan Pn Hjh Norliah

masa mantan GB lama dia memang mintak gambar dia dimasukkan ke dalam album

kiranya masa tu takde photobook ni
masa nak buat tu leceh juga

so bila dapat harga promosi dari KedaiGambarKami
terus ibuayu rentap
alhamdulilah sangat-sangat berpuas hati
harap ianya menjadi kenang untuk si penerima





ada booking untuk satu lagi..
belum send gambar kat cat..
tak sabar rasanya

Friday, May 27, 2011

J Card members

Dah  lama betul tak terlibat dengan J Card members ni

Akhirnya berjaya jugak terjah ke sini
Gi berdua dengan ayahnas je
anak2 duk rumah nek kiah...
ialah rasa tak sesuai kalau si Faiz tu turut sama

Antara yang berjaya dirembat
kira belian ni untuk raya sekali
itu pun kalau dapat bertahan

"
"


yang ni fauzan punya
"
"





ini faiz punya

"
"


ini ibuayu punya

"
"

yang ni ayahnas punya




"
"
"
"
"
"
"
"


"
"
"
"
"
"
"





keh3...
ayahnas rembat juga sehelai tshirt
tapi tak sempat nak snap ...

rasa berbaloi and puas hati sangat
lama betul tak bershopping
hilang stress....

Thursday, May 26, 2011

Kenangan Hari Guru 2011

Walaupun telah berlalu
ia harus dicatatkan sebagai kenangan di masa hadapan

Antara agendanya
Nyanyian lagu hari guru

Sukaneka

Persembahan

Persembahan ni ikut panitia
Ibuayu panitia BM
Buat sketsa aci2 buka pintu
memang sporting abis panitia bm ni
zura yang jadi aci
manakala jasmi jadi nana
yang lain jadi hantu jembalang
ibuayu jadi hantulah
tapi yaklah malu sangat
kenapa ye

sebabnya pakai topeng







sangat2 seronok
menang tempat pertama lagi
diharap kawan2 pun enjoykan



Monday, May 23, 2011

Memori di Kuantan

Saat-saat indah di Kuantan









untuk kali ni kami langsung tidak ke Teluk Cempedak
suntuk sangat masa...
Insyaalah ada masa ada rezeki akan ke Kuantan lagi..

Sunday, May 22, 2011

Apa yang istimewa di Kuantan

Ibuayu bukan anak jati kuantan
MB kuantan pun tak bagi komisen promosi negeri dia

Tapi tak tahulah kenapa,mengapa dan mengapa
kami suka sangat pergi sini



dulu kami rajin duk cherating
takde entri sebab masa tu tak de blog lagi
tapi la ni suka ke pahang

selain rasa aman , tenteram MAKANAN merupakan faktor utama
kalau tanya ayahnas dia suka gi kuantan sebab takde highway...
ada juga orang tak suka highwaykan
sebab tu bila ajak gi perak kuantan juga jadi pilihan dia

nak gi tempat makan pun dah plan masa kat melaka lagi nak gi makan mana

malam tu makan kat ANA PETAI

pilih ikan jenahak bakar sambal
sotong goreng tepung
lala rebus serai



gambar tak banyak sebabnya
sibuk nak makan.....


pagi tu sarapan kat hotel guna voucher
yang diberi...

sebelum balik singgah kat satu kedai yang baru tahu dari blogger lain

kedai PAK SU dan MAK SU
senang sangat nak cari
arah ke Tanjung Lumpur cari BAlai Polis PERAMU>>
kedai tu sebelah je dengan balai

sangat2 teruja tengok makanannya
macam-macam ada
siap bungkus lagi kuih muih

kami makan 
laksam
nasi dagang
udang celup tepung
sata
kuih.......





sangat2 berpuas hati
sebelum ni pernah lalu kedai ni
tapi tak sangkalah macam ni sekali rupanya

belum sampai rumah ada ayat dah keluar..
bila nak gi kuantan lagi ye ayahnas..
keh3

Hotel Seri Msia Kuantan

Lepas balik sekolah 16 Mei hari tu
terus bertolak ke kuantan
kiranya ni kali pertama bertolak sebelah petang
selalunya pagi buta kami bertolak

hotel pun tak booking
membuat anggapan siapa nak bercuti kalau cuti umum sehari jekan
alhamdulilah call seri msia masih ada kekosongan

ambik bilik family baru RM 160 kalau bilik biasa RM 140
kira ni kali pertama duk hotel ni walaupun dah gi kuantan banyak kali

sangat2 selesa dan memuaskan

aksi wajib bilik masuk bilik
bergambar


sarapan pagi di hotel
makan free




budak yang berjaya menghabiskan sekeping roti disapu kaya
sedap..katanya
macam tak pernah makan roti lak faiz ni





selitlah gambar ibuayu and ayahnas




lepas sarapan mandi


 

Saturday, May 21, 2011

Masalah selesai

Guna IE baru boleh sign in guna email satu lagi
baru boleh nak upload gambar..
cerita kemudian ye
letak gambar dulu

"
"

Thursday, May 19, 2011

Masalah lagi blog ni

kenapalah tak boleh guna email yang satu lagi ye...

sebab email tu yang boleh upload gambar

walaupun dah sign out dia tetap ke situ jugak

ada sesiapa yang boleh membantu

Tuesday, May 10, 2011

Persaraan Pn. Hjh Norliah

etelah berkhidmat hampir  36 tahun
tibalah waktubya insan ini mengundurkan diri dari bidang pendidikan
Sesungguhnya persaraan kak Norliah dipandang tinggi..

Insan yang pernah mengajar sekolah menengah
pernah mengajar Tahun 6 berbelas tahun
Memegang ketua panitia...
Insan yang bermotivasi tinggi
Insan yang menjaga budi bicara
Insan yang prihatin...

Sesungguhnya insan ini bertuah dikelilingi anak tersayang dan berjaya
Harapnya kak norliah melalui dunia persaraan ini dengan gembira

Kadang-kadang terbayang jugak bagaimana pengakhiran ibuayu dalam bidang pendidikan ini
Apa yang diharapkan..

semoga mendapat kesihatan yang baik

dapat mengajar dan mendidik anak2 murid hingga ke akhir perkhidmatan


Tak tahu kenapa sehingga kini apabila memandangkan gambar persaraan Di FB hati ini masih disagut sayu..

Sambal Bali akak tetap dalam ingatan....

backdrop yang sangat cantik
hasil seni kak kiah
ada pelamin
bunga telur
bagai pengantin
"


paluan kompang cd
bunga manggar
flower girl



insan yang diraikan





yang tengah wakil PPD

 anak-anak yang sudi hadir

 


 perarakan keluar

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari IBU

Selamat Hari Ibu buat 
Hjh Rokiyah Dalip dan MIL  HJh Kamariah Bt Hj Embi


Rasa bersyukur kerana di tahun ini masih berpeluang menyambut hari ibu 


Terima kasih mak 

Terima kasih mak

Terima kasih mak

Saturday, May 7, 2011

Laman Mesra Cafe

Nak ke Kuantan tak dapat
maka cuti 1 Mei hari tu kami ke sini je

Tujuannya cuma satu
nak makan kat kedai rasa hotel harga warung


Ni pun sebab baca kat blog Alona Cintamanisz
Rasanya kalau tak baca blog alona tak tahu pun kedai makan ni bukak untuk umum


Bukan apa sebelah kedai tu hotel
hidangannya pun ala hotel...
so mesti ingat harga pun macam hotel

cakap dengan ayahnas nasiblah ye mahal ke murah
kita cuba je.....



ni nasi ayahnas
"
"




ini ibuayu punya



ikan bakar 




ni snap dari  jauh
malu nak snap dekat hidangannya


fauzan punya tak sempat nak snap

air kalau nak ambil kat situ pun ada
nak order lain pun boleh

bil pun tak snap
tapi untuk nasi campur je baru rm 16..tambah air tak sampai rm 20
memang murah sesangat
sapa yang bercuti di PD bolehlah cuba kat sini.

Friday, May 6, 2011

Minggu yang sibuk

Mana tak sibuk..
24 jam sehari pun rasa macam 24 minit je
Sangat sibuk dengan ini...
"
"

cerita kemudian ye...

Tuesday, May 3, 2011

Rezeki anak beranak

baru semalamnya makan KFC
esok petang dapat rezeki orang bagi KFC
bukan sekotak tapi sampai 3 kotak
terima kasihlah pada yang sudi memberi susah-susah je...



Sunday, May 1, 2011

Tempat kerja ibuayu

Sempena Hari pekerja ni nak lah tunjuk tempat kerja ibuayu
Biasalah jadi guru perpustakaan maka tiap-tiap hari buku,buku, buku



ini buku baru yang sudah sedia untuk dipinjam


gambar terbalik lak
buku ini dah diproses cuma nak key in je..



yang ni buku baru belum lagi diproses


buat masa ni masih minta dengan kerja ni
belum lagi terfikir nak letak jawatan...
Walaupun jumlah masa mengajar berkurangan tapi rasanya masih terkejar2 nak siapkan kerja pss
harap2 lepas ni kementerian bagi pembantu untuk melunaskan kerja2 pekeranian di pss ini..