Saturday, February 26, 2011

Genting Highlands

Tahun lepas kami pergi outdoor
kali ini kami pergi indoor je pulak
Alhamdulilah tempat salji pun kami sempat pergi

Ambil tiket pakej untuk famiy 2 dewasa 2 kanak2.

Rasanya harga dalam rm 108 ..untk indoor sahaja
tempat salji lak RM 20 untuk dewasa RM 15 kanak2..
terasa mahal jugak tapi nak pergi oversea lagi mahalkan
masuklah juga...
tapi kat snow world ni tak dibenarkan ambil gambar
tapi ayahnas ambil juga...curi2 ambil

termasuk letak sekeping  je gambar
sebab masalah hari tu

yang ni gambar berbayar

Friday, February 25, 2011

Terima kasih ayu

Apahal pulakkan ucap terima kasih kat diri sendiri

Bukan kat ibuayu tapi kat Mummy Ayu

kerana hadiah kemenangan telah selamat ibuayu terima



terima kasih ye..suka sangat-sangat....

Thursday, February 24, 2011

Tolong vote no 11

==ni sticky mode==

Pertama kali join contest yang perlukan vote
So ibuayu harap pada yang sudi dan ada masa jemputlah vote untuk faiz
boleh klik SINI


FAIZ NO 11
caranya senang je
tinggalkan kat komen
and tulis

Cik Jue SAYA PILIH
pilihan pertama : no 11
pilihan kedua: no 16
pilihan ketiga : no 3

masa baca blog contest ni dah ada juga yang sudi vote faiz
terima kasih banyak2 ye...

Wednesday, February 23, 2011

Tolong.....Tolong


Macamana ni ..dah tak boleh upload gambar

rasanya sebelum ni ada baca kat blog lain tentang masalah ini

tapi masa tu tak ambil endah sebab tak kena

la ni bila dah kena tak ingat lak baca kat blog sapa

tolong ye sapa2 yang tahu selesaikan masalah ini

Terlebih dahulu ibuayu ucapkan terima kasih
.
rasa tak best kalau buat entri takde gambar lak.

Tuesday, February 22, 2011

Jawapan teka ke mana

Nampaknya masa dah tamat
ke mana ibuayu sekeluarga pergi ye....
sebenarnya ia satu rancangan luar jangkaan
yang request tempat ni tentulah FAuzan
dia kata kalau gi jalan2 tentu tambah pengetahuan
buat karangan nanti mesti lebih sedap
ialah tu....mudah-mudahan
sebenarnya ibuayu yang ajak ayahnas jalan
tapi tak tahu ke mana
dan masa yang ada pun cuma hari Ahad
lepas  tu kena pastikan kena ada semula di rumah sebelum pukul 4 pm
sebabnya ayahnas ada perjumpaan dengan Ketua Sektor jam 5 pm


Akhirnya ayahnas setuju untuk ke
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
scroll lagi
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
dan scroll lagi
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


gambar blur lak
ni gambar berbayar
lepas tu kami snap balik gambar tu

tahu kan tempat ni
Genting Highlands
dan pemenangnya ialah

"












tahniah umialya
harap dapat email nama penuh dan alamat
di email : fauli05@gmail.com

1st Give-Away By Deekuntum


Jom join
ibuayu memang suka FM
nak tahu syaratnya klik SINI



ibuayu nak TAG

nana
cutemum

Sunday, February 20, 2011

Jom teka

Jom teka
suka-suka je
tapi insyallah pemenang pertama yang meneka dengan betul ada hadiah

Hari ini kami bercuti ke satu tempat
cuba teka ke manakah kami hari ini

klu: kami bertolak dari rumah jam 6.45pagi dan tiba di rumah semula jam 3.15 pm hari yang sama

klu kedua: lokasi luar Melaka...

selamat mencuba
tak ada apa2 syarat .
tinggalkan jawapan kat komen je
tarikh tutup 10 malam 21 hb 2

selit gambar faiz yang lama
tapi pakai baju yang sama dengan hari ini



Saturday, February 19, 2011

Kepanasan

Dalam beberapa hari ni cuaca memang panas
lepas tu nak jadi hal
aircond rumah kami rosak
bayangkan selama ni
balik sekolah je on aircond
malam on lagi
rasa panas sikit pun on

tapi bila dah jadi macam ni
rasa panas je hati..panas je kepala

ayahnas dah hantar surat gerenti tu kat kedai yang kami beli
 hari Rabu hari tu

dia kata aircond tu gerenti 2 tahun
tapi motor tu 5 tahun

hari ni dah tahan suruh ayahnas gi balik kedai tu tanya kenapa tak hantar pomen
Kedai tu kata dia dah faks dah surat ke KL
 petang ni dia mintak tolong sapa tah suruh tengokkan dulu...

Dalam pukul 5 petang ni org KL tu call
ayahnas tanya nak datang pukul brp
boleh dia cakap hari Isnin nak datang
angin gak ayahnas..".dah seminggu tau report"

tahu apa org KL tu ckp
saya baru terima faks tu sejam yang lalu..

Hah jadi KEDAI tulah yang tipu kami...
siap org KL tu ckp jgn bgtau Kedai tu ye..

eheh..suka2 dia je..
kami ni pelanggan tau
Pelanggan semestinya benar.....
Ayahnas ni cepat cool sikit
yang hangin ibuayulah....

siap Kedai tu ada masa ibuayu serang dia...

tengok gambar dak kenit ni terasa nyaman bila dapat mandi kolam bila panas2 macam ni...

Count The Jelly Contest & Giveaway

Nak tahu syaratnya klik SINI
bukan susah kira je jelly dalam balang ni


jumlah tekaan : 18

Friday, February 18, 2011

Sambungan Balik dari seremban

Turun dari komuter terus balik ke Melaka
janji nak gi rumah nek kiah
sebabnya nak tukarkan duit ringgit ke YUEN
matawang china
Nek kiah gi China hari Khamis

Mula2 gi Jusco lama 
cari PENGURUP WANG
tapi sayangnya kedai tu tak buka
sebab renovation

terpaksalah juga gi area bandar melaka
tukar rm 100 dapat 214 yuen
terasa kayalah kejap dapat duit 2 kali ganda

lepas hantar duit kat rumah nek kiah terus balik MT
masih tak makan apa-apa pun 
alas  perut makan kuih je
cakap dengan ayahnas malam ni nak makan yg happening
ganti yang tak jadi tengah hari tadi.

So malam tu dapat makan yang diidamkan
tapi agaknya perut pun dah masuk angin
so selera tu pun terbantut sikit

ni yang kami order







along nak makan kerabu mangga tapi mangga lak abis
orderlah daging black pepper



yang ni faiz punya
dalam sibuk2 ibuayu ambil gambar lauk pauk 
dia pun sibuk suruh ambil gambar nasi dia
aiz punya..aiz punya
"
"


Thursday, February 17, 2011

Seremban Part 2: Komuter

Kami beli tiket sampai NILAI je
Dewasa RM 2.30
kanak-kanak RM 1.30
bawah 4 tahun Percuma

Nasib baik dapat tempat duduk
faiz biasalah
mula-mula sopan je
lepas tu macam mak  bapak dia yg punya KOMUTer tu..


ni masih sopan

ni dah mula buat perangai



sedih tengok komuter tinggalkan dia
"
 
tanda sampai NILAI
"
 
lepas tu gi beli tiket balik 
dan beli jajan
 

 minum aiskrim dan air pengubat penat...
 
 

tengok rak penumpang perempuan tu banyak kosong
yang lain penuh....
nasib baik ada tempat duduk..kalau tak jenuh jugak nak berdiri dengan si kenit ni


kalau gerabak wrn  pink untuk perempuan sahaja
tapi yang lain tak kisah perempuan boleh lelaki boleh

tapi kenapa ada perempuan yang naik sorang2 tak nak gi gerabak pink ye
tu yang gerabak lain ramai orang...
susah jugak macam tu
ibuayu ni sorang perempuan 3 lelaki masuk lah gerabak yang bukan pink

Seremban siri 1: "Happening"

Cerita Sehari tapi nak buat banyak siri
Siri pertama
Cuti Sempena Maulidur Rasul
Malam tu cakap dengan faiz esok nak naik keretapi tak
dia pun jawab tut..tut..
lepas tu jerit kuat2 tut..tut
saje suruh faiz cakap macam tu
supaya esok mesti ayahnas bawa kami semua
so esoknya dalam pukul 11 kami gerak
kami tak ambil sarapan pun 
sebabnya
ibuayu kata kita makan tengahari terus
dan nak makan kat tempat yang happening punya

"happening " ni maksudnya
nak kedai yang ada jual banyak lauk pauk
kalau boleh ada jual ikan bakar ke....
yang penting kedai tu mesti nampak menyelerakan
 kali ni memang taknak makan fast food ...

so ayahnas keluarlah tol senawang
sebab rasanya situ  banyak kedai makan yg "hapening"
nak jadi cerita kedai yg ayahnas nak bawa tutup
lepas tu jalan kat ampangan ada medan selera depan giant
susah nak masuk sebab ada pasar tani kot
sebenarnya ibuayu pun tak nak kat situ
macam tak" hapening "je

ayahnas jalan lagi sampai tuju bandar seremban 
tak jumpa pun kedai makan
ialah kami bukan org sini
rasanya kedai makan tu  banyak 
kami je yang tak jumpa

cari punya cari punya cari
ibuayu yg rasa tensen
perut ni dah berbunyi tahap gaban
terus cakap kalau tak de gi A&W lah..dah lapar ni

ayahnas terus gi area lain lak
and nampak kedai makan yang memang nampak" happening"
memang besar and bersih  



aduh sangat2 kecewa....ialah kedai yang happening tu takde sediakan makan tengahari
tak ada  lauk pauknya yang berderet2....
kalau goreng2 memang ada
ibuayu tak order pun yang order ayahnas
makan me rojak







fauzan makan nasi lemak

nak sangat cari gerai happening terus jadi pening...

Wednesday, February 16, 2011

Gembiranya bila menang FM

Alhamdulilah ada rezeki ibuayu nak menang contest
satu permulaan yang baik sempena maulidur rasul ni
tak sia-sia rajin join contest

selalu balik sekolah buka blog
tapi sebab petang ada koku so tak sempatlah nak on
balik koku je terus on and mendapat berita gembira
selalunya baca blog member2 terutama nana tentang kemenangan ke berapa untuk bulan ni..
ibuayu satu pun takde 
tq ye nana bgtau akak kemenangan ini


tapi kesabaran itu ada hikmahnya
menang contest mummyAyu

kalau nak tahu pemenang yang lain klik SINI

nak tulis jugak : kemenangan pertama 2011

Dating Petang Isnin

Bukan senang nak bersenang -senang dengan ayahnas pada waktu petang
hari Isni tu kami bertujuan ke Alor gajah
ayahnas pulak petang tu tak de traning bola
Jadi tiba2 je hati rasa bahagia....



wajah kesayanganku
"

Bukan senang nak tatap wajah ni waktu petang
So lepas hantar fauzan gi sekolah terus kami berdating
bukan jauh pun kat pekan Masjid Tanah ni
kat sini cendulnya paling sedaplah
rasa memang berlemak
 
disebelahnya ada gerai2 lain yang jual makanan
so ibuayu orderlah laksa sebagai tambahan
ayahnas order rojak

masa makan laksa ni memang sedap
tiba-tiba terjumpa...
"
"
"
"
ni
bukan satu tapi dua
yang hitam tu

terus putus selera
geram betul
ibuayu ni sebenarnya memang cerewet bab tempat makan
kalau gi gerai mesti pastikan ada sumber air utk basuhan mereka
and walaupun  tempat ni gerai biasa je
tapi tempatnya memang nampak bersih
sebelum ni pernah gak makan sini
tapi taklah kena macam ni
nampaknya lepas ni minum cendul jelah....

Saturday, February 12, 2011

Rindunya.....

Entri kat SINI ada sebut faiz di rumah nek kiah


Hari khamis anak kak enon terkena keracunan
jadinya ibuayu kena ambil faiz kat klinik sebab masuk tu angah nak masuk air
ialah nanti susah kak enon nak temankan faiz
faham2lah faiz tu mesti buat klinik dia macam mak bapak dia yang punya..keh3

Dah jangka dah kalau masuk air mesti lambat
jadi ibuayu buat keputusan hantar faiz ke rumah nek kiah
lagipun petang tu ada meeting kat sekolah

dan macam biasalah nenek kiah tu 
kalau dia tak de apa2 hal dia suka faiz dok rumah dia
jadi dia kata biarlah faiz kat sini sebab sabtu nanti pun ibuayu memang hantar faiz ke sana sebab ahad ada kuliah..
pujuk jugak cakap ayahnas ambik faiz lepas traning
tapi nek kiah kata tak payahlah susah nanti
ialah biarlah kita bagi peluang untuk nenek dan cucunya bermesra-mesraan
jangan nanti hari ahad malam nak gi ambil faiz
air mata nek kiah bercucuran udah le..


jadi yang terseksanya kami kat rumah nilah
rindu dengan celoteh faiz
dengan keletahnya
dengan lasaknya....

terdengar2 dia panggil 
bu...
ayu...
ya bu..

saje tanya fauzan rindu adik tak
rindulah ibu...

malam ni nak hantar fauzan balik rumah nek kiah
dapatlah peluk si faiz tu kejap
terpaksa berkorban untuk masa ini




Ian's 5th Birthday Giveaway

Nak sertai giveaway ini
sila klik SINI



Ucapan untuk Muhammad Adrian Zikri
"
"

Mak Minah beli sagun,
Sagun dibeli kedai Pak Hasan
Adik Ian dah 5 tahun
Sekali pandang macam Shah Rukh Han

Anak itik jalan terkedek,
Mahu masuk ke dalam reban,
Kami doakan Ian semoga cerdik,
Juga menjadi anak yang beriman.

Selamat hari lahir Ian daripada Ibuayu sekeluarga
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015