CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

klik..klik

Followers

Tuesday, March 30, 2010

Terlepas menjadi JUTAWAN

Ingatkan tarikh tutup 31 MAc ni rupa2nya 28 MAc
So berangan je lah nak jadi JUTAWAN
"
"


Dari mula contest ni sampai la ni..memang ibuayu tak submit pun satu borang..
konon2nya nak hantar banyak2 sekali..tapi apakan daya tak de rezeki..
Kalah sebelum berjuang
FRUST gak ni
ayahnas belum tahu lagi
dia kat selangor bawa team..(malam tadi siap pesan hntr esok (hr ni lah)

Sunday, March 28, 2010

Kelakar si faiz

Masa fauzan pakaikan faiz tudung diam je dia ..sukalah tu..
asyik bergaya 2 lak tu
Kecik2 takpelah tak de perasaan..jangan bawa sampai ke besar..
Sakit perut ketawa dengan keletah dak kenit ni..
"
"
"
"

"
"

dah kepenatan lah tu..
"
"

Sambutan Earth Hour

Bila ibuayu cakap kat ayahnas earth hour tahun ni kurang promosi ayahnas tak percaya..
Ramai kawan2 ibuayu terlupa..rasanya diaorang pun berminat nak joint..
So petang tu ibuayu dah siap masak..
Pkl 7.00 lebih call ayahnas kat mana dia kata on the way..
Ibuayu suruh cepat sikit ..lampu nak tutup..
Pkl 7.55 baru ayahnas sampai..
Dah siap makan semua terus tengok jam dah 8.30 terus tutup lampu and duduk dekat hall..
"
"Gambar terang sebab pakai flash ye

Si faiz ni bagus lak dia sikit tak takut lampu tutup ..siap duduk sebelah ayahnas makan keropok...

Bila nak buka pintu terang lak rasanya sebab rumah depan tak tutup lampu...nanti tak feel lak..tapi kepanasan gak rasanya..tukar port lepak kat atas katil ..bukak tingkap berangin sikit..
Pukul 9.00 dapat panggilan ajak makan kat rumah dia..
So kami pun gi keluar sambil melihat rumah 2 di sekitar MT..
Seronok gak sekali sekala..rasanya itulah tanda menyayangi bumi ciptaan Allah ini..

Saturday, March 27, 2010

Air JAmbu


Air Jambu ni memang dah lama glamour kat KL
Tapi kat MT ni baru tahun ni ada yang menjual..
La ni ada 2 gerai rasanya..
Tapi gerai jambu ni rasanya yang paling sedap..
Semalam ayahnas beli 2 gelas je..berebut ibuayu dengan fauzan
hari ni ayahnas beli sampai 4 gelas..kononnya satu tu untuk Faiz.(mana boleh faiz abiskan air tu)
Sedap ..asam boi pun tak kedekut kalau kita minta special
Kedai ni depan klinik MT...

Terlalu pelupa...

Bila kawan2 kat sekolah kata jangan makan kepala ikan diri ni degil betul nak makan jugak,..Ialah kan kepala tu sedap...Tapi bila makan lak asyik lupa je...Dan hari ni banyak sangat benda yang lupa
"
"
ni bukan kepala ikan tapi makan yang disponsor oleh kak lia..pada LDAP pagi tadi

Hari ini ada LDAP kat sekolah..
LDAP kali pertama
Pagi tu semuanya oklah
masuk sesi Qnet gi tolong Linda buat jadual
Kena kira masa..tulis masa salah..kira masa salah
ialah benda tu dah lama tak buat tu yang LUPA
"
"
balik sekolah tumpang kereta fizan...
dalam kereta menjerit kecil terpegang Fail LDAP
Fail ni patutnya tinggalkan kat atas meja depan je..
TERLUPA LAK nak letak
keluar dari kereta fizan LUPA lak nak ambil Fail tu..ada kat kereta dia
"
"
Masa ambil Faiz dah ingat nak bagi mak enon duit pengasuh..
Bila sampai rumah mak enon berborak je...
Balik macam tu je
TERLUPA nak bagi duit..
"
"
Rusiah dah pesan tolong ambilkan cop nama dia kat COPYSENT..
Dah ingat nanti kat kedai tu nak beli pen highlt nak baca buku kononnya..
Tapi LUPA lah lagi...
"
"
Rasanya satu hari ni macam-macam yang ibuayu lupakan..
Ada ubat tak nak hilangkan lupa
Ada orang kata kalau kita operate memang ubat bius tu bagi kita LUPA.....
Dah nak periksa ni janganlah bila nak jawab nanti LUPA LAK

Friday, March 26, 2010

No 28


Hari Rabu pagi tengah sibuk2 nak gi olahraga Fauzan pun sama sibuk hulur kad ujian bulanan dia..
Ibuayu tak baca terus tanya dapat no berapa Fauzan..
Dia jawab perlahan je..
dengar macam no 8 ibuayu tanya no 8 (terkejut gak)
Tak no 28 ...lagi terkejut beruk..monyet semuanyalah..hah apa 28...dapat berapa A (ibuayu tanya lagi darah dah mendidih ni)
dia kat 1 B 4 C.... masa tu dia dah tunduk 360 darjah dah
Hangin betul ibuayu pagi 2 dahlah no 28 dapat 1B 4 C je...geram betul(bayangkan kalau ni result sebenar UPSR dia)
"
Ibuayu pun apa lagi start enjinlah..berleter macam2..
Ibuayu kata tak pernah dari darjah 1 sampai 4 dapat no lebih 20..ni dapat 28..
Ibu hantar tuisyen sampai rm 68 satu subjek akhirnya dapat no 28..
peganglah 8 awak tu..
Mulai hari ni tak boleh keluar main,tak de Facebook selama 28 hari...
kad ujian bulanan tu pun ibuayu tak nak sain sampai 28 hari..
Jenuh fikir jalan penyelesaiannya..Nak ajar anak orang senang..tapi nak ajar anak sendiri yang susah..
masa ibuayu taip entri ni dah 2 hari berlalu..
Fauzan langsung tak tanya pasal FB..tak tanya pasal main
Bila ibuayu kata baca buku ,...terus baca (kalau tak sebelum ni banyak soaljawabnya)
Ada perubahan semoga berlanjutan jangan lak selama 28 hari je....

Earth Hour


Esok Earth hour dari pukul 8.30pm-9.30 mlm.
Last year kitaorg sambut gak tahun ni hampir tak perasan pun.
Promosi kurang...
Satu jam buat masa ni sangat berharga..
Takkan nak baca lilin masa baca buku..
tengoklah macamana esok
Tapi perasaan dan cintakan pada bumi ini tetap ada di hati ibuayu

Tuesday, March 23, 2010

Alamak abislah


Macamana ni tiba-tiba baru teringat payung kesayangku tertinggal di sekolah SMK HK ptg tadi..
Masa tengahari tu hujan lebat..jadi gunakan payung tu
Sebelum balik dah teringat tiba2..lupa juga
Payung tu special sikit
masa ayahnas nak gi padang hari Ahad tu sanggup ibuayu tak bagi ayahnas bawa payung tu takut ayahnas tertinggal
Tapi ibuayu pulak yang hilangkan..
Rasa-rasanya kalau esok ibuayu gi ada lagi tak payung tu..
Payung tu payung percuma hasil pembelian minyak wangi mont blanc ayahnas...
Besar and cantik sangat...
Semoga esok menjanjikan sesuatu yang indah..Amin

Dah selesai

Sebelum ni kalau ayahnas uruskan game bola untuk Dun MT tak pernah pun nak ikut sangat tapi kali ni terasa nak gi tengok ..Ayahnas nak main time rehat..
lepas hntr kak long terus gi padang bukit beringin
Penuhlah sesak ..nasib baik dapat parking..
Bila kami sampai je kat padang wisel dah berbunyi..wisel penamat..so tengok majlis penutup jelah..
Sempat gak snap gmbr ayahnas terima cenderahati dari Datuk Abu Seman

Monday, March 22, 2010

kerja last minute

Di saat orang lain tengah melayan mata ibuayu tengah terbongkok2 buat benda ni...
"
"
"

ni nombor utk bdk olahraga kawasan esok..
keh3 ..siapa suruh semak last minute...
takpelah demi bangsa dan negara..
Majulah sukan untuk negara...

Sunday, March 21, 2010

Kenduri rumah MIL and Mak

Secara kebetulan hari jumaat baru ni MIL buat kenduri and hari Sabtu lak rumah mak sendiri..

Apa nak kata disaat bergelut dgn asgmnt..ialah bukan selalu buat kenduri..

MIL buat kenduri doa selamat and tahlil..
Semua masakan diupah untuk dimasak tapi barang MIL yang beli..senang macam tu kan rumah tak bersepah..ialah tak de sapa yang nak tolong masak .anak2 semuanya busy..keh3



faiz tu pun nak joint makan dengan abangnya and sepupunya firdaus...
**********************************************
lepas sembahyang jumaat dalam pkl 3 terus balik mt coz nak binding asgmnt..fauzan lak ikut firdaus gi pesta buku..seronoknya..kalau dapat ikut....tapia asgmnt mcmana esk nak hantar..keh3


**************************************************


Sabtu tu gi kuliah ..naik kereta rusiah coz balik nanti ibuayu terus balik krubong..
Mak lak buat kenduri kesyukuran (ADALAH SEBABNYA)
Sampai kat rumah mak dah ada kak ina yang memasak..
nasib baik ada jiran2 yang baik hati and rajin ni ..kalau tak terkontang kanting lah mak sorang..
Yang istimewa ada ikan bakar..Pengantin lama yang uruskan...
Cicah ikan bakar ni paling sedap rasanya..berdesing..tapi ummphhh
ayahnas dengan abg sham bukan main suka lagi
kak nora ni memang pandai masak
"
"
ni kak yah org yang jadi baby sister kat rumah mak kalau ibuayu nak gi mana2..so masa gi kuliah tadi dialah yang jg faiz..
baju hijau ni kak nora chef no 1..yg 2 lg tu pengantin lama...
(ambil tender bakar ikan)
baju merah kak ina chef no3 and bj milo kak biah chef no 2
chef2 yang ibuayu sebut ni adalah adik beradik duk rumah sebelah..setiap kali kenduri diaorg lah yang banyak membantu..thanks a lot..
"
" bawah ni lak menu yang siap utk dihidangkan..kenduri kecil je ..sedulang dua.

ikan cencaru bakar



daging masak lemak cili api


udang masak sambal
ada lagi hidangan sampingan tapi tak sempat nak snap ..faiz buat hal so bawa dia duk kat luar.
"
"
faiz duk melepak dengan geng Bas sekolah...


alhamdulilah ..semua majlis berjalan dengan lancar..makanan mencukupi...hajat kedua mak2 telah tercapai..ibuayu lak yang rasa makin berat badan ni..asyik makan je..

Kuantan Part 2

Esoknya faiz nak nampak ok cikit..
makan pun ada selera..
Breakfast kat sini memang sedap..


Kami check out pkl 12.30
Terus gi Tanjung lumpur utk makan and bungkus SATA kat kedai yang selalu kami gi..
SATA dia memang sedap..



Ayahnas lak makan nasi kukus gulai kawah..bolehlah tapi daging liat sikit..

alhamdulilah ..selamat kami sampai di rumah..walaupun penat mendobi tapi kalau dapat bercuti hilang tension...
nak gi bercuti mana lak ye..lepas ni..???
he he..duk diam2 baca buku kat rumah je lah nampaknya..

Friday, March 19, 2010

Kuantan Part 1

Siap juga asgmnt kali ni..yelah esk nak hantar apa2 pun mesti siap.kalau masa dapat soalan sebulan yang lalu rasa macam susah je..bila nak hantar baru idea mencurah2..kalau tak mesti awal dah siap..keh3

************************************************

Gi holiday kat Kuantan

Dah lama plan nak makan sata..akhirnya dapat juga kami gi Kuantan pada hari Sabtu awal cuti sekolah. Masa ni jelah pun yang free. Kami booking Vistana Hotel plan duk sana 2hari 1mlm tapi ayahnas kata kita tambah duk sehari lagi..So ibuayu plan kat sana nanti baru sambung..

Bertolak jam 1.00 pagi..(dah habit ayahnas suka jalan pagi2 buta) masa bersiap nak gi ayahnas boleh kata kita gi trengganu dulu ye..2 jam lebih je dr Kuantan. Alamak apa kena lak cik abg aku ni nak ke sana..kalau tahu awal2 baik duk hotel sana dulu...

So masa sampai kat Bandar Muazam pkl 4 pg..ckp dengan ayahnas tak yah lah gi trengganu (terasa letih lak) nanti tengahari balik semula ke kuantan..Nasib baik ayahnas setuju..

Pagi tu bila sampai kat Kuantan nak sembahyang kat Petronas Tanjung Lumpur..aduh..tek de air lak..

Nasib baik air dekat pam angin tu ada..tapi tak dapat nak mandi..Cari tempat stesen shell kat kuantan..so mandi koboi lah anak –beranak ni...Sebenarnya awal pagi dah mandi ..

tanda dah sampai bandar kuantan

Pagi minum kat Jelita Restoren ..sedap gak lontong and nasi lemak dia

Lepas tu gi round2 (dlm kereta je) kat Bandar kuantan..Lepas tu baru teringat ibuayu tak bawa telekung (masa subuh guna telekung surau).Minta ayahn nas cari kedai jual telekung kat kuantan.Rasanya dah berpuluh kali pusing Bandar kuantan tu tak Nampak lak kedai jual telekung(benda kalau tang tu kita nak memang susah nak cari0 Akhirnya ibuayu teringat kat kuantan mesti ada mydin..so ayahnas round lg cr kat mana mydin...Keh3 hanya kerana sehelai telekung..(kalau tak mcmana nak sembahyng lak0

Tapi ibuayu rasa bertuah sangat keh3 ialah nasib baik suami penyabar...kalau tak mesti ayat ni keluar (benda penting pun tak hingat ke...)

Tengah hari makan kat tanjung lumpur sambil mencari kedai mokna yang diperkatakan tu..

Makan kat kedai lama dulu sebab nak makan ikan patin...Aduhhhh sedapnya....tapi lauk dia tak byk macam biasa.

kepala ikan patin

Lps tu singgah kedai mokna..Awal sangat kot ibuayu sampai..kuih dia tak berpa byklah..so rembat sata le...

sata kat mokna

Pkl 1.00 gi cuba check in..oklah vistana ni dia bagi check in awal kalau masa kat heritage Cameron tu selagi lum pkl 3.00 dia tak bg check in..


temapt terjah si faiz..Sepanjang di sini ibuayu cabut gangang phone tu

So sampai bilik acara wajib ambil gmbr sebelum bilik bertukar wajah..tapi rasanya posing sama je ye...

Lepas tu acara wajib lg semua tido ..Abg long lagi terus pasang PS2 dia...

Ptg tu dalam pkl 4 si Faiz ni merengek2 je...rupa-rupanya demam lak..(ibuayu dah cerita kat entri sebelum ni kan..)

Malam gi cari medan ikan bakar..masuk kat are kg kat tanjung lumpur ..ada satu kedai tu namanya..apatah tapi ada tuli s petai..kedai ni ada 2 cwgn awal dan hujung dan kedua2 ramai orgAyahnas kata kita gi yang tak ramai takut lamabat sebab faiz tak berapa sihat.

So pilih kedai yang ada tulis gelas besar..And kat kedai tu ada jual ikan kerapu..akhirnya jumpa juga..Ibuayu suruh bakar je...sotong goreng tepung and kerang fauzan.

Nasi lemak tak de alamak frust lak..makanannya pun so so je..sebab tu org tak ramai kot..Ikan kerapu yang diidam pun tak sedap..tak sesuai bakar kot...So mana makanan lebih kami bungkus je..

kerang fauzan

air buah gelas besar

sotong goreng tepung

kerapu bakar

Si faiz lak muntah masa tu lagilah ibuayu tak selera.(anak kalau demam kita pun rasa macam dah demam gak kan).

So balik bilik..terus budak2 tu tido...opss fauzan tak tido..Ibuayu siap asgmnt..ada internet free...tu yg seronok...

Akan bersambung di part 2 ..

esk nak gi kuliah..takut terlewat bangun


Monday, March 15, 2010

Merengek je kerjanya

Air mata yang asyik bertakung



Hari Sabtu kami gi Kuantan..
Tapi tak nak cerita pasal bercuti tu (kemudian ye)
Nak cerita pasal si Faiz kena demam...
Ptg tu masa sampai kat hotel rasa badan faiz panas..(hati ni dah risau dah)
Terus ajak ayahnas gi cari klinik..
Gi kata area masjid kuantan tu jumpa klinik Al-Amin..
Doktor check panas dia 38..
lega rasa tak panas sanagt..
Tapi semenjak hari tu hingga kini faiz asyik merengek je..
tido tak berapa lena
ada je benda tak kena
menangis tak keluar suara...
Aduhai..terasa sangat ibuayu diuji saat genting hendak menyiapkan asgmnt(keh3 siapa suruh siapkn last minute ye)

ni masa on the way balik melaka..tertonggeng tonggeng