CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

klik..klik

Followers

Sunday, February 28, 2010

Baru balik dari kuliah

Masa kat kuliah tadi bersemangat nak siapkan asgmnt...
Sampai rumah takde sesiapa(fauzan and faiz kat kg.Nanti ayahnas abis kursus terus ambil)
So buka laptop...then buka blog..then..layan blog and FB
"
"
Asmngt??????
lain kali lah..
Penatlah...
keh3

Wednesday, February 24, 2010

tEH RAJAH

pROMOSI percuma..keh3
teh ni sebenarnya dibeli masa gi cameron highland bln lepas..
rasanya baru sekali ibuayu buat teh o
piau etul ..letak sikit je dah pekat..
Entah kenapa balik koku tadi rasa haus etul and teringin nak minum teh tarik..
So ibuayu gunakan teh ni..kaw betul ..abis segelas besar..
Malam cerita dengan ayahnas and dia pun minta buatkan air teh..
nak teh tarik and teh ais...

Maulidur Rasul

Jumaat ni fauzan akan gi berarak kat bandar melaka..
Ni aktiviti sekolah agama
Diaorg diberi sepasang kain
So kenalah ibuayu gi tempah
Kena pakai songket hitam..tak ada so kena beli
berabis jugalah untuk dia...
takpelah ibu and ayah bagi sokongan..
Hari jumaat ni mesti ada kat sekolah pkl 6.15..so kena bangun cepatlah semua..
Ni gmbr fauzan mencuba baju baru dia...

Kerapu..Jenahak..


Ingat tak entri sebelum ni ibuayu teringin nak makan ikan kerapu..
Semalam gi kat kedai ikan bakar...Keadaan masih sama langsung tak ada ikan kerapu..
Ini semua angkara blog..
Bila jalan dekat blog rakan2 jumpa diaorg paparkan gmbr kan kerapu..tu yang sampai sekarang teringin sangat makan ikan kerapu...
So rasanya lepas ni dah malas nak fikir ikan kerapu dah...Jenuh cari tak jumpa
Selagi tak mengidam takpelah..
So layanlah gmbr kita org makan ye..

Fauzan memang suka makan kerang and dialah tukang kopek utk ibu and ayah


Faiz setiap kali makan mulut bising mintak air..air...lepas tu dah tak nak air suam ..nak air yang ada warna..

Sunday, February 21, 2010

Sabtu..nasib baik..

Sesuatu telah berlaku semasa hari sabtu pagi...
Kelakar ada cemas pun ada juga...
Biarlah ibuayu ,rusiah and kak su yang tahu sahaja
bak kata org NASIB BAIK..
"
"

Penat gak bila balik kuliah..tapi rasa seronok sangat..
Pensyarah pun best mengajar..
So petang bila sampai rumah 3 beranak tengah tido..
Ibuayu pun terus tengok rumah and mula berkemas..
Dah kemas baru dapat lelap mata..
Malam teringin nak makan ikan kerapu
Gi kat kedai KDK ..pun tak de ikan kerapu..so layan ikan siakap je lah..
Sedap and sangat kenyang (ni kata fauzan)

TOMYAM CAMPUR (selalu ketam dia bagi isi kali ni dapat kaki )



ini budak mesti nak pinggan sendiri..lepas tu pantang tengok kitaorg minum air...
mesti nak ..air..air... so air suam jele

Saturday, February 20, 2010

ke Jusco akhirnya...

Nak gi Jusco Baru ni..plannya dah 3@4 hari..
Awal2 dah cakap dengan ayahnas..
Kebetulan ptg jumaat ayahnas tak training so kami plan gi lepas fauzan balik sek agama..
Masa ambil fauzan dah siap bawa baju dia..so tak yah balik rumah..
aksi faiz masa tunggu abg long...
"
"

Dah pesan sebelum tu suruh sembahyang asar kat sekolah..
Bila sampai dia kata surau sekolah dah kunci...
Ayahnas berhenti isi kat petronas dia pun sembahyang kat sana..(Kalau tak Jamak TAkyah le)
Mula 2 gi Nagoya dulu cari kain seragam guru ada tak cukup...
Lepas tu baru gi Jusco..
Faiz macam biasa masuk dalam stroller
tengok tu dah minta keluar..
sorry ye tak de sapa nak tangkap dia..keh3


Parking kira ok gak..ialah besar..
masa sampai org tak sesak sangat...
BILA PKL 8.10 cari arah surau tak jumpa
tanya pekerja jusco ada ke kata tak tahu (dlm hati mungkin bdk baru)
tanya pekerja lain dia kata kat jusco tak de surau kat luar ada tapi tak tahu kat mana...
So kami pun mencari tanda surau ..nasib baik ada plan bangunan..
Utk yang nak ke Jusco surau berada di tingkat G hujung sekali sebelah tempat yang meletup.....
Masa jalan2 ayahnas dapat sms.. meeting pkl 9.30 pm..
Aduh sakitnya hati...ada je yang kacau daun..
Nasib baik dah bawa lari ayahnas awal2...
So kami makan yang cepat je lah A&W...
Masa makan maskot dia dtg..Faiz mula2 macam suka bila maskot tu datang dia ngais lak..

Sebelum balik rembat JCO donut...sebelum ni gila big apple je...
Donutnya sangat lembut...
aduh..gambar tak sempat ambil sebab dalam kereta dah abis makan...

Friday, February 19, 2010

Akhirnya tertunai janji....

Fauzan dah banyak kali jugak meminta suruh buat pizza...
Ialah asyik tak berkesempatan je..
So hari ni baru ibuayu sempat nak buat pizza yang diminta..
Dapat buat 3 loyang..
Fauzan bawa bekal lagi ke sekolah agama..
Seronok tengok dia makan..
Ayahnas siap cakap lagi..sedap pizza ibu kalah pizza hut..(tak tahulah ikhlas ke tak)
"
"
Doh yang gebu..(guna BM sangat senang)






mengemas...pagi buta

Entah angin apa hari ni..dah tengah malam ibuayu bukan main rajin mengemas rumah..
Sebelum tu menggosok 10 helai baju kerja
Mengemas bilik fauzan ..(kemudian panggil fauzan pilih mainan utk dibuang @ dihantar ke rumah nek kiah)
lepas tu ibuayu kemas bilik belakang..
masa entri ni di tulis dah pukul 2.49 pagi..
mata tak ngantuk
Badan dah rasa segar seba peluh dah keluar mencurah-curah
ni fauzan yang kemas sendiri meja belajar dia

"
"
ini lak barang yang nak disumbat di stor nek kiah..
(mesti nek kiah bising stornya semakin penuh )

Cerita KL..belum habis

Hari Isnin memang dah plan dengan long nak bawa budak2 ni jalan..
So cadang kat long gi Petrosains..(tak pernah gi pun)
So pkl 10.00 dah bertolak dari kajang..(Ibuayu and ayahnas nak balik tengahari tu jugak..ptg ayahnas ada training)
nasib baik sampai awal orang belum ramai lagi...
Seronok and lega rasanya sebab selama ni teringin nak gi sini tapi tak pernah dapat..
Tapi tak puas hati sebab banyak benda yang tak dapat cuba (kejar masa)
lepas gi petronas makan kat RASA..aduhhh ramainya orang..makanannya ok..harganya pun berpatutan.
Ayahnas makan nasi ayam BBQ nya sampai 2 pinggan (sedap kalah CRS)
so layan je lah gambar ni...
"
"
Sepanjang kat petrosains Faiz naik stoller yang disediakan..petrosains
So masa kat Bahagian Art tu je baru lepaskan dia..
Tu yang suka sangat tu..
"
"





Ini sebabnya fauzan suka duk KL.ialah kat rumah long ada geng besar..kat rumah adik faiz kecik lagi..Dia sorang lelaki pun jadik...
ni kat RASA

Ayahnas sibuk....Ibuayu pun buat2 sibuk

Kesibukan ayahnas pada hari rabu mengalahkan YB. Pagi gi sekolah.. Ptg pkl 3.30 dah gi padang... Pkl 7.30 sampai rumah..mandi solat and terus gi sekolah (kelas malam) makan pun tak sempat (ibuayu belum gi beli) Sebenarnya ibuayu ,fauzan and faiz pun tak lekat kat rumah..masih bercuti.. Dari MT ambil atuk mail kat kg... Bawa atuk gi pejabat RISDA..and tabung Haji..Jalan kat bandar melaka bukan main sesak .. dr Tabung Hj (bus stand lama) nak gi ambil nek kiah kat klinik peringgit.(nek kiah naik bas sendiri masa gi melaka..dah tahu mesti lama punya) Jalan depan Jusco baru..aduhhh...berpusing2 sesat lak..Ini kali pertama lalu situ..lalu je tak singgah pun Jusco... .Dari klinik peringgit nak ke Bachang...sesat lagi....lepas tu makan tengahari kat Batu Berendam...Ikan bakarnya sedap... (Tak de ambil gmbr pun..khusyuk makan)
So petang baru balik ke MT.. So mana nak jumpa ayahnas.... Malam tu Fauzan nak makan KFC..dah lama tak beli KFC..and ini pertama kali Faiz makan makan ayam KFC..sebelum ni bg kentangnya sahaja...bukan main suka dapat pegang peha ayam.
"
" "
"

Tuesday, February 16, 2010

Nasi lemak kg baru

Dah lama usha ayahnas ajak makan nasi lemak kg baru..
ialah sebelum ni asyik dengar cerita ayahnas makan nasi lemak ni je masa kursus lesen B
So abis main bowling di alamanda ibuayu and ayahnas gi KL ..
Walaupun ayahnas bukan pakar jalan ke KL kami redah je...
layan dulu gambar gi Alamanda..
Faiz tak ikut tinggal dgn nek kiah
Fauzan ikut mak long balik kajang..
So ibuayu and ayahnas berdating lah..


masa ni dapat strike..so banggalah tu
nasi lemak

ayam goreng and sambal sotong

Rasa puas hati bila dapat makan..sorang 2 bungkus lagi..Airnya pun murah je..Nescafe Ais RM 1.20..kalau kat MT jangan harap....
Dan bertambah seronok bila ayahnas tak sesat ..Pergi balik tu jalan ok je..lepas ni kalau gi Kl boleh gi sini lagi...

Monday, February 15, 2010

makan-makan

Sabtu jam 10.00pg kami bertolak dari MT ke Kl...Nak cepat sebab nak kejar nasi lemak tapi sayangnya hari tu petronas tak jual nasi lemak..Aduh dengan perut yang melapar kami singgah dekat D'Muar Kajang...Makanannya sedap lauk pauk pelbagai..harganya pun murah...
Petang jam 2.00 long belanja sate samuri..Belanja ada makna...
Rasanya dah lama tak berkumpul ramai-ramai macam ni..
Yelah kalau long balik kg kadang2 abang za tak dapat balik ..macam tulah sebaliknya...
Lama gak tunggu sate..bila makanan sampai perut dah kekenyangan dengan air
"
"
gmbr cucu atuk mail and nek kiah
"
kak long and kak ngah


nuha and nana

amalia
Fauzan and adam
afrina



danish
faiz and hanaanak lelaki and menantu kesayangan
"
abg sham,ayahnas abg za

Pandai sedut..

Untuk anak orang lain mesti dah lama pandai sedut air guna straw ..
tapi Faiz ni lain sikit...dia tak pandai sedut..dia asyik gigit straw tu..so macamana nak minum air ..dalam seminggu ni entah macamana dia berjaya sedut air..Bila dah pandai mulalah tak nak lepaskan straw pulak
"
"
Bila kita suruh lepaskan straw siap dia jeling lagi.........

Sunday, February 14, 2010

Macam-macam

Malam tadi memang kelaparan ditahap gaban...
Masa ayahnas nak start kereta ibuayu..tiba2 tak boleh start..Alamak apa kes pulak ni..
Perut lapar masalah pulak datang....
Ayahnas cool je..kata bateri kong tak..
Ialah esok nak gi KL..kedai dah malam ni mesti tutup..
"
"
Ayahnas ajak makan dulu..
balik makan ayahnas cabut bateri wira letak kat kereta ibuayu..nasib baik boleh start..so confirmlah bateri yang kong..
Lepas tu ayahnas cuba gak gi cari kedai mana yang bukak..ialah org cina tentu tengah makan besar..
NASIB bAIK ada satu kedai tu yang buka sikit and nak tolong pasang bateri..
Aduhhh..lega rasanya.
Esok pagi boleh gi KL..nak singgah R&R SEREMbAN beli nasi lemak....

Saturday, February 13, 2010

Sabtu...

Ada hikmahnya buat masa ni kami tidak gi mana2 ye..
Yelah dapatlah mengemas rumah..
"
Ayahnas sibuk basuh kereta..
"
Faiz kami masukkan kolam
"
ibuayu sapu rumah and mop lantai...
"
Penat tapi puas hati bila tengok rumah bersih tanpa habuk..
Tapi berapa lama tahan ye...la ni asyik berhabuk je..

ini gambar ruang depan semasa sedang berkemas


Jumaat petang..

Faiz berendam lagi..
Kali ni bersama didi ,sidi and aris...
Kolam kecil pun muat jugak untuk budak berempat ni..
Mandi sampai kecut2 tangan



ni lak aksi Faiz dengan CD.
lepas mandi tadi terus pakaikan....dah lama tak pakaikan dia CD...
nak tengok merah lagi tak XXX kalua pakai CD balik

Friday, February 12, 2010

Akhirnya....

Masa taip entri ni fauzan dah gi KL ikut long..(long ambil kak long kat MRSM and bawa nek kiah and atuk)
Ayahnas tengah tidur...Ialah ni je masa dapat berehat kalau tak..traning je..
Faiz juga temankan ayahnya tido.
(tentu dia sunyi malam ni abang longnya tak de)

Ialah faiz ni setiap malam fauzan yang tidurkan.
(Sebelum tidur tu dua beradik ni main2..golek2..tarik2 rambut..lepas tu faiz layan susu sambil tengok kartun..)

Ibuayu masa tu dah layan blog and FB
(keh3..tapi cakap dengan fauzan macam ni.."Fauzan tidurkan adik ye..ibu nak buat asgmnt..)

So buat masa ni cuti keinginan fauzan dah tercapai..
So ibuayu and ayahnas..belum tahu lagi bila nak gi KL


(dua beradik ni memang kuat bergurau)

Wednesday, February 10, 2010

Tengah tension...

Fauzan nak gi KL
Ibuayu and ayahnas nak gi makan angin..
Ayahnas taknak gi KL..
Ibuayu mana2 pun tak kisah
Tapi teringin nak gi kuantan (nak makan SATA)
Aduh..macamana ni...
cuti ibuayu panjang..
.tapi ayahnas..Selasa dah start training...
?
?
?
?

Kartun....

Faiz sekarang ni bukan main suka sangat tengok kartun.....
kalau kat bilik nilah port dia kalau tengok kartun..


"
"