Friday, October 30, 2009

Jamuan Akhir Tahun

Jamuan akhir tahun untuk pengawas PSS kali ni buat kat Hotel BAyview .Makanannya ok.Harganya pun ok..Kalau anak murid seronok ,mak murid tentu lagi seronok.Yang paling seronok GB datang ke majlis ni.Majlis ni temanya Santai...

Ketua Pengawas PSS baca doa









Thursday, October 29, 2009

Kelas BI

Ibuayu ni bukan pandai BI.Grammar memang lemah..nak bercakap dengan org pun takut salah.Jadi selepas 3 bulan belajar kat IPGM ibuayu tercuit utk sambung belajar kelas BI

So ibuayu and the gang (kak ina,kak yati and suhailin ) daftar kelas BI. Bayarannya sangat berpatutan.Teacher kami ni pun seorang yang sangat komitment. Walaupun penat sebab lepas sekolah kena gi kelas BI tapi ibuayu rasa sangat seronok sekali.

Tempat kami belajar ni sebuah kedai buku.Deco dia sangat cantik and sangat kemas.
So hari Rabu 28 Oktober kami pun selesai sesi pembelajaran.Siap ada majlis minum teh lagi..
Terima kasih cik Azmi, kami seronok belajar dengan anda..

Kek yang disediakan oleh cik Azmi


sesi minum teh

DAri kiri: kak ina,kak yati,cik azmi and suhailin

ni lah kelas kami yang merupakan kedai buku.

Wednesday, October 28, 2009

Hari Kantin

Semalam sibuk berniaga kat sekolah.Cikgu kan serba boleh.So aktiviti Hari kantin berjaya berlangsung dengan meriahnya.Ibuayu and the gang (kak ina and fizan ) berniaga gorengan.laku tak payah cakap sampai kami pun tak dapat makan jualan kami.Ayam goreng berempah mendapat permintaan yang cukup tinggi.

ni ketua kami


cantik posing

Saturday, October 24, 2009

Menang Contest

Tak sangka...rezeki si faiz rupanya contest last minute yang ibuayu sertai petang jumaat tadi menyebabkan ibuayu memenangi.... Scarf Halle Nano yg berharga RM60.00

Terima kasih sangat -sangat kepada penganjurnya zh-ena kerana sudi memberi hadiah kepada yang menyertainya....



Inilah ena dan itulah scarf nano yang ibuayu akan dapat..(tak sabar nak pakai)kalau yang lain nak tahu kebaikan bila pakai scarf nano
sila klik di sini

TERIMA KASIH ENA.................dan
tahniah juga kepada yang memenanginya..Suka betul ibuayu hari ni.
nilah gambar yang dipertandingkan



pemenangnya yang lain adalah

"
"
1. Ayu mama Aqil


3. Kak. Intan mama Arissa

maaf gambo arissa yg cute tu tak dpt nak amik
jd klu nak tgk sila klik pd name kak intan tu erk


4. Kak Rina mama Mirul




Friday, October 23, 2009

MY 1st Birthday BASH

Sempat lagi nak joint satu contest yang rasanya sangat sesuai untuk disertai.
Faiz pun baru menyambut birthdaynya pada bulan 9 yang lalu. So sebelum nak joint contest ni kenalah penuhi syarat-syaratnya...


Contest dari blog zh-ena

Contest nie dianjurkan sempena baby ena Umairah Zahrah yang akan genap 1 tahun pada 29hb October 2009 nie


Tarikh Contest : 16hb October 2009 - 23hb October 2009


Tamat penyertaan tepat pukul 4 petang

* Jadi Follower zh-ena dan add zh-ena dalam bloglist anda

* Letak banner di atas di sidebar blog anda dengan link ke entry ini

*Dalam entri itu, upload satu (1) gambar yang menarik dan cute ketika birthday

*Sila nyatakan nama si comel dan umurnya

*Bila dah siap, tinggalkan link entry anda di entry ini.

* Pastikan entry contest nie sticky mode sehingga 23hb October 2009


So ni lah gambarnya.

Nama empunya diri :

Muhammad Faiz Haikal Bin Mohd Nasri

Umur saya :

1tahun 1 bulan

Thursday, October 22, 2009

Cerita raya lagi

Dah lama nak tulis kisah ni tapi asyik tak kesempatan.Pada hari raya ke 7 bibik (mak saudara) telah mengadakan majlis khatam Al -Quran anak perempuannya ,Nazam dan sambut hari lahir Awatif sekali..Majlis tersebut sungguh meriah.Siap pelamin ,khemah,and BBQ. So layan gambar ye untuk mengalami meriahnya suasana tu.

Awatif,Bibik and Mak andak

Adik beradik mak

Ni budak kecik yang sibuk nak berNAzam sama

Tuesday, October 20, 2009

SI COMEL BERBAJU RAYA CONTEST

Jom joint contest anjuran BabyIbu .Ibuayu pun terus membelek gambar yang ingin dipertandingkan...

Nilah gambarnya...si Faiz yang buat pertama kali beraya memakai baju melayu pucuk pisang.
Songkok tak lekat kat kepala je


Muhammad Faiz haikal Bin Nasri.

1 tahun 1 bulan

Hadiah di sponsor oleh:

Gin & Jacqie, eoe Online, leanalittleshop, Sherry, TH, Mia dan Niko..

Wah seronoknya....

Monday, October 19, 2009

Bila nak mula?

Masa SMP hari tu belajar 3 bulan tak yah gi sekolah .So tumpuan sepenuhnya untuk belajar.
La ni kuliah dah mula asigment dah dapat tapi tak mula apa2 lagi.
Modul yang dapat pun bersih je belum buka.

Tak tau bila nak mula....
* Pagi sekolah
*Petang ada kelas
* Malam pkl 8.30 dah tidurkan faiz ibuayu pun samalah beradu zzzzzzzzzzzzzzzzz.

Sapa yang nak disalahkan ...

Ingat bila buka laptop nak cari bahan tapi dah kerja lain lak
Asyik buka BLOG dan FB..........

Semoga mood belajar akan mula mendatang.....

Sunday, October 18, 2009

Ayah Nas balik

Bukan anak2 je suka ibuayu pun suka apabila ayahnas dapat balik minggu ni.Nasib baik JU dia orang India so stop kursus jap sebab nak nyambut Deepavali .kalau tak terus menerus 3 minggu di sana. Masa ayahnas balik faiz macam terpinga-pinga je tengok ayah dia ..Mungkin heran kot ..mana tak heran muka ayahnas dah berkilat keh3 tak sempat nak ambil gmbr tunjuk kat sini.


Tapi malam ni ayahnas balik semuula ke KL...Aduh .....penat sikitlah..takpe 2 minggu je lagi...SABAR..

Wednesday, October 14, 2009

Genting Highland

Ibuayu dah lama teringin nak gi Genting Highland..
"
"
Rasanya kat semenanjung ni GH ni lah satu-satunya tempat yang ibuayu tak pernah gi..
Balik kursus ni ayahnas janji nak bawa gi GH..
Tapi nak kena jaga budget sebab nak gi Bandung bulan 12 ni..
So jika rakan-rakan ada cadangan hotel yang selesa ,murah dan mudah untuk kami sekeluarga di sana tolonglah ye...Dengan adanya baby yang kecil ni bahagian permainan mana harus kami gi.
"
"
Apa-apa pun terima kasih terlebih dahulu.

Monday, October 12, 2009

Drive Thru

Hari ni ibuayu betul drive thru di di setiap kedai yang disinggah di masjid tanah ni.
Nasib baik boleh drive thru .dengan faiz yang semakin melasak di dalam kereta ni bayangkan setiap kedai kena turun ..aduh letihnya..

Mula jam 6.00-7.15 pm


Mula-mula isi minyak...
kereta ni sebenarnya guna minyak p....... tapi disebabkan ibuayu belum lulus nak layan diri utk isi minyak so gi kat s.... yang masih ada pembantu pam..So dok jelah dalam kereta.( tak tahulah kenapa lak tak berani nak isi sendiri)

Nak photostat buku.
parking betul-betul kat depan pintu kedai COPYCENT.Panggil adik tu and minta tolong dia ambil buku yg nak photostat. Tapi tak tunggu pun..esok je ambil.

Nak order makan
Panggil je adik kat kedai siam tu dari dalam kereta and lepas tu order makan. Pesan nanti ibuayu datang ambil...Bila masa ambil tunggu je dalam kereta makanan pun sampai.

Beli susu faiz..
"
"
"
Yang ni kena turun sebab kedai ni apa2 punckena keluar ialah supermarket..mana boleh panggil-panggil.Bo layanlah jawabnya..keh3


Ni lah muka budak yang tengah cari idea nak buat apa lepas ni..Jeling ada makna tu.

Thursday, October 8, 2009

Ujian Buatku..

Cerita ni berlaku pada Selasa yang lepas.

Air mata ini laju mengalir.Tidak tahu apa yang perlu dibuat.
Walaupun faiz dah gi klinik semalamnya tapi yak and muntahnya semakin kerap.Hati ibuayu menjadi tidak keruan. Faiz nampak masih aktif. Ibuayu buat keputusan untuk ke klinik sekali lagi..Doktor di sana meminta agar ibuayu ke hospital..aduh..tak de pilihan lain yang boleh dibuat.

Doktor kata takut baby kurang air,baby masih kecil tak tahu nak mengadu.teringat kes member yang anak dia sampai kena sawan sebab kes yak and muntah berpanjangan.

Ayahnas yang tengah kursus kat KL (3 minggu tapi br gi 2 hari)langsung tak tahu cerita faiz yak and tah.Ibuayu tak nak risaukan dia.Tapi bila doktor beritahu ibuayu dengan limpahan airmata terus call ayahnas.Ibuayu tak tahu nak buat keputusan hantar ke tak.Ibuayu bagai tak boleh menghadapinya seorang.

Nasib baik jiran sebelah rumah ni sanggup membantu (jiran ni satu sekolah gak. Nasib baik gak husband dia tak jadi kursus di Sabah kalau tak..)So Fizan and Rahimlah yang hantar kami ke hospital besar Alor Gajah.

Di sana faiz dimasukkan satu botol air and darah diambil utk diuji. Tapi masa nak ambil darah bukan main seksa .Tangan kanan adn kiri ,kaki kanan and kiri semuanya dicucuk dengan jarum tapi masih tak berjaya. Setelah dibedung and berhempas pulas 2 nurse and ibuayu maka jarum berjaya dicucuk ke kaki Faiz...Terasa azab sungguh faiz tu.Tangisan faiz tak usah cakaplah.

Ujian darah faiz ok.tiada jangkitan kuman so malam tu juga kami balik.Ayahnas dari KL juga balik ke Melaka.Satu jam je..and pagi2 lagi jam 5.15 pg ayahnas pun bertolak semula ke KL.

Alhamdulilah sekarang ni Faiz beransur sihat.Ibuayu respect betul dengan isteri2 yang ditinggalkan suami berbulan2 utk berkursus. Ibuayu yang baru diuji sebegini pun dah rasa lemah.

Semoga ibuayu berjaya menghadapi 3 minggu ni dengan lancar.

Wednesday, October 7, 2009

Raya dan OUM

Rumah Terbuka

Nak kata buat open house tak juga adalah buat jamuan ringan sikit.Menu utama Laksa Johor ,nasi impit and rendang.Seronok rasa walaupun agak kepenatan.Thanks pada kawan-kawan yang sudi hadir ke rumah ibuayu yang sempit ni.

Rakan-rakan seperjuangan (juang sekolah ,juang ketupat juang beraya)



Wah sedapnya ibuayu masak keh3..kata rusiah




Awek-awek Faiz (Ni semua anak mak pengasuh faiz ,kak cik je takde)


Tutorial Pertama

Pada 4hb Oktober yang lalu buat pertama kali ibuayu bergelar siswi. Alhamdulilah walaupun belajar di IPGM je sebab OUM tak muat tapi rasa tercabar sungguh dengan jadual kuliahnya.Ibuayu bertolak dari rumah jam 9.00 am dan pulang semula jam 8.00 pm.3 slot kuliah yang dihadiri sungguh meletihkan.Berkejar masa untuk sembahyang dan langsung tidak berkesempatan untuk makan.Slot terakhir terasa menggigil badan.nasib baik pensyarah muda... Ialah ni tutorial pertama .Lepas ni dah tahu dah nak susun masa...

Nilah buku yang perlu dibaca
"
"
"

Saturday, October 3, 2009

Raya ..Bab 3

Sepanjang cuti raya yang lalu kami sepatutnya tidak pulang ke rumah di MT.tetapi disebabkan kaum kerabat ayahnas nak datang beraya di rumah kami so kami pun baliklah pada hari raya ke 5.Segala makanan telah dimasak di krubong.

Alhamdulilah makanan yang disedaiakan mencukupi jumlah orang yang datang.TAk sangka, ingat player akademik ayahnas 8 orang rupanya 20 orang ( satu team yang datang).Takpelah janji cukup.

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015