Tuesday, September 29, 2009

Raya ..Bab 2

Hari raya ke 3 malam rumah nenek kiah diserbu oleh sedara and sepupu sepapat.Disebabkan petang tu baru ajak2 orang so balik dari kenduri tahlil arwah nenek di rumah mak uteh maka kami terus buat kerahan tenaga.Menu yang dipilih ialah:
"
"

Me bandung

nasi goreng kampung

nugget

air sarsi

"
:
Disebabkan kami je yang ada kat rumah tu so ayahnas lah kena masak me bandung.(ramai puji sedap..kembanglah tu)

Tepat jam 7.00 pm..kedatangan tidak berhenti2 .kalau nak ikut kereta lebih 50 buah.Alhamdulilah makanan yang disediakan ngam 2 je..langsung tak membazir.
"
"
Inilah gambar sedara mara and makcik2 tersayang..Nenek kiah ada 13 adik beradik semuanya..
"
layan.............

Atuk Mail,Mak Ude,nenek kiah and Pak Ude(adik nek kiah)

"
"
Bibik,mak Lang,Mak long,Kak ros sepupu)
kak sadiah,nenek kiah and mak ndak

cerita keluarga ayah nas entri seterusnya ye.........


Raya ..Bab 1

Raya ni kami balik rumah nenek kiah dulu ialah satu melaka pun kena gilir . Raya ke dua barulah tidur rumah nek yot ....Suasana raya sama je ..Untuk anak2 mungkin meriah nya lebih atau mungkin zaman kita sudah berlalu(keh3 I'm still young) Adik beradik ibuayu semua ada kecuali abang zaha and keluarganya yang ke manchester beraya dengan adik iparnya di sana.So layan gambar dulu lah ye...


Malam raya sepupu kembar main bunga api
"


Pagi raya
"
"



Thursday, September 24, 2009

Hargailah semasa ada

Hari ni ibuayu balik and tido kat rumah Masjid Tanah sebab sedara sebelah ayahnas nak datang rumah kami. Tapi ibuayu bukan nak cerita pasal kunjungan tu ibuayu nak bercerita bab lain. lepas siap kemas rumah ibuayu terus buka tenet..gi menjengah rumah kawan2 yang dah lama ditinggalkan ( baru berapa hari)...tiba2 sayu terasa hati apabila baca kisah rakan-rakan yang beraya tanpa ibu dan ayah tersayang.ada yang baru kehilangan ada yang lama kehilangan.Tentunya saat di pagi raya satu saat yang amat memilukan hati kalian semua kan.

Sesungguhnya di waktu ini dengan linangan airmata ibuayu merasa syukur yang teramat sangat kerana masih mempunyai ibu dan ayah juga masih mempunyai ibu dan ayah mentua.Tak dapat ibuayu bayangkan andai di hari raya kelak ibuayu tidak dapat mencium insan-insan tersayang ini.

Kehilangan anak sendiri sudah cukup mengundang airmata yang melimpah dipagi hari raya .Takbir yang kedengaran sudah cukup membuatkan jiwa gundah gulana.Entahlah sekuat mana pun kita di mata orang hakikatnya kita saja yang tahu.

Untuk semua sayangi dan hargailah ibu bapa kita sementara mereka ada.

Untuk rakan-rakan yang mempunyai anak istimewa jagalah mereka dengan sepenuh jiwa, jagalah sementara hayat mereka ada , siapalah mereka tanpa bantuan kita.......dan untuk mereka yang lain bantulah ibu bapa ini dengan sokongan moral yang jitu janganlah memandang anak istimewa ini dengan pandangan yang sinis..usahlah diajukan soalan2 yang sensitif..

Selamat beraya.....

Friday, September 18, 2009

Balik Kampung

Ibuayu dan keluarga akan balik kampung pada 18 /09/09 hingga 27/09/09.Dengan ini dimaklumkan oleh mohor-mohor besar maka blog ini di gantung buat sementara waktu.Untuk semua sekali lagi ibuayu ucapkan :

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN.

Wednesday, September 16, 2009

TAG RAYA

Ni tag pertama yang ibuayu terima dari mamalyna...Sebab ia cerita hari raya maka seronoklah nak buatnya.terima kasih ye mamalyna.

Baju Raya
Warna hijau pucuk pisang. Ayahnas ,fauzan and faiz semua dah ada tinggal ibuayu yangmasih mencari .

Untuk Baby/Anak
Fauzan :2 helai baju kasual,seluar and kasut.
Faiz : tak kira lak .setiap kali nak cari baju ibuayu baju dia lak yang kita terbeli.

Family aku
Tahun ni ibuayu ,kakak yang sulung (long) and adik bujang yang beraya .Abang Za gi raya UK lak tahun ni.(melawat family adik iparnya disana).Rumah nek kiah tahun ni bertukar wajah.Long sponsor cat (wrn hijau gak) and kipas.Ibuayu sponsor lampu jelah.

Family mertua
Nek Yot pun sama satu rumah bertukar cat.warna hijau gak..tahun ni betullah warna hijau.Rasanya semua balik cuma tak sama hari je.

Kasut Raya
Kasut raya Fauzan je beli Faiz belum dapat kaki,ibuayu malaslah beli kasut....

Kuih Raya
Kuih tunjuk and tunggu mak and MIL bagi .

Perabot baru
Baru setahun pindah rumah ni jadi semuanya masih baru(dulu duduk kuarters semuanya hak milik kerajaan)

Duit raya
Buat masa ni dah tukar Rm 500.yang pasti macam tak cukup je rasanya.

Bonus
Harapkan RM 250 je lah..Nasib baik dapat..syukur

Balik kampung
Disebabkan dua-dua orang melaka jadi tak de hal.Masih bergilir tapi dua2 rmh mesti pergi pada hari pertama.

Seronok lak buat sampai tak perasaan soalan dah abis. So ibuayu nak TAG lak dekat 2 orang member ni.............

Jangan tak buat ye.....

mak uda_pak uda
"
missleter

Menjelang Aidilfitri

Cerewetkah saya?????????

Malam ni sekali lagi misi membeli baju raya ibuayu gagal.

Tengah hari gi Tesco
(ada yang berkenan tapi mahal sangat)

Malam gi bazar di klebang( hampa) balik MT ayahnas ajak gi kedai yang masih buka wlpn dah pukul 11.oo.lebih kurang 6 kedai yang ibuayu masuk tapi keluar dengan tangan kosong.

Sebenarnya ibuayu ada 3 pasang baju baru .Yang menjadi masalahnya baju untuk sedondon tak de.Ini disebabkan hero2 ni beli baju lambat.jadi dah takde sapa nak terima tempahan.Warna yang nak dicari HIJAU pucuk pisang...Aduhhhh nak cari yang ala-ala pun tak de.

Ayahnas steady je ikut kemana ibuayu nak pergi.(tapi tak ikut turun sama)tapi bila masuk kereta tangan kosong dah tak kata apa.siang2 lagi dia cakap dah agak dah bukan taste ibuayu...
Ayahnas kata takpe tak de baju sedondon tapi orang yang tak pakai baju sama tu jalan belakang-belakang ye...EEEEEEEEEEEEE geramnya.

Nasib baik Jumaat ni sekolah cuti rasanya sempat lagi untuk ibuayu meneruskan misi.Doakan ye.

MAsa Mengemas:

Ahad lepas berjaya juga ibuayu adakan kerahan tenaga kat rumah ni.




Mana ibuayu ye...Ibuayu jadi Mandor..tak delah ibuayu kemas bahagian dapur...

Tuesday, September 15, 2009

Seharian yang sibuk

Pagi gi sekolah 7.30-12.30 :
Ada kunjungan sebuah syarikat yang ingin derma buku
(So sibuk kena layan tetamu,masuk kelas lagi)
"
"
12.30-1.30 : Balik awal ke rumah kerana nak gi BTP
(ada taklimat NILAM)
"
"
Perjalanan ke BTP di tengah hari sebegini menyebabkan mata ini mengantuk di tahap maksima
( rasa macam nak park kereta tepi jalan untuk tidur jap)
"
"
2.30 -5.00 : Taklimat NILAM
"
"
5.00-600 : Sekali lagi keletihan memandu di bulan posa begitu terasa
"
"
6.30 : Bersiap untuk ke Mahkota parade
"
"
7.05 : Sampai kat Mahkota terus beli roti
"
"
(dah plan makan ringan2 lepas shopping baru makan berat)
"
"
9.00 : Selesai shopping and terus makan asam pedas power.
"
"
10.30 : Sampai rumah dan terus menyiapkan diri untuk zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
"
"
(Shopping je tapi ibuayu masih takde baju raya....)

Saturday, September 12, 2009

Jemput ambil kad raya



Untuk semua teman-teman yang mengenali ibuayu semoga sudi menerima kad yang ini.Ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita ada entri ibuayu yang menyakitkan hati atau ada komen-komen yang membuat anda tersinggung.

Ini tahun pertama ibuayu menyambut raya sebagai seorang blogger.Ibuayu sangat seronok kerana ada yang sudi menjadi followers ada yang sudi membaca kisah yang tidak seberapa.

Ibuayu juga mengucapkan terima kasih sepanjang mengenali kalian banyak pengetahuan yang telah ayu perolehi terutama bab memasak.Sesungguhnya kalian menceriakan hidup ini.

Selamat Hari raya Aidilfitri dan maaf Zahir batin.

Buka Puasa

Cadangan 09-09-09 meraikan besday faiz kami nak buka kat luar.Tapi hr tu jadual UPSR tak sibuk,ibuayu ajak ayahnas gi esoknya dimana kena jaga exam sampai 4.00pm.Jadi tak payah masak sebab dah bayang keletihannya.

So siang2 ibuayu booking Seri Malaysia takut tempat penuh.First time buka kat sini nampak lain betul.Cukup happening. Sampai-sampai terkejut nampak Umi Yati dan Amin (diaorng bawa murid Pend Khas berbuka disini.Satu bas lagi..

Faiz and Umi Yati







Menu yang disediakan cukup memuaskan.Tapi ibuayu betul2 kehausan pada hari itu..(main menu belum diambil lagi).Sila abaikan ejaan nama yang salah



Hero-hero ibuayu

Friday, September 11, 2009

Pergi Tak Kembali

HAri ini genap 2 tahun puteri kesayangan meninggalkan kami. Peristiwa itu bagaikan semalam berlaku.Walaupun dibulan 9 ini terdapat peristiwa yang gembira dimasa yang sama kami menyambut peristiwa yang sedih setiap tahun.

Masih sentiasa terkenang sepanjang 2 tahun sebulan hayatnya alia menanggung kesakitan yang amat sangat. Rindu kami sekeluarga tak dapat diucapkan.Namanya sentiasa bermain dibibir kami terutama abang longnya.

Alia maafkan ibu sayang sekiranya ketika alia bersama kami ibu tidak dapat menjalankan tanggungjawab ibu dengan baik.Sayang ibu kepadamu bagai air terjun yang sentiasa mengalir.

Sayang Alia selalu. Al-Fatihah

Thursday, September 10, 2009

HaPPy BiRThdAy FaiZ

09-09-09 maka genap umur faiz setahun. Mempunyai 2 batang gigi and masih takut-takut untuk berdiri. Lasaknya tak perlu diragui. Semua yang dikutipnya mesti singgah untuk dirasai. Semoga faiz panjang umur dan dimurahkan rezeki. Menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat.

Disebabkan birthday faiz jatuh bulan puasa jadi ibuayu fikir buat pra sambutanlah dulu. Ada rezeki bolehlah buat masa hari raya nanti.




award khas top blue 50 followers



Semenjak berblog ni le first time ibuayu dapat award.Sebelum ni tengok orang lain je yang dapat.terharu rasanya ditambah lagi award ni diterima pada 09.09.09. Terima kasih diucapkan kepada http://cute-miut78.blogspot.com kerana pemberian mu ini...I follow u
(ibuayu yang no 2 tu..)

Wednesday, September 9, 2009

Hujan Baju

Jangan terkejut ni bukan hujan yang mengalir tapi ni baju yang berlonggok di rumah ibuayu.Tak tahu mana silapnya menyebabkan rumah ini dibanjiri baju yang pelbagai tuntutannya. Dan ditambah lagi bilik ini tidak berpenghuni jadi tak kisah lah baju tu dibiarkan sebegitu.

Baju yang perlu dibasuh

Baju yang perlu dilipat


Setelah tengok keadaan yang begitu teruk melanda maka ibuayu dengan pantas mengasingkan:

Baju yang perlu disangkut
Baju yang perlu dilipat....



Alasan sibuk rasanya tak boleh pakai untuk penyelesaian semua ini.

Dah terang sikit mata memandang


Dan disebabkan esok ibuayu boleh balik awal ke rumah kerana jadi pengawas UPSR maka ibuayu akan cuba melunaskan semua tanggungjawab ini.Amin

Sunday, September 6, 2009

Rindunya


Terasa rindu pulak tahun ni apabila kemungkinan ibuayu tak dapat kad hari raya.Dah berapa tahun perkara ini berlaku..Sebelum ini rasa seronok je dapat wish kawan-kawan dengan e-card dan sms.tahun ni tak tahu kenapa pulak terasa nak dapat kad raya.Terkenang zaman dulu-dulu kalau posmen datang rumah hantar kad raya seronoknya.Dulu ibuayu rajin hantar kat PM kat Agong.Bila dapat balasan rasa nak melompat semacam. So kali ni ibuayu nak cuba hantar kat raya kat kawan-kawan mudah-mudahan dapat balasan(macam budak-budak lak:Pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas.)

So kepada sesiapa yang mengikuti blog ibuayu ni tinggalkan lah alamat supaya ibuayu dapat hantar kad hari raya.Semoga ianya dapat mengembalikan zaman nostalgia dan menguatkan persahabatan sesama kita.

Cuba lagi

Ingat tak contest Necklace Boutique Giveaway yang ibuayu cuba masuk tu..hari tu ibuayu teka2 rantai tu 36 sebab umur ibuayu ni 36 tahun.Dan jawapannya memang betul 36 tapi disebabkan entri ibuayu mungkin tak menrik perhatian hakim,so ibuayu tak terpilih.takpelah tunggu ayahnas belikan rantai lak.
So untuk pemenangnya ialah "Efamaira":http://hotsweetcorner.blogspot.com

Tahniah boleh beraya dengan rantai baru

Asam Pedas

Melaka ni memang terkenal dengan asam pedas.Walaupun ibuayu orang Melaka tapi masih mencari-cari di mana kedai yang sedap jual asam pedas.kalau ada orang melaka yang baca entri ni bagilah tau.
Antara kedai yang pernah dijelajahi:

Kota laksamana
Pantai Puteri
(kedai ni jual waktu malam.)

Semalam lepas ayahnas terawih kami telah mencuba di Bukit Cina lak.Selalu gi kedai dia tanya nak ikan apa .yang ni lak kita kena pilih ikan apa baru diaorang masakkan.

So layan je lah gambar asam pedas ni ye.Gambar ni diambil apabila kami selesai makan. Comot pulak nampak mangkuk tu.Tapi rasanya sedappppppppp...

Friday, September 4, 2009

Rajin dan malas

Kita ni sebagai manusia ada masa rajin sangat ada masa malas sangat. Macam tu jugalah mood yang dirasai oleh ibuayu.Masa cuti sekolah hari tu bukan main rajin masak bila dah buka sekolah je rasa malas sangat.Dan semalam tahap kemalasan terasa sangat di tahap maksimum,jadi ibuayu lancarkan dasar tutup dapur.Semua makanan dan minuman untuk berbuka dibeli di bazar Ramadhan.

Laksa Johor : kecewa sungguh rasanya
Murtabak : bolehlah
Bi Hoon Singapore: bolehlah
Roti jala :aduss
Air tebu,soya and milo:ok lah

Moral of this story: kena fikir dulu sebelum membiarkan kemalasan itu terus melanda.

Gambar di bawah ni lak suasana rumak nek kiah yang dipenuhi dengan anak dan cucu-cucunya yang balik untuk berbuka puasa...Semua ada tu yang macam gempa bumi...

Thursday, September 3, 2009

Giveaway Necklace Boutique

Kali ni ibuayu nak cubalah joint contest Giveaway necklace boutique.Tengok hadiah yang ditawarkan menarik gakBoleh menayang kat sekolah.Keh3(kalau menanglah) .


Untuk menyertai ni kita kena kira berapa banyak rantai yang ada dalam gambar


1. mesti jadi Follower Necklace Boutique

2. masukkan satu entri tentang Giveaway Necklace Boutique dalam blog anda, tolong bagitau kekawan tentang giveaway ni dan jangan lupa masukkan link ke Necklace Boutique ye..

3. tinggalkan 1 comment sahaja dalam blog Necklace Boutique berserta link ke blog anda

4. cuba teka jumlah rantai yang ada dalam gambar kat atas tu....tulis jawapan dalam blog anda, saya akan lawati blog anda untuk cari PEMENANG.

Jumlah tekaan terhampir akan MENANG....dan yang tepat memang dah MENANG.
Hint: Bilangan rantai antara 10 ke 40. Selamat mencuba.........

Tarikh giveaway : 29 Ogos - 4 Sept 2009

Jadi ibuayu nak teka ada 36 utas rantai.
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015