Saturday, January 31, 2009
Posted by ibuayu at 1:39 AM 0 comments Links to this post
Anak ketiga
Alhamdulilah......ketika mengandung aku tidak mengalami alahan yang teruk..tapi yang aku lihat taste makan aku semua yang mahal2 belaka.
Aku diberi tarikh 09-09-08 untuk melakukan pembedahan. Jam 10.10 pagi bayi aku selamat dilahirkan. Alhamdulilah bayi lelaki yang sihat.Aku ditahan di wad selama tiga hari . Tanggal 11-09-08 aku dibenarkan pulang. Walaupun aku gembira tetapi hati ini tetap terasa sayu.Bayang pada tahun yg lepas di tarikh yg sama aku membawa pulang jenazah anakku dirumah mak utk dikebumikan disitu dan setahun selepas itu pada tarikh yg sama aku membawa pulang seorang bayi comel . Anakku ini umpama pengganti yg telah pergi. Bayi ini kami namakan Muhammad Faiz Haikal.Jika nama Fauzan sempena org yg mendaki gunung nama faiz ini pula diambil sempena nama angkasawan malaysia.
Posted by ibuayu at 1:21 AM 0 comments Links to this post
Labels: angkasawan
Sunday, January 25, 2009
Anak Kedua
Aliaku sayang,
Ingin Ibu katakan betapa sayang dan rindunya ibu terhadapmu,
Maafkan ibu,jika ketika hayatmu ibu ada terhutang dalam membesarkanmu,
Maafkan ibu jika ibu tidak sesempurna menjaga dirimu........
Sesungguhnya kasih sayang kami tak pernah berbelah bahagi kepadamu...
Posted by ibuayu at 10:09 PM 1 comments Links to this post
Labels: anak istimewa
Anak Pertama
Esoknya aku pergi lagi ke hospital kerana sakit perut yg tak tertahan. Dua hr disana Long dr KL pun masuk ke hospital yg sama.(Nak anak melaka jg).Pd mlm hr ketiga di wad barulah aku dimasukkan ke wad bersalin jam 10 mlm.Sehingga keesokkannya..aku tetap tidak bersalin.Sakitnya sendiri paham.. Doktor akhirnya mengatakan aku perlu dibedah kerana jantung bayi semakin lemah.
Ketika aku disorong balik ke wad long pula disorong masuk ke wad bersalin.bertemulah kami di laluan dan berpelukan. (cian mak risaukan sorang lagi) akhirnya long selamat bersalin jam 10mlm.anak perempuan.Sehingga kini mereka digelar kembar 3 jam. dan sering menymbt hari jadi bersama.
Bayi kami ini kami namakan Muhammad Fauzan Haikal. (Haikal -aku yg bg coz aku berkenan dgn perangai anak murid aku yg bernama haikal) (fauzan-ayahny yg beri coz nama pendaki gunung everst yg tak berjaya ke puncak)
Posted by ibuayu at 9:47 PM 0 comments Links to this post
Labels: air selusuh
Suamiku sayang
Percintaan di maktab di hujung semester akhirnya menyatukan dua hati menjadi satu.Alhamdulilah aku tidak terlibat dalam percintaan awal masuk ke maktab.Kalau tidak tak tahulah dapat tak CEMERLANG. 6-6-2008 menghalalkan perkara yang haram .Bermula tarikh itu aku semakin mengenali insan bersama suami...
Sehingga kini kami berjaya mengharungi liku-liku kehidupan ini.. Sapa tak pernah bergaduh.tak bermasam muka.tapi biasanya akulah insan yang kuat merajuk n terlalu"sensitive"
Posted by ibuayu at 9:35 PM 0 comments Links to this post
Labels: suami

